Ramadhan telah berlalu tapi sisa2nya masih terasa..syawal pun bakal habis dan surut..waktu berjalan begitu pantas ..siang malam siang malam silih berganti terasa sekejap seolah pejam celik mata mcm2 sudah berlaku dan sudah berubah pada diri kita dan persekitaran kita...
Saya sangat bersyukur pada Allah...setelah melalui perjalanan di medan ilmu selama beberapa tahun..akhirnya saya berjaya bergraduasi dan meraih segulung ijazah yg dicita2kan walaupun hanya mampu meraih Kepujian tahap kelas kedua Atas saje....apapon saya tetap bersyukur kerana lulus semua..adakalanya saya masih merasakan usaha saya dlm menuntut ilmu ini masih tidak cukup lagi..masih mampu lagi digapai dan dicapai..apapon sy redha dan pasrah..dan akur terhadap kemampuan dan pencapaian saya sendiri....jgn sesekali salahkan takdir dan orang lain..lebih baik mencermin diri sendiri...
|
kain baju untuk dipakai konvo nanti ala2 excited pula hehe |
Apapun, saya sebenarnya masih belum puas dan masih dahaga akan pengalaman dan rasa nak menuntut ilmu..perasaan masih dan minat nak belajar masih belum padam dna sentiasa berkobar2 di dasar hati...saya masih rindukan library..rindukan lecture hall, rindukan mutiara2 kata dari murabbi pensyarah dan semua2... walau saya kerap terlelap dan terpejam mata dlm kelas hahahaha x apa .....akan tiba suatu masa insyaAllah ....saya berdoa agar saya berjaya dan mampu menyambung pelajaran ke peringkat Master dan sehinggalah mempu mencapai ke peringkat paling tertinggi iaitu PHD. Saya akui proses pendakian ini terpaksa dilalui dalam suatu tempoh masa yang panjang dan perlu peringkat - berperingkat dan pasti penuh liku2... Lain orang lain bahagian lain perancangan hidupnya..hidup kita kitalah mencorakkan sendiri tak boleh mengikut corak hidup orang lain..hidup kita sendiri kitalah yang mewarnainya bukannya diwarnai orang atau mengikut warna orang lain.
Apapon prinsip asas hidup sebagai seorang beriman, saya sentiasa percaya akan takdir dan rezeki yang ditentukan oleh Allah . Paling penting konsep usaha yang gigih, rajin berdoa dan bergantung harap yg kuat kepada Allah serta bertawakkal..Usaha Doa dan Tawakkal adalah konsep hidup perlu diamalkan selain teguh percaya kepada Qada' dan Qadar Allah..Apa yang baik dan buruk pada diri kita sebenarnya ada hikmah..adakalanya cara hidup kita, perangai kita dan diri kita sendiri menjadi asbab kepada nasib hidup kita ini..Apapun usaha yang terbaik selebihnya berserah kepada Allah.
Misi seterusnya adalah untuk mencari pekerjaan. Usaha masih usaha..cita-cita dahulu terpaksa dibatalkan dan dirombak atas sebab2 yg sgt kritikal antaranya asbab keluarga tak begitu menyokong cita-cita saya dan mereka memberikan pandangan yg bernas maka saya akur dan asbab yg paling utama adalah berkaitan prosedur utk ke arah cita2 saya itu sebenarnya amatlah sulit melainkan hati betul2 tegar dan berkesanggupan dan boleh berkorban yg tersangat tinggi...saya x berkemampuan ke arah itu..maka saya redha dan berani mengubah hala tuju dan merombak perancangan...Usaha masih tetap dijalankan...kekurangan diri perlu sentiasa diperbaiki dan pengetahuan dan pembacaan perlu diperbanyakkan dan byk kajian perlu dibuat sebagai persiapan dan perisai...
Aktiviti kini adalah menganggur hahahaha.....ye... memang seronok sgt menganggur ini.. hahaha..memang seronok lah juga orang2 cakap...."wah seronoklah berehat ye..." Alhamdulillah..tak kurang juga dihujani soalan2 yg mungkin bernada sinis atau mungkin pelbagai nada yg kadangkala menyakitkan telinga..atau ada juga sibuk nak mengorek perihal diri saya..."Dah Keje apa sekarang?", "Tak dapat kerja ke?" " Tak memohon apa2 lagi ke?" " Tak cuba apply itu dan ini?? " Bila nak keje ni?" dan macm ayat tanya..( Sebagai manusia biasa yg ada hati nafsu dan perasaan...sejujurnya kadang2 saya rasa stress dna rimas dgn pertanyaan2 sebegini...mcm dapat keje tuh senang mcm kacang goreng seolah2 hari ni habis je last paper esok hari terus masuk keje...mcm tu - mmg ada org meraih pencapain itu tetapi bukan untuk saya ok..jgn samakan saya dgn org2 lain..mak bapak saya pon tak dela bising2 pasal saya belum dpt keje lagi....sgt menyibuk betul Penanya2 ni , kalau hal dia dan anak2 dia pandai pula x suka org lain ambil tahu..hal kita tahu nak sibuk2 je...).. ada pula seorg makcik ni cakap "Alah qidah leh la nak rehat2..... x payah bekerja......leh nganggur lama2.....x de tanggungan x de hutang....X de apa nak bayar.....anak makcik ni mcm2 nak kena bayar.....bayar PTPTN bayar rumah la...risau makcik nih............ " ( Amboi makcik seronoknya lah cakap saya mcm ni, mcmlah makcik tu 200% yakin tahu akan perihal hidup saya..perlukah saya bgtahu makcik satu2 tentang hal saya..sbb sy rasa saya ada pikiran dan rasa profesional x perlu x penting nak cerita hal personal dan masalah2 kpd org2..) hahaha cakap dlm hati.... Astaghfirullah....x niat nak burukkan sesiapa...luahan hati secara general saja..tapi saya akur...hidup ini mmg x boleh lari dengan masalah, dugaan, ujian dan kata2 dan tanya2 org...org2 memang suka nak ambil tahu dan nak bertanya2 mengorek2 cerita dan fakta daripada memberi solusi.....itulah resam dan rempah ratus duniakan...terkenang juga kisah org2 ilmuwan dan ulama'2 zaman dahulu lagi byk cabaran hidup mereka....setakat apa yg saya alami ini merupakan pepasir2 halus je..apalah sgtkan hahaha
p/s: Tapi sbny mmg saya seorang tak berapa gemar orang2 selalu kerap bertanya....asal jumpa muka tanya dan tanya.....tanya sekali sudah la...tak puas hati lagi cuba nak mengorek2 aktiviti hidup seharian kita.....tanya pula kenapa....tanya siapa itu siapa ini..tanya apa itu... apa ini....sepertinya org2 sebegini agaknya terlalu byk masa terluang dan tiada apa2 kerja langsung sehinggakan kerja dia nak mengorek hal2 dan cerita2 kita...lihat sikap dan sifat org yg byk masanya...lebih baik kamu ni makcik bykkan membaca tahu isu semasa lagi bagus berfaedah...dah tahu saya ni byk kekurangan dan kelemahan dimatanya pergilah cari bertanya kepada orang2 yg lebih bagus dan berkelebihan....setakat saya begini apalah ada apa saya....sebab org2 ni adalah org2 berusia ..bertaraf makcik 2 kenalah dihormati mengikut adat timur melayu yg mulia....kdg2 ada segelintir sikap org2 yg lebih tua ini adakalanya menjengkelkan....ooops maaf...
Walau saya menganggur 24 hours, tak bermakna saya ni seratus peratus melepak, berehat, makan, tidur, goyang kaki mcm tuan puteri ok??.....hidup ini walau apapun kita....kita ada tanggungjawab dgn Allah, tanggungjawab dgn ibu bapa, tanggungjawab dengan alam sekeliling...tanggungjawab dgn masyarakat....adakah hidup kita semata2 beginikah?? : Lahir ..membesar... pergi sekolah... masuk U masuk keje ..Kawin....Beranak...pergi balik Keje... Kumpul duit byk2... beli aset dan belanja dan bayar apa2..... lepas itu dah mati.... adakah terbatas itu / setakat itu saja kehidupan kita?? Adakah itu saja hidup yg kita nampak??? p/s: kita kalau menganggur bukan menganggur yg bodoh2 yang x buat sebarang keje.....
"Sebenarnya hidup orang mukmin di atas muka bumi ini adalah penuh kesibukan tiada rehat - mereka sibuk dengan urusan2 kebaikan, urusan2 persiapan menemui Tuhan, urusan2 mencapai kemajuan, urusan2 perjuangan dan matinya mereka adalah penuh kerehatan..kerehatan sebenar bg org2 mukmin..." (quote apa yg difahami drpd kata2 seorang ustaz)
Walauapapon apa dan siapa saya jadi pada suatu hari nanti..saya sentiasa mengimpikan kesederhanaan dan kebahagiaan dalam redha Allah....biarlah dari sudut zahir saya dipandang bukan orang kaya tapi Allah bagi ketenangan hati dan kemudahan dlm setiap urusan....Allah selalu membantu urusan saya dan memberi hikmah dan kemampuan.... - itu yg saya nak... daripada menjadi orang Kaya yang sentiasa dihimpit kerisauan dan terpaksa bersikap menunjuk2 dan bermegah2 di mata2 manusia.....walauapapon pekerjaan saya pada suatu hari nanti..saya berdoa agar saya tak lupa diri dan sentiasa mengingati Allah....mampu bersedekah dan berkongsi rezeki dgn orang....membantu orang2 memerlukan...bersama2 berjuang ke jalan menegakkan Agama..dan hasil usaha tenaga saya ini mudah2mudahan diberkati dan tidak membawa kearah bencana.....( memang menaip ini mudah..berangan berimpi mmg mudah apapon kalau x dpt byk dpt sikit pon jadi...kalau sikit memberinmanfaat alhamdulillah...)
Hidup ini adakalanya umpama sejarah umpama satu recycle.....tapi diri kita boleh menentukan yang sebaliknya...Dunia maju Akhirat nanti Jaya..insyaAllah ameen....Hidup ini adalah untuk Allah dan atas keputusan diri sendiri bukan untuk manusia...Rezeki untuk tiap2 manusia itu ada cuma lambat dan cepat je...
1 ulasan:
:) biasala lumrah manusia, mereka 'prihatin' sebenarnya. Bersabarlah... Bukan kita saje yg laluinya ramai lagi sebenarnya. Mudahan segala perancanganmu berjalan dgn jayanya. InsyaAllah...
Catat Ulasan