google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Mei 2011 Mei 2011

28 Mei 2011

'Hamba-Mu'





Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah


Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

HambaMu Allah
HambaMu Allah


p/s : Regardless who are the artist..terdengar lagu nih masa tgk iklan Imam Muda kat TV..telinga tangkap rasa best..lirik dia agak menusuk kalbu..

Baca Selanjutnya......

20 Mei 2011

Tahadu Tahabbu



 Rasulullah s.a.w advised us : Give or exchange gifts to each other ; this will lead to increasing love among you ;) <3

Assalamua'laikum..entri yang santai ni sesaje dikarang khusus untuk penghargaan teman2 serumah dan kawan2 serta adik beradik hehe ;D --> speacial to ahl bait ..terima kasih atas surprise dan hadiah hari jadi...

Actually baru sempat nak sambung update dan buat entry...sebab masa time besday time tuh agak busy juga dgn preparation nak exam ;)

Terima Kasih diucapkan buat Zainab, Hanis and Jannah and Hanim..korang mmg best gelak dan hilai tawa korang sentiasa menjadi memori dlm ingatan dan mengiringi memori selepas grad nt hehe;) and Tq Hanim yg cute atas sandle yg cute and sweet..susah2 saje hehe;P ..mcm2 tahu yg saya ni mmg jarang bersandle dan selalu berkasut tutup ..hehe


Syukran ila ahlul bait ats pemberian yg best ini ;) pandai ye korang buat helah hehe;D ;D Semoga Allah merahmati kalian..maafkan segala kekurangan dan keterlanjuran saya sepanjang tempoh persahabatan
Wah superb chocolate cake nyum2..Tanx Nora for the brilliant surprise! dah la gempak buat kat KFC..patutla ditahan2nya kita balik hehehe;);D -->Nora Nurrainie Bolhassan merupakan teman yg best! yang x pernah lupa dan sentiasa mengingati hari ulang tahun teman2nya teman2 sekelas dua kelas hehe..tarikh sahabat2nya ..tarikh2 penting..she can become a date reminder and her memory is really superb hahaha no wonder she's one of the top scorer and representative in our batch! l)
Terima Kasih Nadiah Aqilah Mohd Amin ;)..dalam sibuk2 study utk exam..sempat plak belikan kiter coklat Nips ;D..best2 sambil study kita kunyah2..tanx sbb saling berkongsi ilmu dan pelajaran..akan dtg berkongsi2 lagi yer..Pray our best luck and brilliant success!! yeah ;) Nadiah Aqilah mmg baik..sy selalu photostate nota yg dier ada..dier pon photostate nota saya dan dia ada photostate kan buku2 utk saya..dia mmg expert dlm bidang phostostate hahaha;D
Tanx Adik dari Miri Sarawak..Tanx atas ingatan dan susah payah hahaha;D nanti balik umah sila belanja lagi..hahah rasa dia seperti seorg abang dan saya ni seperti seorg adik haha sedangkan saya anak sulung yg kurang berperanan..
Ini white chocolate macedonia cake hehehe..x de kena mengena dgn hari jadi..just suka beli dan suka makan utk kepuasan diri ;D


 In conclusion..semoga Allah memberkati kalian;) terima kasih atas ingatan, nasihat, doa dan segala kenangan bersama walau secebis..x tahulah apa nak dibalas bila tibanya hari korang hehe ;D;D sungguh terharu ..apapon saya sentiasa sgt berterima  kasih buat Ibu dan Ayah kerana mereka adalah segalanya dalam hidup saya..Doa dan Redha mereka amatlah saya harapkan..itulah tanda kasih mereka yang terulung yang tiada tandingan seisi dunia..Terima Kasih Allah atas nikmat kebahagiaan ini ;) ameen..

Baca Selanjutnya......

15 Mei 2011

15 Mei Dalam Sejarah

Rakyat Palestina Peringati Hari Malapetaka Berdirinya Israel

Published: 10 Jumadil Akhir 1432AH :: 14 May 2011 .


 
 
Rakyat Palestina dan sejumlah negara Arab memperingati “Hari Nakba” atau “Hari Malapetaka” berdirinya Israel, Minggu (15/5). Sebagian aktivis mendesak warga Palestina agar menggunakan peristiwa itu untuk memulai “intifada” baru menentang Israel.
Israel mengerahkan tambahan pasukan keamanan di daerah-daerah termasuk Tepi Barat. Para pejabat Israel mengatakan, mereka akan membatasi akses ke tempat suci di Yerusalem Timur yang dikenal sebagai Temple Mount di kalangan orang Yahudi dan Haram al-Sharief di kalangan Muslim kepada kaum pria berusia di atas 45 tahun.
Diperkirakan lebih dari 700.000 warga Palestina dipaksa meninggalkan rumah-rumah mereka dalam perang Arab-Israel yang terjadi setelah pendeklarasian negara Israel tahun 1948.
Tahun lalu, ribuan warga Palestina berpawai melalui jalan-jalan Gaza untuk memperingati Naqba. Bunyi sirene meraung-raung di kota-kota dan desa-desa di Tepi Barat.
Israel, yang menggunakan kalender Yahudi untuk menandai penciptaannya, memperingati HUT yang ke-63 hari Selasa.
Pasukan tentara Israel meningkatkan penjagaanya di kota Al-Quds terjajah, terutama di gerbang menuju Al-Quds dan jalan-jalan yang menghubungkan Tepi Barat-Al-Quds, untuk menghalangi para demonstran dari kota lain memasuki kota tersebut.
Radio Zionis menyebutkan, pasukan Israel telah menempatkan pasukan keamananya dengan menyebar ribuan personel terdiri dari polisi dan tentara di jalan-jalan utama, gang distrik maupun gerbang utama menuju Masjid Al-Aqsha, sejak jam tujuh pagi.
Mereka sudah memasang blockade militer di dalam kota untuk menghalangi warga dari Tepi Barat memasuki Al-Quds. Semua yang datang harus melalui perlintasan utama di utara Al-Quds, dekat dengan Kamp Qalandia dan distrik Hazma, selatan dekat Betlehem yang dikenal dengan terowongan Gello.
Selain ada gerbang lain dengan alasan menghindari penumpukan massa Palestina yang akan merayakan hari Nakbah atau aksi besar-besaran menuju Al-Aqsha.
Sumber mengisyaratkan, muncul kekhawatiran dari sjeumlah pihak, aksi-aksi Palestina kali ini dijadikan ajang utuk melakukan revolusi sebagaimana terjadi di Mesir, Libya, Tunisia, dan sejumlah negara Arab lainnya.
Sebelumnya faksi-faksi dan sejumlah kelompok pemuda Palestina mengumumkan program aksi untuk memperingati hari Nakbah di Tepi Barat, AL-Quds, Gaza, dan sejumlah wilayah perbatasan di Palestina jajahan 48 serta di seluruh Negara Arab yang bertetanggaan dengan Palestina. Aksi dimulai sejak Jum’at (13/5) hingga Ahad (15/5). (VOA/Info Palestina).*

 Sumber : http://pusdai.com/?p=5744

Dari Pusat Dakwah Islam Jawa Barat 



Another news : http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4068515,00.html

Baca Selanjutnya......

14 Mei 2011

Perkara yang dianggap Remeh



Bismillahirahmanirahim...

Sekali lagi bersyukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat usia dan kesihatan..


Ada laporan menunjukkan bahawa ada kajian yg dibuat seramai 80% pelajar IPTA yg beragama Islam x tahu makna bacaan Al-Faatihah..masyaAllah...bagaimana makna bacaan2 lain?? apatah lagi makna 1 kitab Al-Quran??..saya antara salah seorang pelajar IPTA  rasa sensitif akan hal ini..mmg ia remeh..suatu benda kecil2lan..tapi benda2 kecil inilah sebenarnya bakal memberi impak   dan kesannya pada suatu masa nanti..

Buktinya..Nah!! lihatlah apa yg berlaku pada sosial kita hari ini..apa yg berlaku pada negara kita sekarang..x perlu sbny nak sebut satu2 kan..segalanya berpunca daripada keadaan iman kita..jatuh bangunnya iman kita...bagaimana nak bentuk keutuhan iman kita?? Maka jawapannya adalah solat itu asasnya...bagaimana kita nak berhubung serta bertaqarub dgn Allah?? Bagaimana kita nak rasakan kebesaran dan adanya Allah dlm kehidupan seharian??? Solat itulah tunjangnya..pentingnya solat itu x dpt dinafikan lagi..

Disini saya ingin berkongsikan makna bacaan dalam solat kita sehari2..salah satu cara kaedah nak khusyuk dalam solat adalah menghayati bacaan dalam solat..kadang2 pernah x kita terfikir dan tertanya2..kenapa kita selalu bersolat tapi kita masih x mampu mengawal diri dari melakukan perkara yang mungkar..masih x mampu membentuk hati kita kearah kebaikan..kenapa dan kenapa..apakah yg x kena pd solat kita..apa kekurangan pada solat kita?? Sedangkan Allah s.w.t telah beritahu kita dalam Al-Quran bahawa sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri kita dari kerosakan dan kemungkaran..Oleh itu masih belum terlambat untuk kita berusaha membaiki diri dan mempelajari serta menghayati solat kita..ada org berpuluh2 tahun2 dan ramai lagi sebenarnya x paham dan x tahu makna bacaan solat..x hairanlah mungkin kita sukar khusyuk..bacaan hanya meniti dibibir dan x sampai ke hati..solat yg dilakukan x menjadi pendinding buat diri..Jom sama2 kita hayati , pahamkan dan renung2kan ..bg yg dah tahu tuh mari sama2 lagi kita mempertingkat lagi..InsyaAllah..Allahumusta'an..
 
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Sebagai Penutup :- Agama itu bukanlah fakta atau hafalan semata tetapi untuk dihayati..mungkin bagi sesetengah orang merasakan agama ini x penting..dosa pahala dianggap ringan..isu halal haram dianggap perkara kecil..tetapi ingatlah saat tika bila maut / kematian itu menjemput anda..bila mana anda sedang bertarung dan menghadapi keadaan sakaratul maut..waktu nafas sampai kat halkum..masa tuh la anda akan rasa Agama itu TERSANGATLAH PENTING MALAH LEBIH DR SEGALA2NYA ..sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi..
 
 
 

 
 

Baca Selanjutnya......