google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Disember 2010 Disember 2010

31 Disember 2010

Warna Warni Tahun Berlalu dan Akan Datang

Assalamualaikum semua..Apa khabar semua??  Alhamdulillah..syukur kepada Allah Al-Aziz..bahawa kita masih dikurniakan nikmat untuk hidup..nikmat kita masih boleh bernafas..nikmat kesihatan dan mcm2 nikmat lagi yg x ternilai yg Allah kurniakan pada kita yang kdg2 kita selalu lupa. ( itu alasan manusia iaitu lupa/alpa ..)..

Apa yg saya coretkan ini adalah lebih refleksi dan perspektif tentang diri saya. Tahun 2010 seperti tahun-tahun lain banyak meninggalkan 1001 kenangan, perasaan, peristiwa dan pelbagai momen..dan sesungguhnya apa yang berlalu itu tidak berulang kembali..kita tidak boleh mengembalikan apa yang telah berlalu..Kita pasti tidak akan ketemu tahun 2010 atau mana2 tahun terdahulu lagi..Apa yang dah lepas itu sudah lepas dan sudah tersurat samaada hasil akibat daripada perbuatan diri kita sendiri atau ia memang sudah tercatat di dalam Loh Mahfuz..

Tentang 2010..mengajar saya mcm2 erti..menggalakkan saya lebih berfikir..lebih menyedari..lebih menelusuri tentang diri dan hakikat hidup..Saya selalu bertanya tentang diri saya..
apakah saya mahu dalam hidup ini?..Apa cita-cita sebenar saya?..Apa matlamat sebenar yang nak dicapai?...siapakah diri saya pada 5 tahun akan datang?..10 tahun akan datang?...bagaimana keadaan saya masa akan datang?..Bagaimana masa depan saya kelak?? Apakah pekerjaan saya kelak?? Adakah saya ni bakal berjodoh?? Dengan siapakah?..dan bilakah jodoh itu?? Apakah yang akan saya lakukan pada hari esok??  Apakah sumbangan saya selama ini??Apa perubahan saya selama ini..semakin baik atau semakin buruk?..Apakah pencapaian yang telah dicapai?? Apakah saya ni sudah menggapai kecemerlangan?? Apa cemerlangnya saya?? Adakah saya ini akan berjaya? Apakah saya tergolong dalam kalangan orang2 berjaya? Apa takrif kejayaan yang saya mahukan??

Saya memang seorang yang yg detail yang kritikal..saya x pasti yang saya ni perfectionist ke tak tapi saya mmg jenis seorang berperaturan dalam hidup..

Menurut ujian Psychology..saya merupakan orang hijau dan emas..manakala melaui ujian Color Vibration ( ada unsur2 fizik tuh)..saya merupakan orang color hijau dan pink - mental-emosi hehe ;);)

Soalan-soalan lain yang kadangkala menerpa dibenak fikiran saya..

Bila usia saya ini akan habis?? bilakah saya menemui ajalnya? Dimana? Bila? Bagaimana keadaannya? Amalan saya selama ini bagaimana?? Makin bertambah ke berkurang ke dah lupus ke? Kadang-kadang tu pernah terfikir dan rasa seram juga...

Tahun 2010 juga banyak membuahkan pelbagai perasaan..suka..duka..kecewa..sedih..saya pernah gembirakan hati orang..x kurang juga saya pernah menyakiti dan mengecewakan hati orang..saya cuba untuk menjadi seorang yang sempurna..seorang yang betul2 baik..tapi kdg2 kalah juga..adakalanya saya x pasti samada saya ni orang baik atau tak?? haha..

Tahun 2010 juga memberikan beberapa significant dalam hidup saya..

Pertama, Naik Turunnya pointer result semester saya..apapon CGPA tetap maintain..walau x secemerlang rakan2 bijaksana lain..apapon saya puas juga sebab saya betul2 usaha..cuma kena perbaiki lagi..maju dan terus maju..
Kedua, Mengalami kemalangan/kecelakaan Jalan Raya..
Ketiga, Pindah rumah baru yang lebih selesa dan cantik lagi hehe..;) rumah sebelum ini dijadikan tempat mengajar dan ber'business'..ikut perancangan tahun 2011..tapi tiba2 terawal pindah pada akhir2 tahun 2010..dan InsyaAllah inilah yang paling terakhir pindah..Alhamdulillah syukur semua ni adalah rezeki dari Allah..berkat usaha keras parents..okies..
Keempat, berpeluang menjaga kebajikan seorang housemate yg mengalami kemalangan..cabaran besar juga kerana waktu tuh final exam..memang menjaga orang sakit itu satu impian saya..hehe apalah sgtkan menjaga orang sakit..tapi bagi saya ia memberi pengertian yang cukup besar..memberikan saya satu keinsafan dan pengertian..dapat memberi kesan mendalam kepada hati saya..saya jadikan ini satu persediaan untuk saya bakal jaga org tua saya kelak.
Kelima Saya sudah boleh memasak2 dgn jayanya..hehe..satu family dah boleh makan masakan saya..sebab sebelum ni selalu sgt kena kritik kena marah kena tegur...tapi kini dah ok dan boleh menjadi org kepercayaan..hehe;)

Hari ini 1/11/201..tahun baru..kalendar baru..lembaran baru..saatnya bermula dari zero..apapon keadaan kita..hidup perlu diteruskan..berjuang dan terus berjuang..masa semakin pantas berlalu..masa pon tidak menunggu kita..masa tidak pernah pedulikan kita..walau siapapon kita masa tidak pernah kisahkan kita..maka kita harus berpijak di bumi nyata, memandang ke hadapan.. dan menghadapi realiti  yang sebenar.. bertambahnya tahun maka bertambahnya usia..apakah yang lain2 bakal bertambah?? 

Saya? maka saya tetap terus membina matlamat cita2 dan angan2 baru..saya bersedia dan berani menempuh apa saja yang bakal mendatang..saya bersedia dengan pengajaran dan pelajaran hidup yang baru..berusaha untuk mengubah dan berubah ke arah lebih baik..bersedia untuk lebih positif..semoga hari2 lebih baik dari hari2 semalam dan semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010..

"Umat Islam Harus Cemerlang..Hari Ini mesti Lebih Baik dari Semalam.."( terkenang suatu lirik nasyid zaman sekolah rendah dulu2...hehe

Peribahasa baru ( mcm x kena je..tapi belasah je..)yang ingin dikongsi.."Walau Nasi dah jadi bubur, Bubur tetap dan masih boleh dimakan..(Pastikan bubur itu tetap bermanfaat, sedap  dan masih boleh dimakan)..
maksudnya..walaupon dah teruk camana kehidupan kita..walaupun menyesal mcmmana pon kita..apapon mmg sudah x berguna..kita x boleh mengubah apa yang dah berlaku..apa yg perlu buat ialah selagi masa masih ada..selagi hayat dikandung badan..kita masih lagi berpeluang untuk berusaha dan terus berusaha lagi sampai lah kita mati..sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan menzalimi hamba-hambanya..Percaya dan Yakin sepenuhnya pada Allah dan ketentuan-Nya ( Perkara asas Aqidah dalam Rukun Iman..)

Baca Selanjutnya......

29 Disember 2010

Peringatan Hari Ini dan Selamanya



4 perkara yang Terlebih Baik. Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :

1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita

2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.

3. Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.

4. Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir. petikan: 1001 Feqh Nasihah

Baca Selanjutnya......

23 Disember 2010

Adakah anda rasa Boring hari-hari??

Apakah itu boring? Dalam bahasa Melayu, ia membawa maksud rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Maka ketahuilah, boring merupakan petanda bagi orang yang tidak ada matlamat.

Terdapat petua-petua untuk mengelak rasa yang dipanggil boring.

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh anda lakukan. Contohnya seperti saya, masa cuti terluang saya banyak melakukan aktiviti memasak. Hari-hari saya memasak beraneka jenis resepi. Maka saya tekun dan berusaha masak sungguh2 dan akhirnya berasa puas. Contoh lain, anda habiskan masa membaca buku2 yang anda gemari atau menulis sesuatu yang anda sukai.

2. Jadi Workaholik.
Orang workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Contohnya, bila kita nampak suatu tempat bersepah, kita dgn ringan tulang untuk tolong mengemaskannya tanpa menuding jari sesiapa. Kita sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai kerja dan sibuk mencari kerja.

3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda. Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan..

4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.

Baca Selanjutnya......

06 Disember 2010

Ikrar Hijrah


Ya Allah..aku bersyukur sangat2 padamu Ya Allah..
Kau banyak mengurniakan bermacam-macam nikmat padaku..
Kau masih mengingatiku dan mengujiku meskipon aku sering lalai dan lupa padaMu..
Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku atas sebab kelalaianku..kealpaanku dan kebodohanku
Ya Allah janganlah kau binasakan aku dan biarkan aku dalam keadaan dosa dan rosak
Ya Allah cucilah hati ku ni..bersihkanlah hatiku dari segala noda2 hitam dan noda2 mazmumah
Ya Allah selamatkanlah aku dari segala kesusahan..kefakiran..kebinasaan..musibah dan segala kecelakaan
Ya Allah indahkan lah akhlakku dan maniskanlah wajahku
Ya Allah kurniakan cahaya imanmu..
Ya Allah murahkanlah rezekiku..lapangkanlah rezekiku
Ya Allah permudahkanlah setiap perkara yang sukar
Ya Allah aku memohon pertunjuk-Mu
Ya Allah aku mengemis cinta dan kasih sayang-Mu
Ya Allah jadikanlah aku orang yang bahagia didunia dan diakhirat
Ya Allah jadikanlah aku orang yang cemerlang didunia dan diakhirat
Ya Allah jadikanlah aku tergolong dalam golongan orang-orang ikhlas dan beramal Soleh
Ya Allah hindarilah daku dari segala azabmu..masukkanlah aku ke dalam Syurgamu...

Ya Allah ampunkanlah semua dosa-dosa muslimin dan muslimat
Ya Allah ampunkanlah semua dosa-dosa muslimin samaada yang hidup dan yang telah mati
Ya Allah kekalkankanlah dan kuatkanlah hati -hati para mujahideen dan para da'ie yang bersungguh-sungguh berjuang di Jalan-Mu..
Ya Allah rahmatilah kami semua..Kasihilah kami semua..bawalah kami ke Jalan yang lurus dan diredhahi-mu


Dengan ini saya berikrar..
Saya akan berusaha sedaya upaya mengubah diri saya ke arah kebaikan..kemajuan dan kejayaan..
Saya berusaha untuk menjadi hamba yang taat  pada Allah dan Rasul..mempertingkatkan amal ibadat..membersihkan hati..membuang segala perkara prejudis yang bersarang diri..
Saya berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibu bapa saya..
Saya berusaha untuk menyumbang khidmat bakti  dan berlaku baik pada orang-orang sekeliling saya semampunya..
Saya berusaha untuk menuntut ilmu dan mendalaminya sedalam mungkin..memberikan perhatian
Saya berusaha untuk menggalas dan menunaikan segala tanggungjawab dan amanah yang diberi
Saya berusaha untuk beramal dengan apa yang sedang pelajari..
Saya berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari
Ya Allah bantulah aku dalam usaha untuk melaksanakan azam dan ikrar ku ini Ya Allah..
Jadikanlah aku hamba yang baik dan soleh sebagaimana orang-orang yang soleh

Terima kasih dan syukur pada Mu kerana mengurniakan pelbagai ujian yang kadangkala menguji imanku..akalku.. dan hatiku..
Terima Kasih ya Allah kerana masih lagi menyayangi ku ..hamba mu yang lemah..hina..dan penuh dosa ini..

Ameen Ya Rabb...

Baca Selanjutnya......

05 Disember 2010

Naskhah bagi mereka BELUM Kahwin ;)


Assalamua'alaikum semua..Terlebih dahulu apa khabar semua??

Alhamdulillah fatrah Imtihan selama 2 minggu saya dah selesai..apa2 yang terjadi pon saya hanya berserah jela pada Allah  s.w.t sebab saya rasa dah usaha betul2 selama 2 minggu sebelum final exam tuh.Yang penting 'penderitaan mental' dah tamat kan. Jadi sekarang agak dah 'merdeka seketika' sebelum bermulanya semester baru tahun depan. Bulan 12 di akhir tahun..musim cuti sekolah dan musim cuti bagi yang berpeluang utk bercuti, maka banyaklah kenduri kahwin sana..kedengaran lagu Maher Zain ( lagu kaitan ngan cinta dan kahwin laa) sana sini hehe macam meriah dan memang meriah pon. Melihat orang-orang berkahwin ni  kita rasa seronok, gembira dan bahagia pula hehe..hmm sedang saya menerawang membaca artikel-artkel di laman-laman, tetiba terjumpa satu artikel ini..maka saya pon rajin la nak 'cut n paste' sebahagian yang penting saje nak buat khazanah sendiri kat blog ni hehe..marilah kita baca sebentar ye..silakan..

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas. Si jejaka juga boleh bertanya 10 soalan ini pada gadis yang dilamar itu..

Hmm..seram la pulak..hehe..10 soalan ini macam soalan ala-ala peperiksaan pula..mcm ala-ala oral test gitu hehe.. ( saje nak perasankan diri..)tapikan kalau lah saya di'interview' soalan-soalan ini saya 'yakin 'saya bakal mendapat markah 7/10..tapi penilaian terpulang pada si 'penemuramahlakan'..soalan yang bakal buat saya sangkut adalah soalan no. 9..hehe tapi saya ada alasan tersendiri. Bukanlah melambangkan saya seorang katak bawah tempurung sangat hahaha..

Cakap pasal kahwin..nampak macam mudahkan..sebut pasal azam, wawasan, cita2 dan aspirasi..sebut dan cakap dan lafaz dan ungkap memang mudah..semudah A,B,C..tetapi yang sukarnya sejauh manakah kita nak mempraktiskan dan merealisasikan..

Saya berdoa dan berharap bilamana nanti saya ditakdirkan berada dan masuk ke ambang dan laman bahtera nanti..mudah-mudahan nanti  saya diberikan kekuatan..mampu melengkapi segala kekurangan..mampu merubah dan menjadi ke arah lebih baik lagi 
kerana apa kita hidup dan beramal ini?? kerana kita ingin mencapai Mardhatillah..Rahmat Allah s.w.t..ameen

Baca Selanjutnya......