google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Ogos 2009 Ogos 2009

26 Ogos 2009

Hukuman Sebat Mahkamah Syariah






  • Pesalah perempuan disebat dalam keadaan duduk manakala lelaki adalah dalam keadaan berdiri


  • Sebatan dilakukan dalam keadaan sederhana, tangan tukang sebat tidak melebihi kepala


  • Alat sebatan diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas dan buku


  • Panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter dan ukur lilit tidak melebihi o.o125 meter


  • Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan dimana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau disuatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri


  • Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang


  • Orang itu hendaklah menggunakan alat sebat dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.


  • Selepas mengenakan sebat, dia hendaklah mengangkat alat sebat itu ke atas dan tidak menariknya


  • Sebat boleh dikenakan di seluruh bahagian badan/tubuh kecuali muka, kepala, perut,dada atau bahagian-bahagian sulit


  • Pesalah hendaklah berpakaian/menutup aurat mengikut hukum syarak




Sumber : Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 Negeri Selangor





Pendapat Penulis :



1) Alhamdulillah selama 50 lebih tahun kita merdeka, ini lah pertama kali saya ( selama 23 tahun hidup) mendengar bahawa julung-julung kalinya, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah( di Kuantan ) telah menjatuhi hukuman sebat ke atas pesalah / peminum arak. TAHNIAH DAN SYABAS!! kerana undang-undang syariah sedikit demi sedikit cuba diterapkan dan ditegakkan di negara kita.



2) Apa masalahnya hukuman sebat dijalankan pada bulan puasa??



3) Persoalan tentang tarbiah?? Hukuman itu sendiri adalah tarbiyah. Bukan bertujuan untuk menzalimi.Ingat, prosedur hukuman berlandaskan syariah sangat berbeza dengan prosedur undang-undang sivil seperti yang dijalankan selama ini..



Syariah adalah undang-undang yang datang dari Allah, bukan bertujuan untuk menzalimi hamba-hambanya dan umat2 dimuka bumi. Syariah adalah undang-undang yang menjamin kemakmuran dan kebaikan sejagat. Kenapa kita masih mahu bersoal jawab, nak berdolak dalih dan bertikai dengannya??



4) Ingin sangat pelaku-pelaku zina, pelaku sumbang mahram, dan seangkatan dengannya. diputuskan hukuman sebegini. Biar insaf dan aman sikit.



5) Cadangan saya, untuk mengelakkan sebarang masalah macam masalah tukang sebat ke untuk/ dalam melaksanakan hukuman berkaitan dengan sebatan, Pihak Mahkamah Syariah/ Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia perlu menjalinkan kerjasama dan hubungan rapat dengan Pihak Jabatan Penjara Malaysia selepas ini.



6) ( Berdasarkan sumber kenyataan media)



Kepada Saudari Kartika Sari Dewi yang akhirnya redha dan ingin hukuman tersebut dijalankan keatas dirinya. Saya doakan semoga dia tabah dan mendapat pertunjuk dari Allah swt dan diterima taubatnya. Lebih baik menerima hukuman didunia dari menanggung azab yang sangat-sangat pedih di akhirat Kelak. Sesungguhnya siksaan dan azab neraka dari Allah adalah sangat pedih.



Sesungguhnya Allah maha penyayang dan maha penerima Taubat.



7) Motto--> Kepada mereka diluar sana -->



Jauhilah Arak Ingatlah Azab Allah Kelak !!



Sekian Terima Kasih Wassalam..





Baca Selanjutnya......

22 Ogos 2009

Ramadhan Ini...

Assalamualaikum

Alhamdulillah Ramadhan kembali menyusul lagi.
Alhamdulillah Allah s.w.t memanjangkan lagi usia kita utk menikmati lagi bulan Ramadhan..bulan yg mulia lebih mulia dari seribu bulan...

Harapan saya sendiri agar Ramadhan kali ini, lebih baik dari ramadhan-ramadhan yang lepas.

Alhamdulillah pada Ramadhan lepas, saya berjaya mencatat satu record mengkhatamkan habis satu Al-Quran. InsyaAllah, Ramadhan kali ini nk ulang lagi. Harap2 sgt diberi kesempatan untuk menyempurnakannya lagi..sebelum2 Ramadhan lepas..macam2 la sibuknya.
Rasa Penulis : ( (bukan senang nk dpt khatam 1 Al-Quran selama sebulan puasa ditolak lagi jumlah hari cuti datang bulan pemberian Allah..kira2 20 hari je dpt khatam sekali satu Al-Quran..hehe~~) )selama ni nk khatam Quran makan tahun2/ makan berbulan2...x macam Ulama' zaman2 tabiin dulu, 1 hari je boleh terus khatam quran, 30 hari 30 kali 30 khatam..menakjubkan!

Terkenang dulu2 masa zaman kecik2 waktu darjah 5, darjah 6 x silap.. setiap kali Ramadhan, mak saya hari-hari sepertiga malam akan mengejutkan bgn malam awal2, diasuh utk dirikan solat tahajud dan mengaji, dlm penuh keliatan dan ketidaksukaan, sy memaksakan diri bgn utk patuh cakap mak. Mmg la dlm ibadat ni mula2 rasa bagaikan terpaksa, penuh cabaran ,mengantukla, pening la dan lain2 .

Alhamdulillah berkat didikan emak, lama2 kelamaan sy dah terbiasa dgn amalan-amalan ini,alah bisa tegal biasa..kini , tanpa rasa dipaksa2 dan terpaksa2..Alhamdulillah dah beberapa tahun dah biasa dah boleh bangun malam solat sendiri..Pandai nk bgn awal..Rasa cam seronok dan bahagia..InsyaAllah mudah-mudahan saya dpt beristiqamah dgn amalan ini sepanjang hayat saya sehingga la sampai saya menutup mata meninggalkan alam bumi buat selama-lamanya..

Yelah saya akui saya sendiri bukanlah seorg insan betul2 perfect dan sangat baik. Penuh kelemahan dan kenaifan serta kekhilafan. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba juga untuk menjadi yang terbaik utk diri kita sendiri dan utk hidup kita sendiri. Siapa lagi nk buat trbaik utk diri kita kalau bukan diri kita sendiri..Ini kerana kita ada buku Rekod / Result slip kita sendiri utk dipersembahkan kepada Yang Maha Kuasa di hari Perhitungan kelak.

Moga Ramadhan kali ini dpt memberi lebih tarbiyah dan hikmah buat diri saya sendiri, berbanding masa-masa lalu. Saya akui saya byk membuat salah dan silap dalam hidup saya. Dan sesungguhnya salah dan silap itu byk memberi pengajaran dan pedoman dlm hidup. Itulah dikatakan satu pengalaman yg kadang2 memberi ilmu , pendidikan serta peringatan dalam meniti kehidupan hari-hari seterusnya. Kadang-kadang bila kita x kena, x rasa. x terlanjur( bukan terlanjur nikah ke buang bayi ye!!..) dan x cuba. x alami,Kita x akan tahu dan mengerti. Dan kini saya cuba untuk lebih mengerti...Seboleh2nya kita cuba praktis perkara2 yg baik dan bagus dlm hidup kita serta mengurangkan sikit2 kesalahan..
Sesungguhnya saya sungguh bersyukur kepada Allah dan mengharapkan Allah sentiasa mentakdirkan perkara-perkara yg baik dan memberi hikmah buat hamba-hambanya.

Tiada apa-apa azam dan impian lebih besar melainkan mendapat Hidayah,Rahmah dan Maghfirah dariNYA.
SELAMAT BERSAHUR, BERPUASA DAN BERBUKA!!



Rasa hati Aqeeda :

1) Rasa cam dah tak nak balik kampus dah( perasaan cintakan rumah masih mekar..hehe)

2) Rasa stress tetibe( x stress x sah)

3) Byk benda nk disettle..termasuk assigmn2 ( of course! as usual..) -

-dlm proses buat equittable assigment punya assigment, pening pale nk hurai decission malayawata case tu tension..huhu~~.( berazam nk submit awal2)

-fiqh jinayah x cari lagi bahannya.. nanti isnin pagi mesti pegi lib

-nak kirim Cek kat ahli2 panel dan urus entah pape entah x sudah2 tu~~

4) Segala test semua bakal di 'test' lepas ni, Banking Law, chapter 3 and 4 x khatam lagi dgn kes2 yg pelik2nya.. sibuk wat nota je

5) Last but not least, bengang dgn notebook kesayangan dah berusia 5 tahun ni yg semakin low virtual memorynya..performancenya meragam2..x tau nk delete apa lagi...angan2 nk kumpul duit nk beli baru~~hehe

Baca Selanjutnya......

17 Ogos 2009

Gejala Seks Bebas Barah Ummah Islamiah!












Ayah, kenapa laki tu angkat perempuan tu letak atas katil? Lepas tu sorang lagi laki buka seluar?”Tanya seorang anak kecil sambil menonton iklan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang sedang ditayang di hadapan mereka sekeluarga. Si ayah terkedu. “Mak, kenapa dalam akhbar ni lelaki dengan perempuan ni ditangkap sebab tidur sebilik? Mak dengan ayah tidur sebilik tak kena tangkap pun,” tanya si anak itu lagi dengan penuh rasa ingin tahu. Si ibu tersentak.

Itulah hakikat realiti hidup zaman sekarang. Kawalan anak-anak di rumah seolah-olah memburukkan lagi kehidupan si anak apabila didikan ibu bapa bertentangan dengan apa yang dipertontonkan kepada anak-anak mereka saban hari. Situasi ini berlaku di sekeliling kita setiap hari dan di mana-mana jua. Namun, masih ramai golongan masyarakat yang masih jahil membawa pandangan-pandangan yang bersifat ‘falsafah kosong’ menyokong segala kemungkaran yang semakin berleluasa secara rasmi di media seperti yang di‘fatwa’kan oleh ‘nabi-nabi’ mereka – artis dan politikus.

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Mungkinkah tempat pembuangan sampah di Flat AU 3/1 di Taman Keramat dekat Ampang di sini dijadikan lokasi pembuangan mayat bayi?
Semalam polis menemui satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifatnya di dalam dua beg plastik.
Mayat dan janin itu dibuang di tempat pembuangan sampah di blok 13 kawasan perumahan itu.
Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dibungkus dengan menggunakan kertas surat khabar sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik.
Mayat itu ditemui seorang pemandu lori yang hairan setelah melihat bungkusan tersebut ketika dia mahu membuang sampah ke tempat pembuangan sampah di situ pada pukul 8.30 pagi.

Di Petik dari : Akhbar Kosmo

Pelajar lahirkan anak, bukti kajian UKM bukan 'sampah'

Johari Jaafar Sat Mar 10, 07

Kejadian seorang pelajar tingkatan empat melahirkan anak di bilik rawatan sekolah di sebuah sekolah menengah di Daerah Manjong membuktikan kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung gejala seks bebas di kalangan pelajar adalah BENAR.

Source

Banyak lagi kes-kes sebegini yang di laporkan tidak termasuk kes-kes yang terpencil yang tidak dilaporkan. Hakikatnya telah terbukti betapa parahnya gejala sosial khususnya gejala seks seks bebas yang melanda masyarakat di segenap lapisan masa kini. Ini baru sekerat 2 kerat berita dipaparkan, hakikatnya begitu banyak kes-kes telah dilaporkan dan bilangan -bilangan semakin bertambah dari hari ke hari. Walaupon mungkin sesetengah org menganggap ia sudah basi dan lapuk, tapi hari ini dan masa kini adalah begitu busuk,dahsyat dan sgt menjadi-jadi kerana ia telah menular di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak zaman sekarang seawal 6 tahun lagi sudah semakin 'advance' dan boleh mengerti apa itu seksual dan lain2 perbuatan yang boleh dianggap 'obscene'...

Kes pembuangan bayi dan keguguran semakin meningkat dari hari ke hari. Pelaku2 perbuatan sebegini sudah tidak takut akan dosa dan pahala, sudah tiada iman dan pertimbangan. Kelahiran anak-anak zina atau anak tidak sah taraf semakin ramai dan tidak ketahuan nasib dan masa depannya.

ALOR STAR - Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital............

Sumber : Akhbar Kosmo May 2008

Jumlah anak tanpa bapa mencecah 257,411
Mohd Sabri Said Mon Feb 16, 09 2:27:05 pm MYT

BAYAN BARU, 16 Feb (Hrkh) - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes ...

Source

Sesungguhnya dosa zina amat berat di dalam Islam dan Rasululllah SAW amat memandang berat perkara ini dan meletakkan isu ini di antara isu-isu yang penting dalam masyarakat. Perzinaan individu dalam sebuah komuniti sebenarnya menjadi unsur pemusnah komuniti ini.

Rasulullah SAW bersabda,“Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah." [HR at-Tabrani].

Kes perzinaan ini semakin lama semakin menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat. Kita sering terserempak dengan pemandangan keji di mana lelaki dan perempuan berdua-duaan, malah terlalu banyak kita melihat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan duduk bersama-sama bercampur gaul tanpa batas.

Di samping kekejian yang mereka lakukan, nampaknya pihak ibubapa juga tidak mempedulikan lagi tentang pergaulan bebas anak lelaki atau anak perempuan mereka. Mereka tidak lagi bertindak sebagai 'wali' (penaung/penjaga) kepada anak-anak perempuan mereka, bahkan mereka banyak memberikan turut memberikan sumbangan kepada kemaksiatan anak-anak mereka, membenarkan anak lelaki atau perempuan mereka menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah.

Keluar rumah dengan tidak menutup aurat telah dianggap perkara biasa. Terlalu sedikit kita mendengar ibubapa yang menyuruh anak perempuan mereka keluar berjubah dan bertudung sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.

FaridRashidi.com

Source 2


Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (An-Nur: 2)

Penawar kepada kebejatan sosial ini tidak lain tidak bukan ialah kembali merujuk Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Hadirnya perundangan Islam bukan mahu menghukum manusia membuta tuli, tetapi lebih bersifat mencegah daripada berlaku sesuatu jenayah. Penerapan syariat Islam ini terpundak kepada pemimpin Islam dan semua warga muslim muslimah yang mengakui kalimah syahadah “Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah”.

Kesimpulan

Tidak terfikirkah kita bagaimanakah nasib generasi umat Islam 10 tahun mendatang?
Mahukah kita melihat keturunan umat Islam lahir dari susur galur jalan perzinaan?
Seronokkah kita dengan melihat keadaan hari ini... ??? Sekadar peringatan kita bersama.Kini , tahun 2010 , akhbar mingguan malaysia baru-baru ini melaporkan sebanyak 17,ooo anak luar nikah, terdiri dari bangsa melayu..dilahirkan..jumlah ini makin lama makin meningkat...

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)


Marilah sama-sama kita sentiasa berpesan-pesan, saling ingat mengingati,menjaga dan memelihara diri kita, kawan-kawan kita, jiran- jiran kita, saudara-saudara kita,anak-anak kita, cucu-cucu kita seluruh jaringan keturunan kita...




























































Baca Selanjutnya......

Plagiarisme: Barah Dunia Kampus


Bukan susah, cut and paste saja.” kata seorang pelajar apabila ditanya bagaimana satu tugasan akademik boleh disiapkan dalam masa semalam.Mendengar jawapan itu, perkataan plagiarisme terus bermain di dalam kepala.Plagiarisme bermaksud menggunakan idea orang lain sebagai idea sendiri. Con-toh plagiarisme dalam penulisan adalah mengambil sebahagian tulisan orang lain tanpa memberi kredit kepada penulis asal. Contoh lain yang lebih serius adalah se-perti mengupah pihak ketiga atau pelajar lain yang lebih tahu untuk menyiapkan tugasan bagi pihak mereka. Sesetengah pelajar membeli atau memuat turun kertas kerja berkaitan atau contoh tugasan daripada laman web seperti www.cheathouse.com. Dengan itu mereka langsung tidak terlibat dalam proses sebenar menghasil-kan sesebuah tulisan tetapi kemudiannya mengaku tulisan itu sebagai milik mereka.Selain plagiarisme dalam kertas-kertas tugasan, pelajar Sains Komputer, Teknologi Maklumat (IT) dan Kejuruteraan mungkin juga telibat dalam aktiviti plagiat melibatkan source code. Plagiarisme melibatkan source code ini (terutama C++ dan Java) adalah perkara yang hampir menjadi kebiasaan dalam kelas yang melibatkan le-bih 100 pelajar.Plagiarisme di Malaysia mungkin sudah mula berada pada tahap yang membimbangkan. Kata pepatah jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Pada 23 Mac 2009, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Dr Radin Omar Radin Sohadi, mengingatkan pelajar institut pengajian tinggi supaya tidak sekadar memetik bulat-bulat sumber daripada Internet. Beliau percaya bahawa kajian di peringkat pengajian tinggi mestilah bersifat menyeluruh.



August 2009


Rasa Hati Penulis :


Dengan rasa jujur hatinya, saya sendiri pon x nafikan pernah terlibat dengan kes plagiarism ni hehe..slalunya melibatkan assigment berbahasa arab la. Ini kerana penulis kurang mahir berbahasa arab nk create ayat sendr yg betul2 sahih dr segi nahu dan sarafnya, maka utk menyiapkan kerja dgn cepat, saya akan copy paste la ( x la kesemua) tapi isi2 penting/poin2 penting dlm kitab2 arab..kata2 ulama', hadis2( xleh nk reka2kan) kalau buat huraian adala sikit2- tp saya membuat kesemua footnote atas setiap yg dicopy paste tu..maklumkan sumber asal dari mana...


InsyaAllah saya cuba lagi perbaiki diri dan tingkatkan ilmu dari masa ke masa

Baca Selanjutnya......

13 Ogos 2009

Pergi Takkan Kembali Lagi




Setiap insan pastikan merasa

Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan


Sejahtera, bahagia pulang…kesana


Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


KESIMPULAN PENULIS


- Setiap yang hidup pasti merasai MATI

-Hari akhirat, hari kiamat,hari kehancuran, hari pembalasan merupakan sesuatu yang PASTI AKAN TERJADI

-Marilah sama -sama kita kembali ke pangkal jalan dan perbanyakkkan amalan sementara masa dan hayat masih ada.

Baca Selanjutnya......

12 Ogos 2009

Homesick

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ini Allah masih mengurniakan umur yg panjang dan kesihatan dan kemampuan utk kita melaksanankan tugas2 seharian serta beribadah pd Allah.
Sekarang ni maklumlah heboh tentang HINI, jumlah angka kematian semakin meningkat hari demi hari, entah bape puluh entah. Saya sendiri x sure la saya ni kena suspect ke tak..nauzubillah la..sebab masa seminggu mengarah forum dan jadi urusetia C-Fest( 26 Julai-2 Ogos) tu saya dah demam, selsema dan batuk2..tp x jumpa doktor, makan ubat2 yg dibekal oleh mak hehe.
Dah baik demam selsema sumer ..batuk still ada lagi dan sentiasa berterusan sampai skrg. Setiap kali duduk kat tempat2 ada air-cond ( biasa kat dewan kuliah) dan sejuk2 mesti batuk2 ..bukan batuk berkahak. X tau la kan batuk sesaje ke batuk main2 ke atau batuk betul2 penyakit ke. Minggu lepas dah jumpa doktor..
" Doktor, saya dah baik demam selsema minggu lepas. Sekarang batuk2 ni berterusan. Rasa sakit seluruh urat leher ni asyik batuk2. Tp batuk sy ni batuk x berkahak. dan 4 hari batuk2 ni" ( mmg habit sy suka explain pjg2 dan express feeling ttg satu benda.)
"Dah 4 hari batuk baru nk pg klinik??"
"I check u nye temperature. Hmm tinggi nih ..u demam rupanya"
" I bagi U antibiotic, ubat kumur, ubat batuk dan panadol. Antibiotic pasti makan smpi habis ye"
" ok. Terima kasih"
(huhu) Tujuan saya pergi klinik nk settlekan masalah batuk bukannya pasal2 demam. Tapi x pelah makan jela ubat yg doktor bagi tu. Dan sampai sekarang batuk saya masih berterusan. X taulah. Kwn2 suruh pegi check lg takut suspected H1N1 kan. Masalahnya klinik2 kat sini x de pengesan khas H1N1. Kalau nk kena pg hospital2 dan klinik2 kerajaan. Jauh pulak tu. Sayang nk tinggal kelas.
Tapi sy tetap rasa badan sy ni sihat dan normal. Hari2 pakai mask dan ambil langkah jaga2. Takpe2 minggu ni balik rumah terus cuti mid sem..dah mak dan ayah tepon dah..hehe bestnya balik umah..nanti balik umah sy akan pg check la. So rileks dulu la ye.
Cuti ni balik bukan boleh main2..nk siapkan assigmn, keje presentation, hafal2 kes, kena baca buku2 la sbb after cuti je sumer ada midTest..huhu harap2 cuti seminggu boleh siap n capai matlamat la...Dan sekarang ni dlm fikiran terbayangkan menu2 apa nk makan kat umah nt..Best sbb mak nt mesti masak yg sedap2..ataupon sy sndr la yg kena masak2 hehe .Dekat sini sy cam x selera nk mkn..x tau nk mkn apa..mkn pon benda yg sama hari2. Hari2 skrg sy makan laksa je. X pon kdg2 makan2 simple nasi putih, sambal dan ikan kering n ulam2. Bukan masalah miskin atau x de duit. Tp entah sejak2 ni tekak x de selera nk makan. Tp kena tetap makan juga.Dah Boring makan2 luar ni.
Itu sahaja .Setakat ini..
Perasaan Penulis :
1)x sabar2nya bulan puasa nk kunjung tiba
2) x sabar nk tunggu adik balik dr "oversea" puasa sama dan raya sama hehe
3) tgh mengidam sgt2 nk makan otak2 ..huhu
4) nk makan sedap2 kat umah..hehe

Baca Selanjutnya......

09 Ogos 2009

ISU - ISU YG BERKAITAN MURTAD

1) AGAMA SUAMI/ISTERI

Hukum syarak menetapkan apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pasangan yang tidak memeluk islam hendaklah diberi peluang untuk memeluk Islam, Jika dia turut serta memeluk Islam, maka Islam mengiktiraf pernikahan mereka tanpa akad yang baru.

- Mughni Muhtaj j.3 m.s 245, Dar al-Fikr

Persoalan yg timbul? jika salah seorg pasangan masih belum memeluk Islam, adakah masih sah utk tinggal sebumbung?

Jawapannya : Boleh dgn syarat pasangan yg memeluk Islam kena berusaha keras utk mendakwah dan menarik pasangannya yg bukan Islam itu utk memeluk agama Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Sekiranya sampai satu tahap pasangan bukan Islam tadi enggan, maka pernikahan akan terbatal dgn sendirinya.

Mengikut mazhab Hanafi : Menjelaskan bahawa dalam keadaan salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pernikahan itu tidak terbatal, sehinggalah dibawa ke pengetahuan Hakim utk pengesahan. Apabila dibawa ke hadapan Hakim, Hakim boleh mengesahkan bahawa mereka masih suami isteri yang sah tanpa mengambil kira berlalunya masa 3 bulan Iddah..

(Rujuk kes Maziah Mathavi Thuraipandi Bt Abdullah lwn Fariz Raj b Abd Rahman : MRSWP 2006 dan kitab Al-Fatawa Al -Hidiah, 1.4)

Baca Selanjutnya......

08 Ogos 2009

CIRI PERSONALITI PASANGAN MENURUT ISLAM


~~~" KESENIAN CINTA YG DIDASARI RUNTUTAN FITRAH TANPA DICABULI OLEH HAWA SYAHWAT MERUPAKAN LOGO KEDAMAIAN, KEAMANAN& KETENANGAN, NAMUN CINTA SERINGKALI DIPERALATKAN UNTUK MELANGSAI KEGHAIRAHAN NAFSU DAN KEBEJATAN IBLIS LAKNATULLAH, DEMI KEMAKMURAN MANUSIA SEJAGAT, KITA MESTI MENANGANI FENOMENA CINTA DENGAN NILAI FIKRAH YANG SUCI & IMAN PADA ALLAH S.W.T"~~




ciri-ciri jejaka idaman

a) Lelaki yang beragama, ini adalah ciri yang utama


b) Berilmu pengetahuan, ilmu pengetahuan ini penting untuk meneruskan kelangsungan hidup.


c)Berkemahiran supaya mampu menyara keluarga

d) Bertanggungjawab dan bersikap pelindung, ahli keluarga akan berasa selamat berada disampingnya

e) Tegas tetapi penyayang dan lemah lembut

f) Bijak membuat keputusan, ketua keluarga yang berwawasan dan membuat keputusan yang berhikmah.


g) Sentiasa mengutamakan keluarga

h) Berfikiran terbuka dan penyabar.





ciri-ciri wanita idaman


1. Wanita yang beragama


Rasulullah s.a.w bersabdA:
"Dinikahi wanita itu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agama maka pilihlah hal keagamaan nescaya beruntunglah kedua2 tanganmu"( Hadis Riwayat Muslim)


2. Cantik, mampu membuat suami merasa cukup dengan apa yang ada, tidak memandang wanita lain.


Tetapi hal ini bukanlah sandaran utama kerana ianya bersifat sementara dan akan lenyap ditelan masa. Kecantikan akan lahir bermula dari hati yg bersih.


3. Anak dara, kerana biasanya mampu melahirkan zuriat yg ramai.


4. Wanita keturunan baik2 iaitu keluarga yg terdidik dengan agama yg mantap


5. Tidak memilih pasangan daripada kaum terdekat kerana terdedah untuk melahirkan anak yg lemah seperti down syndrome. ( Papepon sumer adalah Kuasa Allah.)



sumber : Pamplet Kaunseling


Kesimpulan dari pemahaman penulis :


Sesuatu perkara kebaikan yg kita inginkan adalah bermula dari diri kita sendiri terlebih dahulu. Kalau kita inginkan jodoh yg baik dan soleh solehah, kita sendiri kena soleh dan solehahkan diri kita dahulu, jaga diri kita, jaga ibadah kita dan segala2nya supaya kebaikan2 itu akan dtg jua kepada kita. Begitu juga kalau kita inginkan zuriat kita esok soleh dan solehah, semuanya bermula dari diri kita dahulu, jaga diri, jaga tingkah laku, jaga pemakanan ,hormat dan taat serta berbuat baik kepada orang tua kita terlebih dahulu. InsyaAllah segala kebaikan dan keelokan bakal mengiringi perjalanan hidup kita kelak.



Yg penting jadilah siapa diri anda yang sebenarnya tidak peduli tatarias wajah setebal 7 inci, tidak perlu tersipu2, tidak perlu pakaian dgn kemegahan dan sentiasa memperbaiki diri dari masa ke masa. Ingatlah seburuk2 perangai adalah perangai yang dibuat-buat.


p/s : Hanya sekadar peringatan buat penulis sendiri..


Baca Selanjutnya......