google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: April 2011 April 2011

24 April 2011

Ciri-ciri Gadis Muslimah dan Berakhlak Mulia


  1.  Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.



p/s : Tatapan ini lebih untuk peringatan buat diri sendiri agar sentiasa bermuhasabah , berwaspada dan sentiasa menjadi ke arah lebih baik...;)
Kata Imam Hassan al-Banna: "Asas kebaikan sesuatu bangsa adlh kebaikan keluarga dan kunci kebaikan keluarga adlh kebaikan perempuan krn perempuan adlh guru dunia...." pendek kata, jika baik wanita itu, maka baiklah negara& jika rosak wanita itu, maka rosaklah negara...
’Ya Allah, Ya tuhanku! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah! Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah!’’

Baca Selanjutnya......

18 April 2011

Jubli Perak 25 ;)



"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Alhamdulillah..terima kasih Allah..kerana masih memanjangkan usia dan masih memberi daku untuk menikmati umur..sedar x sedar dah 25 tahun hidup kat muka bumi ni..masa terus berlalu begitu pantas..tertanya pada diri..apakah sumbangan ku sepanjang 25 tahun ni? bilalah pengakhiran hayat ku? ;)

Terkenang akan sejarah seorang Pemimpin terulung iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh..di ketika usianya 21 tahun..beliau telah menawan dan membuka Kota Constantinopel ..sungguh hebat masa mudanya..

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
“..Konstatinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
                                                           (HR Imam Ahmad)

Sabda Rasululllah s.a.w telah pon direalisasikan oleh seorang pemuda yang terulung..beliau pemuda di usia kecilnya dan remaja amat tekun mendalami ilmu dan menghafaz Al-Quran..manakala di sudut ibadahnya x pernah sekali meninggal kan ssolat sunat qabliyah dan ba'diyah..wah sungguh hebat..sungguh cemerlang..

Kita ini bagaimana pula yer?? 

Hmm..Al Waajjibat Aktharu Minal Auqat..kewajipan semakin bertambah daripada masa yg ada..saya dpt merasakan makin dewasa makin byk tanggungjawab..makin kurang masa..hehehe

Sebetulnya kini sedang berhempas pulas untuk persediaan final exam yg bakal menjelang minggu depan..x kira masa dan cuaca..sy sibuk ulang dan mengulang kaji hahaha asal rasa ngantuk esp waktu siang maka buatlah benda lain..menaip blog ke ..balas komen fb ke apa ke haha menghitung hari..hanya igt tarikh 25 April ..bukan 19 April..rasa x sedar bahawa tarikh 19 April ni hari lahir saya hahaha;)

Terima kasih emak dan ayah  kerana melahirkan saya..membesarkan saya dan mencukupkan  keperluan saya sehingga saat ini..jasa kalian x termampu utk dibalas melainkan doa hari2 selepas solat,,

Apapon terima kasih atas ucapan hari jadi  daripada semua rakan taulan ..semoga Allah memberkati kalian semua..Saya juga berdoa agar iman saya ..ilmu saya..amalan saya..semakin bertambah..semakin utuh dari hari ke hari..

"Kehidupan di dunia merupakan pinjaman.."  Terima Kasih Allah kerana byk beri pinjaman pada saya selama 25 tahun..nikmat Iman dan Islam..nikmat Kesihatan dan Kasih Sayang..berkatilah hidup ini Ya Allah..

Terima Kasih Wassalam..

there were lots quote of wishes..one of them is :


"aslmkm aqidah
i wish we still have time to spend together. all the best in whatever you are doing now.
just drop by to wish selamat hari lahir.
semoga Allah merahmati setiap detik usia yg akan datang. 
manakala usia atau tempoh masa yg dah berlalu tu 
semoga diberkati Allah dan menjadi 'sahabat' atau pembantu di akhirat kelak...insyaAllah
miss u
wassalam"


Nurul Fadhilah Alias
Shah Alam




The best of the believers is one who is best in attitude

 --Again, tanx to all my friends for the sweet thoughts, advices and Dua'..love it! ;)

Baca Selanjutnya......

17 April 2011

Mari Kita Jaga Lidah!



JAUHKAN SIFAT MENYELAK KAIN ORANG

“Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari)

Tidak ada manusia yang sempurna dalam segala hal. Selalu saja ada kekurangan. Boleh jadi ada yang indah dalam rupa, tapi ada kekurangan dalam gaya bicara. Bagus dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi dan mudah tersingung, kuat di satu sisi, tapi lemah di sudut yang lain.

Dari situlah kita harus cermat mengukur timbangan penilaian terhadap seseorang. Apa kekurangan dan kesalahannya. Kenapa boleh begitu, dan seterusnya. Seperti apa pun orang yang sedang kita nilai, keadilan tidak boleh dilupakan. Walaupun terhadap orang yang tidak disukai, yakinlah kalau di balik keburukan sifat seorang mukmin, pasti ada kebaikan di sisi yang lain.

Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang beriman agar senantiasa bersikap adil. Perhatikan firman-Nya ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al Maidah 5 : 8)

Dengan timbangan yang adil, maka penilaian kita boleh jadi profesional, tidak serta-merta menilai bahawa orang itu pasti salah. Mungkin ada sebab yang membuat ia lalai, lengah, dan kebuntuan mengendalikan sesuatu. Bahkan mungkin jika kita berada di posisi dan situasi yang sama, kita pun tidak lebih bagus dari orang yang kita nilai. Kerana itu, lihatlah terlebih dahulu kekurangan dalam diri kita sebelum kita menilai kekurangan orang lain.

Ego manusia cenderung mengatakan, "Sayalah yang lebih baik dari yang lain". Ego seperti inilah yang kerap membuat timbangan penilaian jadi tidak adil. Kesalahan dan kekurangan orang lain begitu jelas, tapi kekurangan diri sendiri tidak pernah terlihat. Padahal, kalau saja bukan kerana anugerah Allah SWT yang berupa tertutupnya aib diri, tentu orang lain pun akan secara jelas menemukan aib kita.

Sebahagian dari kita, ada yang boleh menahan diri untuk tidak "menyelak kain" atau membicarakan aib orang lain, tapi ada juga sebahagian dari kita yang sulit menahan diri untuk tidak menggambarkan keburukan seseorang kepada orang lain. Bagi sebahagian orang, hal ini terasa sulit, kerana lidah kerap kali jadi nakal. Selalu saja terjentik untuk menyampaikan isu-isu baru yang menarik. Walau sebenarnya dia mengetahui, bahawa sesuatu yang menarik buat orang lain kadang buruk buat bahan yang dibicarakan. Di situlah ujian seorang mukmin untuk mampu memilih dan menilai, mana yang perlu dikhabarkan dan mana yang tidak. Perhatikan sabda Rasulullah SAW sebagai berikut, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mendengar berita rahsia orang lain." (Al-Bukhari).

Sebaiknya, sebelum kita memberi reaksi terhadap aib orang lain, lihatlah dengan jujur seperti apa diri kita lebih baik atau lebih buruk? Apabila ternyata kita lebih baik, maka bersyukurlah, namun jika ternyata kita lebih buruk, maka segera bertaubatlah. Inilah yang dimaksud dengan, "bahawa seorang mukmin, adalah cermin bagi mukmin lainnya. Dan bila kita menemukan bahawa diri kita masih lebih baik dari saudara semukmin kita, jangan menjadikan kita sombong dan jangan menyebarkan aib orang lain."

Seorang mukmin dengan mukmin lainnya adalah bersaudara. Perhatikan firman Alllah SWT berikut ini,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (QS. Al Hujuraat 49 : 10)

Ketahuilah, orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari, ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli, iaitu, tidak boleh memegang rahsia, lemah kesetiakawanannya, penggosip, penyebar berita bohong (kerana belum tentu yang diceritakannya benar). Ketahuilah, semakin banyak aib yang ia bicarakan dan disebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar.

Lihatlah pula firman Allah SWT berikut ini,

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat … (QS. An-Nur 24 : 19).

Dan perhatikan juga firman-Nya dalam ayat yang lain,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hujurat 49 :12).

Perhatikan hadith berikut ini: "Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya sesama muslim, maka Allah SWT akan membelanya dari neraka kelak di hari Kiamat." (HR. Tirmidzi 1932, Ahmad 6/450)

Perhatikan juga sabda Rasulullah s.a.w. berikut ini: "Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab para sahabat : Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Maka kata Nabi s.a.w.: Engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya. Kata para sahabat: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Nabi s.a.w.: Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibah-nya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya." (HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935)

Jadi bila masih ada dari kita yang kadang masih suka membicarakan dan atau mengungkapkan aib orang lain (sekalipun aib itu benar) maka sedarlah segera, kerana ghibah merupakan dosa besar yang hanya akan diampuni, setelah orang yang kita ghibah memaafkan kita. Dan biasanya, kebanyakan dari kita, sangat malu untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan kita, pada orang yang telah kita bicarakan aibnya.

Manusia yang paling baik untuk dirinya sendiri adalah yang paling bisa mengendalikan lidahnya

 http://seutastasbih.blogspot.com/2011/04/jauhkan-sifat-menyelak-kain-orang.html

- SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI DAHULU SEBELUM ORANG LAIN..sama2kita ambil manfaat bersama

Baca Selanjutnya......

02 April 2011

Koleksi Santapan Minda

Assalamua'laikum..Sebelum sambung keje skit nih..Saje je seronok nak upload gambo buku-buku..ada antaranya hadiah dari lecturer saya..ada hadiah dari menang pertandingan ada yang dihadiahkan..hehe..sgt sweet hehe...sebenarnya ada separuh buku dah habis baca ada lagi yang belum..itupon rasa mcm nak shopping buku lagi..hmm jawabnya tunggu semester depan lah yer..semester kali ni ogkos nya agak menyusut hehe...motifnya disini marilah sama-sama kita menggalakkan diri kita menjadikan membaca satu tabiat dan satu budaya dalam hidup..bacaan2 haruslah bagus untuk pengisian dan kesihatan akal kita bukanlah picisan..mcm tubuh kita perlukan vitamin, protein dan zat besi..x elok diiisi makan junkfood..asam2 dan gula-gula ( haha saya pon suka sbny..;p) ..begitulah yer..okies..mari kita sama2 lihat..



Hmm..byk sgt lambakan buku2 kat pasaran sekarang..rasa tamak kadang2 byk sgt nak dibaca..yang sedia ada ada pon ada yg tak terbaca2..baiklah setakat ini saja dulu..x sempat lah nak review buku2 semua ini..mungkin ada antara buku-buku ramai dah baca ramai dah tahu..hehehe..sekarang nak sambung buat Assigmn review newspaper cutting untuk subjek Administrative Law itu..

Disini saya ingin menampal untuk perkongsian dan tazkirah bersama hehe ;)

Oleh : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Di sini, disertakan mutiara kata dan hikmah oleh cendekiawan dan tokoh berkenaan dengan menuntut ilmu dan membaca.

Suatu ketika, ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang perasaannya yang sedih dan kesepian, lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya: “Ambil buku lalu baca!”
Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: “Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?” Lalu dia berkata kepada mereka: “Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain.”

Abdullah bin al-Amri berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari buku”. 

Al-Ma’mun berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan-jalan di alam fikiran orang-orang berilmu”.

Al-Jahiz berkata: “Buku adalah sebaik-baik kawan penghibur tatkala kesepian dan sebaik-baik kawan di kala menyendiri”.

Sesungguhnya berbual dengan kitab-kitab pada saat-saat yang panjang menanamkan air mata yang banyak berkilauan, terpancar daripadanya sungai-sungai hikmah terbelah, lalu keluar daripadanya air bayan, turun daripadanya khazanah-khazanah kecerdikan dan petikan-petikan genius. 

Maka kitab-kitab adalah pintu gerbang agama dan nikmat pendidikan asal, bagi akal yang waras.
Kitab tidak mempunyai sifat mengumpat, riak, hasad dan takbur, kitab tidak mempunyai perasaan bosan, jemu, muak dan kebencian.
Kitab mengandungi hikmat yang terang benderang, pengajaran yang cemerlang, ungkapan yang fasih, metod yang betul, pandangan yang segar, khabar yang terpilih dan eksperimen yang hidup.

Dr. Aidh al-Qarni berkata: “Antara buku-buku yang akan cepat mati adalah buku-buku pemikiran yang hanya bersifat karangan belaka, di dalamnya tidak tercantum nas-nas agama, penukilan, analisa mahupun pendalaman suatu bidang”.
Dr. Aidh al-Qarni menyeru supaya membaca dan merenungi riwayat hidup para sahabat, tabi’in, para ulama besar dan orang soleh.
Ini kerana hal sedemikian dapat menjadikan hati seseorang lembut dan tidak keras.

Francis Bacon berkata: “Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan”.

Amat baik kita meneruskan aktiviti membaca kerana terlalu banyak faedah dan manfaatnya. Dinukilkan di sini, pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya Beginilah Zaman Memotivasikan Kita.

Antara lain, beliau berkata: “Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang, terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat. 

“Saya dapat merenungi pelbagai permasalahan dan pengalaman yang nampak, kerana tidak lain adalah dari membaca buku.
“Daripada aktiviti membaca, saya dapat mengemukakan pelbagai hal yang menarik dan menakjubkan.
“Saya dapat mengetahui pelbagai pengalaman, kejadian dan musibah yang menimpa umat manusia.
“Melalui aktiviti membaca, abad-abad yang telah lalu seolah-olah digulung di hadapan saya seperti lembaran-lembaran kertas, seolah-olah bangsa yang telah lalu dikumpulkan di hadapan saya.
“Wahai orang yang dapat bersabar untuk menyendiri, yang dibukakan baginya pintu pengetahuan dan wawasan yang bersabar hanya berteman buku, jangan kamu bersedih hati dan menyesal kerana telah kehilangan beberapa hal di luar sana.
“Ini kerana sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan atau orang yang pemarah.
“Sesiapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah (menyendiri) bersama buku-buku yang bermanfaat, maka ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun ia berupa kerajaan Kisra dan Kaisar.

Baca Selanjutnya......

Thank You Allah..



Firman Allah s.w.t untuk direnung..
"Katakanlah : Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

LEBIH KAMU CINTAI
daripada Allah
dan Rasul-Nya
serta berjihad di jalan-Nya,


maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

At-Taubah,9 : 24
 
 
P/s : Tiada apa-apa motif..sekadar ingin mengabadikan gambar-gambar ini sebagai kenangan hidup dan tanda kesyukuran yang tidak terhingga..sangat-sangat bersyukur..hanyalah Allah s.wt. maha Berkuasa dan maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. dan kejadian itu.. tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata..rasa sgt kebesaran Allah dan anugerah Allah yang tak ternilai...Semoga dengan nikmat  dikurniakan ..dapat meningkatkan rasa kecintaan kepada Allah..meningkatkan perasaaan lebih terus beramal dan bersyukur....

Baca Selanjutnya......

Katakan NO pada Ghibah

Assalamualaikum Warahmatullah..Alhamdulillah ..bersyukur kita kepada Allah s.w.t.. Allah al- Azim..Allah al-Aziz..Allah..ar-Rahman kerana kita masih lagi bernafas masih lagi menikmati hidup masih lagi menikmati iman dan Islam..itulah lebih utama...semoga apabila menjelang akhir usia InsyaAllah kita akhirnya mati dalam keadaan Iman dan Islam dan dalam Husnul Khatimah seterusnya layak terpilih masuk ke dalam Al-Jannah..masyaAllah..Mudah-mudahan..alangkah indah..


Hari ini saya terdetik untuk menampal suatu tazkirah khususnya buat peringatan diri saya sendiri. Saya sendiri akui dalam kesibukan dan kemeriahan kita dalam pergaulan seharian serta sosial kehidupan..adakalanya saya kerap terkena / akan tempias dengan perkara -perkara sebegini..sering terpalit dengan perkara ini..samada sengaja atau tidak sengaja..samada direct atau indirect..kadang-kadang kita tak berniat pon tapi kita telah melakukan..telah mengatakan...adakalanya hati ini sgt susah untuk dijaga dan dikekalkan kesucian..ada saja syak wasangka bersarang dalam diri...adakalanya sukar sekali untuk memelihara telinga dari mendengar perkara bukan-bukan..mendengar benda-benda Hearsay...Adakalanya sukar menjaga dan mentafsirkan pandangan mata..tengok perkara ini sangka benda lain..


Kita (lebih merujuk kepada diri sendiri..) sering berhajat untuk menjadi mukmin yang baik..mengimpikan untuk menuju ke Syurga..mengakui banyak melakukan amal ibadah..banyak baca Al-Quran...banyak bangun malam untuk bertahajud..tapi tidak menyedari akan semua amalan kita sebenarnya telah hangus dan zero dek kerana tidak/ kurang menjaga pancaindera terutamanya MULUT..


Walaupun perkara ini kita sebenarnya dah tahu..teorinya pon tahu dan dah belajar..tak mengapalah ia selalu diulang-ulang..agar diri ini sentiasa rasa diingatkan dan dapat jauh serta buang terus perkara ini dalam kamus kehidupan..


Apakah perkara itu?? Perkara itu adalah Mengumpat dan apa-apa bersangkutan dengannya.

Makna Mengumpat


Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam telah menafsirkan makna ghibah dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ­radhiyallahu ‘anhu:


«أتدرون ما الغيبة ؟ قالوا : الله ورسوله أعلم، قال : ذكرك أخاك بما يكره. قيل : أفرأيت إن كان في أخي ما أقول ؟ قال : إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته وإن لم يكن فيه فقد بهته».


«Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”, mereka berkata : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata : “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“. Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata : “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya». (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)


Imam al-Ghazali rahimahullah (meninggal 510H) mengatakan ghibah itu bermaksud : ‘…engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, samada kekurangannya pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau dunianya hatta pakaiannya, rumahnya atau haiwannya..’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)


Ghibah boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain. Maka dengan ini, setiap perkara yang tidak disukai oleh seseorang sekiranya disebut tanpa kehadirannya, walau sekecil mana pun perkara itu, adalah dikira sebagai ghibah atau mengumpat.


Maka membuat sindiran itu samalah seperti berkata dengan berterus-terang,perbuatan pula samalah dengan perkataan,mengisyarat samalah dengan mengangguk,berkelip mata samalah dengan membisik-bisik,menulis samalah dengan menunjuk gerak laku.Pendek kata apa saja yang dilakukan yang boleh menunjukkan kepada maksud dan tujuan ghibah atau mengumpat,maka ia dilarang dan dihukumkan haram.

Dalil Haramnya mengumpat

1) Al-Quran :

﴿ ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه واتقوا الله إن الله تواب رحيم ﴾

Maksudnya : ‘..dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat : 12)

Ayat ini merupakan satu-satunya ayat larangan ghibah secara langsung dan di dalamnya terdapat larangan yang keras apabila Allah s.w.t menyamakan ghibah dengan orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Berkata Ibn Kathir rahimahullah (meninggal 774H) mengenai tafsir ayat ini : ‘sebagaimana secara fitrahnya kamu benci memakan daging saudara kamu sendiri, maka bencilah juga ghibah itu sebagaimana yang ditetapkan secara syara”. (Ahmad Syakir, ‘Umdat al-Tafsir ‘an al-Hafizh Ibn Kathir; Mukhtasar Tafsir al-Quran al-’Azim, 3/358, Mansurah : Dar al-Wafa’ 2005)

2) Sunnah :

وعن عائشة رضي الله عنها قالت قلت للنبي صلى الله عليه وسلم : حسبك من صفية كذا وكذا . قال بعض الرواة : تعني قصيرة فقال : [ لقد قلت كلمة لو مزجت بماء البحر لمزجته ] قالت : وحكيت له إنسانا فقال : [ ما أحب أني حكيت إنسانا وإن لي كذا وكذا ].

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dia berkata : Aku berkata kepada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam : Cukuplah bagimu dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia (‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah (rosaklah dan bertukarlah) ia.” ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari benda-benda keduniaan).” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi; berkata al-Tirmizi : ‘Ia adalah hadis hasan sahih‘; dinilai sahih oleh al-Albani)

Cukuplah hadis ini bagi menerangkan betapa buruknya ghibah itu. Hanya dengan satu perkataan, bahkan dalam hadis di atas ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha hanya mengisyaratkan sahaja bahawa Safiyah radhiyallahu ‘anha itu rendah, maka ia cukup untuk mengotorkan air laut seluruhnya. Berkata al-Nawawi rahimahullah (meninggal 676H) : ‘Makna : (tercampurlah ia) dalam hadis di atas ialah air itu bercampur dengan kalimah itu sehingga bertukar rasanya atau baunya disebabkan buruknya perkataan ghibah itu. Hadis ini merupakan antara larangan yang paling keras mengenai ghibah, Allah berkata : ﴿ وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى ﴾ Maksudnya : [ Tiadalah ia berbicara menurut hawa nafsunya, ia tidak lain hanya wahyu yang diwahyukan kepadanya ]. (Surah al-Najm : 3-4)’ (al-Nawawi, Riyadh al-Salihin, 523, Beirut : al-Maktab al-Islami 1998)

وعن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : [ لما عرج بي مررت بقوم لهم أظفار من نحاس يخمشون وجوههم وصدورهم فقلت : من هؤلاء يا جبريل ؟ قال : هؤلاء الذين يأكلون لحوم الناس ويقعون في أعراضهم ].

Diriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Ketika aku dinaikkan ke langit, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka, maka aku berkata : Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril berkata : Merekalah orang-orang yang memakan daging manusia dan mengaibkan maruah mereka.” (Riwayat Abu Daud; dinilai sahih oleh al-Albani)

‘Memakan daging manusia’ yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah mengumpat orang-orang Islam. (al-’Azim Abadi, ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 13/104, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi 2001).

عن أبي برزة الأسلمي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : [ يا معشر من آمن بلسانه ولم يدخل الإيمان قلبه لا تغتابوا المسلمين ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من اتبع عوراتهم يتبع الله عورته، ومن يتبع الله عورته يفضحه في بيته ].

Dari Abi Barzah al-Aslami, beliau berkata : Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya (tetapi) tidak masuk iman itu ke dalam hatinya! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah mencari-cari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang maka Allah akan mencari keaibannya, dan sesiapa yang dicari oleh Allah akan keaibannya maka Dia akan menyingkap keaibannya (hatta) di rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud; dinilai oleh al-Albani sebagai hasan sahih)

وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ] كل المسلم على المسلم حرام : دمه وعرضه وماله [.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam berkata : "Setiap Muslim ke atas seorang Muslim adalah haram : darahnya, maruahnya dan hartanya." (Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa haram bagi seorang Muslim itu untuk mengaibkan maruah seorang Muslim yang lain dan menceritakan keburukannya kepada orang lain. Antara hak seorang sahabat itu adalah tidak diceritakan keaibannya semasa kehadirannya atau ketiadaannya. Mereka yang mengaibkan sahabatnya maka ketahuilah bahawa dia telah melanggar hak seorang Muslim yang diharamkan ke atasnya.

Dalil haramnya mendengar ghibah/ Umpat

Bukan sahaja ghibah itu dilarang, bahkan mendengarnya juga adalah haram. Hikmah larangan ini tidak lain adalah untuk menjaga maruah manusia dan ghibah tidak akan terhasil melainkan dengan komunikasi 2 hala ; pencerita dan pendengar.

Al-Nawawi rahimahullah telah menyebutkan satu bab di dalam kitab Riyadh al-Salihin yang bertajuk : [ Bab pengharaman mendengar ghibah ; dan perintah bagi mereka yang mendengar ghibah yang haram untuk menghentikan atau mengingkarinya, jika dia tidak mampu atau tidak diterima pengingkarannya, maka hendaklah dia meninggalkan majlis jika dia mampu ]. Di bawah bab ini, al-Nawawi rahimahullah menyebut beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan larangan mendengar ghibah. Antaranya adalah seperti berikut :

﴿ وإذا سمعوا اللغو أعرضوا عنه ﴾

Maksudnya : Apabila mereka mendengar percakapan kosong (perkataan yang tidak berfaedah) , mereka berpaling daripadanya. (Surah al-Qasas : 55)

Al-laghwu dalam ayat di atas bermaksud perkataan yang tidak berfaedah dan buruk, dan ghibah adalah seburuk-buruk perkataan.

﴿ إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا ﴾

Maksudnya : Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masing akan disoal (dipertanggungjawabkan). (Surah al-Isra’ : 36)

عن أبي الدرداء رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : [ من رد عن عرض أخيه رد الله عن وجهه النار يوم القيامة ].

Dari Abi Darda’ radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam, baginda berkata : “Sesiapa yang melarang seseorang dari (mengaibkan) maruah saudaranya, maka Allah akan melarang (menahan) mukanya dari api neraka pada hari kiamat kelak.” (Riwayat al-Tirmizi ; al-Tirmizi berkata : ‘Ini hadis hasan‘ ; dinilai sahih oleh al-Albani)

Sebuah lagi hadis yang dinaqalkan oleh al-Munziri dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib (3/1044, Riyadh : Maktabah al-Ma’arif 2004) :

وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : كنا عند النبي صلى الله عليه وسلم، فقام رجل، فوقع فيه رجل من بعده، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : [ تخلل! ] فقال : ومما أتخلل؟ ما أكلت لحما! قال : [ إنك أكلت لحم أخيك ].

Dari Abdullah ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata : Kami berada di sisi Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam, kemudian berdirilah seorang lelaki, dan seorang lelaki lain menceritakan keaibannya selepas dia pergi, berkata Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam : “Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”, kemudian dia berkata : Apa yang perlu aku keluarkan? Aku tidak makan apa-apa daging! Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.” (Riwayat Abu Bakar ibn Abi Syaibah dan al-Thabarani ; dinilai oleh al-Albani sebagai sahih li ghairihi)

Banyak lagi hadis-hadis mengenai pengharaman ghibah ini, jika berkesempatan maka rujuklah kitab Riyadh al-Salihin, al-Targhib wa al-Tarhib, Ihya’ ‘Ulum al-Din dan lain-lain.

Mengumpat yang dibenarkan

Terdapat beberapa keadaan yang diizinkan untuk kita menyebut keburukan orang lain, dan ia adalah tujuan syara’ yang sahih, yang mana tidak mungkin suatu maslahah itu tercapai melainkan dengan ghibah.

Al-Nawawi dan Ibn Qudamah (meninggal 689H) rahimahumallah menyebut 6 keadaan :

Pertama : Membuat aduan mengenai kezaliman. Dibolehkan bagi seorang yang dizalimi untuk mengadu kepada pemerintah atau qadhi atau selain daripada mereka yang mempunyai kuasa atau kemampuan untuk mengadili penzalim tersebut.

Kedua : Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan maksiat. Dibolehkan menyebut keburukan orang itu (perbuatannya melakukan mungkar) kepada mereka yang diharapkan untuk mengubahnya, jika tidak dimaksudkan untuk mengubah, maka haram baginya menyebut keburukan orang itu.

Ketiga : Meminta fatwa. Sebagai contoh : ‘Suami saya telah menzalimi dan memukul saya, maka apakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?’ Yang lebih berhati-hati dan lebih baik adalah tidak menyebut secara khusus ketika bertanya dan hanya menyebut secara umum sahaja. Tetapi diizinkan untuk menyebut secara khusus sebagaimana Hind bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam mengenai suaminya yang bakhil, Abu Sufyan, adakah boleh dia mengambil apa yang mencukupi baginya dan anaknya sedangkan dia tidak mengetahuinya, dan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam tidak melarang Hind menyebut secara khusus nama suaminya di hadapannya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Keempat : Peringatan buat kaum Muslimin. Sebagai contoh :

1) Rundingan dalam urusan untuk mengahwinkan orang, atau memilih orang untuk memegang amanah dan lain-lain, wajib bagi orang yang mengetahui untuk memberitahu keburukan orang yang dibincangkan (jika boleh menyebabkan orang itu menanggung padah dalam urusannya nanti) dengan niat untuk menasihati.

2) Jika dilihat seorang penuntut ilmu itu menuntut ilmu dari seorang ahli bid’ah atau fasiq, maka hendaklah diberitahu keadaan orang itu bahawa dia adalah ahli bid’ah atau fasiq dengan niat untuk menasihati dan jauh daripada perasaan hasad.

3) Menceritakan kecacatan perawi, ia dibolehkan secara ijma’ bahkan wajib.

Kelima : Dibolehkan jika dia memang dikenali dan dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu seperti si buta, si pekak, si juling dan lain-lain dan dia redha dengannya. Jika boleh digelar dengan selain daripada gelaran-gelaran ini adalah lebih baik.

Keenam : Dibolehkan ghibah jika dia memang melakukan dosa secara terang-terangan. Sebagai contoh, meminum arak secara terang-terangan, mengambil harta secara zalim dan lain-lain.

Demikian disebutkan 6 perkara yang dibenarkan ghibah padanya (rujukan : al-Nawawi, Riyadh al-Salihin, 525-527 & Ibn Qudamah, Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 216-217, Beirut : al-Maktab al-Islami 2000).

Bagaimana untuk menebus kesalahan mengumpat /ghibah?

Berkata Ibn Qudamah mengenai kaffarah ghibah (cara untuk menebus ghibah), orang yang mengumpat telah melakukan 2 jenayah.

Pertama, dia telah melanggar hak Allah kerana melakukan perbuatan yang dilarang. Cara menebusnya ialah dengan penyesalan dan taubat.

Kedua, dia telah melanggar hak makhluk dengan mengaibkan maruahnya. Cara menebusnya, jika umpatan itu sampai ke pengetahuan orang tersebut, hendaklah dia berjumpa dengannya dan meminta dia meng’halal’kannya, memohon maaf serta menzahirkan penyesalan di atas perbuatannya. Jika tidak sampai, maka hendaklah memohon Allah mengampun dosanya.

Berkata Mujahid : ‘Kaffarah ghibah ialah engkau memujinya dan mendoakan kebaikan baginya, begitu juga jika dia telah mati.’ (Ibn Qudamah, Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 218)


Cara nak jauhi..nak buang sifat ini..nak mengelak..

a) Jadi pendiam adakalanya lebih baik..bercakap biar perlu..berfikir dulu sebelum bercakap..fikir dan fikir

b) Bersangka baik..melihat semua perkara itu sebagai suatu yang positif..anggap yang baik-baik saja..kalau dirasakan perkara itu tidak penting..tidak melibatkan perkara2 besar seperti hidup/ mati..masa depan ke apa..tidak perlu diendahkan dan difikirkan dan dilibatkan diri dan diperkatakan..

c) Selalu fikir dan menilai keaiban diri dan kejelekan diri..kalau kita tengok orang tuh tak baik..anggap semua org itu baik2..anggaplah diri kita ni sebenarnya ada lagi kekurangan ada lagi kurang kebaikan yang tidak kelihatan dan tidak dipamerkan..kalau kita mmg rasa kita ni dah baik maka bersyukurlah sbb kita ni dah baik dan berusaha kekal dan tingkatkan kebaikan dan doakan org tuh agar suatu hari nanti dia juga baik dan lebih baik lagi..ingat kita manusia ni sering berubah..boleh jadi hari ini dia x baik..esok dia lebih baik lagi dari kita..

d) Isikan masa lapang dengan perkara2 berfaedah seperti bersukan..membaca..memasak..dan jauhi bercakap..bercakap banyak sebenarnya kurang berfaedah..bercerita perihal orang..bercerita ttg sifat orang lepas tuh gelak-gelak rasa lawak..boleh mendorong ke arah mengumpat tanpa disedari..

e) Bergaul dengan orang-orang baik dan berilmu..tingkatkan kualiti diri dan ilmu..kurangkan rasa ingin nak berseronok..

Ya Allah ..semoga Kau ampunkan dosa-dosa ku..bimbinglah aku ke-jalan2 kebaikan..berilah aku pertunjuk ke jalan yang lurus..redhailah diriku..Masukkan kan aku kedalam golongan2 orang Soleh..Ameen..

Baca Selanjutnya......