google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: 2008 2008

25 Disember 2008

KENAPA KITA TUTUP MATA?


Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis, ketika kita tidur, ketika kita berciuman, ketika kita membayangkan….?

Ini kerana hal terindah di dunia TIDAK DAPAT DILIHAT…

Kita semua agak aneh seperti anehnya hidup ini..dan ketika kita bertemu dengan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA…

Ada perkara-perkara yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tak ingin kita tinggalkan.Tetapi ingatlah….melepaskan BUKAN bererti berakhir dunia ini dan sebaliknya..tapi merupakan satu permulaan kehidupan yang baru.Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,disakiti,mereka yanag telah mencari..dan mereka yang telah mencuba..

Kerana MEREKALAH yang tahu menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.Ingatlah…bahawa anda mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..

Tapi..ketika cinta itu mati,anda TIDAK perlu mati bersamanya..Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang,tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.Entah bagaimana….dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri..dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.HANYALAH perhargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah anda buat…..

Baca Selanjutnya......

19 Disember 2008

Peliharalah Kesucian Cinta


Cinta itu fitrah manusia tapi apabila disusuli dgn tindakan yg tidak syarak ia akan jadi fitnah
ada hadis Rasulullah s.a.w yg menyebut:
sesiapa yg asyik pd seseorang ( minat ) jika disembunyikan ( sehingga syarak menghalalkan ) dan jika ia mati ketika itu matinya itu dikira mati syahid…
cinta dlm islam_abdullah nasih ulwan
perasaan cinta sebelum nikah memang fitrah tetapi yg menjadi fitnah apabila perasaan itu dikongsi bersama
yang menjadi fitnah bila perasaan cinta itu disusuli dgn perkara2 yg mendorong kpd maksiat cth: dating,kerap sms,call lama2
sebagai contoh, Fatimah Azzahra sendiri pada malam pertamanya menceritakan kepada Ali ra betapa selama ini dia amat meminati Ali dan bercita2 untuk menjadi isterinya. tapi dipendamkan saja. dia memilih jalan yang paling suci. untuk meluahkan segala cinta selepas kahwin…
cinta itu satu benda yg biasa, xsalah kita jatuh cinta pd seseorang, xsalah kita meminati seseorang, xsalah kita mengagumi seseorang tp yg salahnye bila jalan yg dipilih utk merealisasikan impian itu salah…..jika suka pd seseorang pendamkan saja dlm hati berdoalah pd Allah…kalo ade jodoh tak kemana
cinta xsalah. jgn salahkan cinta, cinta itu suci, cinta ialah perasaan yg perlu kita hormati ( bukan senang nk cinta pd seseorang ), cinta itu suci, jgn cemarkan cinta dgn maksiat dan nafsu semata2

Baca Selanjutnya......

Cinta Selepas Kahwin




Pada akhir zaman ini, ramai orang keliru apa yang patut, tak patut, sepatutnya dan tak sepatutnya.. ..seringkali masyarakat menilai perkara ini pada apa yang masyarakat lain biasa buat, bukan pada apa yang Rasulullah saw dan generasi sahabat buat.Banyak contohnya yang berlaku dalam realiti masyarakat. sama2 kita renungkan.
Misalnya, masyarakat biasanya pelik melihat suami isteri yang dah beranak pinak berjalan berpimpinan tangan kerana hal itu semakin asing dalam realiti masyarakat. Jika seseorang itu intim ketika sebelum walimah atau ketika hari walimah, fenomena tu biasa dalam masyarakat. Tapi jika keintiman dan kemesraan tu berlanjutan selepas bertahun-tahun walimah, fenomena tu agak luar biasa dalam realiti masyarakat. Bagaimana sepatutnya?
Rasulullah saw menunjukkan ‘qudwah’ dalam semua aspek kehidupan. Baginda merupakan seorang suami yang sangat romantik dan tak segan silu menunjukkan ‘qudwah’ romantik itu di hadapan sahabatnya dengan tidak berlebih-lebihan. Pernah suatu ketika, salah seorang isterinya ingin menaiki pelana unta. Baginda saw menyiapkan dulu pelana itu agar berada dalam keadaan baik kemudian merebahkan pahanya yang mulia untuk dipijak oleh isterinya itu kemudian Baginda menolak punggung isterinya dengan penuh lembut dan kasih sayang.
Aisyah ra pula menceritakan bagaimana indahnya hidup bersama Rasulullah. Beliau diberi panggilan manja iaitu ‘Humaira’. Tiapkali Rasulullah saw ingin minum air di rumah Aisyah ra, Baginda akan menyuruh Aisyah ra minum terlebih dahulu kemudian Baginda akan bertanya di mana tempat Aisyah meletakkan bibirnya supaya Baginda dapat minum dari tempat itu juga. Alangkah bahagianya Aisyah ra dimuliakan suami sebegitu rupa. Pernah mereka mengigit seketul daging bersama-sama hingga membuatkan bibir mereka bertemu.
Sebagai wanita, persiapkanlah diri untuk menjadi RATU HARI2 bagi seorang suami, bukannya RATU SEHARI pada hari walimah sahaja. Ratu yang dimaksudkan bukan tertumpu pada soal menjaga kecantikan untuk suami sahaja tetapi merangkumi semua aspek terutamanya akhlak dan keperibadian agar terpandang indah BAK RATU di mata suami. Pengantin 4-eva.
Orang yang melalui proses seperti kita perlu memberi ‘mesej’ pada masyarakat bahawa kita bukan generasi yang bercinta sebelum kahwin kerana ia tidak syara’. Malah, kita takut dan gentar untuk mendekati cinta sebelum kahwin itu. Mesej itu perlu disampaikan dengan ‘keperibadian’ bukan lisan dan tulisan semata-mata. Mudah-mudahan, akan terbentuk nanti sebuah generasi yang berkat.
Orang yang bercinta sebelum kahwin takkan merasai keberkatan rumhtangga kerana Allah akan membalasnya di dunia lagi dengan kejemuan, buruk sangka, banyak perselisihan dsb.Lebih buruk lagi balasan menanti di akhirat. Namun, andai ada di kalangan kita yang sudah terlajak dalam bab ini, ingatlah kasih sayang dan keampunan Allah sentiasa terbuka luas untuk kita. Kita tak pernah terlambat untuk mulakan hidup baru biarpun sudah walimah dengan si dia melalui jalan2 yang tak syaro’.
Kita juga perlu memberi ‘mesej’ kepada masyarakat bahawa orang yang baru mengenal keperibadian pasangan selepas walimah juga ‘mampu’ hidup lebih harmoni daripada orang yang dah bertahun2 bercinta, mencontohi keluarga Rasullah saw. Inilah indahnya ‘keberkatan’ .
Kemesraan pasangan baitul dakwah (dengan tidak berlebih-lebihan) adalah contoh dan qudwah buat masyarakat. Buktikanlah walaupun tak pernah bercinta sebelum kahwin, mereka tetap dapat memiliki ‘cinta’ itu dengan jalan yang lebih mulia dan kekal. Mesej penting itu perlu kita buktikan dengan keperibadian dengan tidak berlebih-lebihan.
Bagi sahibah yang belum walimah, persiapan ke arah itu perlu bermula dari sekarang. Dari mana? daripada perlaksanaan syiar keramat itu, aslih nafsaka wad’u ghoiroka. Sama-sama usaha menjadi baik, insyallah akan dapat yang ‘baik dan terbaik untuk kita’ dengan pengetahuan Allah swt, walau bagaimana buruk sekalipun keadaan insan yang dijanjikan tu. Yakinlah, itulah yang TERBAIK untuk kita. Kalau kita dah jaga syariat, usah risau dapat siapa sahaja kerana Allah pasti takkan menganiya kita. sebaLiknya DIA tahu, dengan memberi ‘insan ini’, kita mungkin akan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dengan limpahan pahala sabar dsb. Allah maha mengetahui. siqohlah pada-Nya, pada taqdir-Nya. Itulah yang TERBAIK

Baca Selanjutnya......

06 Disember 2008

Andai Kota itu Peradaban
Rumah adalah Budaya
Tiang seri adalah Agama

~Tuhan Manusia -faisal tehrani~

Baca Selanjutnya......