- Pesalah perempuan disebat dalam keadaan duduk manakala lelaki adalah dalam keadaan berdiri
- Sebatan dilakukan dalam keadaan sederhana, tangan tukang sebat tidak melebihi kepala
- Alat sebatan diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas dan buku
- Panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter dan ukur lilit tidak melebihi o.o125 meter
- Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan dimana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau disuatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri
- Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang
- Orang itu hendaklah menggunakan alat sebat dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.
- Selepas mengenakan sebat, dia hendaklah mengangkat alat sebat itu ke atas dan tidak menariknya
- Sebat boleh dikenakan di seluruh bahagian badan/tubuh kecuali muka, kepala, perut,dada atau bahagian-bahagian sulit
- Pesalah hendaklah berpakaian/menutup aurat mengikut hukum syarak
Sumber : Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 Negeri Selangor
Pendapat Penulis :
1) Alhamdulillah selama 50 lebih tahun kita merdeka, ini lah pertama kali saya ( selama 23 tahun hidup) mendengar bahawa julung-julung kalinya, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah( di Kuantan ) telah menjatuhi hukuman sebat ke atas pesalah / peminum arak. TAHNIAH DAN SYABAS!! kerana undang-undang syariah sedikit demi sedikit cuba diterapkan dan ditegakkan di negara kita.
2) Apa masalahnya hukuman sebat dijalankan pada bulan puasa??
3) Persoalan tentang tarbiah?? Hukuman itu sendiri adalah tarbiyah. Bukan bertujuan untuk menzalimi.Ingat, prosedur hukuman berlandaskan syariah sangat berbeza dengan prosedur undang-undang sivil seperti yang dijalankan selama ini..
Syariah adalah undang-undang yang datang dari Allah, bukan bertujuan untuk menzalimi hamba-hambanya dan umat2 dimuka bumi. Syariah adalah undang-undang yang menjamin kemakmuran dan kebaikan sejagat. Kenapa kita masih mahu bersoal jawab, nak berdolak dalih dan bertikai dengannya??
4) Ingin sangat pelaku-pelaku zina, pelaku sumbang mahram, dan seangkatan dengannya. diputuskan hukuman sebegini. Biar insaf dan aman sikit.
5) Cadangan saya, untuk mengelakkan sebarang masalah macam masalah tukang sebat ke untuk/ dalam melaksanakan hukuman berkaitan dengan sebatan, Pihak Mahkamah Syariah/ Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia perlu menjalinkan kerjasama dan hubungan rapat dengan Pihak Jabatan Penjara Malaysia selepas ini.
6) ( Berdasarkan sumber kenyataan media)
Kepada Saudari Kartika Sari Dewi yang akhirnya redha dan ingin hukuman tersebut dijalankan keatas dirinya. Saya doakan semoga dia tabah dan mendapat pertunjuk dari Allah swt dan diterima taubatnya. Lebih baik menerima hukuman didunia dari menanggung azab yang sangat-sangat pedih di akhirat Kelak. Sesungguhnya siksaan dan azab neraka dari Allah adalah sangat pedih.
Sesungguhnya Allah maha penyayang dan maha penerima Taubat.
7) Motto--> Kepada mereka diluar sana -->
Jauhilah Arak Ingatlah Azab Allah Kelak !!
Sekian Terima Kasih Wassalam..
1 ulasan:
Jazakillah for the info.
Catat Ulasan