google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Perkara yang dianggap Remeh Perkara yang dianggap Remeh

14 Mei 2011

Perkara yang dianggap Remeh



Bismillahirahmanirahim...

Sekali lagi bersyukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat usia dan kesihatan..


Ada laporan menunjukkan bahawa ada kajian yg dibuat seramai 80% pelajar IPTA yg beragama Islam x tahu makna bacaan Al-Faatihah..masyaAllah...bagaimana makna bacaan2 lain?? apatah lagi makna 1 kitab Al-Quran??..saya antara salah seorang pelajar IPTA  rasa sensitif akan hal ini..mmg ia remeh..suatu benda kecil2lan..tapi benda2 kecil inilah sebenarnya bakal memberi impak   dan kesannya pada suatu masa nanti..

Buktinya..Nah!! lihatlah apa yg berlaku pada sosial kita hari ini..apa yg berlaku pada negara kita sekarang..x perlu sbny nak sebut satu2 kan..segalanya berpunca daripada keadaan iman kita..jatuh bangunnya iman kita...bagaimana nak bentuk keutuhan iman kita?? Maka jawapannya adalah solat itu asasnya...bagaimana kita nak berhubung serta bertaqarub dgn Allah?? Bagaimana kita nak rasakan kebesaran dan adanya Allah dlm kehidupan seharian??? Solat itulah tunjangnya..pentingnya solat itu x dpt dinafikan lagi..

Disini saya ingin berkongsikan makna bacaan dalam solat kita sehari2..salah satu cara kaedah nak khusyuk dalam solat adalah menghayati bacaan dalam solat..kadang2 pernah x kita terfikir dan tertanya2..kenapa kita selalu bersolat tapi kita masih x mampu mengawal diri dari melakukan perkara yang mungkar..masih x mampu membentuk hati kita kearah kebaikan..kenapa dan kenapa..apakah yg x kena pd solat kita..apa kekurangan pada solat kita?? Sedangkan Allah s.w.t telah beritahu kita dalam Al-Quran bahawa sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri kita dari kerosakan dan kemungkaran..Oleh itu masih belum terlambat untuk kita berusaha membaiki diri dan mempelajari serta menghayati solat kita..ada org berpuluh2 tahun2 dan ramai lagi sebenarnya x paham dan x tahu makna bacaan solat..x hairanlah mungkin kita sukar khusyuk..bacaan hanya meniti dibibir dan x sampai ke hati..solat yg dilakukan x menjadi pendinding buat diri..Jom sama2 kita hayati , pahamkan dan renung2kan ..bg yg dah tahu tuh mari sama2 lagi kita mempertingkat lagi..InsyaAllah..Allahumusta'an..
 
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Sebagai Penutup :- Agama itu bukanlah fakta atau hafalan semata tetapi untuk dihayati..mungkin bagi sesetengah orang merasakan agama ini x penting..dosa pahala dianggap ringan..isu halal haram dianggap perkara kecil..tetapi ingatlah saat tika bila maut / kematian itu menjemput anda..bila mana anda sedang bertarung dan menghadapi keadaan sakaratul maut..waktu nafas sampai kat halkum..masa tuh la anda akan rasa Agama itu TERSANGATLAH PENTING MALAH LEBIH DR SEGALA2NYA ..sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi..
 
 
 

 
 

2 ulasan:

mu'minah berkata...

(T,T) sedihnya baca statistik tu aqeedah.

bagusnya anti provide maksud tu kat sini!=) tapi ana cadang letak sekali dgn arabic text, baru diorg lebih faham dan ingat+bole terus link dengan apa yang dibaca.

may Allah guide us and all the youth of this ummah!

Aqeedah Mumtazah berkata...

Syukran ukhti..Jzkk atas cadangan yg bernas sekali..nanti ana akan perbaiki InsyaAllah..
Semoga Allah merahmati kita semua ameen..