google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Layakkah Wanita jadi HAKIM Syarie?? Layakkah Wanita jadi HAKIM Syarie??

30 Julai 2010

Layakkah Wanita jadi HAKIM Syarie??


Baru2 ni saya menghadiri forum legal week..boleh tgk banner diatas hehe..saya ingin menitipkan apa yg saya peroleh hasil pendengaran dan kefahaman saya...


General Rule..atau prinsip asas nya adalah wanita tidak boleh menjadi hakim, tidak layak menjadi hakim.

Ini berdasarkan dalil2 ( saya x taip dgn selengkapnya) seperti :

Ayat Quran berbunyi : Arrijal Qawwamuuna alnnisa'....( Surah al-Baqarah :?)

Hadis Sohih:

“Wanita itu kurang akalnya dan kurang agamanya.”

Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ‏‎ ‎عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ‏‎ ‎الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ‏‎ ‎إِحْدَاكُنَّ

“Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita.” (HR. Bukhari no. 304)

Adapun makna hadith Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam:

ما رأيت من ناقصات عقل ودين أغلب للب‎ ‎الرجل الحازم من إحداكن فقيل يا رسولا‎ ‎لله ما نقصان عقلها ؟ قال أليست‎ ‎شهادة المرأتين بشهادة رجل ؟ قيل يا‎ ‎رسول الله ما نقصان دينها ؟ قالأ‎ ‎ليست إذا حاضت لم تصل ولم تصم ؟

“Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita.” Lalu ada yang menanyakan kepada Rasulullah, ”Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud kurang akalnya?” Beliau shallallahu ’alaihi wa sallam pun menjawab, ”Bukankah persaksian dua wanita sama dengan satu laki2?” Ada yang menanyakan lagi, ”Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan kurang agamanya?” Beliau shallallahu ’alaihi wa sallam pun menjawab, ”Bukankah ketika seorang wanita mengalami haidh, dia tidak dapat melaksanakan shalat dan tidak dapat berpuasa?” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ada hadis lagi :

Abu Bakrah berkata,

لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ –‏‎ ‎صلى الله عليه وسلم – أَنَّ أَهْلَ‏‎ ‎فَارِسَ قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ‏‎ ‎بِنْتَ كِسْرَى قَالَ » لَنْ‏‎ ‎يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا‎ ‎أَمْرَهُمُ امْرَأَةً »

“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu ’alaihi wa salam lantas bersabda, ” Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)

Dari hadith ini, para ulama bersepakat bahwa syarat al imam al a’zhom (kepala negara atau presiden) haruslah laki-laki. (Lihat Adhwa ’ul Bayan, 3/34, Asy Syamilah

Hadis riwayat al-Bukhari iaitu “Kaum yang dipimpin oleh wanita tidak akan berjaya dalam urusan mereka” sering menjadi dalil bagi golongan yang membantah pelantikan hakim syarie wanita.

Lagi..dalam merujuk kepada subjek Nizam Al-Qada'..syarat2 untuk jadi hakim mestilah lelaki..
___________________________________________

Menurut penceramah itu..alasan kekurangan akal wanita itu ditolak..sebab..wanita masih boleh dilantik untuk menjadi saksi dengan syarat2 tertentu yg perlu dipatuhi..kalau lah wanita seratus peratus kurang dari sudut akalnya..sudah tentu wanita langsung tidak dibenarkan dan haram utk menjadi saksi bg mana2 prosiding kes di mahkamah syariah.

Baiklah, umumnya umat Islam Malaysia memegang dan beramal dgn mazhab Syafie, menurut fatwa dari MAIWP ( MAjlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, harus wanita jadi hakim mengikut pandangan minoriti.

Berdasarkan peruntukan enakmen-enakmen undang-undang Islam negeri-negeri, tiada langsung menyatakan wanita tidak boleh jadi hakim. Fatwa boleh mengetepikan qaul bilamana terdapat maslahah awam yg perlu dipelihara.

Bidangkuasa hakim wanita untuk situasi sekarang di Malaysia


semua kes yang diadili sama seperti kes2 yang diadili oleh Hakim lelaki melainkan kes yang melibatkan wali/perwalian nikah - sbb Wanita tidak boleh jadi wali dan mewalikan pernikahan.. wali nikah adalah lelaki..

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِىٍّ

“Tidak ada nikah kecuali dengan wali.” (HR. Abu Daud no. 2085, Tirmidzi no. 1101 dan Ibnu Majah no. 1880. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)


Perlantikan hakim wanita berdasarkan pandangan mazhab hanafi -Abu Hanifah berpendapat wanita boleh menjadi hakim dalam kes-kes yang mereka boleh menjadi saksi iaitu selain kes hudud dan qisas

Ulama tafsir yang ulung, Ibnu Jarir al-Tabari dan Ibnu Hazm menyatakan bahawa wanita boleh dilantik menjadi hakim untuk menghakimi semua kes secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh orang lelaki tanpa kecuali.. Kalau dilihat dari segi sejarah mereka ini hidup pada zaman awal Islam yang gemilang.

Maka kesimpulannya, selagi mana ia tidak melibatkan kes2 hudud dan qisas..wanita boleh jadi Hakim Syarie..kalau kita kaji enakmen2 udang2 Islam negeri sekarang tidak ada unsur2 elemen2 hudud atau qisas..maka x salah wanita itu menjadi hakim..kerana hakim syarie membuat keputusan. berijtihad berdasarkan rujukan dari enakmen2 , akta2, dan merujuk dari kitab2 ulama' muktabar..
_________________________________________________________

Cabaran

Ramai yang mempertikaikan perlantikan wanita sebagai hakim syarie atas alasan isu gender..hakikatnya dalam menentukan keadilan seorang hakim adalah kualiti dirinya, kaliber, tinggi ilmunya dan kemahiran dalam menentukan keputusan yang adil..keadilan sesuatu keputusan adalah kerana faktor dia itu lelaki adalah tanggapan yang salah. Dalam kita nak menilai keadilan dan kebijaksanaan seseorang mestilah melihat dari segi kualiti dan performance, pencapaian, kemahiran dan ketinggian ilmu dan karliber seseorang itu. Isu gender bukan suatu masalah dalam dalam hal ini.

Kalau dalam ramai2 wanita, ada seorang wanita yang memang diakui hebat dari segi ilmu, bahasa, tahu baca kitab arab, berkemahiran dan bagus sahsiahnya dan sememangnya layak untuk mengadili keputusan untuk maslahah ammah?? mengapa tidak??

Nak tuduh wanita lebih emosi..lelaki pon turut ada emosinya...jika kita melihat pada zaman Rasulullah s.a.w, Saidatina Aisyah r.a, menjadi pakar rujuk hadis bagi umat muslimim masa tuh..sahabat2 pon ada merujuk pada Aisyah r.a, dan Aisyah r.a memang diakui akan kepintarannya dan daya ingatan yg sgt tinggi..walaupon Aisyah r.a itu wanita..gender wanita..ada emosi ..apakah beliau beremosi 24 jam?? semua orang pernah beremosi cuma bergantung tahap mana kita boleh mengawalnya dan melayaninya..


Kriteria2 untuk jadi hakim


  • Ilmu
  • Soft Skills
  • Penguasaan bahasa
  • Sahsiah
Samaada berjaya atau tidak usul lantikan wanita utk jadi hakim syarie/ penentuan kesan perlantikan hakim syarie dikalangan wanita, melihat berdasarkan performance mereka dan kemahiran mereka dalam menentukan keputusan yang adil..sekiranya wanita2 yang dilantik berjaya membuktikannya, maka usul ini berjaya dan layak sebenarnya. Dan 2 wanita yang dilantik baru2 ini, bahu mereka sedang sarat memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk menegakkan keadilan seterusnya menaikkan institusi syariah sendiri.

Keperluan

Situasi dan senario keadaan kes mahkamah masa kini terlalu mencabar...byk lambakan kes..byk tangguhan kes...masalah hari2 makin byk2..bilangan Hakim yang sedikit...walaupon hakim itu lelaki..di Selangor je..seorang Hakim Lelaki pegang hampir pegang 50 kes sehari..kalau keadaan ni berterusan tidak ada mekanisme lain..boleh menimbulkan kezaliman dan kesengsaraan kepada pemohon2/ pengadu2/client2 yang mengadu masalah dan memohon pengadilan dari mahkamah..memakan masa yang lama utk mendapatkan hak -berdasarkan byk komplen isu lambat dan lembab yang diterima..

Walaumacam mana pon, calon lelaki tetap diutamakan dalam mengisi kekosongan jawatan/ perlantikan hakim..tetapi calon lelaki tersebut perlu mempunyai kelayakan yang setimpal dengan taraf jawatan hakim itu sendiri..sebab jawatan hakim tu sgt berat,walaupon gender lelaki itu dikatakan lebih mampu berlaku adil..persoalannya adakah semua tiap2 lelaki itu memang layak untuk jadi hakim?? apakah cukup kelayakan mereka?? yang 2 wanita baru dilantik itu, layakkah mereka?? ( tanya kepada pihak berkuasa yang melantik..)

Punca wujudnya saranan perlantikan hakim wanita ini adalah sebab dari desakan2 pihak2 tertentu agar wujud Hakim Syarie dikalangan wanita bagi membantu dan menyelesaikan tangguhan dan lambakan kes2..ini baru perlantikan Hakim di mahkamah rendah, mana tahu akan dtg ada usul suruh lantik di mahkamah tinggi atau rayuan pulakan??

Kita seharusnya berfikiran positif dan terbuka demi mencapai keadilan, keharmonian seterusnya memartabat Syariah sebagai satu amanah..semoga Allah memelihara dan membantu Puan Suraya dan Puan Rafidah ( 2 hakim tadi) dalam menentukan keadilan dan menaikkan martabat syariah ameen..

KLIK

" Justice delayed is Justice denied"

Tiada ulasan: