google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Apa lah nak jadi dengan zaman sekarang ni.. Apa lah nak jadi dengan zaman sekarang ni..

15 Disember 2009

Apa lah nak jadi dengan zaman sekarang ni..


Tadi, terbaca tentang Berita di akhbar Berita Harian, budak 14 tahun merakam asmara bersama dengan 5 lelaki...dan mungkin lain-lain berita lagi yang seumpamanya mungkin kita dah rasa telah terbiasa mendengar/membacanya..itu berita / cerita yang disiarkan di dada-dada akhbar belum dikira lagi kes-kes salah laku yang berlaku yang mana mungkin lebih dahsyat dari yang sedia kita dengar...


Persoalannya, apakah faktor ia berlaku?? Kenapa ia boleh berlaku?? jika anak-anak , lahir dikalangan keluarga yang kuat beragama, yang berpelajaran tinggi, yang menitik beratkan disiplin dan sahsiah, yang keturunannya adalah baik-baik,telah dibekalkan ilmu, telah diberi didikan agama dan lain-lain..tetapi masih lagi boleh melakukan perbuatan-perbuatan/salah laku yang buruk, tercemar dan terkutuk, apakah Ibu bapa masih tetap dipersalahkan?? Apa dosa Ibu bapa kita semua?? Kenapa bangsa melayu khususnya diselaputi dengan dilema sebegini?? Apakah kekurangannya???


Mungkin kita tidak dinafikan pengaruh di luar rumah sangat hebat sengatannya..selain faktor pemilihan rakan sebaya, faktor media massa turut memainkan peranan besar dalam isu ini. Jika kita lihat filem-filem melayu terkini..melihat poster dia sahaja dapat menggambarkan..banyak memaparkan elemen-elemen seperti adegan asmara lelaki dan perempuan yang sangat berlebih-lebihan sampai ke bilik tidur ( perlu ke aksi-aksi sampai ketahap begitu sekali??kalau zaman tok nenek moyang dulu ia dikira sangat aib untuk cerita hal-hal bilik tidur ini), belum lagi aspek-aspek lain dikira seperti adab-adab, cara pakaian, cara percakapan, Aqidah dan sebagainya. Contoh-contoh filem seperti Anak Halal, Bohsia, Jalang dan lain-lain entah apa-apa tajuknya yang langsung tidak memaparkan elemen-elemen yang membangunkan akal pemikiran kita terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja. Bahkan filem-filem tersebut sebenarnya adalah meruntuhkan lagi maruah dan martabat bangsa melayu itu sendiri. Filem-filem tersebut boleh memberi gambaran seolah-olah itulah rupanya bangsa melayu, perangai orang melayu, citarasa orang melayu, betapa amat malunya..orang-orang terutamanya bangsa-bangsa lain mungkin boleh membuat persepsi yang sedemikian..tidak sedarkah kita??


Begitu juga dengan paparan channel hiburan dan nyanyian yang terlalu banyak, ada yang sampai rancangan hiburan itu diulang tayang berkali-kali..malah rancangan yang menggalakkan kanak-kanak untuk terheret sama ke kancah dunia hiburan dan nyanyian yang melekakan dan yang sebenarnya tidak memberikan sebarang faedah dan kebaikan untuk masa depan mereka. Melihat kanak-kanak menari-nari tergedik-gedik dan terkinja-kinja, adakah itu suatu yang baik?? adakah itu dinamakan satu pencungkilan bakat?? Bagus sebenarnya hajat untuk mencungkil bakat kanak-kanak atau remaja, tetapi biarlah berpada-pada, kalau boleh terbitkan lah rancangan yang membina pemikiran dan memberi manfaat. Mungkin boleh stesen-stesen tv boleh memikirkan untuk menerbitkan rancangan-rancangan yang membina dengan sedikit penyesuaian yang menarik seperti Akedemi Pidato ke Kuiz Rekacipta ke..dan lain-lain..Mana tahu dengan rancangan sebegini dapat menjadikan kanak-kanak lebih cerdik dan dapat melangkau lebih jauh lagi..



Kini.. lihatlah kalau kita ziarah mana-mana rumah/ kadang-kadang balik kampung ke, biasanya tidak dinafikan Channel tv yang dipaparkan adalah Channel-Channel nyanyian yang tidak berkesudahan..Akibatnya otak dan akal kita, anak-anak kita menjadi lesu, kurang cerdas,kurang berfikir dan menjadi malas berfikir. Sesetengah kanak-kanak yang terlalu asyik dengan menonton tv, sehingga kadang-kadang menjadikan mereka terlalu leka, adakalanya menjadikan mereka boleh menderhaka kepada ibu bapa..kenapa saya kata ia boleh jadi menderhaka?? contohnya bila si ibu memanggil nama anaknya sehingga berulang kali untuk menyuruh sesuatu seperti solat atau mengajak untuk makan bersama atau meminta si anak mengangkat kain baju di ampaian, si anak itu buat-buat tidak dengar dan mengendahkan panggilan ibu bapa. Kadang-kadang mereka boleh jadi bertambah degil lagi dengan memberi alasan "nanti sekejap..sekejap lagi..." Dengan terlalu asyiknya melihat rancangan televisyen, boleh menyebabkan mereka mengabaikan amalan-amalan kewajipan seperti solat, belajar dan lain-lain. Kalau sudah sampai ke tahap begini, bagaimana hukumnya dari segi agama??...tidak mustahil ia boleh jatuh kepada hukum haram kerana ia sampai ke tahap mengabaikan solat dan menderhaka pada ibu bapa.


Selain tayangan hiburan , ditambah pula tingkah laku atau pakaian -pakaian artis mahupun selebriti yang sering dijolokkan dengan istilah sebagai public figure konon-kononnya. Pakaian-pakaian mereka terutama artis wanita hari ini yang ditonjolkan banyak meniru trend fesyen selebriti Holywood iaitu imej seperti berkemban, menayang dada, menayang bahagian belakang, menayang betis dan peha dan lain-lain tayangan. Kelihatan mereka ini sungguh berbangga dengan penampilan mereka. Mereka anggap ini sesuatu yang biasa, yang 'ok'.Mereka ini kebanyakan nya orang melayu dan mengaku dirinya Islam. Mana perginya budaya timur dan kesopanan??Ini memberi kesan buruk kepada mental masyarakat terutama kanak-kanak / remaja-remaja yang terdedah dengan fesyen dan gambar mereka. Kanak-kanak dan remaja-remaja ini boleh mudah terpengaruh dan memberi galakan untuk mereka tidak menutup aurat, untuk 'free hair', 'free body', seksi dan lain-lain.


Persoalannya lagi dimanakah peranan undang-undang perfileman / tayangan / Lembaga Penapisan untuk mengatasi masalah ini?? Seingat saya, sewaktu zaman 1980-an dan 1990-an, sewaktu zaman Menteri Penerangan Datuk Mohamed Rahmat, contohnya, mana-mana artis lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan nyanyian mereka atau lakonan mereka diterbitkan di RTM. Ada segelintir artis di gam oleh stesen tv tertentu kerana imej dan penampilan mereka. Tetapi bagaimana dengan suasana hari ini?? Tidak dinafikan, kebanjiran stesen tv swasta yang meliputi hiburan kita. Mereka lebih memikirkan dan mengutamakan keuntungan lumayan dari mengutamakan pembinaan sahsiah dan sosial masyarakat. Sampai bila-bila pun saya jangkakan isu ini tidak akan berkesudahan malah sentiasa berpanjangan dan menjadi lebih teruk lagi .


Mungkin bagi kita yang dewasa, yang berakal ini yang ada ilmu, boleh membuat pilihan, boleh menentukan apa yang baik dan apa yang tidak. Tetapi, bagaimana dengan kanak-kanak dan -anak muda yang masih mentah akal fikirannya yang masih cetek ilmunya?? Zaman moden hari ini telah memperlihatkan tribulasi-tribulasi dan liku-liku ibu bapa masa kini dalam mendidik dan mengasuh anak-anak untuk menjadikan insan yang soleh dan yang terbaik utk mewarisi tampuk pemerintahan negara...


Tiada ulasan: