05 September 2009
Tak Penting
Nora... Tanx for the Kad raya!!
Love u so much!!
Hehe..entah bila la bole balas...
(Tiap2 tahun slalu dpt kad raya..tp jarang saya balas..hehe minta maafla)
_______________________________________________
Sekarang2 ni terdengar kumandang lagu2 hari raya..
bila cerita tentang hari raya sejak dah besar2 ni..pada ku biasa2 je..entah cam x de perasaan je..rasanya hari raya plg best masa kecik2 dulu..hehe..
Bila bercerita tentang hari raya ni..
Ermm biasala kita anak perempuan esok nak raya..mulalah sibuk dgn aktiviti masak memasak hehe..
Saya merupakan sesatunya ank perempuan yg dah besar..so dah mmg wajib la pegi ke dapur..
Kalo stail family ku, saya ngan mak saya biasanya memasak lauk rendang, sambal goreng, kuah kacang..-3 periuk, buat ketupat dan nasi impit..Mak mmg terror anyam ketupat..saya x pass2 lagi, first step je lulus masuk ke second step dah terabur..habis la..bila la boleh nk pandai anyam ketupat ni..
Cerita pasal masak2 memasak ni..saya akui saya x reti buat pelbagai jenis kuih muih( kuih2 melayu, kuih2 tradisional, kuih2 raya yg glamour) dan kek2 atau pastri ke, sedangkan kawan2 ckp senang je wat kuih2 ni..huhu~~
( goreng pisang, cekodok, jemput2 tu taula)..saya hanya reti menumis2 dan masak2 lauk2 pauk je..resepi seperti masak kari, tomyam, ikan goreng belada, meehoon, nasi goreng kampung, sambal udang, kuah sup, ayam goreng mcm ala2 kfc , kuah lemak merah, putih dan kuning dan apa saje masakan yg berasaskan bawang dan cili..InsyaAllah boleh la..-tu pon depends kalo sy igt bahan2nya hehe..kalo x igt kena refer kat mak dulu la hehe..( masalah kalo memasak, slalu x igt bhn2..kelemahan yg sepatutnya perlu diatasi..)
Igt dulu masa mak pegi buat umrah selama 3 minggu,masa tu cuti lama, saya kena menggalas tanggungjawab pemangku ibu kepada adik saya( padahal adik 2 org je) ..kena settlekan keje umah sumer, kena bgn awal2 siapkan sarapan adik nk pg sekolah, gosokkan baju adik lagi, mengerjakan kain baju dan mesin basuh,handle budak2 ngaji siang malam, masakkan masakan tengahari huhu..awal2nya agak kelam kabut gak la...masa mak x de tu rasa cam sedih dan insaf,
Pertamanya sedih sbb adik suka buli2 suh masak mcm2 dan ketawa2kan sy tgk cr sy memasak. Masa tu sy memasak sambil tgk catatan resepi kat sebelah..Dapur penah berasap.. masakan goreng2 kerap hangus sbb sy slalu x pndi nk agak2 kecik dan besarnya api dapur tu, lagi satu periuk2 mak sy ni canggih, terkial2 sy nk operate- ( Padan muka sbb jarang2 turun ke dapur dulu..masak2 pon sekali sekala x penah nak amik perhatian..)
Walaubagaimana pon masakan sumernya jadi dan sedap pulak tu
( Paling rasa best bila masakan kita dipuji sedap, sampai adik makan bertambah2 dan hirup2 kuahnya..)
Keduanya insaf..sebab baru rasa sebenar betapa penatnya mak selama ni..baru 3 minggu mak x de, wat keje2 umah dah sy gaduh sakit2 belakang..lepastu doa2 nk mak balik cepat maklumlah selama ni hidup dlm comfort zone..Kitorg x de hire pembantu rumah..dari sy kecik smpi skrg..segala2nya mak buat..mak la besarkan dan siapkan kitorg, buat sumer keje umah,masak2 sumer, mencari rezeki sikit2..aktivitinya dari kol 5 pagi sampai 11 mlm.
Tgk cara mak slalu gak terfikir, "Besok kalola aku jadi seorg mak mampukah aku jadi mcm mak aku ni??,"
Selesai cerita masak memasak..yg pasti saya bakal balik 18 hb ni..2 hari sebelum raya semestinya menjalani rutin yg sama sebagaimana rutin tiap2 tahun berhari raya..
Pada hari raya..
Biasanya hari raya balik rumah atuk dua2 belah ayah mak..then start hari raya kedua seterusnya duduk umah jela..ala rumah atuk skrg dekat je, x sampai 10 minit dah sampai..
Dulu masa kecik2..org2 suka tanya..makcik2 terutamanya..
"periksa no. bape?"..
kalo org tahu saya ada ambil exam besar2..
" hari tu berapa A dpt?"
Sekarang ni..maklumlah dah berada alam 20-an ni..
soalan cepu mas yg kerap dan pasti ditanya
"Bila nk kahwin?".."
Dah ada jodoh ke?
"Bila boleh rasa nasi minyak?
"---Kahwin dan kahwin dan kahwin..
(sesungguhnya soalan2 sebegini mmg sy x gemari..Aduhhh~)
Tahun ni je, masa besday, sumer org suka wish suruh cepat kahwin...kahwin dan kahwin..
Patutnya doakan la supaya dpt dekan slalu ke..4 flat ke.. jd kaya ke kan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan