google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Julai 2010 Julai 2010

30 Julai 2010

Layakkah Wanita jadi HAKIM Syarie??


Baru2 ni saya menghadiri forum legal week..boleh tgk banner diatas hehe..saya ingin menitipkan apa yg saya peroleh hasil pendengaran dan kefahaman saya...


General Rule..atau prinsip asas nya adalah wanita tidak boleh menjadi hakim, tidak layak menjadi hakim.

Ini berdasarkan dalil2 ( saya x taip dgn selengkapnya) seperti :

Ayat Quran berbunyi : Arrijal Qawwamuuna alnnisa'....( Surah al-Baqarah :?)

Hadis Sohih:

“Wanita itu kurang akalnya dan kurang agamanya.”

Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ‏‎ ‎عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ‏‎ ‎الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ‏‎ ‎إِحْدَاكُنَّ

“Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita.” (HR. Bukhari no. 304)

Adapun makna hadith Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam:

ما رأيت من ناقصات عقل ودين أغلب للب‎ ‎الرجل الحازم من إحداكن فقيل يا رسولا‎ ‎لله ما نقصان عقلها ؟ قال أليست‎ ‎شهادة المرأتين بشهادة رجل ؟ قيل يا‎ ‎رسول الله ما نقصان دينها ؟ قالأ‎ ‎ليست إذا حاضت لم تصل ولم تصم ؟

“Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita.” Lalu ada yang menanyakan kepada Rasulullah, ”Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud kurang akalnya?” Beliau shallallahu ’alaihi wa sallam pun menjawab, ”Bukankah persaksian dua wanita sama dengan satu laki2?” Ada yang menanyakan lagi, ”Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan kurang agamanya?” Beliau shallallahu ’alaihi wa sallam pun menjawab, ”Bukankah ketika seorang wanita mengalami haidh, dia tidak dapat melaksanakan shalat dan tidak dapat berpuasa?” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ada hadis lagi :

Abu Bakrah berkata,

لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ –‏‎ ‎صلى الله عليه وسلم – أَنَّ أَهْلَ‏‎ ‎فَارِسَ قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ‏‎ ‎بِنْتَ كِسْرَى قَالَ » لَنْ‏‎ ‎يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا‎ ‎أَمْرَهُمُ امْرَأَةً »

“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu ’alaihi wa salam lantas bersabda, ” Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)

Dari hadith ini, para ulama bersepakat bahwa syarat al imam al a’zhom (kepala negara atau presiden) haruslah laki-laki. (Lihat Adhwa ’ul Bayan, 3/34, Asy Syamilah

Hadis riwayat al-Bukhari iaitu “Kaum yang dipimpin oleh wanita tidak akan berjaya dalam urusan mereka” sering menjadi dalil bagi golongan yang membantah pelantikan hakim syarie wanita.

Lagi..dalam merujuk kepada subjek Nizam Al-Qada'..syarat2 untuk jadi hakim mestilah lelaki..
___________________________________________

Menurut penceramah itu..alasan kekurangan akal wanita itu ditolak..sebab..wanita masih boleh dilantik untuk menjadi saksi dengan syarat2 tertentu yg perlu dipatuhi..kalau lah wanita seratus peratus kurang dari sudut akalnya..sudah tentu wanita langsung tidak dibenarkan dan haram utk menjadi saksi bg mana2 prosiding kes di mahkamah syariah.

Baiklah, umumnya umat Islam Malaysia memegang dan beramal dgn mazhab Syafie, menurut fatwa dari MAIWP ( MAjlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, harus wanita jadi hakim mengikut pandangan minoriti.

Berdasarkan peruntukan enakmen-enakmen undang-undang Islam negeri-negeri, tiada langsung menyatakan wanita tidak boleh jadi hakim. Fatwa boleh mengetepikan qaul bilamana terdapat maslahah awam yg perlu dipelihara.

Bidangkuasa hakim wanita untuk situasi sekarang di Malaysia


semua kes yang diadili sama seperti kes2 yang diadili oleh Hakim lelaki melainkan kes yang melibatkan wali/perwalian nikah - sbb Wanita tidak boleh jadi wali dan mewalikan pernikahan.. wali nikah adalah lelaki..

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِىٍّ

“Tidak ada nikah kecuali dengan wali.” (HR. Abu Daud no. 2085, Tirmidzi no. 1101 dan Ibnu Majah no. 1880. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)


Perlantikan hakim wanita berdasarkan pandangan mazhab hanafi -Abu Hanifah berpendapat wanita boleh menjadi hakim dalam kes-kes yang mereka boleh menjadi saksi iaitu selain kes hudud dan qisas

Ulama tafsir yang ulung, Ibnu Jarir al-Tabari dan Ibnu Hazm menyatakan bahawa wanita boleh dilantik menjadi hakim untuk menghakimi semua kes secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh orang lelaki tanpa kecuali.. Kalau dilihat dari segi sejarah mereka ini hidup pada zaman awal Islam yang gemilang.

Maka kesimpulannya, selagi mana ia tidak melibatkan kes2 hudud dan qisas..wanita boleh jadi Hakim Syarie..kalau kita kaji enakmen2 udang2 Islam negeri sekarang tidak ada unsur2 elemen2 hudud atau qisas..maka x salah wanita itu menjadi hakim..kerana hakim syarie membuat keputusan. berijtihad berdasarkan rujukan dari enakmen2 , akta2, dan merujuk dari kitab2 ulama' muktabar..
_________________________________________________________

Cabaran

Ramai yang mempertikaikan perlantikan wanita sebagai hakim syarie atas alasan isu gender..hakikatnya dalam menentukan keadilan seorang hakim adalah kualiti dirinya, kaliber, tinggi ilmunya dan kemahiran dalam menentukan keputusan yang adil..keadilan sesuatu keputusan adalah kerana faktor dia itu lelaki adalah tanggapan yang salah. Dalam kita nak menilai keadilan dan kebijaksanaan seseorang mestilah melihat dari segi kualiti dan performance, pencapaian, kemahiran dan ketinggian ilmu dan karliber seseorang itu. Isu gender bukan suatu masalah dalam dalam hal ini.

Kalau dalam ramai2 wanita, ada seorang wanita yang memang diakui hebat dari segi ilmu, bahasa, tahu baca kitab arab, berkemahiran dan bagus sahsiahnya dan sememangnya layak untuk mengadili keputusan untuk maslahah ammah?? mengapa tidak??

Nak tuduh wanita lebih emosi..lelaki pon turut ada emosinya...jika kita melihat pada zaman Rasulullah s.a.w, Saidatina Aisyah r.a, menjadi pakar rujuk hadis bagi umat muslimim masa tuh..sahabat2 pon ada merujuk pada Aisyah r.a, dan Aisyah r.a memang diakui akan kepintarannya dan daya ingatan yg sgt tinggi..walaupon Aisyah r.a itu wanita..gender wanita..ada emosi ..apakah beliau beremosi 24 jam?? semua orang pernah beremosi cuma bergantung tahap mana kita boleh mengawalnya dan melayaninya..


Kriteria2 untuk jadi hakim


  • Ilmu
  • Soft Skills
  • Penguasaan bahasa
  • Sahsiah
Samaada berjaya atau tidak usul lantikan wanita utk jadi hakim syarie/ penentuan kesan perlantikan hakim syarie dikalangan wanita, melihat berdasarkan performance mereka dan kemahiran mereka dalam menentukan keputusan yang adil..sekiranya wanita2 yang dilantik berjaya membuktikannya, maka usul ini berjaya dan layak sebenarnya. Dan 2 wanita yang dilantik baru2 ini, bahu mereka sedang sarat memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk menegakkan keadilan seterusnya menaikkan institusi syariah sendiri.

Keperluan

Situasi dan senario keadaan kes mahkamah masa kini terlalu mencabar...byk lambakan kes..byk tangguhan kes...masalah hari2 makin byk2..bilangan Hakim yang sedikit...walaupon hakim itu lelaki..di Selangor je..seorang Hakim Lelaki pegang hampir pegang 50 kes sehari..kalau keadaan ni berterusan tidak ada mekanisme lain..boleh menimbulkan kezaliman dan kesengsaraan kepada pemohon2/ pengadu2/client2 yang mengadu masalah dan memohon pengadilan dari mahkamah..memakan masa yang lama utk mendapatkan hak -berdasarkan byk komplen isu lambat dan lembab yang diterima..

Walaumacam mana pon, calon lelaki tetap diutamakan dalam mengisi kekosongan jawatan/ perlantikan hakim..tetapi calon lelaki tersebut perlu mempunyai kelayakan yang setimpal dengan taraf jawatan hakim itu sendiri..sebab jawatan hakim tu sgt berat,walaupon gender lelaki itu dikatakan lebih mampu berlaku adil..persoalannya adakah semua tiap2 lelaki itu memang layak untuk jadi hakim?? apakah cukup kelayakan mereka?? yang 2 wanita baru dilantik itu, layakkah mereka?? ( tanya kepada pihak berkuasa yang melantik..)

Punca wujudnya saranan perlantikan hakim wanita ini adalah sebab dari desakan2 pihak2 tertentu agar wujud Hakim Syarie dikalangan wanita bagi membantu dan menyelesaikan tangguhan dan lambakan kes2..ini baru perlantikan Hakim di mahkamah rendah, mana tahu akan dtg ada usul suruh lantik di mahkamah tinggi atau rayuan pulakan??

Kita seharusnya berfikiran positif dan terbuka demi mencapai keadilan, keharmonian seterusnya memartabat Syariah sebagai satu amanah..semoga Allah memelihara dan membantu Puan Suraya dan Puan Rafidah ( 2 hakim tadi) dalam menentukan keadilan dan menaikkan martabat syariah ameen..

KLIK

" Justice delayed is Justice denied"

Baca Selanjutnya......

28 Julai 2010

.................................


Saya sebenarnya x suka nak jadikan blog utk tempat meluahkan perasaan hati dan menceritakan hal2 peribadi..kalau org baca blog saya dan meneliti blog saya..ia lebih menjurus kepada info atau perkongsian apa2 pengetahuan..

kalau luahan hati tu ada la sikit2 tapi sekadar general shj
tapi entah la utk entri kali ni saya ingin pula meluahkan rasa hati huhu rasa jiwa kacau sebentar..

Minggu ini memang dalam beberapa hari ni yang agak malang sikit..selama seminggu ni hari2..

-sakit gatal2 sepanjang hari ...
-terbabit dalam kemalangan huhuhu

( camana la boleh jadi begitu? Ya Allah ampunkan dosa ku..Terima kasih Ibu dan ayah aku dan seluruh ahli keluarga ku..huhu Ya Allah sehingga saat ni ada sedikit rasa trauma..rasa sedih..sedih atas kejadian berlaku..sedih sebab menyusahkan mak ayah terutamanya..aku tahu diorg tu sebenarnya tgh susah..tgh ada hal.. tp x akan cakap..tapi kalau utk hal anak2 ada je peruntukan yg dikeluarkannya..kenapa la aku ni selalu menyusahkan org tua lagi???kenapa aku ni lalai x beringat? kenapa aku kurang hati2??..Ya Allah mujur dan bersyukur kerana masih lagi kurniakan mak dan ayah..masih lagi panjang umur mak dan ayah..Tapi kdg2 hati aku selalu rasa aku ni byk buat salah dan suka menyusahkan orang2..)

Mak cakap :
" akak rasa camana sekarang?? akak jgn pikir2 lgi hal yg dah berlaku.. yang dah lepas itu dah..itu semua qada' dan qadar Allah kan..cuma kena ingat Allah nak bagi lampu kuning kat akak supaya lebih hati2..lebih byk berfikir..cuba Allah bagi lampu hijau kat akak?? Allah tu masih sayang kan akak lagi..mujurlah akak x cedera dan x apa2..duit dan harta leh dicari..nyawa dan anggota badan?? boleh ke ditukar ganti ?? sekarang otak fokus pergi belajar sungguh2..pergi menuju ke arah masa2 mendatang..masa yg lalu x usah dikesalkan..ingat jaga solat..solat awal waktu..bykkan berdoa..mak hari2 selalu doakan akak disana.."

( byk lagi mak cakap2 sebenarnya..huhu..sebenarnya kalo aku kena marah ke kena apa ke redha je lah yer..kalau mak marah dan bebel2 tandanya mak sayang kiter..hehe terima kasih juga ayah..sanggup dtg jauh2 tgk anaknya..malu gak kdg2 dah besar2 pon jadi camni lagi)

Terima kasih kepada mana kawan2 dan orang perseorangan mana2 yang ucapkan takziah..yg tgk2..yg tolong2..dan yg menemani..terima kasih ye..

Hmm..dalam hidup ini kita x nafikan..kita mesti tempuhi juga musibah dan ujian..ada untung dan rugi dalam hidup ni..kadang ujian yg dtg semakin menjadi2 dan hebat lagi..Rasulullah dan sahabat2 lagi dahsyat ujiannya..lagi tinggi kesabarannya..aku ni? sikit je..cuba la sabar sikit..

Terkenang pesanan Ust Dr. Asming.." apa2 mengadulah kepada Allah..apa2 masalah luahkan kepada Allah dari meluahkan kepada manusia..manusia kdg2 boleh menambahkan lagi musibah pada kita.."

Ok lah..hidup perlu diteruskan..berjuang perlu berjuang..azam sentiasa diperhebatkan..hari2 mesti ada perubahan..hari2 mesti berani dan yakin..Allah sentiasa bersama..Ingat Allah selalu dan setiap masa...

p/s : terima kasih kat adik yang byk menolong2 dan berkorban..aku cuba belajar dari pengalaman ini

off..

Baca Selanjutnya......

23 Julai 2010

Buat Penuntut Ilmu


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

Mari kita layan bersama2..hehehe
;)



Kembara Ilmu

Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com

Coretan hati Cik Aqeeda :

Cepatnya masa berlalu..kini saya sudah di tahun 4 dalam sarjana muda Syariah dan Undang-Undang hehe...saya mesti sentiasa berazam utk sentiasa bersungguh2 dalam belajar tiap2 hari..perbanyakkan kemahiran dan ilmu...kurangkan kesilapan dan tingkat kan prestasi..yeah!!! GO GO Chaiyok!!


Baca Selanjutnya......

16 Julai 2010

Profession Undang-Undang : Adakah ia byk terdedah dgn Dosa?/ Neraka?


Seperti kata Saint Adhley," Selagimana orang Islam buta dalam bidang Undang-Undang, kita akan terus menjajah fikiran, penglihatan, peraturan dan kehidupan mereka dengan sistem yang kita ada. Sistem yang ada sudah cukup untuk menghalang sebarang kebangkitan yang mereka akan lakukan sekiranya mereka sedar"...



Saya memetik kata-kata ini dari blog seorang kenalan..siapakah Saint Adhley? maybe orientalis? entahlah..tp pd hemat saya ini mungkin kata2 dari non-muslim yg memang berazam nak membunuh org2 Islam dari segi mental dan spritual...entah bila dia mengutarakan kata2 ini..bila saya terbaca, saya tersentak..lalu saya merenung dan berfikir2..

Hmm..berkaitan dgn profession Undang-Undang ni..sewaktu belajar dalam bidang Undang-undang ini..ramai mengatakan bidang Undang-undang ni membawa masuk ke Neraka Allah..bidang yang byk bawa kepada Dosa...bidang yang bawa kepada Maksiat..so soalan saya balik..habis tu bidang-bidang lain tu membawa anda ke syurga ke?? misalnya kalau anda seorang doktor yg pakar dlm perubatan tapi tidak memberi khidmat terbaik..cuai ke.. malas2 ke..tgh2 waktu keje curi2 balik awal ke..adakah anda dijamin masuk syurga ke?? x de dalil Quran dan Sunnah yg menyatakan bidang medik ke atau mana2 bidang sekian2 membawa anda ke syurga / neraka.. Berkaitan dengan profession Undang-Undang seperti peguam dan hakim..banyak yg menimbulkan isu2 dan khilaf seperti isu peguam membela org salah..peguam mengenakan fees yg tinggi..peguam tahu kaut untung utk bisness..peguam seorg yg kuat manipulasi dan putar belit..peguam ni penipu..peguam ni angkuh..peguam makan duit haram...hakim x adil dan lain-lain..

Ada yg merujuk nas ini..

Hadith : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan,saksinya
dan
penulisnya"
(Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )
  • Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit' yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.
  • Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.
  • Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.
  • Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional

Ayat Al-Quran : "Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan" ( ayat wa ta'aawanu all birri wattaqwa wala ta;aawanu alal ithmi wa 'udwan..) x igt ayt berapa..surah apa)

Hujah-hujahan :

Isu peguam bela pesalah..peguambela tu mmg TAHU kebenaran fakta..

Prinsip selalu dipegang " SESEORANG ITU TIDAK AKAN BERSALAH SELAGI IA TIDAK DIBUKTIKAN BERSALAH"
“ALBAYYINAH 'ALAL MUDDA'I WAL YAMIN 'ALA MAN ANKARA
Beban bukti/ Keterangan terletak diatas pendakwa dan sumpah terletak org yang didakwa..

Bukankah jelas Rasulullah SAW pernah menjelaskan, jika seseorang peguam itu bijak berbicara sedangkan ia mengetahui anakguamnya bersalah. Bagaimanapun, dia tetap menjalankan ‘tugasnya’ membela dengan segala jenis kepintarannya berhujah, sehingga akhirnya hakim meyakini perbahasannya lalu menjatuhkan hukuman yang salah.

Apakah yang akan menimpanya? : “Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujah dari sebahagian lainnya, maka aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang ku dengar saja. “Barang siapa yang ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain : Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 392)

Justeru sangat jelas daripada hadis itu, tindakannya berhujah membantu si pesalah adalah salah di sisi Islam dan dikira melayakkan dirinya untuk dibakar oleh sepotong api neraka. Jika itu keadaannya, nescaya pendapatan daripadanya juga pasti haram. Hujah lain adalah si peguam hanya mendengar pengakuan daripada satu pihak (anakguam) bukan daripada kedua-dua belah pihak dan ketiga, kita tetap tidak akan disoal di akhirat kerana kita menjalankan tugas kita iaitu menegakkan kebenaran (terhadap anakguam).

Tetapi terdapat contoh keadaan tertentu : Sebagai contoh pesalah khalwat telah dituduh dibawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah dan dijatuhkan hukuman anataranya denda x lebih 5 ribu ringgit ATAU dipenjara tidak lebih 3 tahun ATAU disebat x lebih 6x sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Memang ada peguambela membela pesalah tersebut tetapi bertujuan utk merayu kepada Hakim agar mengurangkan hukuman bukan nak approvekan yang dia tidak melakukan kesalahan. Ada sebab juga Hakim bersetuju utk mengurangkan kadar hukuman kerana keadaan si Pesalah tadi..adakalanya si Pesalah tadi keadaannya teramat uzur..dan antara sebab lain Pesalah itu adalah suami orang.ada tanggungannya...anaknya ramai..isterinya tidak bekerja..memang suami itu benar2 bersalah dan berdosa..jika suaminya dihumbankan ke Penjara..suaminya sudah tentu tiada pekerjaan lagi..tiada lagi gaji..isteri memang tidak bekerja..maka bagaimana dgn nasib isteri dan anak2nya tiada nafkah?? siapa nak menanggung mereka?..dikhuatiri mengundang masalah sosial lain maka Hakim mengurangkan hukuman atas kemaslahatan sebegini..x semua kesalahan dan perkara Hakim dengan sewenang2nya mengurangkan kadar hukuman. Hukuman tetap hukuman. Bersalah tetap bersalah..ini kalau kes Syariah la..

Peguam itu sebenarnya berhak memilih anakguam..kalau tahu anak guam memang terang2 bersalah dia boleh memilih untuk tidak mahu mewakili anak guam tersebut..peguam hanya berperanan utk membantu pihak mahkamah bukan pemutus segala pertikaian..peguam hanya membantu anak guam utk mendapatkan hak nya kerana setiap org ada hak di dalam undang-undang. Peguam yang berilmu..tahu hukum tahu prosedur..dia sendiri tahu mana yg benar mana yg salah..terpulang pada dirinya samada dia nak atau tidak wakili anakguamnya itu. Peguam berperanan memberikan beban bukti kepada Hakim..dan kembali kepada prinsip yg selalu diamalkan Seseorg itu tidak bersalah melainkan ia dibuktikan benar2 bersalah...Seseorang itu TIDAK besalah selagi tidak dibuktikan bersalah

Isu Hakim x Adil. Jadi kerjaya Hakim masuk Neraka..

“Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi)”

Maka bg mereka yg mengatakan hakim / peguam sebelah kaki neraka sebelah kaki syurga..dan apa2 lagi ayat lain-lain saya rasa x betul dan mengarut kalau adapon pastikan nas itu sahih..

Dalam satu hadis( x igt reference), Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala."

Terdapat etika dan syarat yg telah digariskan..perlu dipatuhi bagi seseorg yg bergelar Hakim..Hakim yg berilmu tidak menghakimi seseorg secara membuta tuli..mereka menghakimi atas dasar berapa byk beban bukti yg ada..apa yg telah dibentangkan dihadapannya...jadi kalau beban bukti x cukup dan Hakim putuskan atas bukti yg ada..dan pemohon rasa x adil..bgmn? sape yg salah? maknanya pemohon yg failkan kes ke mahkamah kena tunjukkan bukti yg cukup2..Hakim x boleh buat keputusan atas rasa sentimen masyarakat sekeliling dan emosi..sewaktu awal2 mengadili kes Hakim akan sentiasa bersangka baik dan positif terhadap kedua2 belah pihak yang bertelingkah..Hakim juga manusia biasa..bukannya maksum macam Nabi... Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang Hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti Nabi Musa, maka seharusnya tidak patut kita menyalahkan Hakim yang tidak bersalah.

Dan saya sebagai pelajar Law muslim..pada saya orang muslim pon turut menguasai profession dan subjek undang-undang ini demi ummah dan menegakkan Syariat..seperti juga pelajar Jurusan-jurusan lain mereka perlu belajar sungguh-sungguh demi ummah dan Islam sendiri..kita semua dilahirkan untuk jadi Khalifah dan memegang byk amanah dlm hidup ini..al-Quran dan Sunnah umpama Manual Guide kita..semua terpulang pada kita bagaimana kita memanfaatkan dan mempraktikkannya..

Wallahua'lam "Tepuk Dada Tanya Iman"

Baca Selanjutnya......

04 Julai 2010

2 Hakim Wanita Syarie Pertama Malaysia



KUANTAN: Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berkata buat julung kalinya kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin melantik mereka Mei lalu, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sambil memanjatkan rasa syukur, Suraya dan Rafidah turut menganggap pelantikan itu sebagai satu amanah selain membuktikan peranan dan sumbangan wanita sememangnya dihargai.

“Saya anggap ini tugas besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil. Malah pengiktirafan ini maka lebih ramai lagi wanita akan mampu memegang jawatan yang selalunya dikuasai lelaki,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan Ke-12, di Bukit Gambang Resort City, di sini, semalam. Suraya, 31, anak kelahiran Sabah, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM. Sementara itu, Rafidah, 39, yang berasal dari Pulau Pinang, menyuarakan penghargaannya kepada JKSM. “Saya amat terharu dan berterima kasih kepada JKSM. Pelantikan ini juga bukti untuk mengubah persepsi masyarakat yang menunjukkan wanita juga mampu menggalas tugas dipikul golongan lelaki,” kata Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan Penolong Pengarah Latihan JKSM itu. Terdahulu, dalam ucapan yang dibacakan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain, Najib berkata, pelantikan dua wanita itu turut menolak persepsi segelintir masyarakat yang sengaja menuduh Mahkamah Syariah mengamalkan diskriminasi gender sehingga menidakkan hak wanita dan kanak-kanak. “Pada hari ini ramai wanita seolah merasakan diri mereka teraniaya dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya disebabkan kelewatan penyelesaian kes. Justeru, perlantikan dua Hakim Syarie ini pada pertengahan Mei lalu dapat merungkai permasalahan berkenaan,” katanya. Najib berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM15 juta kepada Bahagian Sokongan Keluarga JKSM bagi membantu pihak yang teraniaya akibat kegagalan suami melaksanakan perintah nafkah oleh Mahkamah Syariah yang bertujuan bagi usaha transformasi institusi perundangan syariah di negara ini. “Saya berharap setiap pegawai syariah sentiasa proaktif berijtihad dalam pentafsiran hukum syariah yang fleksibel dalam mengembalikan keyakinan umum ke atas keunggulan undang-undang Islam tanpa batasan bangsa atau jantina,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan turut bersetuju melanjutkan had umur Ketua Hakim dari umur 58 tahun kepada 66 tahun sebagai menyempurnakan tuntutan transformasi selain sedia membantu bagi memberi peluang pegawai syariah melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd).

klik

petikan ulasan dari http://www.usulifaqih.com/ilmu/hakim-syarie-wanita/

Isu perlantikan wanita sebagai qadi atau hakim adalah isu klasik fiqh. Ia telah dibincangkan sejak sekian lama dalam kitab-kitab fiqh turath. Secara ringkasnya mazhab Syafie tidak membenarkan wanita dilantik menjadi qadi atau hakim. Manakala mazhab Hanafi membenarkan perlantikan wanita ke jawatan itu. Kedua-dua mazhab tersebut mempunyai hujah dan dalil masing-masing.

Dengan perlantikan dua orang wanita sebagai Hakim Syarie, menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia memilih pandangan mazhab Hanafi. Ini berdasarkan ijtihad Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengikut prinsip-prinsip tertentu di sebalik kewajaran melantik wanita ke jawatan tersebut.

Apa yang UF nak ulas di sini ialah, tidak kisah kita memilih pandangan mazhab Syafie atau mazhab Hanafi. Ini kerana ia adalah perkara ijtihadi, apatah lagi kedua-duanya mempunyai dalil dalam isu ini. Cuma jangan kita tersilap objektif dalam perlantikan wanita ke jawatan Hakim Syarie. Objektif utama perlantikan seseorang hakim ialah untuk menjulang panji keadilan berdasarkan hukum Allah S.W.T.

Jika sesetengah pihak berpendapat bahawa perlantikan dua hakim wanita itu akan memberi keadilan kepada wanita, maka ia ternyata salah. Perlantikan hakim wanita bukan untuk memberi keadilan kepada wanita tetapi memberi kaedilan kepada mereka yang berhak sama ada wanita mahupun lelaki.

Pandangan bahawa Hakim Syarie lelaki sebelum ini berat sebelah kepada kaum lelaki merupakan pandangan prejudis. Hakim mempunyai tugas yang berat untuk memutuskan sebarang keputusan. Jika ada hakim yang hanya memandang gender dalam penghakimannya maka ia hanya menempah api neraka.

Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang mafhumnya, dua golongan hakim akan masuk neraka iaitu hakim yang berhukum tanpa ilmu dan hakim yang tahu kebenaran tetapi tidak berhukum dengannya. Hanya satu golongan hakim yang dapat masuk syurga iaitu hakim yang tahu kebenaran dan berhukum dengannya.

Kita berdoa kepada Allah agar Hakim-Hakim Syarie kita baik yang lelaki mahupun dua hakim wanita (Puan Suraya dan Puan Rafidah) dipelihara oleh Allah dalam penghakiman mereka. Amin!!!




Rasa hati cik Aqeeda :

Alhamdulillah...wanita sudah pon boleh diangkat utk menjadi Hakim Syarie..mudah-mudahan ia membantu mempercepatkan lagi penyelesaian kes2 yang semakin byk dan yg byk tertunggak..insyaallah..walaucamana pon x semua jenis kes hakim wanita ni handle..mungkin seperti kes-kes berkaitan faraid..kes pengesahan daftar nikah..kes pengesahan lafaz cerai...mereka akan handle..memang banyak khilaf tentang perlantikan wanita sebagai Hakim..saya kena byk baca lg pasal hal ni..kalau diikutkan sekarang hanya Kuala Lumpur dan Kelantan sahaja meluluskan fatwa bahawa wanita boleh jadi Hakim Wanita syarie..negeri2 lain x luluskan lagi fatwa ini..apapon ni..tetapi apa yg penting adalah martabat Syariah dapat ditegakkan..

hehe...rasa semangat nak belajar sungguh2..nak martabat kan Syariah dan Islam ..InsyaAllah...terkenang kata2 nasihat YA Tuan Abu Bakar, .."yang penting niat nak tegakkan Syariah..insyaAllah yang lain2 pasti mudah.."

Baca Selanjutnya......