09 Oktober 2009
Allah Maha Besar dan Lebih Berkuasa atas segala-galanya
Daripada Abu Hurairah r.a: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال اجتنبوا السبع الموبقات قيل يا رسول الله وما هن قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل مال اليتيم وأكل الربا والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات المؤمنات Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamumasuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina.(Sahih Muslim, Nombor Hadis: 129)
Intisari:
a. Terdapat 7 dosa besar yang utama sebagaimana berikut:
1. Mensyirikkan Allah
2. Melakukan sihir
3. Membunuh manusia
4. Memakan harta anak yatim
5. Memakan harta riba
6. Melarikan diri daripada peperangan
7. Menuduh perempuan baik melakukan zina.
Sihir, ilmu hitam, santau, ilmu entah pelbagai jenis terutama yg melibatkan perantara jin dan syaitan ni sudah wujud sejak dari zaman nabi lagi. Bukan setakat zaman nabi tapi dah wujud sejak kurun dahulu.
Samada percaya atau tidak, makhluk halus ni memang wujud di mana-mana sahaja. Hanya orang-orang tertentu sahaja dapat berpeluang untuk melihat kerana mereka ada anugerah utk melihat perkara-perkara sedemikian. Kalau dalam konteks kita orang-orang melayu, pada zaman tok nenek moyang dulu-dulu, tidak dinafikan, ada sebilangan mereka yang jahil dan mengamalkan bermacam-macam ilmu yg melibatkan perantara makhluk halus. Sesetengah mereka yang mengamalkan ilmu ini ada bertujuan untuk menjaga keselamatan harta seperti rumah, tanah, dan kebun mereka. Sebab itu wujudnya cerita hantu Pocong, Langsuir, hantu suluh, hantu toyol, hantu raya dan lain-lain.Ada juga yg bertujuan yg tidak baik seperti ingin mengenakan orang kerana ada unsur dengki dendam dan sebagainya. Ada yang membela makhluk ini seperti hantu raya, buat pengorbanan dan lain-lain kerana terdapat hajat tertentu..Adakalanya disebabkan perbuatan dan ilmu-ilmu yang diamalkan nenek moyang dahulu kala ini memberi kesan kepada anak cucu cicit dan generasi kemudiannya.
Dari segi undang-undang juga..sgt sukar utk membuktikan kes yang melibatkan perbuatan yang mengaitkan mkhluk halus. bagaimana nak membuktikan sesuatu perkara yang ghaib? Pembuktian mesti zahir, terang dan nyata,Kalau dalam Kes Mona Fendi- Mona Fendi dihukum atas kesalahan membunuh kerana memang terdapat actus reus, mens rea dalam kes tersebut.
Walauapapun, pada pendapat saya sebagai orang biasa..apa yang penting dalam hidup kita ini, kita kenalah percaya kuat pada Allah. Sesungguhnya Allah itu maha Besar maha Kuasa maha Agung..Allahuakbar! Segala yg memulakan dan mengakhiri adalah datang dari Allah, Segala yang diizinkan semua adalah dari Allah, Segala yang menciptakan, mendatangkan dan menyembuhkan semuanya dari Allah..segala terdapat hikmah yg tersurat disebaliknya.
Apa yang penting kita sebagai hamba Allah, yg muslim dan beriman ini, kena dekatkan diri dengan Allah, menjaga hati,menjaga dan meperbayakkan amal ibadat.
Pada saya x perlulah kita menuntut ilmu-ilmu sebegini, ilmu yg kita sedia ada ini pon tak habis beramal dan tak ter ber amalkan. Contoh paling mudah zikrullah..dalam satu hari belum tentu kita sempat nak berzikir 70x/100x..tiap-tiap hari belum tentu kita boleh bangun tahajud pada tiap2 malam..hakikatnya kita kadang-kadang banyak mengetahui ilmu agama itu..tapi ada yg kita tak amalkan dan byk lagi ilmu-ilmu lain penting yang kita kadang-kadang terabaikan.
Setakat itu sahaja. Wallahua'alam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan