Disebabkan hal inilah, ayat-ayat berkisarkan mawarith ( harta warisan ) diturunkan. Ada disebut dalam hadis Sahih Bukhari dan Muslim. Menurut Riwayat, seorang wanita (Isteri Sa'ad bin Rabi') pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dengan membawa dua orang anak perempuannya. " wahai Rasulullah, mereka berdua adalah anak Saad bin Rabi' yang ikut berperang bersama tuan dan gugur sebagai syahid. Bapa saudara mereka telah mengambil semua harta peninggalan S'ad dan tidak meninggalkan sesuatu untuk mereka. Dan mereka tidak dikahwinkan kecuali ada harta."
Maka turunlah Surah An-Nisa' ayat 11, ertinya, "Allah mensyariatkan bagi kamu anak-anak kamu iaitu : Bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan"
Maka Rasulullah mengutus orang kepada saudara Sa'ad dengan arahan , " Berikan 2/3 kepada 2 org anak perempuan saad dan 1/8 kepada isterinya dan bakinya adalah untuk kamu".
Ini menunjukkan ayat-ayat mawarith diturunkan untuk membela kaum wanita. Ini menunjukkan, hadirnya agama Islam di tengah-tengah masyarakat yang ketika itu sedang menzalimi kaum wanita. Kaum wanita tidak memperoleh sesuatu dari peninggalan ayah mahupun suami mereka. Melaui ayat-ayat ini jelas menunjukkan keperihatian dan timbang rasa terhadap kaum wanita. Bahagian-bahagian mereka bukan kerana ihsan atau belas kasihan kaum lelaki tetapi ia merupakan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan