google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: 2009 2009

26 Disember 2009

Cerita waktu Cuti..


Esok pagi dah start kelas..hmm x taula dah start belajar ke x..lecturer masuk lagi ke x..tp esok pagi baru nak balik Nilai hehe..rasa x puas bercuti pon ada..

Sepanjang cuti selain berbz mengikuti program-program dan berjalan-jalan...kesempatan berada di rumah digunakan sepenuhnya bermesra bersama keluarga..bagi rakan-rakan yang sedia lama mengenali saya, saya merupakan seorg yg byk cakap. Suka bercakap dan sentiasa bercakap serta sgt bersemangat bila bercakap..hmm habit yg boleh jadi agak buruk jika bercakap yg tidak kena pada tempatnya. Tapi kat rumah, mmg saya plg suka bercakap, meluahkan segala perasaan biasanya mak saya jd mangsa. Sampai berebut-rebut saya dan adik-adik nak bercerita dgn mak..memang tersgt la kecoh..kdg2 sumer kitorg adik beradik bercerita serentak hehe..mak ni jenis kdg2 layan jela..sumtymes kalo x larat just cakap.."hmm..yelah2".. ..(anak-anak dah besar pon leh buat mak pening kepala..hehe..)sedang mak bz membuat keje umah ..saya akan sentiasa mengekori mak kesana kemari..utk bercerita dan terus bercerita, bercerita tentang subjek yg dibelajar, cerita tentang kawan-kawan, cerita pasal isu semasa, komplen macam-macam dan mcm2 lagi cerita..Memang dgn mak saya jujur dan saya suka cerita segala2nya yg lahir dari hati, x de rahsia-rahsia, apa aktiviti saya pon mak mmg tahu ...Memang best bercerita dgn mak..mak pon byk bg respon.. memberi nasihat-nasihat, berkongsi pelbagai petua-petua dan pengalaman hidup dia masa muda dulu2.

Masa duk bersama-sama teman di rumah sewa di Taman Anggerik Umah color pink.. pon kecoh juga..setiap kali berkumpul bersama..pasti nk bercerita apa saja, apa yg berlaku sewaktu kuliah, pasal subjek yg dibelajar, komen-komen tentang isu semasa, tentang pengalaman-pengalaman dan lain-lain cerita yg menarik yg melucukan( yg pasti x de unsur-unsur mengumpat yer)..yg plg lawak..semua org nk bercerita serentak,.malah berebut-rebut nk bercakap..di sambut ketawa yg kadang boleh berderai air mata..kerana tiap2 kami ada seni dan character tersendiri..ada yg jns ckpnya laju, ada yg jenis excited, ada jenis bersahaja..ada yg jenis buat lawak, tgk muka dia pon dah rasa lawak rasa geli hati rasa nak ketawa guling-guling hehe...rasa hilang stress satu hari..

Selain enjoy bercerita dan bercerita, sewaktu saya juga memantapkan skill memasak-masak di rumah..hehe kalau di rumah sewa saya jarang mempamerkan skill memasak-masak..saya suka makan apa yg dimasak oleh kawan-kawan..just tolong-tolong sikit atau menyumbangkan duit saje..saya akui bila bersama kawan2 mereka selalu ingat yg saya ni x pandai memasak, memang muka saya pon org kdg2 x percaya yg saya ni boleh memasak dan menguruskan hal-hal rumah. Mereka melihat saya hanya tahu belajar je..( padahal x la excellent sgt pon....) hmm x pela..x kisah la apa pndgn mereka..apa yg penting kini saya rasa gembira saya dah boleh memasak hampir 20 jenis resepi dan byk lagi sbny kalo saya lebih rajin lagi hehe...saya akui saya x la sehebat seperti mak saya. penangan air tangan mak saya mmg x terkira lazatnya..hmm rutin hari-hari selepas berjoging, saya dan mak akan memasak bersama..Mak biasanya menyediakan bahan-bahan...Saya pula menyambung tugas memblender , menumis dan goreng-goreng. Kalau buat kuih muih, kek, pasta mmg saya x pandai x hebat..tp boleh memasak lauk pauk melayu dan sebenarnya ia mudah sebab bahan-bahan asas dia adalah bawang dan cili kering yang telah siap digiling...sambil memasak-masak juga saya akan bercerita-cerita dgn mak lagi...

Selain masak2, bercerita, satu lagi aktiviti ialah mengajar adik sy yg bongsu..so next year dia nk UPSR, mak minta tlg kitorg yg besar2 nih curahkan ilmu. Adik saya ngajar maths and science dan saya pula mengajar subjek-subjek bahasa melayu, inggeris dan penulisan karangan..Saya sebenarnya x minat mengajar2 ni..skill pon x de..lepas tu adik sy yg bongsu ni jenis x duduk diam, goyang sana sini, buat degil-degil, mengada-ngada mmg suntymes agak menggeramkan..stail adik sy ni nk ada org duduk sebelah baru nk belajar..huhu dan stail saya plak kalo mengajar mmg sgt tegas, sgt garang, suara pon automatik jadi besar mcm ala-ala guru disiplin..sampai adik saya komen " Akak ni cam Kak Ros dlm cerita Upin Ipin laa..garang sgt.." huhu..saya x kisah la apa -apa gelaran nk diberikan pon..yg pntg hasrat saya ialah, biarlah dia lebih cemerlang dan lebih baik dr kitorg nih..ada -ada masa lapang saya suka belikan dia buku-buku cerita yg berkualiti utknya..saya suruh dia baca..saya slalu bg kata-kata motivasi padanya, saya mmg suka memotivasikan org walau kdg-kdg diri sendiri x termotivasi..hehe :) dan Alhamdulillah..pencapaian adik saya dlm penulisan dlm sebulan ni saya kira dah nampak ada improvement, saya tekankan utk setiap jenis bentuk karangan..dia sekarang semakin byk dan minat membaca..hasil kegarangan saya ini agak berbaloi dan memberi impak yg baik..hehe Semoga dia memperoleh 5A dlm UPSR 2010 hehe Ameen..tidak mustahil!


Baca Selanjutnya......

21 Disember 2009

Keputusan Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan 2009



Untuk Lihat Keputusan Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan sila klik dibawah :

Sumber : Persatuan Peguam Syarie Malaysia...

Pada hari Sabtu dan Ahad, 12 dan 13 hb Disember 2009, USIM dengan kerjasama PGSM telah menganjurkan Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan 2009 Antara Universiti. Sebanyak 13 pasukan menyertai pertandingan ini. Tahniah kepada USIM kerana memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan ini...sempena 10 tahun usia USIM, banyak merangkul pencapaian yang membanggakan dan dapat memberi satu nafas inspirasi dan aspirasi kepada seluruh warga USIM..syabas dan tahniah!!!....

"Bergembira Bersama USIM" ;););) hehe...



Rasa hati Aqeeda :

-Rasa ada keinginan nak join mooters..hehe ;p;p
-Terpesona tgk mereka/peserta ni berhujah..mereka semua hebat-hebat dan terbaik
-Kalah menang adat pertandingan, apa yang penting manfaaat dan keuntungan mereka perolehi ialah dengan pertandingan sebegini banyak ilmu semakin bertambah kerana kes yang dibicarakan adalah berdasarkan Harta Sepencarian, maka byk isu yang timbul seperti harta hibah, harta KWSP, perkaitan dengan nusyuz dan lain-lain merupakan sesuatu yang baru buat saya dan mengetuk minda saya..
-Bila terbit isu-isu begini saya berasa seolah-olah saya masih lagi cetek dlm ilmu syariah ini even 6 tahun dah belajar masih lagi byk perlu di cari gali.
-Byk pengetahuan perlu diterokai

Baca Selanjutnya......

18 Disember 2009

Buku hari ini...

Satu lagi buku yang baru saja dibeli oleh ibu saya. Ini lagi satu karya oleh Prof Mohd Kamil. Saya baru sedang membacanya..masih belum habis lagi...ayat-ayatnya amat menginsafkan kita. Rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih lagi mengurniakan dan tidak menarik Hidayah dan Iman dari diri kita..

Doa ku..

Ya Allah
Sesungguhnya kami memohon pada mu akan segala yang menyebabkan kami mendapat rahmat Mu

dan segala yang menyebabkan kami memperolehi Pengampunanmu
selamat daripada segala dosa dan memperolehi keuntungan daripada segala kebajikan
serta mendapat kemenangan dengan syurga
Dan bebas daripada seksaan api neraka mu...

( Riwayat At-Tirmizi)



Baca Selanjutnya......

15 Disember 2009

Apa lah nak jadi dengan zaman sekarang ni..


Tadi, terbaca tentang Berita di akhbar Berita Harian, budak 14 tahun merakam asmara bersama dengan 5 lelaki...dan mungkin lain-lain berita lagi yang seumpamanya mungkin kita dah rasa telah terbiasa mendengar/membacanya..itu berita / cerita yang disiarkan di dada-dada akhbar belum dikira lagi kes-kes salah laku yang berlaku yang mana mungkin lebih dahsyat dari yang sedia kita dengar...


Persoalannya, apakah faktor ia berlaku?? Kenapa ia boleh berlaku?? jika anak-anak , lahir dikalangan keluarga yang kuat beragama, yang berpelajaran tinggi, yang menitik beratkan disiplin dan sahsiah, yang keturunannya adalah baik-baik,telah dibekalkan ilmu, telah diberi didikan agama dan lain-lain..tetapi masih lagi boleh melakukan perbuatan-perbuatan/salah laku yang buruk, tercemar dan terkutuk, apakah Ibu bapa masih tetap dipersalahkan?? Apa dosa Ibu bapa kita semua?? Kenapa bangsa melayu khususnya diselaputi dengan dilema sebegini?? Apakah kekurangannya???


Mungkin kita tidak dinafikan pengaruh di luar rumah sangat hebat sengatannya..selain faktor pemilihan rakan sebaya, faktor media massa turut memainkan peranan besar dalam isu ini. Jika kita lihat filem-filem melayu terkini..melihat poster dia sahaja dapat menggambarkan..banyak memaparkan elemen-elemen seperti adegan asmara lelaki dan perempuan yang sangat berlebih-lebihan sampai ke bilik tidur ( perlu ke aksi-aksi sampai ketahap begitu sekali??kalau zaman tok nenek moyang dulu ia dikira sangat aib untuk cerita hal-hal bilik tidur ini), belum lagi aspek-aspek lain dikira seperti adab-adab, cara pakaian, cara percakapan, Aqidah dan sebagainya. Contoh-contoh filem seperti Anak Halal, Bohsia, Jalang dan lain-lain entah apa-apa tajuknya yang langsung tidak memaparkan elemen-elemen yang membangunkan akal pemikiran kita terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja. Bahkan filem-filem tersebut sebenarnya adalah meruntuhkan lagi maruah dan martabat bangsa melayu itu sendiri. Filem-filem tersebut boleh memberi gambaran seolah-olah itulah rupanya bangsa melayu, perangai orang melayu, citarasa orang melayu, betapa amat malunya..orang-orang terutamanya bangsa-bangsa lain mungkin boleh membuat persepsi yang sedemikian..tidak sedarkah kita??


Begitu juga dengan paparan channel hiburan dan nyanyian yang terlalu banyak, ada yang sampai rancangan hiburan itu diulang tayang berkali-kali..malah rancangan yang menggalakkan kanak-kanak untuk terheret sama ke kancah dunia hiburan dan nyanyian yang melekakan dan yang sebenarnya tidak memberikan sebarang faedah dan kebaikan untuk masa depan mereka. Melihat kanak-kanak menari-nari tergedik-gedik dan terkinja-kinja, adakah itu suatu yang baik?? adakah itu dinamakan satu pencungkilan bakat?? Bagus sebenarnya hajat untuk mencungkil bakat kanak-kanak atau remaja, tetapi biarlah berpada-pada, kalau boleh terbitkan lah rancangan yang membina pemikiran dan memberi manfaat. Mungkin boleh stesen-stesen tv boleh memikirkan untuk menerbitkan rancangan-rancangan yang membina dengan sedikit penyesuaian yang menarik seperti Akedemi Pidato ke Kuiz Rekacipta ke..dan lain-lain..Mana tahu dengan rancangan sebegini dapat menjadikan kanak-kanak lebih cerdik dan dapat melangkau lebih jauh lagi..



Kini.. lihatlah kalau kita ziarah mana-mana rumah/ kadang-kadang balik kampung ke, biasanya tidak dinafikan Channel tv yang dipaparkan adalah Channel-Channel nyanyian yang tidak berkesudahan..Akibatnya otak dan akal kita, anak-anak kita menjadi lesu, kurang cerdas,kurang berfikir dan menjadi malas berfikir. Sesetengah kanak-kanak yang terlalu asyik dengan menonton tv, sehingga kadang-kadang menjadikan mereka terlalu leka, adakalanya menjadikan mereka boleh menderhaka kepada ibu bapa..kenapa saya kata ia boleh jadi menderhaka?? contohnya bila si ibu memanggil nama anaknya sehingga berulang kali untuk menyuruh sesuatu seperti solat atau mengajak untuk makan bersama atau meminta si anak mengangkat kain baju di ampaian, si anak itu buat-buat tidak dengar dan mengendahkan panggilan ibu bapa. Kadang-kadang mereka boleh jadi bertambah degil lagi dengan memberi alasan "nanti sekejap..sekejap lagi..." Dengan terlalu asyiknya melihat rancangan televisyen, boleh menyebabkan mereka mengabaikan amalan-amalan kewajipan seperti solat, belajar dan lain-lain. Kalau sudah sampai ke tahap begini, bagaimana hukumnya dari segi agama??...tidak mustahil ia boleh jatuh kepada hukum haram kerana ia sampai ke tahap mengabaikan solat dan menderhaka pada ibu bapa.


Selain tayangan hiburan , ditambah pula tingkah laku atau pakaian -pakaian artis mahupun selebriti yang sering dijolokkan dengan istilah sebagai public figure konon-kononnya. Pakaian-pakaian mereka terutama artis wanita hari ini yang ditonjolkan banyak meniru trend fesyen selebriti Holywood iaitu imej seperti berkemban, menayang dada, menayang bahagian belakang, menayang betis dan peha dan lain-lain tayangan. Kelihatan mereka ini sungguh berbangga dengan penampilan mereka. Mereka anggap ini sesuatu yang biasa, yang 'ok'.Mereka ini kebanyakan nya orang melayu dan mengaku dirinya Islam. Mana perginya budaya timur dan kesopanan??Ini memberi kesan buruk kepada mental masyarakat terutama kanak-kanak / remaja-remaja yang terdedah dengan fesyen dan gambar mereka. Kanak-kanak dan remaja-remaja ini boleh mudah terpengaruh dan memberi galakan untuk mereka tidak menutup aurat, untuk 'free hair', 'free body', seksi dan lain-lain.


Persoalannya lagi dimanakah peranan undang-undang perfileman / tayangan / Lembaga Penapisan untuk mengatasi masalah ini?? Seingat saya, sewaktu zaman 1980-an dan 1990-an, sewaktu zaman Menteri Penerangan Datuk Mohamed Rahmat, contohnya, mana-mana artis lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan nyanyian mereka atau lakonan mereka diterbitkan di RTM. Ada segelintir artis di gam oleh stesen tv tertentu kerana imej dan penampilan mereka. Tetapi bagaimana dengan suasana hari ini?? Tidak dinafikan, kebanjiran stesen tv swasta yang meliputi hiburan kita. Mereka lebih memikirkan dan mengutamakan keuntungan lumayan dari mengutamakan pembinaan sahsiah dan sosial masyarakat. Sampai bila-bila pun saya jangkakan isu ini tidak akan berkesudahan malah sentiasa berpanjangan dan menjadi lebih teruk lagi .


Mungkin bagi kita yang dewasa, yang berakal ini yang ada ilmu, boleh membuat pilihan, boleh menentukan apa yang baik dan apa yang tidak. Tetapi, bagaimana dengan kanak-kanak dan -anak muda yang masih mentah akal fikirannya yang masih cetek ilmunya?? Zaman moden hari ini telah memperlihatkan tribulasi-tribulasi dan liku-liku ibu bapa masa kini dalam mendidik dan mengasuh anak-anak untuk menjadikan insan yang soleh dan yang terbaik utk mewarisi tampuk pemerintahan negara...


Baca Selanjutnya......

12 Disember 2009

Mana Satu Pilihan Hati..


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..” Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. Secret Admire“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.


Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.


Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.


Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” “Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” Redha


“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Komen Aqeeda...:


1) Cerita diatas tidak ada kena mengena langsung sekali dengan kehidupan dan diri saya..sesaje suker2 tampal kat blog nih..

2) Cerita ni macam baca best ..boleh jadi pengajaran bg sesiapa terutamanya mereka yg bercinta dan sedang buat pilihan..atau berasa keliru tentang bercinta dalam Islam tu bagaimana sebenarnya...

3) Hmm..saya rasa tujuan saya berblog ni macam dah tersasar jauh skit..huhu..i need to turn back..
4) Ya Allah jadikanlah diriku ini mencintai dan dicintai oleh orang-orang yang beriman...ameen..


Baca Selanjutnya......

29 November 2009

Sempena Aidiladha..





Komen Aqeeda :

Hmm..dah lama da x baca buku-buku/ novel-novel..selama ni pon baca buku-buku berkaitan dgn subjek pelajaran sahaja. Igt cuti-cuti ni nak khatam buku John Grisham's..huhu...

Tentang buku diatas...Rasa nya ramai kot dah baca buku ni.. Saya je agak ketinggalan..Tidak dinafikan..tiap-tiap mereka yang pernah ke tanah suci..pasti melalui pelbagai pengalaman yang menarik..dan x dapat dilupakan seumur hidup

Best baca buku ni..Penulisnya menceritakan tentang pengalamannya...bagaimana Allah membuka pintu hatinya..memberikan Hidayahnya..dan mengirimkan kad jemputan istimewa kepada penulis sbg Tetamu Allah..tulisan-tulisan dalam buku ini mengetuk hati pembaca..sukar utk diungkapkan..





Baca Selanjutnya......

26 November 2009

Hanya Tuhan Yang Tahu


Aku minta Kepada TUHAN setangkai bunga segar,
Ia beri kaktus berduri.
Aku minta kupu2,
diberi ulat berbulu,
Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian,
kaktus itu berbunga, indah sekali.
Dan ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik.
Itulah jalan TUHAN, indah pada maseNYA!
TUHAN tdk memberi apa yg kite harapkan,
tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan..

Kadang kita sedih, kecewa, terluka,
tetapi jauh diats segalanya DIA mengatur
yg terbaik dlm kehidupan kite..


Rasa hati Aqeeda..>

Sempena hari raya Qurban ini...
Semoga dapat lebih mengerti dan menyingkap erti sebenar pengorbanan
Walaupun kadangkala pengorbanan itu sangat memberatkan
Selamat hari raya aidiladha...

hehe... menu untuk hari raya kali ini adalah nasi minyak dan ayam masak merah hehe..
Sekejapnya masa ku di rumah kerana setelah itu kembali ke kampus kerana ada program mooting syariah peringkat kebangsaan..

Bila tgk gambar kaabah..tgk orang buat umrah ..haji..bila la pula aku akan berpeluang akan dapat kad jemputan daripada-Nya..mudah-mudahan ada rezeki ku ya Allah..


Baca Selanjutnya......

23 November 2009

Harta Bukanlah Segala-galanya


Allah berfirman yang bermaksud : Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (Surah Ali-‘Imran: 14)

SHEIKH Sya'rawi berkata: Tajuk yang datang dalam ayat mulia ini ialah pertembungan peperangan Islam yang Allah SWT jadikannya sebagai tanda berkekalan untuk menjelaskan kepada kita bahawa peperangan, keimanan memerlukan hanya kembali kepada Allah SWT dan memutuskan dari segala adab dan tabiat antaranya syahwat dunia.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: "Allah SWT menceritakan kepada kita berkenaan dengan perhiasan kepada manusia dan kelazatan dengan mengikut susunan ujian dan fitnah yang paling banyak."

ii. Al-Samarkandi berkata: "Syaitan yang menghiaskan sebagai ujian kepada orang yang beriman dengan cara was-was. Disebut dengan wanita dahulu kerana ia sebesar-besar fitnah yang berlaku sejak zaman Adam a.s hingga ke hari ini. Antara bentuk fitnah tersebut boleh memutuskan silaturrahim dan pergaduhan.

Ulama telah khilaf berkenaan dengan nilai qintar atau muqantarah:

- Mujahid berkata, jumlahnya 70 ribu dinar.
- Abu Hurairah berkata, 12 ribu uqiah.
- Muaz bin Jabal berkata, 1,200 uqiah. Ini juga pendapat Ibn Umar, Asim bin Abi al-Nujud dan al-Hasan.
- Sebahagian mereka berkata, sebanyak duit emas yang diletak dalam belulang lembu. Ini pendapat Abu Nadrah dan Abu Ubaidah.
- Al-Dhahaq berkata, harta yang banyak.
- Dikatakan jumlahnya 1,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 12,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 1,200 dinar. Ini adalah pendapat al-Hasan.
- Dikatakan jumlahnya 40,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 60,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 70,000 dinar. Ini pendapat Ibn Umar dan Mujahid.
- Dikatakan jumlahnya 80,000 dinar. Ini pendapat Said bin Musaiyib dan Qatadah.
- Jumlahnya 8,000 misqal seperti kata al-Suddi.
- Jumlahnya 7,000 dinar seperti kata Ata'
- Mengikut hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: satu qintar bersamaan 12,000 uqiah. Sedangkan riwayat yang lain menyebut sebanyak 12,000 uqiah.

iii. Ibn Jauzi berkata: "Semua yang disebut ini menjadi niat pada hamba untuk memakainya dan menjadi buruk akibat jika niatnya tidak baik."

iv. Sheikh Sya'rawi berkata: "Apabila kita mengkaji ayat ini yang disebut berkenaan dengan kepelbagaian nikmat dari itu peperangan yang memerlukan perpisahan dengan keluarga hendaklah tidak menghalang oleh nafsu syahwat. Sehingga akhirnya orang yang beriman sejati mampu bersedekah pada jalan Allah SWT dan kudanya digunakan untuk berjihad pada jalan Allah SWT bagi meninggikan kalimahnya."

v. Al-Maraghi berkata: "Kecintaan terhadap kaum wanita disebut dahulu daripada kecintaan terhadap anak-anak padahal perasaan rasa cinta terhadap wanita adakala tidak kekal, sedangkan perasaan cinta terhadap anak akan berkekalan kerana kecintaan terhadap anak tidak akan membawa sikap berlebih-lebihan sebagaimana rasa kecintaan terhadap mana-mana wanita.

"Seseorang yang mencintai isteri dan anaknya mempunyai sebab yang sama, iaitu untuk meneruskan keturunan dan mengekalkan zuriat manusia. Ia mengandungi suatu hikmah yang tersendiri, sama ada pada manusia atau haiwan."

vi. Hamka berkata: "Di sini terdapat tiga kata. Pertama Zuyyina, ertinya diperhiaskan. Maksudnya, segala barang yang diingini itu ada baiknya dan ada buruknya, tetapi apabila keinginan telah timbul, yang kelihatan hanya eloknya saja dan lupa akan buruk atau susahnya.

Kata kedua ialah Hubb, ertinya kesukaan atau cinta. Kata ketiga ialah Syahwat, iaitu keinginan-keinginan yang menimbulkan selera yang menarik nafsu buat empunya diri.

Maka disebutlah enam macam hal yang manusia sangat menyukainya kerana hendak mempunyai dan menguasainya sehingga yang nampak oleh manusia hanyalah keuntungannya saja.

vii. Al-Sonhadji berkata: "Manusia itu telah diciptakan oleh Allah SWT mempunyai watak atau tabiat semula jadi menyukai nafsu syahwat kepada enam perkara yang disebutkan dalam ayat ini. Segala kelazatan di dunia yang diciptakan oleh Allah SWT, dibolehkan hamba-hamba-Nya menyukai untuk dikecapi dan dinikmati keinginannya dengan diberikan-Nya pula batasan halal haramnya..

Dari Koleksi Tulisan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Rasa Hati Aqeeda Mumtazah :

  • Tidak dinafikan harta adalah antara elemen yang penting dalam melengkapi kehidupan kita. Tetapi, dalam kesibukan kita mengerjakan urusan dunia dan mencari harta, kita perlulah perbetulkan niat bahawa harta bukanlah suatu matlamat utama tetapi sebagai suatu wasilah dalam menjalani hidup.
  • Perlu ada kesederhanaan..dan keseimbangan dalam menguruskan hal ehwal duniawi dan ukhrawi
  • Memang manusia tidak pernah puas mengecapi nikmat duniawi..Oleh itu, kita perlu mempunyai keimanan dan rasa mujahadah yang kuat untuk menepis hawa nafsu dan godaan dunia yang melalaikan.

Baca Selanjutnya......

08 November 2009

Profil Sheikh Dr. Wahbah Zuhaili

Sheikh Dr. Wahbah (kiri) wtih Ust Lutfi ( my usul fiqh lecturer)


Seorang ulama' asal dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan).

Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam.




Karya beliau yang termasyhur ialah :


al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.




Karya-karya beliau yang lain ialah:


1. Tafsir al-Munir


2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami


3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh


4. Qissah Quraniyyah


5. at-Tafsir al-Wajiz






Baca Selanjutnya......

Persoalan Asas Hidup oleh Imam Al-Ghazali

Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
>>>mati
Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
>>>sesaat yang berlalu (masa lalu)
Apa yang paling besar di dunia ini?
>>>nafsu
Apa yang paling berat di dunia ini?
>>>amanah (Surah al-Ahzab:72)
Apa yang paling ringan di dunia ini?
>>>meninggalkan solat
Apa yang paling tajam di dunia ini?
>>>lidah manusia

source: Raudhah Tribune PMH UiTM

Baca Selanjutnya......

07 November 2009

Sekadar Selingan yang Membuang Masa....

X de pape pengisian atau input yg bermanfaat..sekadar sesuka2 utk rehat2 kan diri..

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu.

Silhouette…maksudnya...u urself can refer from Oxford dictionary..kenapa pilih??..sebab suka pada perkataan ini...Rasa macam kena mengena dgn niat nk buat blog ni...anda boleh refer yg diatas..

Bekas kekasih saya adalah...
Semua org igt sy ni dah ada bf..hakikatnya..Saya x de kekasih..x pernah berkekasih..rasa x de masa nk berkekasih2x ni..igt pikir2 nk terus kawin je...hehe (sbb dah blaja syariah dah tahu hukum)..hehe

Saya sedang mendengar
-x dengar pape..dgr suara sendiri yg sedang menghafal2 subjek pelajaran nk exam lusa ni

Mungkin saya patut
belajar utk mengurus masa dgn lebih efektif.. "demi masa..sesungguhnya manusia itu dlm kerugian.."Saya cukup terasa dgn aya2t surah Al-Asr ini..

Saya suka
makan..dan terus makan..


Saya masih tak faham...
-kenapa akhir2 ni saya slalu rasa mengantuk pdahal x de buat keje penat2 pon..
-kenapa subjek Family Law yg cam senang tu baru2 ni cam susah nk score...huhu~~

Saya kehilangan …
x rasa lagi kehilangan pape ..

Ramai yang berkata ..
"Aqidah ni nampak hepy jer"..tp dlm hati sapa yg tahukan? hehe

Makna nama saya
Cahaya Pertunjuk Keimanan Kepercayaan
--Tanx Mak kerana memberi nama yg plg best utk saya :)--

Cinta itu adalah…
lrik lagu nasyid Mestica kata..." Cinta itu cahaya sanubari..kurniaan tuhan..fitrah insani.."

Menurut kata2 dr pengalaman org2 bercinta dan bercouple..-->Cinta itu menyakitkan..penuh onak dan duri..cinta itu hanyalah sekadar nafsu..

Menurut org yg dah kawin.-->.Cinta yg indah adalah setelah berkahwin..rasa cinta itu sbny kasih sayang..kasih sayang lah pengikat segala..

Pendakwah ..Alim Ulama'..Ustaz Ustazah kata..Cinta Sejati adalah Cinta kepada Ilahi..

ini kata mereka..

Saya bercita-cuta
nak jadi doktor..( cita2 masa seklolah rendah dulu..dah melepas..)..
cita-cita sekarang..
..ingin mencapai anugerah dekan dan sambung belajar master n phd..nk jadi lawyer..hakim..acedemician.. n nk join PGSM.. Bar Council..anak solehah..bakal isteri solehah..ibu solehah cewah... ( konon2 berangan2 jer..)

Ayat SELAMANYA membawa maksud
kekal abadi…long lasting forever and ever..

Telefon bimbit saya ader
Satu je..sony erricssson

Bila saya terjaga dari tidur
saya terus minum air kosong…

Saya sangat x suka apabila
Orang tegur saya..."Aqidah..kenapa baju awk ni cam nampak x iron..kedut2??" tegur pulak ditengah2 khalayak ramai..malu betol..
( padahal org x tahu sepasang baju saya gosok selama 15 minit punya la penat..)

Saya suka jawab gini"..ha'ah la..kita tahu awk ni lebih licin bajunya..kita ni mmg kurang pengemas skit..kita slalu nk cepat2..hari2 naik kereta tgh drive x reti la nk duduk tegak2 contrl2 cun ayu ke....mampus berdentum accident nt..sibuk2 sgt nk jg kain baju..agak2 la nk jaga penampilan pon.."

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
kura-kura

Malam ini saya akan
sambung study yg x pernah berkesudahan....

Esok pula saya akan
sambung study lagi utk exam..selama2nya mmg kena study..

Saya betul-betul inginkan
suasana yg aman dan harmoni..x nk tension2

Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
Alhamdulillah..aku x cacat dan sihat walafiat …

Pusat membeli-belah atau arked
Pegi Giant je beli r0ti

Makanan Barat atau Jepun
Laksa

.Bilik yang terang atau gelap
terang..senang nk bgn pagi..gelap nt rasa seram..satu lagi takut terlajak subuh..

Makanan segera adalah
seperti Maggie- x elok makan nt Osteoperosis..( salah eja sori..)

Baca Selanjutnya......

29 Oktober 2009

Barakallahulakuma....


Assalamualaikum..


Kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya yg mendirikan rumah tangga pada bulan ini...dan juga hujung tahun ini...yg menjemput saya...selamat pengantin baru..selamat berbahagia..dan selamat-selamat semuanya...


Saya minta maaf byk2 kerana sukar memenuhi undangan kalian..atas sebab -sebab seperti peperiksaan akhir tahun saya ( tarikh exam utk subjek tertentu clash dgn wedding date korg..)..(even exam saya ada gap 2-3 hari ..saya terpaksa mengutamakan study saya..)dan lain-lain komitmen yg sgt x dpt dielakkan/saya mohon maaf byk2 dan jgn lah berkecil hati..


Memang kebelakangan ni saya jarang memenuhi beberapa undangan prkahwinan rakan-rakan..bukan sengaja atau malas...ini kerana saya adakalanya saya ada komitmen lain dan hal-hal2 dan aral melintang yg x dpt dielakkan...Walaubagaimanapun terima kasih byk2 atas ingatan dan undangan sahabat-sahabat kepada saya...


Itu saja...saya mendoakan semoga jodoh korang sumer bahagia berpanjangan dan seterusnya dapat melahirkan generasi soleh dan solehah InsyaAllah....


Rasa hati Aqeeda --> huhu..bilakah pula giliran saya ye? hehe..hish...belajar dulu..


Baca Selanjutnya......

26 Oktober 2009

Motivasi Pagi


7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.


Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.


Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.


Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 . Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.


Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri


Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.


Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.


Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.


Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.


Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau.


Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu.


Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.


Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda


.Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.


Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup
copy paste from : www.iluvislam.com


--->

Luahan hati saya :


Selamat Hari Jadi, mak!! hehe umur mak dah pon 51 tahun hehe.. muka mak cam umur 30 hehe tapi umur ank sulungnya baru 23 haha..


Sory mak, akak x de ape nak bagi..Akak tau tepon wish je..kadang2 x tau apa nk bagi kat mak..sebab jasa mak begitu besar yg x ternilai walau dgn wang ringgit sekalipon..dulu akak penah hadiahkan mak sebuah sajak yg dikarang khas utk mak hehe.Entah pape ayat xbest mak seronok je baca hehe..Sekarang dah ketandusan idea..Apa yg akak mampu hari2 adalah mendoakan mak agar mak selalu sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan..


Tapi akak dan adik dah rancang sesuatu dah utk mak..iaitu nk belanja mak makan nasi ayam dan bawa mak pegi kedai kain kat SACC Mall..suruh mak pilih sendiri kain apa mak suka..hehe..adik balik bulan 12 ni..akak nt balik awal sikit sebab skrg tgh nk final exam..


Akak janji akak buat yg terbaik..hari2 akak slalu bgn study walaupon selalu2 je tdo..setiap kali mak tepon..mak slalu pesan suruh rajin blaja jgn byk tdo hehe makan cukup2..sumer2 la mak pesan..ye..tinggal lagi 2 tahun je nk berjuang bermatian2...Akak pasti bakal menggembirakan mak pada tahun 2012 nanti...InsyaAllah..thn 2013 ..adik grad pulak..Lepas tu rancang nt kita anak beranak sama2 menunaikan ibadah umrah/haji di Mekah..hehe hari2 akak solat doa agar segala rancangan tercapai..


Akak tahu tanpa dipinta..mak selalu doakan akak hari2..mak slalu maafkan dan redha kat akak yg byk nakal, malas dan degil ni..hehe... akak tahu mak x baca pon tulisan akak ni sebab mak x penah bukak internet ( mak x berapa minat dgn alat2 teknologi)..hehehe..ok nk stop dulu pagi ni ada kena bg presentation pasal Lending and Security uhuhu revision week pon kena attend class...'bestnya'...


Baca Selanjutnya......

22 Oktober 2009

Kenapakah Aku??.....


Kenapa AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


rasa FRUST?


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Rasa hati Aqeeda Mumtazah : Sekadar memotivasikan diri dan membangkitkan semangat diri utk melawan semua tribulasi yg mendatang ...

Baca Selanjutnya......

09 Oktober 2009

Allah Maha Besar dan Lebih Berkuasa atas segala-galanya
















Daripada Abu Hurairah r.a: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال اجتنبوا السبع الموبقات قيل يا رسول الله وما هن قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل مال اليتيم وأكل الربا والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات المؤمنات Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamumasuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina.(Sahih Muslim, Nombor Hadis: 129)


Intisari:
a. Terdapat 7 dosa besar yang utama sebagaimana berikut:


1. Mensyirikkan Allah


2. Melakukan sihir


3. Membunuh manusia


4. Memakan harta anak yatim


5. Memakan harta riba


6. Melarikan diri daripada peperangan


7. Menuduh perempuan baik melakukan zina.


Sihir, ilmu hitam, santau, ilmu entah pelbagai jenis terutama yg melibatkan perantara jin dan syaitan ni sudah wujud sejak dari zaman nabi lagi. Bukan setakat zaman nabi tapi dah wujud sejak kurun dahulu.
Samada percaya atau tidak, makhluk halus ni memang wujud di mana-mana sahaja. Hanya orang-orang tertentu sahaja dapat berpeluang untuk melihat kerana mereka ada anugerah utk melihat perkara-perkara sedemikian. Kalau dalam konteks kita orang-orang melayu, pada zaman tok nenek moyang dulu-dulu, tidak dinafikan, ada sebilangan mereka yang jahil dan mengamalkan bermacam-macam ilmu yg melibatkan perantara makhluk halus. Sesetengah mereka yang mengamalkan ilmu ini ada bertujuan untuk menjaga keselamatan harta seperti rumah, tanah, dan kebun mereka. Sebab itu wujudnya cerita hantu Pocong, Langsuir, hantu suluh, hantu toyol, hantu raya dan lain-lain.Ada juga yg bertujuan yg tidak baik seperti ingin mengenakan orang kerana ada unsur dengki dendam dan sebagainya. Ada yang membela makhluk ini seperti hantu raya, buat pengorbanan dan lain-lain kerana terdapat hajat tertentu..Adakalanya disebabkan perbuatan dan ilmu-ilmu yang diamalkan nenek moyang dahulu kala ini memberi kesan kepada anak cucu cicit dan generasi kemudiannya.
Dari segi undang-undang juga..sgt sukar utk membuktikan kes yang melibatkan perbuatan yang mengaitkan mkhluk halus. bagaimana nak membuktikan sesuatu perkara yang ghaib? Pembuktian mesti zahir, terang dan nyata,Kalau dalam Kes Mona Fendi- Mona Fendi dihukum atas kesalahan membunuh kerana memang terdapat actus reus, mens rea dalam kes tersebut.

Walauapapun, pada pendapat saya sebagai orang biasa..apa yang penting dalam hidup kita ini, kita kenalah percaya kuat pada Allah. Sesungguhnya Allah itu maha Besar maha Kuasa maha Agung..Allahuakbar! Segala yg memulakan dan mengakhiri adalah datang dari Allah, Segala yang diizinkan semua adalah dari Allah, Segala yang menciptakan, mendatangkan dan menyembuhkan semuanya dari Allah..segala terdapat hikmah yg tersurat disebaliknya.


Apa yang penting kita sebagai hamba Allah, yg muslim dan beriman ini, kena dekatkan diri dengan Allah, menjaga hati,menjaga dan meperbayakkan amal ibadat.


Pada saya x perlulah kita menuntut ilmu-ilmu sebegini, ilmu yg kita sedia ada ini pon tak habis beramal dan tak ter ber amalkan. Contoh paling mudah zikrullah..dalam satu hari belum tentu kita sempat nak berzikir 70x/100x..tiap-tiap hari belum tentu kita boleh bangun tahajud pada tiap2 malam..hakikatnya kita kadang-kadang banyak mengetahui ilmu agama itu..tapi ada yg kita tak amalkan dan byk lagi ilmu-ilmu lain penting yang kita kadang-kadang terabaikan.

Setakat itu sahaja. Wallahua'alam

Baca Selanjutnya......

05 Oktober 2009

Cinta Oh Cinta...lagi-lagi cinta..

Anak2 muda suka berbicara tentang cinta. Cinta adalah fitrah yg kurniakan oleh Allah. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan. Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam. Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

"Tapi bagaimanakah kita pasti bahawa kita telah betul jatuh cinta? adakah sesuatu itu cinta monyet? Saya sendiri jatuh cinta hanya selepas kawen, walaupun masa bertunang saya ingatkan saya dah mula jatuh cinta dgn bakal suami saya. Tetapi percayalah, cinta selepas perkahwinan menimbulkan perasaan ketenangan. Seperti yang dijanjikan Allah di dalam Al Quran bahawa dia akan menanamkan rasa Mawaddah (cinta kasih) dan WaRahmah pada pasangan yg telah berkahwin. Nasihat saya pada adik2 sekarang ialah, jaga2 batas2 pergaulan lelaki perempuan. Simpan lah segala kecantikan, kemesraan kamu hanya utk pasangan kamu yg sah, supaya ianya menjadi hadiah perkahwinan kamu yg paling manis. Untuk supaya basis perkahwinan itu diberkati Allah, hendak lah dijagai dari mula. Teringat saya kata seorang kakak yg menasihati saya dahulu," sekiranya kita sudah biasa mengikut cakap syaitan sebelum berkahwin (i.e. telefon, contact, manja, merajuk dgn pakwe kita) sebelum kahwin, maka kita akan senang juga mengikut cakap syaitan selepas kawen (i.e. gaduh, masam muka etc dgn suami kita)"

Saya selalu tertarik dgn Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya. Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya. 12 tahun berlalu dan nabi Yusuf dilepaskan dari penjara dan menjadi menteri kewangan.Semasa Zulaikha gila kerana terlalu merasa cinta kepada nabi Yusuf, Zulaikha merasa insaf dgn segala dosa2nya. Disini ada satu pengajaran utk panduan wanita2 solehah. Zulaikha berdoa kpd Allah yg berbunyi," Ya Allah sekiranya Engkau mentaqdirkan nabi Yusuf tida jodoh dgnku, maka tolong lah hilangkan rasa cinta ini di dalam hatiku, dan sekiranya Engkau mentaqdirkan jodohku dengannya, maka tolong lah aku."Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin. "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu." (surah Al-Maida: 3) Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Malaikat yg memerhatikan peristiwa ini tertawa dan berkata, dahulu zulaikha menarik baju Yusuf, sekarang Yusuf pula menarik baju zulaikha. Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata.

Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!! Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...
Komen Penulis:
1) Best pulak baca benda ni walau pon benda ni telah biasa di baca dan telah diketahui

di Tagged oleh Sahibah Kharun Nisaq Taslim- telah di copy paste dari Ada Apa Dengan Cinta (http://serikandiku.blogspot.com/2006/02/apa-ada-dengan-cinta.html

Baca Selanjutnya......

03 Oktober 2009

Kumpulan Dalil-Dalil

-Kemaafan Hanya Diberi Bagi Kesalahan Melibatkan Hak Manusia
Daripada Safwan bin Umaiyah meriwayatkan katanya:- كنت نائما في المسجد على خميصة لي ثمن ثلاثين درهما فجاء رجل فاختلسها مني فأخذ الرجل فأتي به النبي صلى الله عليه وسلم فأمر به أن تقطع يده فأتيته فقلت له أتقطعه من أجل ثلاثين درهما أنا أبيعه وأنسئه ثمنها فقال فهلا قبل أن تأتيني بهMakna: Aku sedang tidur dalam masjid di atas sehelai khamisah (kain hitam empat segi) kepunyaanku yang berharga tiga puluh dirham. Kemudian, seorang lelaki datang lalu ia mencuri dariku. Lelaki itu ditangkap dan dibawa kepada Nabi s.a.w. lantas baginda memerintahkan supaya tangannya dipotong. Saya datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Adakah kamu hendak memotong tangannya kerana tiga puluh dirham? Saya akan menjualnya kepadanya dan saya tangguhkan pembayaran untuknya." Rasulullah s.a.w. bersabda: Mengapakah engkau tidak maafkan sebelum engkau membawa perkaranya kepadaku?"(Abu Daud, Sunan Abi Daud, No. Hadith: 4394)

Intisari:
1. Kemaafan hanya diberi dalam kes-kes hudud yang melibatkan hak manusia seperti mencuri.
2. Apabila kes telah dibawa ke mahkamah dan dibicarakan, maka tidak boleh diberi kemaafan.

- Hukuman Mencuri
Daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْطَعُ السَّارِقَ فِي رُبْعِ دِينَارٍ فَصَاعِدًا Maksud: Rasulullah s.a.w memotong tangan seseorang yang mencuri harta sebanyak satu perempat dinar ke atas. (Sahih Muslim, No. Hadith: 972)

Intisari:
1. Hukuman hudud hanya dikenakan kepada pesalah yang melakukan jenayah melebihi 1/4 dinar iaitu kadar pada zaman Nabi Muhammad. Jika nilai barang curian lebih rendah daripada itu, maka tidak dikenakan hukuman hudud.
2. Para ulama daripada 4 mazhab mempunyai pelbagai pandangan tentang nilai barang curian sehingga boleh dikenakan hudud. Terdapat beberapa riwayat yang menjadi sandaran para ulama.
3. Aplikasi hadith ini perlu diteliti dalam konteks semasa agar satu nilai tertentu dapat ditetapkan oleh para ulama mengikut lokaliti kes

-Larangan Qazhaf ( Tuduhan Zina)
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: الَ أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَذَفَ مَمْلُوكَهُ بِالزِّنَا يُقَامُ عَلَيْهِ الْحَدُّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ كَمَا قَالَ Maksud: Abu Al-Qasim s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang menuduh hamba miliknya melakukan zina maka pada Hari Kiamat kelak dia akan dikenakan hukuman kecuali tuduhannya itu adalah benar.(Muslim, Sahih Muslim, Nombor Hadis: 3138)

Intisari:
1. Menuduh seseorang berzina adalah satu kesalahan dalam hudud yang dipanggil qazaf.
2. Islam menjaga kemuliaan maruah seseorang dan menuduh seseorang melakukan zina tanpa bukti adalah satu kesalahan.
3. Hukuman hudud hanya dikenakan kepada penuduh yang menuduh seseorang muslim lelaki atau perempuan yang berstatus merdeka dan bukan hamba.
4. Imam Nawawi menjelaskan hadith di atas: Tiada hukuman hudud dikenakan kepada penuduh yang melakukan tuduhan terhadap seorang yang berstatus hamba di dunia. Tetapi, penuduh akan dikenakan hukuman takzir... Bagaimanapun, pada hari akhirat hukuman had baginya akan disempurnakan (akan dilaksanakan), kerana keserataan manusia yang merdeka dan hamba pada hari akhirat.

-Hukum Hudud Wajib Samarata
Daripada Aisyah:أن قريشا أهمهم شأن المرأة المخزومية التي سرقت فقالوا من يكلم فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا ومن يجترئ عليه إلا أسامة حب رسول الله صلى الله عليه وسلم فكلمه أسامة فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أتشفع في حد من حدود الله ثم قام فاختطب فقال أيها الناس إنما أهلك الذين قبلكم أنهم كانوا إذا سرق فيهم الشريف تركوه وإذا سرق فيهم الضعيف أقاموا عليه الحد وايم الله لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها Maksud: Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullah s.a.w? Dengan serentak mereka menjawab: Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w. Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah? Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya. (Sahih Muslim, No. Hadith: 3196)

Intisari:
1. Hukuman hudud wajib dilaksanakan tanpa mengira status sosial dan ekonomi seseorang.
2. Masalah dan kebinasaan bangsa Israel terjadi apabila mereka tidak menjalankan sistem hukuman yang disyariatkan Allah dan tidak adil dalam menghukum.

-Pengharaman Arak
عن ابن عباس قال: قدم وفد عبد القيس على رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا يا رسول الله إنا هذا الحي من ربيعة وقد حالت بيننا وبينك
كفار مضر فلا نخلص إليك إلا في شهر الحرام فمرنا بأمر نعمل به وندعو إليه من وراءنا قال آمركم بأربع وأنهاكم عن أربع الإيمان بالله ثم فسرها لهم فقال شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وأن تؤدوا خمس ما غنمتم وأنهاكم عن الدباء والحنتم والنقير والمقير Daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rombongan Abdul Qais telah datang berjumpa
Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Kami berasal dari perkampungan Rabi'ah. Hubungan kami dan engkau terhalang oleh orang-orang kafir Bani Mudhar. Oleh itu kami tidak dapat datang menemuimu kecuali pada bulan Haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Oleh yang demikian, perintahkanlah kami dengan sesuatu yang mampu kami lakukan dan kami sampaikan kepada orang lain. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Aku memerintahkan kamu empat perkara dan melarang kamu empat perkara. Iaitu beriman kepada Allah. Kemudian baginda menjelaskannya kepada mereka. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mengeluarkan satu perlima dari harta rampasan perang. Manakala aku melarang kamu agar tidak membuat arak di dalam bekas yang diperbuat dari labu, bekas yang diperbuat dari campuran tanah, rambut dan darah, bekas yang diperbuat secara melubangkan batang pokok atau bekas yang dilumurkan dengan tar.(Sahih Muslim, No. Hadith: 23)

Intisari:
1. Selain memenuhi tuntutan rukun Islam, umat Islam perlu menjauhi segala jenis larangan yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah.
2. Larangan dan pengharaman arak dijelaskan dalam al-Sunnah.
3. Arak daripada segala jenis bahan adalah haram sekiranya ia memabukkan.

-Kesalahan Takzir Boleh Dihapuskan oleh Solat
Daripada Anas r.a katanya: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله أصبت حدا فأقمه علي قال وحضرت الصلاة فصلى مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما قضى الصلاة قال يا رسول الله إني أصبت حدا فأقم في كتاب الله قال هل حضرت الصلاة معنا قال نعم قال قد غفر لك
Seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud, oleh itu hukumlah aku. Anas berkata: Sebaik sahaja tiba waktu sembahyang lelaki tersebut turut mendirikan sembahyang bersama-sama Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang lelaki tadi berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud. Oleh itu hukumlah aku sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Baginda bersabda: Adakah kamu mendirikan sembahyang bersama-sama kami? Lelaki tersebut menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kamu telah diampunkan oleh Allah s.w.t.(Sahih Muslim, No. hadith: 4965)

1. Maksud 'kesalahan hudud' yang dinyatakan oleh lelaki itu adalah kesalahan maksiat yang menyebabkan dirinya boleh dikenakan hukuman takzir. Bukan kesalahan hudud yang sebenar.
2. Kesalahan maksiat itu adalah dosa kecil yang boleh dibersihkan dengan solat. Sebaliknya, kalau ia adalah dosa besar (kesalahan hudud), maka ia wajib dihukum dengan hukuman hudud.
3. Para ulama berijmak bahawa pelaku maksiat yang melakukan kesalahan jenayah hudud, tidak akan terhapus hukuman yang dikenakan ke atasnya hanya dengan bersolat.
4. Nabi s.a.w. tidak mencungkil rahsia maksiat yang dilakukan pesalah untuk menutup aibnya.

Baca Selanjutnya......