google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Oktober 2012 Oktober 2012

29 Oktober 2012

Berkaitan dengan Jemputan..

Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Pendapat yang menjelaskan wajibnya menghadiri undangan walimah juga turut dijelaskan oleh Ibnu ‘Abdil Barr, imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Ibnu Hazm, Imam an-Nawawi, dan pendapat inilah yang telah menjadi kesepakatan para ulama.


-http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2009/05/walimatul-urus-di-antara-sunnah-dan.html-

____________________________________________________________


Bismillah



Alhamdulillah puji dan puja selayaknya kepada Allah yang banyak mengurniakan nikmat kepada kita, nikmat yang sebenarnya tidak terhitung oleh kita...mmg sebagai manusia kita selalu kerap atau sentiasa merasakan tidak berpuas hati, tidak cukup serba serbi, rasa kurang serba serbi..sering banding-membandingkan dengan sesuatu yg lebih dari kita..tapi kalau kita mengamalkan sikap bersyukur sebenarnya jiwa itu lebih tenang... apa yg Allah susunkan aturan hidup kita ini adalah terbaik dan mengandungi hikmah agar kita mengambil pelajaran membanyakkan usaha dan menggantung pengharapan kepada-Nya...

Semenjak kebelakangan ini saya akui saya sudah mulai kurang untuk berblogging, bukan tidak ingin utk membuat perkongsian..tapi saya kini lebih tertumpu dan memfokuskan kepada usaha untuk memperbanyakkan bacaan tentang hal ehwal semasa dan lain2..bukan asbab nak dpt temuduga ke apa tapi lebih dari itu, walaupun dah habis belajar tapi proses menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu serta menyebarkannya mmg tidak boleh berhenti..seperkara lagi saya juga mahu mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah....
Saya mengakui dan sedar diri melayari internet terlalu lama jika tiada matlamat hala tuju betul2, adakalanya membuang masa dan tenaga...tak kena gaya boleh mendatangkan dosa, dari sudut lain,iaitu kesihatan mata terjejas, tahap kerabunan saya semakin bertambah..saya akui ditambah lagi approval oleh pakar mata bahawa puncanya ialah mengadap screen lama2..mmg masa2 sebelum ni terutama masa belajar buat assigmn dan lain2 tugasan/masa2 senggang sy byk kali mengadap laptop screen, pada masa sekarang ini, saya berusaha kurangkannya, saya masih melayari internet lebih tertumpu proses pembacaan perkara2 penting, melihat email dan berkaitan dgn urusan2 spt konvokesyen, pembayaran dan lain2..kalau layari fb pon hanya seketika saja hanya krn melihat update info2 diruangan batch coursemates..dan di waktu kebanyakan hal ehwal org2/kwn2 di fb saya jarang ambil tahu..mmg saya x ada rasa / kurang berminat nak klik nama org2 satu persatu untuk mengintai apa yg mrk buat, apa perkembangan, dah berapa org anak cucu ke, dah kahwin ke tak kahwin, melainkan ada sesetengah kawan yg masih ingat  chat/pm msg saya masa tu barulah tahu apa khabar dan perkembangan kawan itu..atau jika saya berhajat akan sesuatu maklumat barulah saya search kawan tersebut...

Jadi begitulah perihalnya....jadi apakah kaitan dengan ayat para pertama yg awal2 diatas?.....disini saya nak meluahkan dan merangkap sejuta penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada teman2 yg masih mengingati saya terutama teman2 yg menjemput saya utk menghadiri walimah / kenduri/ majlis/apa2 aktiviti/program yg dianjurkan mereka...terima kasih byk2...saya sebenarnya berusaha untuk menghadirinya jika tiada aral melintang....dan saya tak berani utk memberi janji yg pasti tapi apa yg mampu saya ucapkan adalah InsyaAllah saja....dan sentiasa utk mendoakan yg baik2 utk semua....
 
Pernah saya menemui dan mendengar cerita2 ada segelintir kalangan kita sgt bagus sikapnya, asal dpt jemputan tak kira jauh ke dekat, utara ke selatan, timur ke barat, kawan baik ke kawan x baik, kawan rapat ke tak rapat, sedara jauh ke sedara dekat, segelintir mereka ini tegar dan sgt berusaha menghadirinya dan berjaya menghadirinya....MasyaAllah sangat bagus sekali, mulia betul akhlaknya, betul2 menepati saranan sunnah,saya yg begitu naifnya sgt kagum, ini suatu tanggungjawab sosial yg positif dan elok...mengeratkan ukhuwah, memupuk persaudaraan dan perpaduan serta memberikan sokongan padu..hidup suasana dalam jama'ah seharusnya begitu...saya sendiri akui yg saya sbny sgt lemah dlm perkara ini..
Pernah saya dikhabarkan kisah, ada seorg hamba Allah ini begitu aktif menjalankan tanggungjawab sosialnya iaitu menghadiri jemputan kemana2 saja (jemputan yg syarie bukan yg maksiat) asal dia dijemput pasti dihadirinya tak kira masa...mmg bagus..dan yg begitu takjubnya sewaktu diakhir hayatnya yakni diwaktu kematiannya, jenazahnya disembahyangkan oleh ramai sgt org, ramai org berpusu2 menziarahinya dan menyembahyangkannya bersilih ganti.....MasyaAllah itulah hikmah dan balasan baik disebalik amalan yg baik dan istiqamah itu tadi....

Saya sebenarnya berasa cemburu bila melihat org2 beramal baik ini...tapi saya akur dgn kemampuan saya ....saya mmg agak susah nak memenuhi jemputan...kadang2 ada saja aral nya.....adakalanya diuji dan teruji...bukan tak pernah menghadiri langsung..tapi byknya begitulah......pernah sy dpt undangan jemputan teman dari Selayang, boleh dikatakan jemputan teman rapat tu, malangnya saya x dpt menghadirinya, waktu itu mmg cuaca kawasan rumah saya sgt gelap, kilat sabung menyabung, hujan sgt lebat, ayah saya melarang keluar rumah krn bahaya katanya maklumlah hujan sgt lebat boleh mengganggu proses perjalanan pemanduan...dan juga hal2 lain.....semuanya bukanlah rasa kesengajaan...kadang2 kita ada  tanggungjawab lain, kdg2 terpaksa mengutamakan hal lain yg lbh afdhal drpd jemputan dan sebagainya..mmg saya x nafikan ada kalangan kawan2 yg berkecil hati dgn saya.....sy mohon byk2 kemaafan...terima kasih atas ingatan..
Sekiranya diwaktu saya nanti ada rezeki saya mengadakan majlis ke walimah ke..saya insyaAllah tak akan berkecil hati kalau ada teman2 x dpt menghadirinya....yg penting bila kita jemput org kita rasa ikhlas, kita dtg jemputan org pun kita rasa ikhlas dan mendoakan kebaikan org itu..insyaAllah...mudah2mudahan Allah s.w.t memurahkan rezeki kita semua..memudahkan urusan kita semua ameen...

Wassalam....

Baca Selanjutnya......