30 Julai 2009
Biasa-biasa saje dan ucap terima kasih
23 Julai 2009
Niat...
21 Julai 2009
Rangsang Diri
Saya selalu bercita-cita dan berazam ingin jadi
-Hamba Allah yg beriman dan bertaqwa- hari2
- -Anak yg soleh kepada org tuanya-hari2
- -Pelajar yang yang cemerlang dan berjaya-hari2
- -Pekerja Muslim yang jujur dan berdedikasi- Bila hbs grad nanti
- -Isteri yang solehah, rajin dan taat pada suami- Bila dah sampai masanya
- -Ibu yang baik dan cemerlang yg menjadi kesayangan anak-anaknya kelak- InsyaAllah, bila masanya tiba
- -Nenek yang boleh jadi contoh buat cucu2nya dan kturunan seterusnya..hehe:p
Just a short expression
Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap
knp kt sering mengeluh sedangkan setiap perkara yg berlaku adalah pelajaran utk kt belaja,dan Allah tdk akan jdkn sst yg sia2,igtkah kt pd firman Allah bermaksud jika kamu bersyukur aku akan tambah nikmat bagimu ttp jika kamu engkar@kufur maka ssghnya azabku amatlah pedih..
Saya x mengeluh mahupun putus asa. Saya selalu belajar melalui kesilapan2 yg penah dilakukan. Saya belajar melalui nasihat dan pengalaman. ApDaa yg mampu skrg kita berusaha dan bertawakal pd yg Esa.
Pertama : program saya yg bakal berlangsung 10 hari lagi huhu...seramnya..x lah vogue mana pun progaramnya..ini kerana buat pertama kalinya sy menjadi pengarah bg sebuah program yg sebenarnya agak besar juga. Hari2 saya selalu memikirkannya. Saya harap ia menjadilah . Byk juga rintangan dan cabaran x kurang juga dgn kritikan dan tempelakan pedas..maklumlah kita perempuan,saya sebagai org baru dan serba x tahu ni hanya mendengar, mengiyakan, menyabarkan diri dan buat jela apa yg patut. Saya x mengejar glamour..tp pengalaman sebegini merupakan satu yg berharga sebenarnya.
Terima kasih pd kawan yg sudi menolong, dan pd mrk yg byk memberikan kata2 rangsangan dikala diri ni terasa lemah dan berada diambang kekeliruan.
Kedua: Sejak dua menjak ni, sy ditimpa dgn dugaan iaitu dugaan sakit..huhu..lepas satu..satu..tp x pela semoga allah memberikan kita kekuatan, rahmat dan kesejahteraan sehari-hari..
20 Julai 2009
AKIBAT BURUK TERHADAP PENDENGKI
a. Terjerumus kepada melakukan kemaksiatan. Ini disebabkan pendengki biasanya tidak sepi dari mengumpat, mencela dan bergembira melihat kesusahan orang lain.
b. Rosak ketaatannya kepada Allah sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud:”Hindarilah olehmu sekelian dari rasa dengki, kerana dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.”
c. Tidak mendapat syafaat. Rasulullah bersabda bermaksud: Tidak tergolong sebagai umatku, pendengki, pengadu-domba danpenenun nasib.”
d. Masuk neraka.
e. Mereka sanggup melakukan sesuatu yng merbahayakan orang lain.
f. Mereka akan keletihan dan sering dalam kesusahan.
g. Mereka akan buta hati sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah.
h. Mereka tidak akan menang, malah mereka akan kalah di sisi Allah
17 Julai 2009
9 sebab hati-hati tidak bahagia
1. Pemarah
2 . Pendendam tersembunyi
3. Hasad dengki
4. Bakhil
5. Tamak
6. Tidak sabar
7. Ego -
8. Riak
9. Cinta dunia
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnyadisebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialahMAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samadabermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetapmenderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah danakan bahagia jua akhirnya.
10 Julai 2009
Buruk Sangka ( Su'al Zhan)Part 1
08 Julai 2009
Influenza A H1N1 : Apa yang perlu diketahui??
1. Apakah Influenza A H1N1?
Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).
2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?
Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2.
Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa.
Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .
Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.
3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my/
4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?
Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.
p/s : Babi tetap haram dimakan bagi mereka yang beragama Islam.
Mengikut sejarah perubatan cina dahulu kala, tabib-tabib cina telah mengkaji tentang babi dan tidak menggalakkan orang memakannya. Byk buruk dan kurang khasiatnya.
6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?
Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang. Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.
8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?
Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.
9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:• Jika anda batuk atau bersin: • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan • Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan. • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit. • Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda. • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.