google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: 2012 2012

12 Disember 2012

Sanah Helwah Ya Ukhti Soghir..




Bismillah....

Tanggal tarikh 11 Disember merupakan kelahiran saudara kandung darah daging saya hehehe
Semoga Allah memberkati usia dan hidupnya
Semoga Allah merahmati dan sentiasa tetap dirinya dalam iman dan islam
Semoga Allah memeliharanya dan melindunginya...
Semoga Allah memurahkan rezekinya dan menganugerahkan kejayaan buatnya


p/s : Kilat telah sabung menyabung...terhenti setakat ini...semoga hijrah saya akan tiba nanti dipermudahkan oleh Allah kelak ameen..

: Hijrah ini yg bakal membawa sekeping hati yg tabah, membawa harapan, memikul amanah, dan bakal sentiasa meletak pergantungan penuh kepada Tuhan...semoga Hijrah ini dapat meninggalkan semua kenangan, masa silam, duka nestapa, dosa dan noda2 dahulu dan membuka suatu kembara,  lembaran kitab , rencana, kisah dan memori yg baharu...

Baca Selanjutnya......

11 Disember 2012

Hijrah.....

Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
 _________________________________________________________


Bismillah....
Masih tak mengerti apakah hikmah yang Allah tuliskan untuk diari hidup ku....
Khabar yang diterima adalah secara mendadak dan detik2 yang dilalui adalah begitu pantas dan semakin pantas sekali......
Setiap penghijrahan itu adalah akan mendatangkan rezeki yang baru......
Penghijrahan merupakan tarbiyah sbgmn Sirah jujungan nabi kita....
Penghijrahan itu akan membawa kemajuan InsyaAllah...

Apapun ia bergantung kepada diri kita sendiri dan cara pemikiran dan pengendalian diri
Semoga Hijrah ini dapat mengubah diri ke arah yg terbaik
Semoga Hijrah ini dpt mengenalku tinggi rendahnya langit
Semoga Hijrah ini dpt memberi ketenangan hati
Semoga Hijrah ini Direstui
Semoga Hijrah ini Diredhai
Semoga Hijrah ini memperoleh Kebaikan dari-Nya


p/s : Perkara ini biasa dan normal...mana2 orang dah biasa lalui...

Baca Selanjutnya......

06 Disember 2012

Kisah Mimpi

http://ingaza.wordpress.com/page/5/


Bismillah

Syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat hidup, nikmat sihat..semoga hari2 saya ikhlas dlm menjalani kehidupan kerana-Nya

Secara saya pantas saya ingin sekali mencoretkan mimpi yg saya alami baru2 ini..saya sebenarnya sangatlah jarang bermimpi atau mendapat apa2 mimpi2..selalu tidur mati saje hahahaha dan terjaga dgn sendiri ( mungkin ada bermimpi tapi bila celik mata bangun tidur dah lupa terus hehehehe..kata orang2 siapa yg selalu mendapat2 mimpi2 nih umpama dia mendapat pertunjuk dan gambaran dari  Allah ..dan itu melambangkan org itu bersih hatinya...saya ni jarang mendapat apa2 pertunjuk mungkin hati saya ni masih kotor dan busuk lagi ni hehehe;D

Mimpi :

Selama 15 minit saje..pada jam 3.30 am..sebetulnya saya mmg dah set nak bgn sepertiga malam....sbb nak buat suatu kerja... dah terjaga tgk jam kat h/p.....rasa terlalu awal sgt nak bgn ..hehehe then rasa mengantuk sgt nak tangguh bangun dulu..nak tidur lagi sedikit hehe...then bermulalah mimpi saya...:

( Cerita Dalam Mimpi)

Saya join rombongan bersama2 batch SMSU 3rd Gen ke Gaza, Palestine....kami menginap di hotel kat Gaza, Palestine, suasana Gaza mmg umpama padang jarak padang terkukur....penuh pasir2 saje buminya...bangunan2 nya macam terkena kesan kebakaran..mmg sadis la keadaan Gaza..pada jam 10 am waktu Gaza, Saya bercakap dengan seorang kawan, " Jom, mari kita turun dari hotel jumpa dan salam2 dengan org2 Islam Gaza Palestine, nak sgt salam2 dengan mereka ...nak sgt  jumpa mereka lah..." kata kawan saya itu:" Tak boleh jalan2 sekarang sbb sekarang ada ahli kimia turun nak sebarkan bahan2 kimia( senjata kimia)" Kemudian, ada panggilan kecemasan menyuruh kami semua turun dari hotel Gaza, saya merupakan orang terakhir yg turun dari hotel, saya sempat melihat di cermin tingkap 2-3 bangunan di Gaza roboh dan ranap dengan sendirinya dan senyapnya, berasap2... mungkin akibat senjata kimia yg disebarkan agaknya...kemudian terdengar jeritan kawan saya suruh cepat2 turun dari hotel.....bila turun mmg nampak suasana sibuk ...ternampak juga ada rombongan2 lain lagi yg seperti kami melawat dan menziarahi Gaza...teet... terus terjaga dan bangun terus.....huhu

Ya Allah , saya tidak mampu sumbang apa2 kepada umat Islam Gaza, saya x ada punya duit ribu2 nak beri pada umat Islam Gaza..tapi saya hanya mampu kirim doa dan kenang mereka secara tulus dari dalam hati ini..sampai Allah sampaikan roh saya ke Gaza agaknya.... huhu

Mimpi ini berlaku secara pantas dan singkat dan juga tak disangka2...dan paling takjub saya boleh ingat mimpi ini...saya tak pasti apakah yg tersirat disebaliknya....

Walaupun cerita mimpi ini mungkin hanyalah biasa2 saja..dan tak gempak mana pon..tapi ia memberi kesan kepada jiwa saya..dan saya sentiasa yakin janji Allah itu pasti...Insyaallah semoga Allah kabulkan hasrat saya dan memberikan kemampuan untuk membantu mereka..

Isu Israel Palestine bukan isu sehari dua tapi berkurun lamanya... bukan sekadar isu pencerobohan hak asasi semata2 tapi membabitkan isu yg sgt besar iaitu isu Agama...

Baca Selanjutnya......

24 November 2012

Alhamdulillah..akhirnya...

Istiadat Konvokesyen Sedang Berlangsung:. Belajarnya bertahun-tahun .. naik pentas seminit je;) sebenarnya terkilan tempatnya di stadium..
Terima Kasih ayah dan adik atas sokongan yang tidak berbelah bagi
Terima Kasih Mak atas kasih mu dan doa mu yg sentiasa basah dibibir dan di hati..kerana rahmat Allah dan berkat Doa mak la akak sampai tahap ini..selagi ada hayat mak selagi tu Doa mak ini x pernah putus^ ^
Walaupun byk spekulasi , apapun Syukur kepada Allah kerana beri peluang utk menjejak kaki ke menara gading..;)
Bersama adik lelaki yang cemerlang gemilang....bakal Akauntan bertauliah dan PM Malaysia insyaAllah..;p yg selalu beri motivasi...tahun depan giliran dia pula;D
Terima Kasih Ayah atas belanja makan besar family di Holiday Villa Resort Hotel..nice;)

Alhamdulillah3x...dengan izin Allah saya telah melepasi kesemuanya pahit getir maung suka duka manis masam masin salah betul dengan jayanya...semoga fasa2 akan dtg yg dilalui dengan penuh semangat dan cemerlang  serta diberkati InsyaAllah!




Pertamanya, Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi anugerah rasa kegembiraan kepada saya..tak sangka akhirnya saya mampu merangkul segulung ijazah sepertimana yang pernah dirasai oleh semua orang-orang yang memperolehinya.

Keduanya, Al-Waktu Kas Saif...siang malam cepat berlalu..semalam baru rasa hari pertama masuk Universiti ketika Julai 2007, Hari ini November 2012 sudah naik pentas diberikan scroll Ijazah..pantas sekali kisah yang Allah rencanakan ini ...

---> *Saya tak akan lupa akan asal usul saya,  saya tak  akan lupa akan pengorbanan keluarga saya terutama mak saya..(mmg leleh nangis2 ini ) mak saya sanggup mengorbankan kerjaya besar demi pembesaran anak2..mak saya mmg sanggup bergolok bergadai demi anak2....sanggup hilang rasa malu dlm mendidik anak2..mendidik dgn penuh garang dan sgt tegas mmg kadang2 buat saya sbg anak tak dpt tahan huhu...mak ampunkan dosa akak ye...doakan akak selalu ye...ya  akak ni byk sgt derhakanya..... akak dpt scroll dapat lulus baik final exam tuh pon sbb hasil usaha dan doa mak..doa mak yg sgt bernilai, makbul dan diberkati..kalau tak de keluarga x de redha x de doa mak belum tentu akak jadi begini akak belum pasti dpt lulus dgn jayanya ...amal ibadat akak pon x seberapa utk capai tahap yg begini...terima kasih ayah adik, dan nurin kerana byk beri sokongan, nasihat, kritikan, suntikan motivasi, pelbagai bantuan sewaktu akak bertahun2 belajar...maafkan akak sbb terlalu mementingkan diri selama ini..terima kasih meraikan akak....terima kasih atas segala susah payah....terima kasih atas segala2nya mmg x dpt dihitung semua jasa2nya...susah senang kita sama2 keluarga harungi bersama..keluarga kita kecil sama2 kita tempuhi....syukur Allah beri aku nikmat berkeluarga tempat ku menimba kasih dan teduh..doakan akak jadi orang baik dan solehah ye..

Ketiganya, Terima Kasih Universiti, Terima Kasih Waktu dan Terima Kasih semua kawan2 dan orang2 yang pernah singgah dalam hidup saya dan mewarna warni hidup saya, memberikan saya pelbagai pelajaran dan pengajaran...

Keempatnya, Terima Kasih atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu oleh semua tenaga pengajar semua pensyarah part time ke full time hehehe paling best adalah berpeluang belajar dgn Ust Dr Zulkifli Al-Bakri dalam subjek Qawaid Fiqhiyyah... sangat kagum dgn personaliti beliau..Madam Dr Nik Salida Suhaila dalam subjek Tort walau hanya sebulan dua..Dr Kamaluddin Marjuni..Ust Subjek Aqidah ( x ingat nama..), Ust Hamadallah menjadikan bahasa Arab suatu subjek yg sgt best...Miss Fadhlina yang berdedikasi mengajar subjek Company sehingga memberikan momen2 indah dan juga Dr Muzaffar Syah  yang sgt bekerjasama baik ketika menyiapkan Tesis saya, Madam Dr Farah yg bagus menyampaikan subjek Medical Law membuatkan saya sentiasa melongo dan terpesona.. dan semua2 pensyarah Sir /Madam yang x dpt nak sebut satu2...

Kelimanya, Semoga saya dapat ingat apa yg pernah saya belajar...semoga dapat memanfaatkan ilmu..semoga saya menjadi pemikir yg bagus..

Keenam, Terima Kasih TLB 1 dan 2, Terima Kasih Housemates/Course Mates Ex PT 5854 Rumah Pink hehe, Terima Kasih kepada Gang Library dan Gang Study Group (Gang Syafira yang sudi menerima saya sbg ahli kumpulan belajar mereka), dan terima kasih la semua2...kerana memberikan warna warni pelajaran dan pengajaran;)

Ketujuh, Semoga masa akan datang memberikan yg terbaik dan cerah InsyaAllah..anugerah ini bukanlah penamat tetapi menjadi permulaan kepada kehidupan yg lebih meluas dan mencabar...

Ke lapan, Semoga saya sentiasa tetap di jalan-Nya, ameen...semoga hati ini sentiasa bersih dan ikhlas menjalani hidup sehari2..semoga dapat menyumbang manfaat kepada orang laindan kembali kepada-Nya dalam keadaan hati yang sejahtera..ameen

Note: Tidak berhenti mendoakan umat IslamGaza  Palestine, Syiria, Rohingya dan mana2 minoriti umat islam yang tertindas..
       : 10 Muharam merupakan hari sejarah dan manis untuk saya.....apapun perjalanan tidak akan berhenti disini... yang berlalu telah berlalu..kenangan tetap tinggal kenangan...yg ke hadapan perlu dituju...
Thanks Sohibati Nurul Jannah Abd Talib for the edit : suruh org snap dlm dewan hehe


Berpeluang ambil gambar di dataran iqra' secara pantas dan tuntas sebelum menuju ke Subang hehe;)
  Note : : -Sekali sekala meraikan diri sendiri...meraikan perasaan gembira sementara yang Allah bagi..sebab nikmat ini belum tentu berulang lagi...dan paling seronok ialah meraikan cinta dan gembira bersama keluarga yang dikasihi....sbb mmg Keluarga adalah segala2nya ..dorongan, bantuan kewangan, sokongan moral, motivasi dan spritual..bukan senang nak ambil gambar satu keluarga bersama..jadi scroll ijazah ini adalah utk keluarga juga sbg lambang terima kasih dan pencapaian kepada mereka..

             : : - Memang jangka selepas ini akan melalui kegetiran lagi....kerana focus utk masa depan dan survival diri...belajar tidak terhad utk scroll sahaja dan hanya pada nama dan institusi sahaja ..belajar dan menimba ilmu itu mencakupi konteks yang luas....

               : : Cita-cita dulu kononnya dahulu utk bergelar seorang peguam terpaksa dilupa dan dipendam jauh didasar hati dan terpaksa menghadapi realiti yg hakikat dan realistik..semoga Allah menetapkan hala tuju dan ketetapan masa depan yang indah dan terbaik buat saya ameenn..;D

Baca Selanjutnya......

29 Oktober 2012

Berkaitan dengan Jemputan..

Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Pendapat yang menjelaskan wajibnya menghadiri undangan walimah juga turut dijelaskan oleh Ibnu ‘Abdil Barr, imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Ibnu Hazm, Imam an-Nawawi, dan pendapat inilah yang telah menjadi kesepakatan para ulama.


-http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2009/05/walimatul-urus-di-antara-sunnah-dan.html-

____________________________________________________________


Bismillah



Alhamdulillah puji dan puja selayaknya kepada Allah yang banyak mengurniakan nikmat kepada kita, nikmat yang sebenarnya tidak terhitung oleh kita...mmg sebagai manusia kita selalu kerap atau sentiasa merasakan tidak berpuas hati, tidak cukup serba serbi, rasa kurang serba serbi..sering banding-membandingkan dengan sesuatu yg lebih dari kita..tapi kalau kita mengamalkan sikap bersyukur sebenarnya jiwa itu lebih tenang... apa yg Allah susunkan aturan hidup kita ini adalah terbaik dan mengandungi hikmah agar kita mengambil pelajaran membanyakkan usaha dan menggantung pengharapan kepada-Nya...

Semenjak kebelakangan ini saya akui saya sudah mulai kurang untuk berblogging, bukan tidak ingin utk membuat perkongsian..tapi saya kini lebih tertumpu dan memfokuskan kepada usaha untuk memperbanyakkan bacaan tentang hal ehwal semasa dan lain2..bukan asbab nak dpt temuduga ke apa tapi lebih dari itu, walaupun dah habis belajar tapi proses menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu serta menyebarkannya mmg tidak boleh berhenti..seperkara lagi saya juga mahu mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah....
Saya mengakui dan sedar diri melayari internet terlalu lama jika tiada matlamat hala tuju betul2, adakalanya membuang masa dan tenaga...tak kena gaya boleh mendatangkan dosa, dari sudut lain,iaitu kesihatan mata terjejas, tahap kerabunan saya semakin bertambah..saya akui ditambah lagi approval oleh pakar mata bahawa puncanya ialah mengadap screen lama2..mmg masa2 sebelum ni terutama masa belajar buat assigmn dan lain2 tugasan/masa2 senggang sy byk kali mengadap laptop screen, pada masa sekarang ini, saya berusaha kurangkannya, saya masih melayari internet lebih tertumpu proses pembacaan perkara2 penting, melihat email dan berkaitan dgn urusan2 spt konvokesyen, pembayaran dan lain2..kalau layari fb pon hanya seketika saja hanya krn melihat update info2 diruangan batch coursemates..dan di waktu kebanyakan hal ehwal org2/kwn2 di fb saya jarang ambil tahu..mmg saya x ada rasa / kurang berminat nak klik nama org2 satu persatu untuk mengintai apa yg mrk buat, apa perkembangan, dah berapa org anak cucu ke, dah kahwin ke tak kahwin, melainkan ada sesetengah kawan yg masih ingat  chat/pm msg saya masa tu barulah tahu apa khabar dan perkembangan kawan itu..atau jika saya berhajat akan sesuatu maklumat barulah saya search kawan tersebut...

Jadi begitulah perihalnya....jadi apakah kaitan dengan ayat para pertama yg awal2 diatas?.....disini saya nak meluahkan dan merangkap sejuta penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada teman2 yg masih mengingati saya terutama teman2 yg menjemput saya utk menghadiri walimah / kenduri/ majlis/apa2 aktiviti/program yg dianjurkan mereka...terima kasih byk2...saya sebenarnya berusaha untuk menghadirinya jika tiada aral melintang....dan saya tak berani utk memberi janji yg pasti tapi apa yg mampu saya ucapkan adalah InsyaAllah saja....dan sentiasa utk mendoakan yg baik2 utk semua....
 
Pernah saya menemui dan mendengar cerita2 ada segelintir kalangan kita sgt bagus sikapnya, asal dpt jemputan tak kira jauh ke dekat, utara ke selatan, timur ke barat, kawan baik ke kawan x baik, kawan rapat ke tak rapat, sedara jauh ke sedara dekat, segelintir mereka ini tegar dan sgt berusaha menghadirinya dan berjaya menghadirinya....MasyaAllah sangat bagus sekali, mulia betul akhlaknya, betul2 menepati saranan sunnah,saya yg begitu naifnya sgt kagum, ini suatu tanggungjawab sosial yg positif dan elok...mengeratkan ukhuwah, memupuk persaudaraan dan perpaduan serta memberikan sokongan padu..hidup suasana dalam jama'ah seharusnya begitu...saya sendiri akui yg saya sbny sgt lemah dlm perkara ini..
Pernah saya dikhabarkan kisah, ada seorg hamba Allah ini begitu aktif menjalankan tanggungjawab sosialnya iaitu menghadiri jemputan kemana2 saja (jemputan yg syarie bukan yg maksiat) asal dia dijemput pasti dihadirinya tak kira masa...mmg bagus..dan yg begitu takjubnya sewaktu diakhir hayatnya yakni diwaktu kematiannya, jenazahnya disembahyangkan oleh ramai sgt org, ramai org berpusu2 menziarahinya dan menyembahyangkannya bersilih ganti.....MasyaAllah itulah hikmah dan balasan baik disebalik amalan yg baik dan istiqamah itu tadi....

Saya sebenarnya berasa cemburu bila melihat org2 beramal baik ini...tapi saya akur dgn kemampuan saya ....saya mmg agak susah nak memenuhi jemputan...kadang2 ada saja aral nya.....adakalanya diuji dan teruji...bukan tak pernah menghadiri langsung..tapi byknya begitulah......pernah sy dpt undangan jemputan teman dari Selayang, boleh dikatakan jemputan teman rapat tu, malangnya saya x dpt menghadirinya, waktu itu mmg cuaca kawasan rumah saya sgt gelap, kilat sabung menyabung, hujan sgt lebat, ayah saya melarang keluar rumah krn bahaya katanya maklumlah hujan sgt lebat boleh mengganggu proses perjalanan pemanduan...dan juga hal2 lain.....semuanya bukanlah rasa kesengajaan...kadang2 kita ada  tanggungjawab lain, kdg2 terpaksa mengutamakan hal lain yg lbh afdhal drpd jemputan dan sebagainya..mmg saya x nafikan ada kalangan kawan2 yg berkecil hati dgn saya.....sy mohon byk2 kemaafan...terima kasih atas ingatan..
Sekiranya diwaktu saya nanti ada rezeki saya mengadakan majlis ke walimah ke..saya insyaAllah tak akan berkecil hati kalau ada teman2 x dpt menghadirinya....yg penting bila kita jemput org kita rasa ikhlas, kita dtg jemputan org pun kita rasa ikhlas dan mendoakan kebaikan org itu..insyaAllah...mudah2mudahan Allah s.w.t memurahkan rezeki kita semua..memudahkan urusan kita semua ameen...

Wassalam....

Baca Selanjutnya......

18 September 2012

Meneroka Khasiat Carrot/Lobak Merah

Credit picture to pictureoffood.blogspot.com

Saya tertarik dengan carrot ini  maka ingin berkongsi tentang khasiat dan kebaikannya..lobak merupakan antara makanan yg menjadi amalan pemakanan ulama' dan ilmuan islam di zaman silam dahulu...

Berdasarkan rujukan naskhah Imam al-Sya'rani dalam buku Mukhtasar Tazkirah.. 

Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.
Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.

Ini antara khasiat lobak merah :

♥ Amat baik untuk kesihatan gigi
♥ Mengatasi keletihan
♥ Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
♥ Menjaga sistem saraf
♥ Awet muda
♥ Mencerahkan mata
♥ Mencerdaskan akal
♥ Mencegah serangan barah
♥ Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

Cara memakan lobak merah :

♥ Boleh makan mentah-mentah
♥ Minum segelas air lobak setiap hari
♥ Jika dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya.

Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Jom kita amalkan lobak sebagai supplement kesihatan kita hehehe...credit to ladybird.....
 

Baca Selanjutnya......

12 September 2012

Monolog Diri dan Repekan Kata-kata Hati

Ramadhan telah berlalu tapi sisa2nya masih terasa..syawal pun bakal habis dan surut..waktu berjalan begitu pantas ..siang malam siang malam silih berganti terasa sekejap seolah pejam celik mata mcm2 sudah berlaku dan sudah berubah pada diri kita dan persekitaran kita...

Saya sangat bersyukur pada Allah...setelah melalui perjalanan di medan ilmu selama beberapa tahun..akhirnya saya berjaya bergraduasi dan meraih segulung ijazah yg dicita2kan walaupun hanya mampu meraih Kepujian tahap kelas kedua Atas saje....apapon saya tetap bersyukur kerana lulus semua..adakalanya saya masih merasakan usaha saya dlm menuntut ilmu ini masih tidak cukup lagi..masih mampu lagi digapai dan dicapai..apapon sy redha dan pasrah..dan akur terhadap kemampuan dan pencapaian saya sendiri....jgn sesekali salahkan takdir dan orang lain..lebih baik mencermin diri sendiri...


kain baju untuk dipakai konvo nanti ala2 excited pula hehe

Apapun, saya sebenarnya masih belum puas dan masih dahaga akan pengalaman dan rasa nak menuntut ilmu..perasaan masih dan minat nak belajar masih belum padam dna sentiasa berkobar2 di dasar hati...saya masih rindukan library..rindukan lecture hall, rindukan mutiara2 kata dari murabbi pensyarah dan semua2... walau saya kerap terlelap dan terpejam mata dlm kelas hahahaha x apa .....akan tiba suatu masa insyaAllah ....saya berdoa agar saya berjaya dan mampu menyambung pelajaran ke peringkat Master dan sehinggalah mempu mencapai ke peringkat paling tertinggi iaitu PHD. Saya akui proses pendakian ini terpaksa dilalui dalam suatu tempoh masa yang panjang dan perlu peringkat - berperingkat dan pasti penuh liku2... Lain orang lain bahagian lain perancangan hidupnya..hidup kita kitalah mencorakkan sendiri tak boleh mengikut corak hidup orang lain..hidup kita sendiri kitalah yang mewarnainya bukannya diwarnai orang atau mengikut warna orang lain. 

Apapon prinsip asas hidup sebagai seorang beriman, saya sentiasa percaya akan takdir dan rezeki yang ditentukan oleh Allah . Paling penting konsep usaha yang gigih, rajin berdoa dan bergantung harap yg kuat kepada Allah serta bertawakkal..Usaha Doa dan Tawakkal adalah konsep hidup perlu diamalkan selain teguh percaya kepada Qada' dan Qadar Allah..Apa yang baik dan buruk pada diri kita sebenarnya ada hikmah..adakalanya cara hidup kita, perangai kita dan diri kita sendiri menjadi asbab kepada nasib hidup kita ini..Apapun usaha yang terbaik selebihnya berserah kepada Allah.

Misi seterusnya adalah untuk mencari pekerjaan. Usaha masih usaha..cita-cita dahulu terpaksa dibatalkan dan dirombak atas sebab2 yg sgt kritikal antaranya asbab keluarga tak begitu menyokong cita-cita saya dan mereka memberikan pandangan yg bernas maka saya akur dan asbab yg paling utama adalah berkaitan prosedur utk ke arah cita2 saya itu sebenarnya amatlah sulit melainkan hati betul2 tegar dan berkesanggupan dan boleh berkorban yg tersangat tinggi...saya x berkemampuan ke arah itu..maka saya redha dan berani mengubah hala tuju dan merombak perancangan...Usaha  masih tetap dijalankan...kekurangan diri perlu sentiasa diperbaiki dan pengetahuan dan pembacaan perlu diperbanyakkan dan byk kajian perlu dibuat sebagai persiapan dan perisai...


Aktiviti kini adalah menganggur hahahaha.....ye... memang seronok sgt menganggur ini.. hahaha..memang seronok lah juga orang2 cakap...."wah seronoklah berehat ye..." Alhamdulillah..tak kurang juga dihujani soalan2 yg mungkin bernada sinis atau mungkin pelbagai nada yg kadangkala menyakitkan telinga..atau ada juga sibuk nak mengorek perihal diri saya..."Dah Keje apa sekarang?", "Tak dapat kerja ke?" " Tak memohon apa2 lagi ke?" " Tak cuba apply itu dan ini?? " Bila nak keje ni?" dan macm ayat tanya..( Sebagai manusia biasa yg ada hati nafsu dan perasaan...sejujurnya kadang2 saya rasa stress dna rimas dgn pertanyaan2 sebegini...mcm dapat keje tuh senang mcm kacang goreng seolah2 hari ni habis je last paper esok hari terus masuk keje...mcm tu - mmg ada org meraih pencapain itu tetapi bukan untuk saya ok..jgn samakan saya dgn org2 lain..mak bapak saya pon tak dela bising2 pasal saya belum dpt keje lagi....sgt menyibuk betul Penanya2 ni , kalau hal dia dan anak2 dia pandai pula x suka org lain ambil tahu..hal kita tahu nak sibuk2 je...).. ada pula seorg makcik ni cakap "Alah qidah leh la nak rehat2..... x payah bekerja......leh nganggur lama2.....x de tanggungan x de hutang....X de apa nak bayar.....anak makcik ni mcm2 nak kena bayar.....bayar PTPTN bayar rumah la...risau makcik nih............ " ( Amboi makcik seronoknya lah cakap saya mcm ni, mcmlah makcik tu 200% yakin tahu akan perihal hidup saya..perlukah saya bgtahu makcik satu2 tentang hal saya..sbb sy rasa saya ada pikiran dan rasa profesional x perlu x penting nak cerita hal personal dan masalah2 kpd org2..) hahaha cakap dlm hati.... Astaghfirullah....x niat nak burukkan sesiapa...luahan hati secara general saja..tapi saya akur...hidup ini mmg x boleh lari dengan masalah, dugaan, ujian dan kata2 dan tanya2 org...org2 memang suka nak ambil tahu dan nak bertanya2 mengorek2 cerita dan fakta daripada memberi solusi.....itulah resam dan rempah ratus duniakan...terkenang juga kisah org2 ilmuwan dan ulama'2 zaman dahulu lagi byk cabaran hidup mereka....setakat apa yg saya alami ini merupakan pepasir2 halus je..apalah sgtkan hahaha

p/s: Tapi sbny mmg saya seorang tak berapa gemar orang2 selalu kerap bertanya....asal jumpa muka tanya dan tanya.....tanya sekali sudah la...tak puas hati lagi cuba nak mengorek2 aktiviti hidup seharian kita.....tanya pula kenapa....tanya siapa itu siapa ini..tanya apa itu... apa ini....sepertinya org2 sebegini agaknya terlalu byk masa terluang dan tiada apa2 kerja langsung sehinggakan kerja dia nak mengorek hal2 dan cerita2 kita...lihat sikap dan sifat org yg byk masanya...lebih baik kamu ni makcik bykkan membaca tahu isu semasa lagi bagus berfaedah...dah tahu saya ni byk kekurangan dan kelemahan dimatanya pergilah cari bertanya kepada orang2 yg  lebih bagus dan berkelebihan....setakat saya begini apalah ada apa saya....sebab org2 ni adalah org2 berusia ..bertaraf makcik 2 kenalah dihormati mengikut adat timur melayu yg mulia....kdg2 ada segelintir sikap org2 yg lebih tua ini adakalanya menjengkelkan....ooops maaf...


Walau saya menganggur 24 hours, tak bermakna saya ni seratus peratus melepak, berehat, makan, tidur, goyang kaki mcm tuan puteri ok??.....hidup ini walau apapun kita....kita ada tanggungjawab dgn Allah, tanggungjawab dgn ibu bapa, tanggungjawab dengan alam sekeliling...tanggungjawab dgn masyarakat....adakah hidup kita semata2 beginikah?? : Lahir ..membesar... pergi sekolah... masuk U masuk keje ..Kawin....Beranak...pergi balik Keje... Kumpul duit byk2... beli aset dan belanja dan bayar apa2..... lepas itu dah mati.... adakah terbatas itu / setakat itu saja kehidupan kita?? Adakah itu saja hidup yg kita nampak??? p/s: kita kalau menganggur bukan menganggur yg bodoh2 yang x buat sebarang keje.....



"Sebenarnya hidup orang mukmin di atas muka bumi ini adalah penuh kesibukan tiada rehat - mereka sibuk dengan urusan2 kebaikan, urusan2 persiapan menemui Tuhan, urusan2 mencapai kemajuan, urusan2 perjuangan dan matinya mereka adalah penuh kerehatan..kerehatan sebenar bg org2 mukmin..." (quote apa yg difahami drpd kata2 seorang ustaz)


Walauapapon apa dan siapa saya jadi  pada suatu hari nanti..saya sentiasa mengimpikan kesederhanaan dan kebahagiaan dalam redha Allah....biarlah dari sudut zahir saya dipandang bukan orang kaya tapi Allah bagi ketenangan hati dan kemudahan dlm setiap urusan....Allah selalu membantu urusan saya dan memberi hikmah dan kemampuan.... - itu yg saya nak... daripada menjadi orang Kaya yang sentiasa dihimpit kerisauan dan terpaksa bersikap menunjuk2 dan bermegah2 di mata2 manusia.....walauapapon pekerjaan saya pada suatu hari nanti..saya berdoa agar saya tak lupa diri dan sentiasa mengingati Allah....mampu bersedekah dan berkongsi rezeki dgn orang....membantu orang2 memerlukan...bersama2 berjuang ke jalan menegakkan Agama..dan hasil usaha tenaga saya ini mudah2mudahan diberkati dan tidak membawa kearah bencana.....( memang menaip ini mudah..berangan berimpi mmg mudah apapon kalau x dpt byk dpt sikit pon jadi...kalau sikit memberinmanfaat alhamdulillah...)


Hidup ini adakalanya umpama sejarah umpama satu recycle.....tapi diri kita boleh menentukan yang sebaliknya...Dunia maju Akhirat nanti Jaya..insyaAllah ameen....Hidup ini adalah untuk Allah dan atas keputusan diri sendiri bukan untuk manusia...Rezeki untuk tiap2 manusia itu ada cuma lambat dan cepat je...

Baca Selanjutnya......

18 Ogos 2012

Salam Aidilfitri









Salam Aidilfitri..minal aidi wal faizin..kullu an wa antum bikhair....ameen..alhamdulillah kita semua dah melepasi madrasah Ramadhan..semoga Ramadhan akan dtg kita bertemu lagi ameen...semoga hari2 esok sentiasa memberi kebaikan dan kemurahan rezeki dan rahmat buat kita semua ameen...

Baca Selanjutnya......

19 April 2012

Mission Accomplished!!

Note: Entry kali ini tiada tazkirah hanya sekadar luahan perasaan..

Alhamdulillah Wa Syukrulillah...Segala puji dan puja hanyalah layak utk Allah s.w.t..Allah Ar-Rahman Allah al-Aziz  Allah al-Akbar..Terima Kasih atas nikmat -nikmat mu yang tidak terhitung bykya..serta limpahan ujian2 -mu sbg tanda kasih syg Mu yang tidak putus-putus..

Kali ini saya kembali mencoret laman kebun saya yang usang..terus terang semakin bertambah tahun semakin bertambah usia seiring dgn hal ini..byk sgt tanggungjawab dan amal2 yg perlu dikerjakan dan disumbangkan...

Saya ingin melahirkan rasa syukur yang teramat akhirnya saya berjaya menyiapkan hasil kajian thesis Degree saya (Acedemic Project) dan pada 17hb April 2012 2 hari sebelum Besday saya hehehe saya telah dgn rasminya submit Satu buku thesis kepada Supervisor Dr. Muzaffar Syah Mallow dan Pejabat Fakulti FSU..

 

Gambar ini diambil oleh Supervisor saya..beliau mmg suka mengambil2 gambar hehe;D

Inilah hasil 'thesis'( Acedemic Project) saya sewaktu Diploma (yang kelabu) dan Degree BA (yang biru gelap) lepas ni ada rezeki  buat Master MA rasa taubat tak mahu buat lagi hehehe tunggula PHD nanti ( kalaulah ada rezeki dan peluang la ye..berangan2 sajalah ni...)



Salah satu ujian yang Allah nak 'test' dan kasihi saya...




Sepanjang saya berbulan2 buat thesis ..Mr Toshiba yang sangat2 saya sayangi telah diserang penyakit di panggi 'blue screen' saya tak tahu la apa sebabnya..tapi gejala penyakit 'blue screen ' mmg sgt2 merimaskan menyakitkan membuatkan saya tension dan tertekan zahir dan batin setiap hari..nak kata teruk sgt blue screen ini mengakibatkan saya tak boleh langsung nak menaip..hatta dpt buka n nampak desktop pon sekejap saje..saya cuba bersabar lama sampai suatu tahap saya hntr format ke kedai..kos lagi..fine..tapi still wujud lagi..kemudian sewaktu cuti semester saya pjm laptop adik sebelum adik terbang ke Sarawak..saya dgn gigih dan gagahkan juga hati memencilkan diri utk menyiapkan kesemua chapter thesis dan juga kerap berulang alik ke library uitm dan tak berjalan2 semasa cuti mmg saya target habis nak settle acedemic project ini sebab ikut plan sendr bulan March saya nak cepat convert into hard cover setelah final draft dan semua pembetulan telah  di approve oleh supervisor..bukak semester akhir baru..gejala 'blue screen' ini semakin melampau2 sampai tahap nak campak je Mr. Toshiba ke Sungai Klang sana..dgn penuh kesabaran saya cuba bertahan2 lagi.saya cuba refer kat sahabat2 lelaki batch saya yang pandai komputer..( sbb hntr format kat kedai pon tak guna try hntr kat kawan2 pulak)..sahabat lelaki tuh tolong tgk2 kan dan format kan lagi 2 kali hujung minggu ..lama2 Mr Toshiba dah pulih sedikit tapi....Terima kasih kat mereka...tak lama hanya utk seketika dlm beberapa hari..setelah itu penyakit semakin kritikal atau kronik..maybe masalah hardware atau motherboard...ok dah tukar hardware..still ada problem lagi...lama nak repair berminggu2 sbb bukan masalah hardware maybe kena tukar Intel la apela eeeiii...eiiii sgt2 la menyampah terpaksa juga akhirnya hantar ke kedai dan dengan penuh ralat hati ini terpaksa lagi buang duit beribu membeli laptop baru...terpaksa juga melaksanakan decission ini sebab saya bukan saja nak siapkan acedemic project..nak buat assigmn2 subjek2 lain...saya mmg sudah tiada pilihan alternatif selain nak kena beli baru...mungkin ini tindakan sgt2 tidak cerdik dari sudut pengurusan kewangan saya..saya malu nak menyusahkan orang2 lain..kesannya dpt laptop baru..duit saya sekrang habis tinggal zero..mmg sy sedang jatuh miskin dan sy kena bersifat qana'ah hari2 huhu..kecewa terkilan hanya Allah saja yg tahu...saya harap apa yg terjadi pada saya memberikan saya pengajaran dan inspirasi utk belajar sungguh2 dan memperbaiki diri...

Itulah masalah laptop yang ciput sgt tuh..masa Diploma pon dulu mengalami masalah laptop juga sampai satu chapter taip 2-3 kali tapi x de la sampai ke tahap nak kena beli baru...sepanjang 8 tahun blaja beribu habis beli sampai 3 laptop - termasuk yg last ni..mmg rasa malang la jugak...aduhai..tambah lagi berita sedih yang melanda..Allah izin ayah saya ada sakit dan bila2 masa perlu menjalani pembedahan..kemungkinan bulan June..bulan June adalah final exam saya...saya mmg sedih sgt2..Saya harap kalau apa2 nak jadi biarlah saya ni dah hbs degree supaya saya boleh nak fokus akan  hal lain2..tak pe saya berazam akan jaga ayah saya selepas beliau keluar daripada hospital nt..dan byk lagi hal2 lain yg menimpa sejak kebelakangan ini membuatkan saya kena selalu beringat2 dan berjimat cermat...kadang2 hilang rasa semangat pon ada..


Apapon saya tetap bersyukur pada Allah atas apa yg terjadi..Saya yakin apa yang Allah kurnia pasti ada hikmah yang tersembunyi..hidup ni no pain no gain..kalau x de test x de makna la life kiter kan..bila test/cabaran itu sgt2 menyakitkan insyaAllah hasilnya pasti Ummmpph dan lumayan! lain orang lain2 bahagian-nya lain2 kemampuannya dan pencapaiannya..Saya selalu yakin yang Rezeki masih ada buat saya..cuma saya kena usaha gigih dan lebih sedikit utk capainya dan sememangnya pasti menempuh onak dan duri..Usaha dan Redha itu wajib..


Di hari jumaat mulia ini..Alhamdulillah..saya berpeluang utk pulang ke rumah..utk celebrate besday bersama2 ayah..hehe ayah saya 18 April dan saya 19 April..seorang semalam seorang esok..jadilah kan..saya tak kisah akan lain2 kerana pada saya saya cukup bahagia bila bersama family tercinta..Alhamdulillah Allah masih kurniakan lagi family utk saya di dunia..saya tiada sesiapa melainkan hanya ada Allah dan family shj..

Apapon bulan April 2012 kali ini byk perkara2 baik yang saya lalui dan mudah-mudahan dipermudahkan semuanya ameen...

Baca Selanjutnya......

13 Februari 2012

Walimah Sahibah...

Assalamua'laikum..Semoga kita semua ini sihat2 dan dirahmati Allah..

Begitu pantas masa berlalu..cuti sebulan pon rasa sekejap saje...Alhamdulillah Allah Al-Azim memberikan saya anugerah masa cuti ni  untuk berehat, menyiapkan thesis yang hampir 90% siap hahaha, belajar perkara2 baru, membaiki kemahiran kendiri, hal2 komunikasi dan hubungan keluarga dan lain2..
____________________________________________________________________________

Hehehe;);D;D...Artikel Eksklusif Khas  ini ditujukan untuk Teman Terbaik saya merangkap teman serumah....teman sekelas...teman sekuliah..teman sekolej dan teman se universiti hehehe

Baru2 ini saya bertandang ke majlis nikah dan kenduri kahwin seorg sahabat iaitu 

NURUL HANIS NADIAH BINTI NGALIMAN DAN SUAMINYA MOHD HAFIZ...;) Barakallahulakuma..


Apa yg saya kagum...Pertemuan dan jalinan hubungan mereka sebelum pernikahan sungguh Islamik..mereka betul2 menjaga batas2 hubungan mereka...tak pernah bersua atau berbicara melainkan perkara2 yg sgt2 penting...selalunya menggunakan kaedah org tengah spt  kakaknya sebagai perantara...Inilah sebenarnya perhubungan yang dituntut oleh Syariat....


Nurul Hanis pada pengamatan saya merupakan seorang yang solehah dan sgt cemerlang dalam bidang pelajaran serta sgt aktif dalam bidang kepimpinan berpersatuan....Berpenampilan yang sungguh Islamik, pernah merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti sewaktu Diploma seterusnya meraih kecemerlangan sewaktu Degree malahan dia sentiasa disenangi ramai sehingga ke hari ini...

Antara rahsia dan resepi beliau dalam hidupnya adalah amalan solat Tahajud dan solat Dhuha yang tidak pernah tinggal....banyak membaca Al-Quran tidak mengenal waktu.....terkenang alunan suaranya yang lemak merdu.....beliau juga pernah berkongsi beberapa ilmu yang baik dgn saya......antara nasihatnya adalah berkaitan soal hati yang bersih yang ikhlas dan banyak berdoa....

Saya menceritakan kebaikan kawan saya ini kerana dia adalah salah seorang yang boleh memberikan saya suatu inspirasi ...kerana amalan dia..saya punya rasa cemburu...sedikit demi sedikit saya meniru amalan ibadahnya...contohnya : Dengan pengaruh dia ,saya secara tak sengaja dah pandai konsisten  bangun malam qiamullail ...saya rasa boleh nak praktik solat dhuha hari2 dan lain2...kdg2 melalui pengaruh kawan2 yg baik dan bi'ah yang baik ini juga kita boleh terikut2 ke arah kebaikan...saya merasakan dia seimbang dari sudut dunia dan akhiratnya....dia sgt sabar dan tahan daya cabaran....( Saya tidak ada rasa riak atau ingin menunjuk2 kebaikan....kebaikan saya adalah sgt2lah kecil dan sikit jika dibandingkan dgn org2 hebat lain...saya masih gigih berusaha lagi ni...tujuan saya cerita ni adalah utk nak illustrate kesan inspirasi /pengaruh kawan terhadap diri saya..ok)

Saya mengaku saya bukanlah seorang yg sgt  baik dan tidak thiqah...saya sebenarnya  semenjak dulu pernah menanam niat dan berazam utk menjadi baik kerana Allah.....setiapkali nak ke arah kebaikan saya selalu diuji dan teruji.....adakalanya lagha.....fitrah semulajadi ingin ke arah kebaikan sentiasa ada.....

Memang tiap2/semua orang itu tiada yang sempurna..semua ada kelemahannya...tapi tak salah kalau kita menyelaputi kelemahan itu dengan rangsangan sifat2  kebaikan2 dan sifat2 positif...hari2 cuba berubah maju walau sedikit...

Melalui titipan khas ini..saya mendoakan agar pasangan Hanis dan Hafiz sentiasa berkasih sayang dan bahagia sehingga ke syurga....doa agar mereka melahirkan generasi insan soleh dan solehah yang mewarisi sifat2 mahmudah , hasanah dan fatanah...doa agar rumahtangga mereka sentiasa selamat dan dilimpahi mawaddah warrahmah insyaAllah..Allahumma Ameennnn.....

Kepada bekas teman serumah ku iaitu Nur Saodah  ( sebagai memenuhi hajatnya hehe..) inilah antara gambar2nya  yg termampu utk di upload...:- hehehe;) 





Memang diakui telah ramai sgt kawan2 sebaya saya semua telah selamat mendirikan baitul muslim yg suci ini..ada yang dah sampai beranak dua dah diusia sebaya ini...Setiap kali saya kemana2 pasti tidak terlepas soalan2 cepu mas kepada saya..hehehe...Apapon saya yakin setiap apa yang telah ditentukan dan yang ditakdirkan  oleh Allah pasti ada hikmah yang tersembunyi...sebab Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita..yang penting usaha dan doa..

Saya sentiasa berazam dan bertekad semasa saya masih diberi peluang dan dianugerahkan masa single  oleh Allah s.w.t ni, saya nak ubah diri saya ke arah lebih baik lagi....nak bersih hati yg selalu tak bersih2 lagi nih.....nak tuntut ilmu sebanyak mungkin....nak belajar mcm2.....nak mantapkan apa saja kemahiran ....nak buat amal jariyah...dan apa2 sajelah hehehe..;)dan InsyaAllah semoga perkara2 bermanfaat yg dilakukan yang mana akan menjadi alah bisa tegal biasa dan berterusan sehingga berkahwin dan sampai mati...ameen..hajat dua' semua!;)

Semoga Allah merahmati saya ameenn...;)

Kepada semua rakan2 taulan dan teman yang sudah dan sedang serta bakal mendirikan baitul muslim..saya doakan Barakallahulakuma Wa'alaihima...

Baca Selanjutnya......

24 Januari 2012

Kembali mencoret....



Assalamua'laikum....Sudah lama benar saya tidak mencoret apa-apa pengisian di taman  ini....selalu menjenguk tetapi ilham belum hadir untuk mencoret apa2 atau info2 yang berguna untuk dikongsi...adakalanya mood untuk berblogging semacam pudar....adakalanya menyala2..pernah berangan2 nak membuat gubahan...angan2 hanya tinggal angan2...waktu semakin pantas berlalu semakin menggigit semakin mencemburu...tugasan2 , amanah serta tanggungjawab semakin bercambah malah semakin bertambah...usia juga semakin meningkat banyak perkara harus diutama dan menjadi prioriti berbanding kerja2 yang remeh....


Cerita tentang diri....saya merupakan mahasiswa tahun akhir....baru sahaja selesai  menduduki peperiksaan..baru sahaja berlabuh setelah menghadapi suasana yang genting umpama ombak bergelora dilautan...peperiksaan bukan sekadar menguji minda bahkan menguji hati...menguji ketahanan diri..menguji iman...fizikal dan spritual..alhamdulillah bi..iznillah...Allah banyak memudahkan segalanya...selepas ini hanya meneruskan pengharapan tawakkal kepada-NYA..serta masih cuba untuk konsistensi dengan amal2 baik dan lain2...



Tahun 2011 telah selesai meninggalkan kita.....tahun 2012 ini sedang kita meniti hari2...Tidak terlewat untuk kita sentiasa bermuhasabah dan merenung diri.....kita kena tanya kepada diri kita ..apakah perubahan yang kita telah buat?? Apakah kelemahan kita?? Apakah kita sudah memperbaiki kelemahan kita?? Apakah sumbangan kita selama hayat kita?? Apakah matlamat kita? apa rancangan kita??Apakah tugasan serta tanggungjawab kita?? bagaimana hubungan kita dengan Allah?? Paling mulia ialah hari2 sebelum tidur kita maafkan semua orang dan maafkan diri juga..fikirkan apa yang kita nak buat pada hari esok...hari2 kita cuba buat perubahan...konsistensi dalam amalan serta tambahkan amalan....cuba kurangkan kesilapan2...cuba perbaiki kelemahan2...walaupun x mampu semua at least kita berjaya mendaki satu tahap pembaikan...hari2 ingat Allah...utamakan urusan Allah..insyaAllah Allah mudahkan hidup kita....hidup ini jangan dibayangi masa2 silam... masa2 yang lalu...masa2 lepas yang penuh kegagalan kekecewaan...masa2 lepas yang penuh kekurangan...kerana masa yang berlalu tak akan kembali....tak akan berputar.....yang datang akan pergi...yang wujud mungkin telah lenyap...yang akan datang harus dipersiapkan....marilah kita berfikir dan merancang dan jangan lupa memohon pertolongan dan pertunjuk daripada Allah...kita harus menuju masa depan..perlu memikirkan hari2 esok...


Tentang blog ini...saya kurang untuk bercerita tentang hal diri sendiri ....cerita2 diri orang..ia lebih baik jika kita berkongsi peringatan/tazkirah...info2 membina dan perkara2 yang positif...bila perkara2 berunsur positif lebih mendominasi  dari yang negatif akan menambah ketenangan hidup...kesihatan akal fikiran serta menambahkan pahala..tidak semestinya apabila kita ingin menulis perkara2 kebaikan kita perlu jadi baik atau nak tunjuk baik..bila kita tulis perkara2 ttg kebaikan..menyemarakkan suasana kebaikan dan positif..itulah suatu pendakian tahap untuk kita menuju ke arah kebaikan dan pembaikan..janganlah kita menjelik dan memandang enteng pada orang yang berkata2 tentang perkara2 kebaikan...tazkirah dan sebagainya...sepatutnya kita perlu bersama2 berganding bahu menyemarakkan suasana2 positif suasana2 kebaikan suasana2 soleh..kerana apa matlamat kita diakhir hayat kita?? iaitu Syurga ...inginkan Syurga Allah..perubahan dan usaha perlu dimulakan hari ini..bukan esok bukan lusa...jangan takut orang.....jangan takut tak ikhlas.....ikhlas akan hadir automatik kalau hati ni berkehendak..berkeinginan..dan tekad... ingat dan kasihani diri sendiri....kerana kita akan mati dan mati akan menjemput kita tanpa mengenal siapa kita dan tak tahu persediaan kita..wallhua'lam....


Pembebasan hidup yang sebenar bila kita bebas dari pujian dan pengiktarafan orang2 kepada kita...wassalamua'alaikum

Baca Selanjutnya......