google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Profession Undang-Undang : Adakah ia byk terdedah dgn Dosa?/ Neraka? Profession Undang-Undang : Adakah ia byk terdedah dgn Dosa?/ Neraka?

16 Julai 2010

Profession Undang-Undang : Adakah ia byk terdedah dgn Dosa?/ Neraka?


Seperti kata Saint Adhley," Selagimana orang Islam buta dalam bidang Undang-Undang, kita akan terus menjajah fikiran, penglihatan, peraturan dan kehidupan mereka dengan sistem yang kita ada. Sistem yang ada sudah cukup untuk menghalang sebarang kebangkitan yang mereka akan lakukan sekiranya mereka sedar"...



Saya memetik kata-kata ini dari blog seorang kenalan..siapakah Saint Adhley? maybe orientalis? entahlah..tp pd hemat saya ini mungkin kata2 dari non-muslim yg memang berazam nak membunuh org2 Islam dari segi mental dan spritual...entah bila dia mengutarakan kata2 ini..bila saya terbaca, saya tersentak..lalu saya merenung dan berfikir2..

Hmm..berkaitan dgn profession Undang-Undang ni..sewaktu belajar dalam bidang Undang-undang ini..ramai mengatakan bidang Undang-undang ni membawa masuk ke Neraka Allah..bidang yang byk bawa kepada Dosa...bidang yang bawa kepada Maksiat..so soalan saya balik..habis tu bidang-bidang lain tu membawa anda ke syurga ke?? misalnya kalau anda seorang doktor yg pakar dlm perubatan tapi tidak memberi khidmat terbaik..cuai ke.. malas2 ke..tgh2 waktu keje curi2 balik awal ke..adakah anda dijamin masuk syurga ke?? x de dalil Quran dan Sunnah yg menyatakan bidang medik ke atau mana2 bidang sekian2 membawa anda ke syurga / neraka.. Berkaitan dengan profession Undang-Undang seperti peguam dan hakim..banyak yg menimbulkan isu2 dan khilaf seperti isu peguam membela org salah..peguam mengenakan fees yg tinggi..peguam tahu kaut untung utk bisness..peguam seorg yg kuat manipulasi dan putar belit..peguam ni penipu..peguam ni angkuh..peguam makan duit haram...hakim x adil dan lain-lain..

Ada yg merujuk nas ini..

Hadith : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan,saksinya
dan
penulisnya"
(Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )
  • Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit' yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.
  • Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.
  • Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.
  • Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional

Ayat Al-Quran : "Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan" ( ayat wa ta'aawanu all birri wattaqwa wala ta;aawanu alal ithmi wa 'udwan..) x igt ayt berapa..surah apa)

Hujah-hujahan :

Isu peguam bela pesalah..peguambela tu mmg TAHU kebenaran fakta..

Prinsip selalu dipegang " SESEORANG ITU TIDAK AKAN BERSALAH SELAGI IA TIDAK DIBUKTIKAN BERSALAH"
“ALBAYYINAH 'ALAL MUDDA'I WAL YAMIN 'ALA MAN ANKARA
Beban bukti/ Keterangan terletak diatas pendakwa dan sumpah terletak org yang didakwa..

Bukankah jelas Rasulullah SAW pernah menjelaskan, jika seseorang peguam itu bijak berbicara sedangkan ia mengetahui anakguamnya bersalah. Bagaimanapun, dia tetap menjalankan ‘tugasnya’ membela dengan segala jenis kepintarannya berhujah, sehingga akhirnya hakim meyakini perbahasannya lalu menjatuhkan hukuman yang salah.

Apakah yang akan menimpanya? : “Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujah dari sebahagian lainnya, maka aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang ku dengar saja. “Barang siapa yang ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain : Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 392)

Justeru sangat jelas daripada hadis itu, tindakannya berhujah membantu si pesalah adalah salah di sisi Islam dan dikira melayakkan dirinya untuk dibakar oleh sepotong api neraka. Jika itu keadaannya, nescaya pendapatan daripadanya juga pasti haram. Hujah lain adalah si peguam hanya mendengar pengakuan daripada satu pihak (anakguam) bukan daripada kedua-dua belah pihak dan ketiga, kita tetap tidak akan disoal di akhirat kerana kita menjalankan tugas kita iaitu menegakkan kebenaran (terhadap anakguam).

Tetapi terdapat contoh keadaan tertentu : Sebagai contoh pesalah khalwat telah dituduh dibawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah dan dijatuhkan hukuman anataranya denda x lebih 5 ribu ringgit ATAU dipenjara tidak lebih 3 tahun ATAU disebat x lebih 6x sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Memang ada peguambela membela pesalah tersebut tetapi bertujuan utk merayu kepada Hakim agar mengurangkan hukuman bukan nak approvekan yang dia tidak melakukan kesalahan. Ada sebab juga Hakim bersetuju utk mengurangkan kadar hukuman kerana keadaan si Pesalah tadi..adakalanya si Pesalah tadi keadaannya teramat uzur..dan antara sebab lain Pesalah itu adalah suami orang.ada tanggungannya...anaknya ramai..isterinya tidak bekerja..memang suami itu benar2 bersalah dan berdosa..jika suaminya dihumbankan ke Penjara..suaminya sudah tentu tiada pekerjaan lagi..tiada lagi gaji..isteri memang tidak bekerja..maka bagaimana dgn nasib isteri dan anak2nya tiada nafkah?? siapa nak menanggung mereka?..dikhuatiri mengundang masalah sosial lain maka Hakim mengurangkan hukuman atas kemaslahatan sebegini..x semua kesalahan dan perkara Hakim dengan sewenang2nya mengurangkan kadar hukuman. Hukuman tetap hukuman. Bersalah tetap bersalah..ini kalau kes Syariah la..

Peguam itu sebenarnya berhak memilih anakguam..kalau tahu anak guam memang terang2 bersalah dia boleh memilih untuk tidak mahu mewakili anak guam tersebut..peguam hanya berperanan utk membantu pihak mahkamah bukan pemutus segala pertikaian..peguam hanya membantu anak guam utk mendapatkan hak nya kerana setiap org ada hak di dalam undang-undang. Peguam yang berilmu..tahu hukum tahu prosedur..dia sendiri tahu mana yg benar mana yg salah..terpulang pada dirinya samada dia nak atau tidak wakili anakguamnya itu. Peguam berperanan memberikan beban bukti kepada Hakim..dan kembali kepada prinsip yg selalu diamalkan Seseorg itu tidak bersalah melainkan ia dibuktikan benar2 bersalah...Seseorang itu TIDAK besalah selagi tidak dibuktikan bersalah

Isu Hakim x Adil. Jadi kerjaya Hakim masuk Neraka..

“Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi)”

Maka bg mereka yg mengatakan hakim / peguam sebelah kaki neraka sebelah kaki syurga..dan apa2 lagi ayat lain-lain saya rasa x betul dan mengarut kalau adapon pastikan nas itu sahih..

Dalam satu hadis( x igt reference), Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala."

Terdapat etika dan syarat yg telah digariskan..perlu dipatuhi bagi seseorg yg bergelar Hakim..Hakim yg berilmu tidak menghakimi seseorg secara membuta tuli..mereka menghakimi atas dasar berapa byk beban bukti yg ada..apa yg telah dibentangkan dihadapannya...jadi kalau beban bukti x cukup dan Hakim putuskan atas bukti yg ada..dan pemohon rasa x adil..bgmn? sape yg salah? maknanya pemohon yg failkan kes ke mahkamah kena tunjukkan bukti yg cukup2..Hakim x boleh buat keputusan atas rasa sentimen masyarakat sekeliling dan emosi..sewaktu awal2 mengadili kes Hakim akan sentiasa bersangka baik dan positif terhadap kedua2 belah pihak yang bertelingkah..Hakim juga manusia biasa..bukannya maksum macam Nabi... Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang Hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti Nabi Musa, maka seharusnya tidak patut kita menyalahkan Hakim yang tidak bersalah.

Dan saya sebagai pelajar Law muslim..pada saya orang muslim pon turut menguasai profession dan subjek undang-undang ini demi ummah dan menegakkan Syariat..seperti juga pelajar Jurusan-jurusan lain mereka perlu belajar sungguh-sungguh demi ummah dan Islam sendiri..kita semua dilahirkan untuk jadi Khalifah dan memegang byk amanah dlm hidup ini..al-Quran dan Sunnah umpama Manual Guide kita..semua terpulang pada kita bagaimana kita memanfaatkan dan mempraktikkannya..

Wallahua'lam "Tepuk Dada Tanya Iman"

Tiada ulasan: