google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Februari 2012 Februari 2012

13 Februari 2012

Walimah Sahibah...

Assalamua'laikum..Semoga kita semua ini sihat2 dan dirahmati Allah..

Begitu pantas masa berlalu..cuti sebulan pon rasa sekejap saje...Alhamdulillah Allah Al-Azim memberikan saya anugerah masa cuti ni  untuk berehat, menyiapkan thesis yang hampir 90% siap hahaha, belajar perkara2 baru, membaiki kemahiran kendiri, hal2 komunikasi dan hubungan keluarga dan lain2..
____________________________________________________________________________

Hehehe;);D;D...Artikel Eksklusif Khas  ini ditujukan untuk Teman Terbaik saya merangkap teman serumah....teman sekelas...teman sekuliah..teman sekolej dan teman se universiti hehehe

Baru2 ini saya bertandang ke majlis nikah dan kenduri kahwin seorg sahabat iaitu 

NURUL HANIS NADIAH BINTI NGALIMAN DAN SUAMINYA MOHD HAFIZ...;) Barakallahulakuma..


Apa yg saya kagum...Pertemuan dan jalinan hubungan mereka sebelum pernikahan sungguh Islamik..mereka betul2 menjaga batas2 hubungan mereka...tak pernah bersua atau berbicara melainkan perkara2 yg sgt2 penting...selalunya menggunakan kaedah org tengah spt  kakaknya sebagai perantara...Inilah sebenarnya perhubungan yang dituntut oleh Syariat....


Nurul Hanis pada pengamatan saya merupakan seorang yang solehah dan sgt cemerlang dalam bidang pelajaran serta sgt aktif dalam bidang kepimpinan berpersatuan....Berpenampilan yang sungguh Islamik, pernah merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti sewaktu Diploma seterusnya meraih kecemerlangan sewaktu Degree malahan dia sentiasa disenangi ramai sehingga ke hari ini...

Antara rahsia dan resepi beliau dalam hidupnya adalah amalan solat Tahajud dan solat Dhuha yang tidak pernah tinggal....banyak membaca Al-Quran tidak mengenal waktu.....terkenang alunan suaranya yang lemak merdu.....beliau juga pernah berkongsi beberapa ilmu yang baik dgn saya......antara nasihatnya adalah berkaitan soal hati yang bersih yang ikhlas dan banyak berdoa....

Saya menceritakan kebaikan kawan saya ini kerana dia adalah salah seorang yang boleh memberikan saya suatu inspirasi ...kerana amalan dia..saya punya rasa cemburu...sedikit demi sedikit saya meniru amalan ibadahnya...contohnya : Dengan pengaruh dia ,saya secara tak sengaja dah pandai konsisten  bangun malam qiamullail ...saya rasa boleh nak praktik solat dhuha hari2 dan lain2...kdg2 melalui pengaruh kawan2 yg baik dan bi'ah yang baik ini juga kita boleh terikut2 ke arah kebaikan...saya merasakan dia seimbang dari sudut dunia dan akhiratnya....dia sgt sabar dan tahan daya cabaran....( Saya tidak ada rasa riak atau ingin menunjuk2 kebaikan....kebaikan saya adalah sgt2lah kecil dan sikit jika dibandingkan dgn org2 hebat lain...saya masih gigih berusaha lagi ni...tujuan saya cerita ni adalah utk nak illustrate kesan inspirasi /pengaruh kawan terhadap diri saya..ok)

Saya mengaku saya bukanlah seorang yg sgt  baik dan tidak thiqah...saya sebenarnya  semenjak dulu pernah menanam niat dan berazam utk menjadi baik kerana Allah.....setiapkali nak ke arah kebaikan saya selalu diuji dan teruji.....adakalanya lagha.....fitrah semulajadi ingin ke arah kebaikan sentiasa ada.....

Memang tiap2/semua orang itu tiada yang sempurna..semua ada kelemahannya...tapi tak salah kalau kita menyelaputi kelemahan itu dengan rangsangan sifat2  kebaikan2 dan sifat2 positif...hari2 cuba berubah maju walau sedikit...

Melalui titipan khas ini..saya mendoakan agar pasangan Hanis dan Hafiz sentiasa berkasih sayang dan bahagia sehingga ke syurga....doa agar mereka melahirkan generasi insan soleh dan solehah yang mewarisi sifat2 mahmudah , hasanah dan fatanah...doa agar rumahtangga mereka sentiasa selamat dan dilimpahi mawaddah warrahmah insyaAllah..Allahumma Ameennnn.....

Kepada bekas teman serumah ku iaitu Nur Saodah  ( sebagai memenuhi hajatnya hehe..) inilah antara gambar2nya  yg termampu utk di upload...:- hehehe;) 





Memang diakui telah ramai sgt kawan2 sebaya saya semua telah selamat mendirikan baitul muslim yg suci ini..ada yang dah sampai beranak dua dah diusia sebaya ini...Setiap kali saya kemana2 pasti tidak terlepas soalan2 cepu mas kepada saya..hehehe...Apapon saya yakin setiap apa yang telah ditentukan dan yang ditakdirkan  oleh Allah pasti ada hikmah yang tersembunyi...sebab Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita..yang penting usaha dan doa..

Saya sentiasa berazam dan bertekad semasa saya masih diberi peluang dan dianugerahkan masa single  oleh Allah s.w.t ni, saya nak ubah diri saya ke arah lebih baik lagi....nak bersih hati yg selalu tak bersih2 lagi nih.....nak tuntut ilmu sebanyak mungkin....nak belajar mcm2.....nak mantapkan apa saja kemahiran ....nak buat amal jariyah...dan apa2 sajelah hehehe..;)dan InsyaAllah semoga perkara2 bermanfaat yg dilakukan yang mana akan menjadi alah bisa tegal biasa dan berterusan sehingga berkahwin dan sampai mati...ameen..hajat dua' semua!;)

Semoga Allah merahmati saya ameenn...;)

Kepada semua rakan2 taulan dan teman yang sudah dan sedang serta bakal mendirikan baitul muslim..saya doakan Barakallahulakuma Wa'alaihima...

Baca Selanjutnya......