google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Jun 2010 Jun 2010

30 Jun 2010

.............................

Saya ingin meluahkan sesuatu sepanjang saya berpraktikal..praktikal di firma sebulan dan mahkamah sebulan...alhamdulillah di beri peluang utk merasai dan dipeluang utk pendedahan ttg kerjaya seorg peguam dan prosedur dan tatacara kerja dlm mahkamah...

di Mahkamah Plg best dpt menemubual ketua hakim dan hakim-hakim sendiri..ttg pengalaman mereka..tips2 hidup dan ketinggian ilmu mereka..bersyukur sgt2 dpt berpeluang jumpa golongan2 sebegini sbb kalau kita org luar bukan senang nak jumpa golongan sebegini yg byk prosedur dan protokol..Alhamdulillah dapat merasai bagaimana perbicaraan kes2 dlm kamar, tertutiup seperti poligami..majlis sulh, bicara kes harta sepencarian..hadhanah..faraid..ex parte..interparte..interim..sgt teruja melihat peguam2 nya..dpt menghayati prosiding dan tatacara yg sebenar disamping memperoleh pengajaran dan pengetahuan ( mungkin yela student..excited sgt kot..)

Dalam sy ketamakan dan keterujaan..mengejar peluang dan meneroka ilmu..hehe dalam tempoh 2-3 hari ni..sy telah terabai satu perkara..selama bukan lah sy x pernah buat tugasan yg menjadi tanggungjawab sy sebenar..cuma saya terleka, terlalai dan tidak pandai dlm " work management" menyebabkan byk2 fail2 masih byk belum disiapkan.. dan ia semakin lama semakin bertambah....saya mmg salah ..maafkan sy..sepatutnya sy.....mungkin masa sebulan yg begitu singkat menyebabkan sy lambat nk catch up itu semua...x pe sy cuba utk siapkan..hehe..walaucamana pon sy sepanjang berpeluang berurusan di kaunter dan kerja2 clericals dpt rasa camana kelam kabutnya..dpt rasa kena marah dgn client yg suka nk cepat..nak itu.. nak tahu ini..camana nk fokus buat2 byk2 keje dlm satu masa cth tgk buat proses fail...dan tgh buat keje komputer dan kena jwb tepon..kena amik maklumat dgn serentak..walau inipon satu perkara yg sgt 2 remeh dan kecil..ia sebenarnya terasa rumit bila dipraktis..sebab kena cepat..cekap dan tangkas otak kaki dan tangan..hehehe yelah kita manusia bukannya robot..jadi sy agak memahami situasi sebenar kerja2 dlm mahkamah syariah tuh dan perasaan staf2 sedikit itu dan sesiapa saja akan merasainya..tp sy x pernah mengeluh atau berdukacita...saya rasa ini satu pengalaman dan pengajaran yg harus diingati sampai bila2 dlm menjadikan kita lebih efisyen dan tangkas apabila berkhidmat nanti bukan saja kerana Allah dan keberkatan rezeki tetapi dlm melaksanakan amanah dan membantu masyarakat...mungkin dgn adanya kesilapan yg dilalui..kritikan yg diterima menjadi satu pemangkin bg saya utk memperbaiki diri terutama dr segi pengurusan tatacara kerja..mungkin selepas ini apabila sy dpt menguruskan pengurusan masa dan kerja yg baik..pencapaian dlm bidang pelajaran atau apa2 semakin baik...saya akui sy masih lemah dlm aspek masa dan pengurusan..jadi inilah cabaran sy..hari2 adalah proses pembaikan diri dan hari2 adalah penyelesaian masalah...hari2 berani dlm menghadapi apa situasi dan kenyataan..

Terima kasih kepada staff2 di firma guaman dan mahkamah yg memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada sy dlm membuat tugasan walaupun ia sedikit..ada byk salah silap dan kelemahan sy perlu diatasi huuuu..Pengalaman praktikal kali ini walaupun masa yg singkat..dan terbatas..memberikan byk pengajaran dan pendedahan membina disamping selingan momen2 manis bersama rakan2 di pelbagai IPT lain..Terima kasih diatas pemberian dan perkongsian sumer.........

Dalam praktikal ni pemarkahan adalah nombor 2..yg penting pengetahuan dan pengalaman aplikasian...

Baca Selanjutnya......

21 Jun 2010

Satu Hari Satu Buku

This fourth edition of Triple Your Reading Speed does just that -- with self-quizzes and tests that make it fun and simple to acquire the skills that will give you an edge in school and on the job. The renowned Acceleread Method helps you to break old habits that may be slowing you down, and develop strategies for increased comprehension in less time, with


  • eye exercises to control and expand vision
  • drills for practicing pacing and block reading
  • strategies for mastering the "two-stop" reading method...and more!
  • Boost your reading power today with Triple Your Reading Speed.

Price : RM 28.90


komen : Baru2 ni pergi Pesta Buku MPH..tetiba tertarik dengan buku nih..rasanya saya ni perlu perbanyakkan dan pertambahan skill2 blajar agar pembelajaran saya lebih efektif..yelah bidang saya ni kena byk membaca...huuuuu hmm belum start baca lagi..lepas ni akan membacanya...;)

Baca Selanjutnya......

Lambak dan Lambat???


Kembali pada sambungan...

Seterusnya yang keempat

salah satu punca kelewatan dalam penyelesaian lambakan kes-kes adalah kerana kekurangan staff-staff dan kakitangan..ini kerana berdasarkan pengamatan saya..contohnya..ada dikalangan mereka yang bertaraf LS 17 terpaksa mengambil alih tugas/ melakukan tugas2 untuk jawatan LS 22, jawatan LS22 bagi department tersebut masih kosong..maknanya seorang staff terpaksa membuat 2 bidang tugas dalam satu masa...cabang dlm bidang tugas bukanlah sedikit malah begitu banyak. Setiap tugas yang diberikan dan dijalankan perlukan fokus, penelitian dan pengesahan. Ini menjadi satu kekangan dan cabaran kepada staff dan kakitangan untuk melangsaikan prosedur kerja dengan cepat dan tertib. Bagi staff2 yang baru sahaja bekerja dan hendak menyesuaikan diri dengan jawatan juga tidak terlepas dalam menempuh kekangan yang hebat dalam menguruskan kes-kes yang didaftarkan di mahkamah..client2 yang datang untuk membuat permohonan semakin bertambah bertali arus...sering merungut untuk dipercepatkan...sering melontarkan byk pertanyaan ..jadi perlu ada mekanisme supaya kedua - dua belah pihak iaitu pihak client/ pemohon dan staff2 yang bertugas memperoleh win2 situation..dan saling faham memahami seterusnya penyelesaian kes-kes dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Seperkara yang perlu diberi perhatian...kita lihat rata-rata kebanyakan masyarakat melayu suka mengutuk dan merungut tentang khidmat / servis yang diberikan oleh Mahkamah Syariah..ini seolah2 menggambarkan Mahkamah Syariah merupakan sebuah Institusi/ Jabatan yang paling lambat...ini memberi imej yang negatif dan buruk kepada orang-orang Islam dan agama Islam itu sendiri...sedangkan kes-kes di Mahkamah Sivil juga mengalami keadaan yang serupa malah lebih teruk lagi tapi kurang pula di war-warkan di media arus perdana...Kita melihat martabat Institusi kita ini direndah-rendahkan dan oleh kerana itu ada sesetengah pihak mencadangkan bahawa taraf jawatan bagi Ketua Hakim Mahkamah Syariah perlu dipertingkatkan seiring dengan level jawatan Hakim/ Ketua Hakim Mahkamah Sivil bagi meningkatkan imej dan maruahInstitusi Mahkamah Syariah seterusnya memartabatkan aspirasi keindahan Syariah itu sendiri iaitu "Syariah Asas Keadilan.." Setelah banyak kritikan yang diterima, pihak JAKESS ( Jabatan Kehakiman Syariah Selangor)mengambil inisiatif dan berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan dan menilai rungutan dan aduan yang diterima. Kakitangan dihantar berkursus untuk bagi memantapkan pemahaman tatacara dan prosedur kerja dan bidang tugas..dan saya percaya pihak Institusi Mahkamah sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dari masa ke masa dalam usaha untuk membantu pihak-pihak untuk mempercepatkan penyelesaian mereka.

boleh klik :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_34.htm

apapon masing-masing tidak kira baik mereka di Institusi Mahkamah, Pihak Peguam, dan juga orang-orang awam mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tidak semua mereka itu sempurna. Tuding menuding ke atas mana-mana pihak tidak menyelesaikan apa-apa masalah melainkan kita sama-sama berunding memikirkan solusi / mekanisme yang terbaik dalam menyelesaikan masalah dan kekurangan yang ada seterusnya mempraktiskan solusi itu bukan hanya ia tinggal di meja perundingan sahaja.

Setakat ini sahaja..sekian saja laporan saya - cik Aqeeda Mumtazah dari JAKESS hehe...

p/s : sebenarnya isu dah lama dibangkitkan sejak dahulu lagi....dari tahun ke tahun rungutan dan ketidak puashatian sentiasa ada sehingga lah hari ini...walauapapon sama-sama mencuba dan berusaha ke arah yang terbaik.. Berkaitan dengan isu sosial masyarakat hari ini yang mana budaya" kahwin cerai " yang semakin menular...hari2 ramai membina masjid dan hari2 juga byk masjid yang runtuh..saya belum mempunyai byk pengalaman dan juga masih kurang lagi ilmu maka tidak berani mengulas lanjut cuma kita boleh berpegang pada satu prinsip " Hidup ini umpama menyelesaikan masalah sehari-hari"...tidak kira apa cabaran , kesusahan dan masalah yang mendatang semuanya adalah terletak pada diri kita dan kebijaksanaan serta kebolehan kita dalam bagaimana kita untuk menanganinya dan mengatasinya...

Baca Selanjutnya......

18 Jun 2010

Kenapa lambak dan lambat?


Sepanjang saya menjalani praktikal..melakukan observasi dan tinjauan dan juga meneliti isu semasa..saya mendapati kes-kes penceraian/berkaitan dgn tuntutan2 selepas perkahwinan yang didaftarkan semakin meningkat dari hari ke hari...untuk kes bagi satu Dewan bicara di Mahkamah tinggi saje hampir mencecah 400 kes sehingga pertengahan tahun..itu baru satu dewan bicara..bagaimana dengan bilangan kes bagi dewan bicara yang lain-lain tu?? Kenapa yer boleh jadi begini?? Kenapa kelewatan penyelesaian kes-kes sering terjadi?? saya ingin membuat kesimpulan terhadap apa yang terjadi...

Pertamanya..masalah sosial masyarakat melayu 'Islam' kita hari ni...

Kenapa saya fokus kepada orang Melayu?? sebab suasana di sekeliling saya adalah kebanyakan orang melayu..dan tempat institusi yang saya jalankan praktikal pon adalah Institusi orang-orang melayu..dan lambakan fail-fail kes yang diuruskan pon semuanya nama-nama orang melayu tidak mengira apa-apa status..huhu

Kita melihat dalam apa-apa situasi pertelingkahan dalam rumah tangga sama ada masalah kecil mahupun kronik..banyak pihak-pihak mengambil jalan-jalan penyelsaian dengan cara penceraian. Bagi mereka, penceraian/ divorce is the best way to settle out all the problems..hmm mungkin bagi kes-kes yang boleh dianggap sebagai 'crucial case' ..yg sgt2 terdesak..mungkin keadaan pasangan itu sgt membahayakan, penceraian boleh dikatakan sebagai satu jalan penyelesaian yang terbaik. Bagi yang bukan crucial case..isu-isu yang boleh dikatakan kecil ( sebagai contoh isteri buat air teh x sedap, jarang berada di rumah, suami nak kahwin lain, suami x bagi duit.. dan bla..bla..)yang dibesar2kan sehingga menjadi satu pertelingkahan yang besar dan akhirnya mengambil kaedah penceraian sebagai satu penyelesaian. Sikit-sikit nak bercerai..maka x hairanlah kes-kes nak bercerai ni semakin berlambak..sampai jadual sebutan/bicara untuk kalender 2011 pon dah siap di rekodkan walaupon kes-kes 2010 pon x ter 'settle' lagi.tahun 2010 pon x habis lagi..hehe

Seperkara lagi berdasarkan pengamatan dan hasil temu bual saya dengan mana-mana orang..secara random, Dua isu utama yang menjadi penyebab utama penceraian..iaitu masalah SEKSUALITI dan KEWANGAN..masalah SEKSUALITI merupakan masalah NO 1 yang paling tinggi yg menjadi penyebab utama penceraian..

Kenapa yer boleh jadi begitu?? apakah perkahwinan ini sebenarnya hanyalah untuk seks semata-mata?? Kenapa yer kalau si Isteri tu dah mampu melahirkan anak atau mampu mengadakan bilangan anak yang ramai..kenapa Si suami masih rasa bermasalah lagi?? apakah lagi kekurangannya?? apakah yang sebenarnya yang dikehendaki?? apakah ??/ Kenapakah?? ada orang cakap pada saya ( hish suka sgt dgr ckp org..hehe) " nak jaga suami ni yang paling penting hubungan kelamin dan perutnya bermaksud keperluan makannya..kalau salah satu x complete mmg tak ok..tu sebab suami tu nak poligami..."..apakah hubungan kelamin dan keperluan perut suami itu adalah tunjang utama???huhu kadang-kadang kita perlu merenung sejenak dan kembali pada asal..apa sebenarnya niat kita nak kahwin mula-mula dulu?? apa tujuan perkahwinan ini sebenarnya?? Apakah tujuan perkahwinan dalam Islam sebenarnya..selain melaksanakan fitrah insani..apakah tuntutan agama Islam sebenarnya?? apakah yang hak dan siapa yang berhak?? sebab dah kahwin dah gaduh-gaduh nanti akan timbul isu hak sana sini..

untuk masalah kewangan pula....hmm memang tidak dinafikan zaman sekarang semua nya perlukan wang..melangkah keluar dari rumah maka wang juga turut keluar sekali..memang duit itu tidak dapat membeli kebahagiaan dan ketenangan hati..tapi duit itu penting untuk melaksanakan tuntutan hidup kita seperti nak beli makan..nak ada kereta..nak pergi sekolah.. dan lain-lain..jadi tak ada duit dan kurang duit memang satu masalah juga.. Betul atau tidak?? Setuju atau tak??

Kedua..masalah kefahaman masyarakat dalam prosedur undang-undang..

Hmm tidak dinafikan..ramai dikalangan kita masih kurang faham tentang undang-undang ..masih x faham tentang prosedur undang-undang, prosedur di mahkamah...ramai kebanyakan tidak tahu dan tidak faham..bila x faham..macam-macam komplen dibuat, amukan dan kemarahan...mahkamah ni lambat la..banyak sangat la skema nya..dan lain-lain ada dikalangan mereka yang educated ( khususnya bagi mereka yang bukan aliran undang-undang) pon mempersoalkan prosedur di mahkamah dan ayat-ayat peruntukan dalam enakmen..mereka mentafsirkan dan menginterpretasikan peruntukan enakmen dan undang- undang menurut kefahaman sendiri..mengalahkan peguam dan pengamal undang-undang lagi..

Jadi persoalannya..bagaimana nak bagi kesedaran dan kefahaman mereka tentang undang-undang dan prosedur undang-undang?? sebab itu lah orang-orang bermasalah ini perlu melantik peguam untuk memudahkan pengurusan mereka..kalau tidak mampu mengupah peguam boleh minta bantuan kepada Biro Bantuan Guaman/ Persatuan Bantuan Guaman yang dikelolakan oleh Bar Council di setiap negeri-negeri..ataupun kita cadangkan supaya boleh masukkan subjek khas undang-undang keluarga dalam silibus pelajaran x perlu di 'exam'kan..ini bertujuan untuk memberi kefahaman, kesedaran undang-undang dan prosedur kepada masyarakat awam..ataupun kita boleh jadikan sistem pendidikan negara Filipina sebagai contoh iaitu semua pelajar2 di pengajian tinggi wajib mengambil ijazah undang-undang as a second degree...hahaha ( pecah kepala otak sumer orang..hehe ;p)

Ketiga..dah guna khidmat peguam.. tapi masih lambat lagi kes nak selesai?? Apa masalahnya???

Tidak dinafikan..peguam-peguam yang beramal yang mempunyai firma guaman mempunyai agenda bisnesnya yang tersendiri..mungkin dari satu sudut ada juga kelemahan -kelemahan terbit dari pihak peguam dan guaman sendiri..mungkin ada segelintir peguam yang memang betul -betul bermasalah..ada juga peguam yang betul-betul bagus..semasa saya praktikal di firma guaman..saya pernah bertanya pada peguam?? apakah kehebatan peguam menjadi ukuran utama untuk kemenangan/ penyelesaian sesuatu kes??

Begini..menurut kefahaman saya sebagai pelajar undang-undang...dalam undang-undang...there is no right or wrong..tiada apa-apa salah/jelik dan benar dalam undang-undang....even dalam jawapan peperiksaan subjek undang-undang kami..tidak ada salah atau betul..penentuan markah yang tinggi adalah sebanyak mana beban pembuktian dan cara argument kita untuk kita approve kan yang pihak tersebut benar-benar berhak dalam tuntutan mereka...kita kena yakinkan bahawa pihak itu patut dan wajar mendapat tuntutan tersebut/ atau patut di tuduh/ patut di tolak tuntutannya dan lain-lain...konsep-konsep ini sebenarnya telah diaplikasikan dalam amalan perundangan sendiri..kehebatan seseorang peguam bukan tertakluk kepada kepandaian nya bercakap dan memutar belit tetapi berapa banyak beban bukti yang dikeluarkan dan ditunjukkan jelas di mahkamah sehingga boleh meyakinkan Hakim untuk memberi hak kepada anak guam tersebut..Teringat kata bos saya dulu " Pliding is 90%..advocacy is 10%..therefore documentation is the most important rather than advocacy skills..although u good in speaking or debating...if the documentation is not complete..it's useless.." Apapun peranan peguam adalah untuk membantu hakim untuk menentukan keadilan dan hak..Hakim adalah pemutus dan pemberi keputusan. Jadi, tiada istilah menang dan kalah dalam perbicaraan..semua bergantung kepada beban buki yang betul-betul kuat dan yakin untuk mendapatkan hak. Tiada sesiapa hebat disini..yang perlu diperhebatkan adalah beban bukti dan lengkapnya pliding..itu saja..Ingat Hakim sebenarnya tidak berminat dengan cerita-cerita seperti story tale..apapon Hakim melihat kepada beban bukti..

Lagi satu.. segala tindakan peguam juga tertakluk pada undang-undang..setiap proses yang hendak dilakukan perlu meminta kebenaran dari Hakim..seperti ingin membuat pernyataan pembelaan..membuat gulungan hujah...perlu mendapat perkenan daripada Yang Arif..mungkin kita boleh katakan prosedur yang rigid juga boleh menjadi asbab kepada lambatnya penyelesaian sesuatu kes kerana setiap kes perlu melalui tiap-tiap satu prosedur dan tahap-tahapnya..atas persetujuan Hakim..

....akan bersambung ...

Baca Selanjutnya......

06 Jun 2010

Rumahtangga : Satu Ulasan

gambar hiasan semata- mata

Setelah sebulan saya menjalani praktikal di sebuah firma guaman syariah..walaupun masa yg dilalui begitu singkat..masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan dikaji. Sepanjang menjalani praktikal, begitu banyak kes terutama melibatkan kes-kes rumahtangga yang dibicarakan hampir setiap hari, dari Hari Isnin sehingga hari Khamis. Hari jumaat tiada perbicaraan, tapi x lama lagi akan ada sebab Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat akan memulakan dahulu. Ini bertujuan untuk mengatasi lambakan kes yang semakin bertambah dari hari ke hari... Hari-hari kes-kes kekeluargaan seperti cerai, fasakh, poligami, pengesahan nikah dan lain-lain dibicarakan, disebutkan dan didaftarkan di Mahkamah semakin meningkat. Kita melihat institusi kekeluargaan semakin runtuh dari hari ke hari. Kahwin cerai seolah-olah telah menjadi suatu fenomena biasa yang kita lihat. Dulu-dulu saya selalu terfikir, kenapa yer masih mula2 nak kahwin dulu beria2..sumer2 nya manis2..indah2..sayang2..tetibe di pertengahan ada masalah sehingga x dpt diselamatkan dan dikawal...kenapa wujudnya berantakan??..kenapanya ada perpisahan?? Adakah itu suatu suratan jodoh?? adakah ia memang takdir?? Apa yang salah??? Begitulah alkisah senario masyarakat hari ini..Institusi kekeluargaan semakin punah dan ia boleh menjejaskan sosial masyarakat keseluruhan...

Saya begitu tertarik dengan artikel Ust. Zaharuddin berkaitan perbezaan suami isteri, disini saya ingin mencedok sedikit tips-tips tentang rumahtangga yang telah diutarakan oleh beliau...

FUNGSI RUMAHTANGGA

Dalam kesempatan yang amat terbatas ini, saya akan membawakan empat isu terlebih dahulu, sekadar mencuba-cuba memberi sedikit pembuka minda buat insan yang bergelar suami dan isteri dalam melayari rumah tangga mereka. Agar kita semua mampu menepati objektif sebuah rumahtangga yang digariskan oleh Allah swt iaitu :-
Ertinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ( Al-Rum : 21)

Berdasarkan rujukan saya dari huraian para ulama silam di dalam kitab-kitab tafsir, dapat saya simpulkan dari ayat di atas, antara fungsi rumahtangga yang MESTI diusahakan oleh kedua-dua pasangan adalah untuk menjadikannya sebagai :-

1) Litaskunu Ilayha
= Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.


2) Mawaddah wa rahmah

= tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :
Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi) Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.
= Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan
Ertinya : Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)
= Imam Ibn Abbas r.a dan Mujahid pernah menerangkan bahawa Mawaddah bermaksud Jima' manakala rahmah itu adalah anak. Hasilnya, nafqah batin dan kepuasan suami isteri melaluinya adalah crucial di dalam sebuah rumahtangga. Kehadiran anak pula juga merupakan satu objektif perkahwinan yang dibanggai Rasulullah. Namun bagi yang belum mendapat rezeki itu, banyakkan berdoa dan teruskan usaha.


ADUAN & PERLU FAHAM

Bagi mencapai target rumahtangga yang disebut oleh Allah ta'ala, bibit masalah yang kerap menjadi punca awal membawa penceraian, hilang cinta dan kasih perlu ditangani. Antara punca awalnya boleh dilihat dalam beberpa aduan pilihan di bawah. Ia dikutip hasil dari beberapa aduan yang saya terima dan juga pembacaan. Saya gariskan cadangan dan apa yang perlu difahami oleh suami dan isteri dalam menghadapi aduan dan pertikaian mulut pasangan.

RUNGUTAN 1
ISTERI : Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid. Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?
SUAMI : Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu. Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu


YANG SEPATUTNYA
LELAKI FAHAM · Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat. · Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja. · Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dsbgnya).

WANITA FAHAM
· Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak? · Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang. · Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.

RUNGUTAN 2 ISTERI : Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau memberi penyelesaian
SUAMI : Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah komplennya.

YANG SEPATUTNYA LELAKI FAHAM · Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera. Justeru, jadilah pendengar yang baik. · Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya. Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz, dan banyakkan response melalui sentuhan.

WANITA FAHAM · Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita. Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan ingin segera menyelesaikannya. · Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.

RUGUTAN 3
ISTERI : Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat untuk mendengarku bercakap." Tak pandang kita pun."
SUAMI : Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara lain. Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun dia masih tidak puas hati.

YANG SEPATUTNYA LELAKI FAHAM · Wanita lebih rasa dihargai apabila kita melihat dengan tepat ke matanya dan menunjukkan reaksi wajah. · Justeru, walau rasa kurang selesa dengan cara itu, ambillah hatinya.

WANITA FAHAM · Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka. · Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika dia senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai tanda dia mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu. · Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dlm suasana perbincangan terlalu serius di rumah yang dianggapnya tempat merasa rehat dan bertenang. Tidak mahu ia menjadi seperti pejabat. Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di pejabat.

RUNGUTAN 4 ISTERI : Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan penghargaan sekali sekala terutama di hari istimewa.

SUAMI : Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali kah? Mengapa dia tersangat emosi dalam hal ini.?

YANG SEPATUTNYA
LELAKI FAHAM · Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami. · Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan mengulangi pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum memperolehinya, dia memang pemurah dengan puji-pujian). · Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian & penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah. · Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang apabila si suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan melebihi penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.

WANITA FAHAM
· Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan. · Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri. · Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafqah pujian, penghargaan sebagai sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan. · Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting isteri. Justeru, jika merasakan diri 'kurang perform' di bahagian itu, tingkatkan prestasi di bidang lain yang boleh dihargai oleh suami.

PENUTUP Demikian serba ringkas, saya tidaklah berani untuk mengatakan semua wanita dan lelaki berciri sebegitu, namun saya kira sebahagian besar sifat dan tabi'at suami dan isteri adalah seperti yang saya tuliskan di atas.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ المودة حب الرجل امرأته الرحمة رحمته إياها أن يصيبها بسوء

www.zaharuddin.net


Para suami isteri pada masa kini perlu mempunyai ruang dan masa untuk memperbanyakkan bacaan berkaitan dengan rumahtangga , psikology dan perbezaan tentang gender supaya mereka lebih mengenali dan memahami perbezaan diri mereka. Buku yang elok dibaca seperti tulisan John Grey, Men are From Mars , Women are from Venus..Yang paling utama ialah kemahiran komunikasi antara pasangan, mereka perlu memperbaiki komuikasi, perlu adakan perbincangan dari hati ke hati jika berlaku tidak puas hati serta mempunyai sikap cuba menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya, cubalah kenang kembali momen-momen manis dan indah sewaktu awal-awal menikah dulu, bagaimana kita boleh menerima dia sebagai pasangan sebumbung kita...

~~Asas kekuatan Ummah adalah bermula dengan keutuhan Institusi kekeluaragaan/ Baitul Muslim~~Bagaimana kita nak tangani isu-isu besar dan berat jika isu akar ini tidak diatasi??..

Baca Selanjutnya......