Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatitentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi
iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendamhatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atautempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudahkena sakit jantung.
3. Hasad dengki
- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana iamemiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalihmengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsibersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurahtetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkalarezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akanpuas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipunorg tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezekikita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunaiaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin adahak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapatkeberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabarapatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabarbila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak...tetap maintain voguewalau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego -
ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang palingtidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar darisudut zahir mahupun batin.
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untukdipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, iaakan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkanamalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita keranabila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapatetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cumabawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan"neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barangburuan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itudi tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawamati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnyadisebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialahMAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samadabermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetapmenderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah danakan bahagia jua akhirnya.
So..sama-samalah kite sentiasa ingatmengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan duniaburuklahh padahnya.Wallahualam"
sources - from my email
Tiada ulasan:
Catat Ulasan