google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: November 2012 November 2012

24 November 2012

Alhamdulillah..akhirnya...

Istiadat Konvokesyen Sedang Berlangsung:. Belajarnya bertahun-tahun .. naik pentas seminit je;) sebenarnya terkilan tempatnya di stadium..
Terima Kasih ayah dan adik atas sokongan yang tidak berbelah bagi
Terima Kasih Mak atas kasih mu dan doa mu yg sentiasa basah dibibir dan di hati..kerana rahmat Allah dan berkat Doa mak la akak sampai tahap ini..selagi ada hayat mak selagi tu Doa mak ini x pernah putus^ ^
Walaupun byk spekulasi , apapun Syukur kepada Allah kerana beri peluang utk menjejak kaki ke menara gading..;)
Bersama adik lelaki yang cemerlang gemilang....bakal Akauntan bertauliah dan PM Malaysia insyaAllah..;p yg selalu beri motivasi...tahun depan giliran dia pula;D
Terima Kasih Ayah atas belanja makan besar family di Holiday Villa Resort Hotel..nice;)

Alhamdulillah3x...dengan izin Allah saya telah melepasi kesemuanya pahit getir maung suka duka manis masam masin salah betul dengan jayanya...semoga fasa2 akan dtg yg dilalui dengan penuh semangat dan cemerlang  serta diberkati InsyaAllah!




Pertamanya, Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi anugerah rasa kegembiraan kepada saya..tak sangka akhirnya saya mampu merangkul segulung ijazah sepertimana yang pernah dirasai oleh semua orang-orang yang memperolehinya.

Keduanya, Al-Waktu Kas Saif...siang malam cepat berlalu..semalam baru rasa hari pertama masuk Universiti ketika Julai 2007, Hari ini November 2012 sudah naik pentas diberikan scroll Ijazah..pantas sekali kisah yang Allah rencanakan ini ...

---> *Saya tak akan lupa akan asal usul saya,  saya tak  akan lupa akan pengorbanan keluarga saya terutama mak saya..(mmg leleh nangis2 ini ) mak saya sanggup mengorbankan kerjaya besar demi pembesaran anak2..mak saya mmg sanggup bergolok bergadai demi anak2....sanggup hilang rasa malu dlm mendidik anak2..mendidik dgn penuh garang dan sgt tegas mmg kadang2 buat saya sbg anak tak dpt tahan huhu...mak ampunkan dosa akak ye...doakan akak selalu ye...ya  akak ni byk sgt derhakanya..... akak dpt scroll dapat lulus baik final exam tuh pon sbb hasil usaha dan doa mak..doa mak yg sgt bernilai, makbul dan diberkati..kalau tak de keluarga x de redha x de doa mak belum tentu akak jadi begini akak belum pasti dpt lulus dgn jayanya ...amal ibadat akak pon x seberapa utk capai tahap yg begini...terima kasih ayah adik, dan nurin kerana byk beri sokongan, nasihat, kritikan, suntikan motivasi, pelbagai bantuan sewaktu akak bertahun2 belajar...maafkan akak sbb terlalu mementingkan diri selama ini..terima kasih meraikan akak....terima kasih atas segala susah payah....terima kasih atas segala2nya mmg x dpt dihitung semua jasa2nya...susah senang kita sama2 keluarga harungi bersama..keluarga kita kecil sama2 kita tempuhi....syukur Allah beri aku nikmat berkeluarga tempat ku menimba kasih dan teduh..doakan akak jadi orang baik dan solehah ye..

Ketiganya, Terima Kasih Universiti, Terima Kasih Waktu dan Terima Kasih semua kawan2 dan orang2 yang pernah singgah dalam hidup saya dan mewarna warni hidup saya, memberikan saya pelbagai pelajaran dan pengajaran...

Keempatnya, Terima Kasih atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu oleh semua tenaga pengajar semua pensyarah part time ke full time hehehe paling best adalah berpeluang belajar dgn Ust Dr Zulkifli Al-Bakri dalam subjek Qawaid Fiqhiyyah... sangat kagum dgn personaliti beliau..Madam Dr Nik Salida Suhaila dalam subjek Tort walau hanya sebulan dua..Dr Kamaluddin Marjuni..Ust Subjek Aqidah ( x ingat nama..), Ust Hamadallah menjadikan bahasa Arab suatu subjek yg sgt best...Miss Fadhlina yang berdedikasi mengajar subjek Company sehingga memberikan momen2 indah dan juga Dr Muzaffar Syah  yang sgt bekerjasama baik ketika menyiapkan Tesis saya, Madam Dr Farah yg bagus menyampaikan subjek Medical Law membuatkan saya sentiasa melongo dan terpesona.. dan semua2 pensyarah Sir /Madam yang x dpt nak sebut satu2...

Kelimanya, Semoga saya dapat ingat apa yg pernah saya belajar...semoga dapat memanfaatkan ilmu..semoga saya menjadi pemikir yg bagus..

Keenam, Terima Kasih TLB 1 dan 2, Terima Kasih Housemates/Course Mates Ex PT 5854 Rumah Pink hehe, Terima Kasih kepada Gang Library dan Gang Study Group (Gang Syafira yang sudi menerima saya sbg ahli kumpulan belajar mereka), dan terima kasih la semua2...kerana memberikan warna warni pelajaran dan pengajaran;)

Ketujuh, Semoga masa akan datang memberikan yg terbaik dan cerah InsyaAllah..anugerah ini bukanlah penamat tetapi menjadi permulaan kepada kehidupan yg lebih meluas dan mencabar...

Ke lapan, Semoga saya sentiasa tetap di jalan-Nya, ameen...semoga hati ini sentiasa bersih dan ikhlas menjalani hidup sehari2..semoga dapat menyumbang manfaat kepada orang laindan kembali kepada-Nya dalam keadaan hati yang sejahtera..ameen

Note: Tidak berhenti mendoakan umat IslamGaza  Palestine, Syiria, Rohingya dan mana2 minoriti umat islam yang tertindas..
       : 10 Muharam merupakan hari sejarah dan manis untuk saya.....apapun perjalanan tidak akan berhenti disini... yang berlalu telah berlalu..kenangan tetap tinggal kenangan...yg ke hadapan perlu dituju...
Thanks Sohibati Nurul Jannah Abd Talib for the edit : suruh org snap dlm dewan hehe


Berpeluang ambil gambar di dataran iqra' secara pantas dan tuntas sebelum menuju ke Subang hehe;)
  Note : : -Sekali sekala meraikan diri sendiri...meraikan perasaan gembira sementara yang Allah bagi..sebab nikmat ini belum tentu berulang lagi...dan paling seronok ialah meraikan cinta dan gembira bersama keluarga yang dikasihi....sbb mmg Keluarga adalah segala2nya ..dorongan, bantuan kewangan, sokongan moral, motivasi dan spritual..bukan senang nak ambil gambar satu keluarga bersama..jadi scroll ijazah ini adalah utk keluarga juga sbg lambang terima kasih dan pencapaian kepada mereka..

             : : - Memang jangka selepas ini akan melalui kegetiran lagi....kerana focus utk masa depan dan survival diri...belajar tidak terhad utk scroll sahaja dan hanya pada nama dan institusi sahaja ..belajar dan menimba ilmu itu mencakupi konteks yang luas....

               : : Cita-cita dulu kononnya dahulu utk bergelar seorang peguam terpaksa dilupa dan dipendam jauh didasar hati dan terpaksa menghadapi realiti yg hakikat dan realistik..semoga Allah menetapkan hala tuju dan ketetapan masa depan yang indah dan terbaik buat saya ameenn..;D

Baca Selanjutnya......