google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Januari 2010 Januari 2010

28 Januari 2010

Tentang Hati


“Hati-hati kalian dari buruk sangka, kerana itu adalah ucapan yang paling dusta.
Janganlah kalian mendengarkan ucapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka.
Janganlah kalian mencari-cari cela orang lain. Jangan kalian berlomba-lomba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling hasad, saling benci, dan saling membelakangi”
(HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).


Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.hadis (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga jenis:

Pertama, dia menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, dia menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, dia tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud: Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan.:

Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.

Kedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga sewajar dan seharusnya tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.


Rasa hati Aqeeda :

a) Post entry ini sebagai peringatan buat diriku terutamanya..

b) Aku x kisahkan apa-apa..aku tetap dgn cara aku dan sentiasa berusaha kearah kemajuan.. berubah ke arah lebih baik..yang penting jgn kacau hidup orang dan hidup sentiasa berada dalam landasan syarak

c) Saya sgt terbuka dengan kritikan dan apa jua komen-komen yang nak dibuat kepada saya...

Oleh itu.. tak payah la nak jeling-jeling , nak buat memek muka yang menjijikkan dan cakap-cakap belakang ke..kalau rasa diri tu sangat alim... sangat warak... sangat bijaksana.. sangat bagus.. sangat betul...betul2 rasa diri itu muslim sejati dan sebenar2 manusia..sila face to face...sila berhadapan dgn saya..saya pon suka sangat nak dgr dari kata-kata orang begini...jangan khuatir jangan gentar..saya tidak ada super back-up don't worry...

Dulu bukan main bagi macam2 nasihat dan tazkirah diberi kepada saya....saya pon sedar saya pon x lah sebagus dan sebaik dan x semuslimah sejati macam kamu dan lain2..rupannya..kamu pon lebih kurang sama je cuma kamu tu pandai cover-cover utk tidak obvious sgt..kamu bijak dan pandai berpura-pura...agar orang melihat kamu sentiasa baik dari segi zahiriahnya..

Kalau rasa x suka pada saya, jgn pandang wajah saya..jgn bercakap dgn saya dan jgn menyusahkan saya...saya pon x menyusahkan kamu, saya pon x suka org menyusahkan saya..saya pon tidak meminta duit kamu..x usah la nak berdengki-dengki dgn saya..sesungguhnya kamu tu lebih kena sedar diri siapa kamu daripada nak membandingkan siapa saya..semua orang ada perangai buruk tersendiri..semua perkara ada negatif dan positif juga..kalau kamu melihat keburukan dan kejelekan saya , kamu pon sama sahaja..kerana kita ni bernama Manusia...


Baca Selanjutnya......

23 Januari 2010

Coret-coretku...


Sedar x sedar, cepat betul masa berlalu...sedar2 sekarang dah tahun 3...Sem kali ni sgt singkat...lagi 1 week ada midterm exam..so buat masa sekarang..aku tangguh sekejap buat assigmn..assigmn biasala hadir secara peringkat berperingkat..bahan-bahan assigmn byk dah settle..aku sekarang bertungkus lumus membuat nota utk semua subjek dan semua topik dah belajar..cari kes-kes yang patut...baca yg mana patut dan lain2 hal studies..huhu aku kena bertungkus lumus utk 5 sem lagi..memandangkan lagi 2 tahun aku akan grad...huhu..yg penting sekarang sentiasa usaha dan terus usaha...

Bulan April dah final exam..cepat betulkan??? hmm tiap2 tahun sepanjang Degree nih ni aku slalu rasakan hidup aku macam disaster..., miserable..., horrible.... sumer adalah....hmm aku baru skrg rasa macam dah 'immune' dgn kehidupan skrg dan jadual waktu yg konon2 ala bz tu..hehe..sumer aku dah rasa..tp Sem ni agak tenang sikit even 24 jam kredit..tp erm boleh tahan..isnin selasa..kelas seawal pagi sampai malam..hari rabu seawal pagi sampai tengahari sambung plak malam..khamis seawal pg sampai petang...yg pntg Jumaat free...hehehe sehingga setakat ni Jumaat, Sabtu, Ahad adalah hari yg berbahagia utk diri ku...

Then, bulan Mei June ni ada praktikal..first praktikal in the position of Syariah, next year..for
Civil pulak..apapon aku dah siap2 search contact sumer2 law firm sana sini dan setakat ni ada 3-4 yang boleh terima..tgh tunggu nk isi form kat faculty dan terus proceed...maybe keje kat Shah Alam kot..x pela yg pntg dekat dgn rumah ku...

Tentang masa depan..aku slalu fikirkan masa depan....adakah aku bakal menjadi seorang lawyer???..atau lain-lain pekerjaan...mak ayah aku nak aku jadi Lecturer je..kata mereka sesuai utk ku....Jauh disudut hati ku, aku sebenarnya minat belajar...suka masuk kuliah..masuk kelas tapi x suka Exam...hmm bukan x de cita2...berangan2 mmg byk..tp bila fikir dan fikir dan lihat situiasi sekeliling..kdg2 rasa confuse..so aku harus menetapkan hala tuju dgn betul..

Aku sekarang sedang memikirkan/ menentukan : a) Tajuk Thesis utk pengajian ijazah ku..tempoh nya setahun bermula pertengahan thn..so nak kena decide area mana nk fokus.. b) Tentang plan nak buat Diploma DSLP/DIJAP--> utk kelayakan jadi Peguam Syarie... c) Tentang plan nak buat Chambering ke d) Tentang plan nak buat Master ke e) Tentang pekerjaan ke...

hmm.. setakat itu dulu...the most important yang (a) tu..plus study dan terus study nak maintain cgpa....waduhh....
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Baru2 ni aku hadiri forum pasal isu kalimah Allah : satu pengabsahan....

Penceramah Dr. Zulkifli Al-Bakri, dan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan , Dato' Faiza ,

Apa yang aku ingat dan fokuskan ialah tentang penafsiran Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah Agama Persekutuan...menurut penghakiman kes Lina Joy di Mahkamah Tinggi yang diadili oleh Hakim Dato' Faiza..

Maknanya Persekutuan lebih tinggi dari Rasmi..maknanya Islam merupakan Agama tertinggi lebih tinggi daripada Agama Rasmi..maknanya Islam ni Agama dijulang tinggi dan bertaraf tinggi dari agama-agama lain. Agama-agama lain boleh diamalkan tetapi dengan secara aman dan damai. Kalau ikut tafsiran lagi, penganut-penganut agama lain x boleh sesekali menyebarkan agama mereka pada orang-orang melayu di negara ini.

Apakah takrif orang Melayu menurut Perlembagan?? orang melayu itu adalah beragama Islam, tidak kira sama ada dia beramal dengan Agama Islam atau tidak, puasa x puasa, solat ke x solat, dia tetap Islam dan Melayu di sisi Perlembagaan..sebab itu bila Lina Joy mengaku dia dah jadi Kristian, dia x amalkan lagi ajaran Islam..Hakim tetap kata dia tetap orang Melayu tidak boleh nak tukar status kad pengenalannya...

Bermacam-macam isu boleh dan banyak di timbulkan..lain Hakim kadang-kadang lain pentafsirannya mungkin terutama tafsiran tentang Perkara 3, ada yang mengatakan Agama Islam hanyalah sekadar Agama untuk upacara/ritual rasmi seperti Bacaan Doa dan lain-lain ( sebagaimana penghakiman dalam Kes Che Omar Che Soh), ada yang kata Malaysia ni adalah Agama Sekular..Islam adalah Agama Rasmi bukan Agama Persekutuan.dan lain-lain...rasanya ia tidak akan berkesudahan...

Ini adalah sekadar pandangan..apapon saya tetap berpegang...

LAW IS UPHOLD...AL-QURAN IS SUPREME..PARLIMEN IS NOT!!

Sekian...



Baca Selanjutnya......

15 Januari 2010

Mr. T..




Untuk makluman lanjut..

Alhamdulillah..Tanx to my adik diatas cadangan, pertimbangan dan nasihat..dengan kehadiran Mr. Toshiba..hidupku lebih gembira kini...hehe ;) walaubagaimanapon, jasa dan budi Mr. Twinhead ( 6 tahun lalu..) tetap tersimpan kemas dalam memori ku dan sentiasa. bersama ku..walau ia sentiasa terperap didalam beg hehehe...kau sentiasa abadi dalam hatiku..hehe..

Both Mr. T's bring my life easier...Alhamdulillah...

Ini adalah yang terakhir dan untuk selamanya InsyaAllah..tiada tukar ganti...semoga Allah memberi kekuatan pada ku dan barangan ku..semoga dengan kehadiran Mr T membakar lagi semangatku untuk terus lebih cemerlang lagi..InsyaAllah..

Baca Selanjutnya......

09 Januari 2010

Sebab-sebab Turunnya Ayat-Ayat Mawarith


Sebelum kedatangan Islam, kaum wanita dan anak kecil tidak mendapat bahagian harta warisan. Ini kerana alasan yang diberikan kononnya mereka tidak ikut berperang dan tidak menjaga kepentingan keluarga. Orang arab jahiliyah berkata, "Untuk apa kami berikan bahagian kepada mereka yang tidak ikut menunggang kuda dan mengangkat pedang melawan musuh?"

Disebabkan hal inilah, ayat-ayat berkisarkan mawarith ( harta warisan ) diturunkan. Ada disebut dalam hadis Sahih Bukhari dan Muslim. Menurut Riwayat, seorang wanita (Isteri Sa'ad bin Rabi') pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dengan membawa dua orang anak perempuannya. " wahai Rasulullah, mereka berdua adalah anak Saad bin Rabi' yang ikut berperang bersama tuan dan gugur sebagai syahid. Bapa saudara mereka telah mengambil semua harta peninggalan S'ad dan tidak meninggalkan sesuatu untuk mereka. Dan mereka tidak dikahwinkan kecuali ada harta."

Maka turunlah Surah An-Nisa' ayat 11, ertinya, "Allah mensyariatkan bagi kamu anak-anak kamu iaitu : Bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan"

Maka Rasulullah mengutus orang kepada saudara Sa'ad dengan arahan , " Berikan 2/3 kepada 2 org anak perempuan saad dan 1/8 kepada isterinya dan bakinya adalah untuk kamu".

Ini menunjukkan ayat-ayat mawarith diturunkan untuk membela kaum wanita. Ini menunjukkan, hadirnya agama Islam di tengah-tengah masyarakat yang ketika itu sedang menzalimi kaum wanita. Kaum wanita tidak memperoleh sesuatu dari peninggalan ayah mahupun suami mereka. Melaui ayat-ayat ini jelas menunjukkan keperihatian dan timbang rasa terhadap kaum wanita. Bahagian-bahagian mereka bukan kerana ihsan atau belas kasihan kaum lelaki tetapi ia merupakan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Baca Selanjutnya......

07 Januari 2010

Petikan Pandangan Berhubung Isu Kalimah Allah


*Dipetik dari buku “Isu Kalimah Allah Dan Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam”, oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ustaz Rashidy Jamil Muhammad ar-Rasyid. m/s 1-10


PENDAPAT ULAMA’

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa harus menggunakan perkataan Allah bagi orang-orang bukan Islam. Walaupun begitu, kebanyakan ulama mengharamkan penggunaannya berdasarkan realiti dan waqi’ di Malaysia. Risalah ini akan cuba membincangkan kedua-dua hujah berkenaan dalam konteks penggunaan dansemangat Bahasa Malaysia itu sendiri di Malaysia ini.

HUJAH YANG MEMBOLEHKAN / MENGHARUSKAN

Antara ulama’ yang menyokong dan membolehkan penggunaannya ialah Syeikh Fauzi al-Zafzaf, iaitu bekas Timbalan Rektor al-Azhar yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawtankuasa Dialog Antara Agama Universiti al-Azhar.

Mereka yang berpendapat bahawa kalimah suci ini adalah harus penggunaannya dikalangan bukan Islam telah mengemukakan 2 hujjah. Pertama hujah daripada al-Quran, dan keduanya daripada logik akal serta bahasa. Antara hujah mereka ialah:

PERTAMA: Hujah daripada al-Quran

1. Firman Allah s.w.t dari Surah al-Ankabut,29:61 (teks asal ayat, sila rujuk al-Quran)
maksudnya; “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?”. Sudah tentu mereka akan menjawab; “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?”.

Wajah istidlal (cara pendalilan) di dalam ayat ini menunjukkan tentang keharusan menggunakan nama Allah kerana golongan kafirin di dalam ayat ini turut menggunakannya.

2. Firman Allah s.w.t dari Surah Luqman,31:25

maksudnya; “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu; “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”. Sudah tentu mereka akan menjawab; ” Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Wajah istidlal daripada ayat ini jelas menunjukkan jawapan yang diberi oleh orang kafir bahawa Allah-lah yang menciptakan makhluk-Nya.

3. Firman Allah s.w.t dari Surah Zukhruf,43:9

maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab; “yang menciptakannya ialah Allah yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui”.

Wajah istidlal daripada ayat ini juga menunjukkan bahawa pencipta langit dan bumi adalah Allah dan inilah yang diucapkan oleh orang kafir.

KEDUA: Hujah (yang mengharuskan) daripada Logik Akal dan Bahasa

1. Mereka yang mengharuskan penggunaan kalimah ini di kalangan bukan Islam berhujjah dengan menyatakan bahawa lafaz Allah sudah pun wujud dan digunakan sebelum kedatangan Islam. Ini berdasarkan kepada nama bapa Rasulullah s.a.w. sendiri yang bernama Abd Allah.

2. Lafaz Allah juga digunakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani sebelum kedatangan Islam lagi. Ini berdasarkan dalil al-Quran menerusi surah al-Taubah (9:30) yang mengakui bahawa orang-orang Yahudi telah menyatakan ‘Uzair itu anak Allah. Manakala bagi orang-orang Nasrani pula mengakui bahawa al-Masih (Isa a.s) adalah anak Allah.

3. Lafaz Allah juga wujud dan turut digunakan di dalam kitab Bible berbahasa Arab. (al-Kitab al-Muqaddas). Sebagaimana yang tertulis di dalam beberapa tempat. Antaranya dalam Perjanjian Lama, alTaqwim 1:1. yang jelas menyebut dengan jelas:

في البدء خلق الله السموات والارض

Atas alasa inilah mereka mendakwa lafaz Allah bukan milik eksklusif untuk umat Islam sahaja.

4. Hujah mereka yang mengatakan bahawa lafaz Allah ini berasal dan hampir sama bunyinya dari kalimah Eloh yang merupakan panggilan terhadap Tuhan dalam bahasa Yahudi.

HUJAH YANG MENGHARAMKAN

Terdapat ramai dikalangan ulama’ yang mengharamkan penggunaan nama Allah bagi orang-orang bukan Islam. Antara mereka ialah Penasihat Undang-Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi; Syeikh Abdul Muhsin al-Abikan. Mereka telah mengutarakan hujah-hujah pengharaman disamping menjawab hujah-hujah golongan yang menharuskan penggunaannya. Di sini akan dinyatakan hujah dan alasan pengharaman tersebut. Antaranya:

PERTAMA:

1. Lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat ‘Ahadiyyah’ dan ‘Somadiyyah’-Nya sebagaimana firman Allah s.w.t: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”. (Surah al-Ikhlas,112: 1-2)

Ia amat berbeza dengan kefahaman Ahli Kitab di dalam memahami dan mentafsirkan lafaz Allah itu sendiri.

Hamka dalam tafsirnya (Tafsir al-Azhar) 30/302 dengan menukilkan Tafsir Abu Suud telah berkata: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah tempat pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Dalam ayat pertama ditegaskan keesaan-Nya untuk menjelaskan bersih-Nya Allah dari berbilang dan bersusun dan pada-Nya terkumpul segala sifat kesempurnaan. Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya serta tidak pernah berkurang”.

2. Berdasarkan firman Allah s.w.t. (Surah at-Taubah,9:30)

“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?”.

Wajah istidlal daripada ayat ini ialah pada maksud firman Allah iaitu: ‘Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?”

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah memfitnah Allah dengan menyatakan bahawa Allah mempunyai anak iaitu Uzair dan juga al-Masih. Bagi menolak fitnah ini, Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk menyatakan bahawa Allah s.w.t bukanlah seperti yang didakwa oleh orang-orang Yahudi dan nasrani menerusi firman Allah s.w.t. melalui Surah al-Ikhlas 112:1-4.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya”.

Maka setelah Rasulullah s.a.w membersihkan maksud kalimah dari mulut orang-orang Yahudi dan nasrani, wajarkan Muslim hari ini memberi kebenaran untuk mereka mengguna kembali lafaz suci ini (Allah s.w.t)?

3. Sebenarnya lafaz Allah juga tidak pernah wujud di dalam bahasa asal penulisan kitab Taurat dan kitab Bible. Sebagaimana yang kita maklum, Kitab Taurat ditulis di dalam bahasa Ibrani (Hebrew) manakala kitab Bible pula ditulis di dalam bahasa Greek (Yunani).

4. Hujah mereka yang menyatakan bahawa kalimah Allah terdapat di dalam al-Kitab iaitu Bible terjemahan bahasa Melayu dan juga Al-Kitab Al-Muqaddas iaitu Bible terjemahan Bahasa Arab juga tidak dapat diterima kerana lafaz Allah yang digunakan di dalam kedua-dua Bible tersebut jelas membawa maksud yang berbeza. Ini adalah kerana Allah yang dimaksudkan oleh kedua-dua Bible tersebut jelas menunjukkan kepada akidah Triniti (tiga dalam satu) yang meyakini bahawa Bapa di Syurga ialah Allah, manakala Nabi Isa (Jesus) adalah anaknya dan Ruhul Qudus pula merupakan salah satu oknum daripada tida oknum Triniti tersebut.

Ini dapat diperhatikan menerusi dalil-dalil daripada kitab Bible mereka yang menyebut di beberapa tempat antaranya di dalam Perjanjian Baru, Markus 13:32: “Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di Syurga ataupun anak (Yesus); hanya bapa yang tahu.

Dalam Lukas 23:46 juga menyebut: “Lalu Yesus menyeru dengan suara lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diriKu ke dalam tanganMu!” Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal dunia”.

Konsep Triniti ini juga mendapat perhatian secara jelas melalui Perjanjian Baru, 1 Yohanes 5:7-8 yang menyebut: “Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah, dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama”.

Di dalam Perjanjian Baru, Matius 3:16-17 juga menyebut: “Setelah Jesus dibabtis, Dia keluar dari sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian terdengarlah suara Allah berfirman, “Inilah anak-ku yang aku kasihi. Dia menyenangkan hatiku”.

Di dalam Perjanjian Baru, Lukas 3:21-22 juga menyebut: “Setelah semua orang dibaptis, Jesus juga dibabtis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, dan roh Allah berwujud burung merpati turun keatasNya. Lalu terdengar satu suara dari Syurga mengatakan: “Engkaulah anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hatiKu”.

Menerusi dalil-dalil yang telah dinyatakan ini, jelaslah bahawa lafaz Allah yang telah digunakan oleh mereka di dalam Bible membawa maksud yang amat berbeza dengan keyakinan Islam.

5. Dalam bahasa Ibrani, lafaz Tuhan disebut sebagai Elohim dan YHWH. Namun YHWH merupakan nama yang terlalu hebat bagi Tuhan dan tidak boleh disebut sewenag-wenangnya. Perkataan ini telah diganti sebagai ADONAI. ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, Matius bab 27, ayat 45 hingga 50 yang berikut: “Pada tengah hari selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap.

Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang, “Eli, Eli lama Sabakhtani?” yang bermaksud “Allah, Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?” beberapa orang di situ mendengar seruan Jesus lalu berkata: “Dia memanggil Elia”. Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu di hulurkan ke mulut Jesus. Tetapi orang lain di situ berkata, “Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia”. Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya”.

Kalimah Eli ini juga turut digunakan di dalam perjanjian baru. Kitab Markus, bab 15, ayat 33-37.

6. Dalam bahasa Greek (Yunani) pun tidak terdapat lafaz Allah. Lafaz Tuhan dalam bahasa Greek disebut Theos. Sekiranya Tuhan yang disembah oleh mereka merupakan Tuhan yang sebenar, Theos ini dipanggil Hotheos. Dan sekiranya merujuk kepada bukan tuhan yang sebenar, maka dia dipanggil sebagai Tontheos.

7. Sekiranya lafaz Allah terdapat di dalam Kitab Bible berbahasa Arab (Al-Kitab Al-Muqaddas) sebagaimana yang dijadikan hujah oleh mereka, ini adalah semata-mata kerana penterjemah dan penggunaan secara warisan sahaja tanpa mereka memahami maksud sebenar lafaz al-Jalalah (Allah s.w.t) tersebut.

8. Dari sudut kaedah Fiqhiyyah iaitu Sad al-Zarai’, tindakan kerajaan yang melarang penggunaan kalimah suci ini adalah tepat. Ini kerana jika dibiarkan orang bukan Islam turut menggunakan kalimah ini, maka kesucian serta sifatnya yang muqaddas tidak dapat dipertahankan dan dipelihara dengan sebaik mungkin. Bahkan seperti yang telah kita maklum, fahaman mereka terhadap lafaz Allah adalah berlainan sama sekali dengan kefahaman umat Islam.

9. Perlu diketahui perkataan Allah itu sendiri mempunyai partikel ‘al’ iaitu ‘al-ilah’ yang merujuk kepada ‘The Only God’. (Keesaan)

10. Penulis Marshal G.S Hodgson dalam bukunya The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization secara jelas menolak penggunaannya di kalangan penganut Kristian dengan menyebut bahawa terma ‘Allah’ yang digunakan oleh Muslim yang berbahasa Inggeris adalah merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja. Bahkan Hodgson turut menyebut bahawa orang-orang Islam menyembah Tuhan bernama Allah yang bukan semata-mata bermaksud Tuhan sebagai pencipta!

KEDUA: Jawapan hujah pertama

Hujah yang mereka gunakan daripada ayat al-Quran: Surah al-Ankabut 29:61, Surah Luqman 31:25 dan Surah al-Zukhruf 43:9.

Imam al-Maraghi berkata dalam tafsirnya, Tafsir al-Maraghi, jilid 11, m/s 5284:
“Sebenarnya mereka mengetahui, Allah s.w.t yang mencipta langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan. Walaupun mereka mengakui keesaan-Nya tetapi mereka masih menyembah selain daripada-Nya. Sepatutnya Dialah yang mesti disembah kerana Dialah satu-satunya yang berhak disembah.

Banyak disebut dalam al-Quran tentang Tauhid Uluhiyyah selepas menyebut Tauhid Rububiyyah. Tujuan disebut itu bagi mengakui Allah s.w.t sebagai pencipta dan penjaga alam semesta, sekaligus mengakui Allah s.w.t sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah, dipatuhi dan ditaati”.


Dipetik Dari : Isu Kalimah Allah : Satu Kajian - Solleh Al Fatimi


Respons saya yang masih cetek ilmu ini :

Ini semua gara-gara slogan dan anjuran 1 Malaysia..semua nak SATU 1 bangsa, sekarang ni isu hangat kalimah Allah..esok-esok 1 Agama..1 tempat ibadat ke..dan semua 1..1..dan 1..

Kalau berbalik kepada konsep Rukun Negara yang Pertama : Kepercayaan Kepada Tuhan

Jadi, apakah yang dikatakan maksud perkataan 'Tuhan' itu?? Adakah maksudnya adalah 'Allah dan lain-lain Tuhan mengikut kepercayaan penganutnya'/ sebagainya??

Di dunia ini, Tuhan ini ada dua..satu Tuhan yang sebenar dan satu Tuhan yang palsu, Tuhan yang sebenar, yang menjadikan alam, yang Maha Kuasa adalah Allah Al Ahad..sebab kalau direnung balik kalimah Syahadah, kita mengakui TIADA TUHAN SELAIN ALLAH..bermaksud kita MENOLAK semua jenis Tuhan yang palsu..dan kita betul-betul percaya mengimani dan meyakini bahawa Tuhan sekalian alam ini adalah ALLAH AZZA WAJJAL..

Wallahua'alam

Baca Selanjutnya......

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah



Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites

Alor Star Kedah


1) Ulasan/Hujah


i. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.


ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.


iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.


iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.


v. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.


vi. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


vii. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.


viii. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.


ix. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.


x. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.


xi. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.


xii. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


2) Keputusan


i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.


ii. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Baca Selanjutnya......

03 Januari 2010

Sekilas Tentang Tanggungan Pengamal Perubatan



Para Fuqaha' bersepakat bahawa perkhidmatan perubatan merupakan amalan fardhu kifayah. Ia hanya dianggap fardhu kifayah sekiranya terdapat lebih daripada seorang doktor dalam sesuatu kawasan. Sebaliknya ia menjadi fardhu ain ke atas seseorang doktor jika tiada doktor lain didalam sesuatu kawasan.

Islam menegaskan bahawa perubatan merupakan bidang wajib diceburi oleh umat Islam. Memandangkan keperluan dan permintaannya yang tinggi khususnya di Malaysia, pengamal perubatan/doktor wajib melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan ikhlas.Timbul persoalan sejauh manakah doktor terlibat dalam bidang ini bertanggungan terhadap kemudaratan yang berlaku akibat rawatan yang diberikan?

  • Asas Tanggungan

Hadis Rasulullah - Dilaporkan Abu Dawud, An-Nasaie dan Ibn Majah , mafhumnya, "Sesiapa yang mengubati orang lain dan dia tidak dikenali sebagai orang yang mengetahui ilmu perubatan, maka dia bertanggungan atas kemudaratan yang berlaku."

Berdasarkan hadis tadi, Undang-undang Tort Islam menetapkan kewujudan tanggungan Tort dalam kes perubatan apabila seorang pengamal perubatan itu menyebabkan kemudaratan kepada pesakitnya akibat dari kesilapan atau kecuaiannya lebih-lebih lagi jika pengamal perubatan itu memberi rawatan bagi sesuatu jenis penyakit yang bukan dalam bidang kepakarannya.

Selain itu tanggungan ke atas pengamal perubatan boleh wujud disebabkan adanya elemen pencerobohan, jenayah, penipuan atau apa sahaja tindakan yang bertentangan dengan amalan biasa rawatan kedoktoran oleh doktor yang akhirnya mengakibatkan kemudaratan kepada pesakit. Apabila berlaku sesuatu kemudaratan, dia bertanggungan membayar diyat tetapi hukuman Qisas keatasnya gugur atas sebab dia telah diberi keizinan oleh pesakit tadi. Kesalahan tort bagi pengamal perubatan dibebankan ke atas a'qilahnya mengikut pandangan majoriti fuqaha'

Jika seorang doktor pakar yang terlatih melakukan pembedahan ke atas pesakitnya tanpa berlaku sebarang kesilapan dan kemudian pesakit itu mengalami komplikasi, doktor terlibat tidak bertanggungan.

Seorang doktor itu pakar dan terlatih, dia telah melaksanakan tugasnya mengikut peraturan dan etika dikehendaki serta mendapat keizinan. Tetapi jika rawatan yang dilakukannya mencerobohi ( ta'addat) bahagian tubuh pesakit yang tidak sepatut dirawat dan tersilap mencederakannya, dia bertanggungan.

Seorang doktor pakar telah berusaha memberi perkhidmatan yang baik tetapi masih terjadi kesalahan diagnosis atau kesalahan memberi preskripsi ubat kepada pesakit. Akibatnya, pesakit itu meninggal dunia, maka doktor tersebut bertanggungan membayar diyat samada oleh baitulmal atau 'aqilahnya. Ini mengikut Imam Ahmad bin Hambal.

Secara rumusnya, asas tanggungan ke atas pengamal perubatan ialah ta'addi atau kesilapan atau pencerobohan atau kecuaian bukanlah berasaskan kemudaratan dan kecederaan yang berlaku pada pesakit. Jika pengamal perubatan itu melaksanakan tugasnya dengan niat baik dan tidak melanggar amalan biasa dalam perubatan atau tidak wujud apa-apa unsur kecuaian pada pihaknya, dia tidak bertanggungan terhadap sebarang kecederaan yang terjadi dengan alasan kecederaan itu terjadi adalah luar kawalan kewajipan berhati-hati, Ini merujuk kepada kaedah " "sesuatu yang tidak mungkin diambil tindakan berhati-hati terhadapnya, tidak wujud tanggungan padanya."

Rujukan : Undang-Undang Tort Islam. Abdul Basir Mohamad

Baca Selanjutnya......