google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: 2011 2011

05 September 2011

Halawatul Imaan;)



Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya,
Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri.
Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya?
Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan,
Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya,
Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah,
Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya?
Masih terbukakah pintu-Nya untukku?
Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya?
Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang,
Jika digugat, pastinya terkoyak,
Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal,
Bagaimana untukku pelihara harta ini?
Agar terus terpelihara,
Dari noda dan dosa yang menghancurinya,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat,
Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah,
Kalah dengan permainan iblis terkutuk,
Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla.
Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,
Seorang insan yang hebat mempunyai Iman yang kental,
Tidak mudah tunduk dengan permainan hidup,
Seorang insan yang mempunyai Iman yang lemah,
Akan segera tunduk dengan permainan hidup,
Terus menyerahkan nasibnya tanpa terus berusaha,
Menganggap dirinya hina dan tidak mampu untuk berjuang.
Wahai semuanya,
Kemanisan Iman itu sentiasa ada untuk dirimu,
Terserah kepada kita untuk mencarinya,
Atau...
Melepaskan ia pergi...

-Artikel iluvislam.com

Baca Selanjutnya......

02 September 2011

Coret-coret Aidilfitri ;)



Salam dan Selamat Hari Raya semua ..dalam banyak2 aktiviti sepanjang kita berhari raya..antara yang sering diamalkan ialah aktiviti ziarah menziarahi ..mari kita review sebentar adab berziarah ..semoga saya sendiri juga turut mengamalkannya..

Adab-adab sebelum berziarah:
*Memilih masa yang sesuai
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

P/s: Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.

Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Tambahan : - Sekiranya Tuan Rumah  sedang sibuk dan tidak memberikan jawapan balasan atau menjawab panggilan anda dan sebagainya..jgnlah berkecil hati..mungkin tuan rumah mempunyai urusan nya sendiri dan belum rasa selesa untuk menerima kehadiran tetamu.

- Sedang kita bertandang ke rumah orang..tiba2 ada tetamu lain datang berziarah..segeralah beredar pulang..segera habiskan makan apa yg patut..segera pendekkan perbualan..bagi peluang Tuan rumah melayan tetamu2 yang lain dan rasa selesa untuk menjemput tetamu lain. Ini lebih menyenangkan tuan rumah.

- Sekirannya anda dah memaklumkan kepada tuan rumah/ orang yang ingin diziarahi/ dilawati..tentang kehadiran anda..sekiranya kedua-dua pihak setuju dan telah menetapkan masa..sila confirmkan betul2 dan tepati janji anda..ini kerana Tuan Rumah sudah pon fixed kan masanya untuk menunggu anda dan sudah menyediakan hidangan untuk anda. Jika anda memungkiri janji atau tukar plan atau membatalkan pada saat-saat akhir..Ini menyusahkan dan mengecewakan tuan Rumah...



Adab semasa menziarah:
*Memberi salam dan bersalaman
*Meminta izin untuk masuk
*Memendekkan tempoh ziarah
*Mengawal pandangan
*Merendahkan suara

P/s: Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.

Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah:
* Meminta izin apabila hendak beredar
* Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar
* Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah
* Enggan memberi salam
* Masa yang tidak bersesuaian
* Mengaibkan tuan rumah
* Mengumpat

Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.

Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.

Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. 

 Sumber Akhbar Kosmo ( tak ingat bila;D;D)
____________________________________________

Tambahan....

Kanak-kanak adalah insan paling gembira menjelang Aidilfitri. Di samping pakaian baru, mereka teruja menerima duit raya daripada orang yang lebih tua.


Ada juga kanak-kanak beraya bukannya kerana ingin berziarah sebaliknya mengumpul duit raya semata-mata. Dalam kegembiraan mengumpul duit raya ini, ada kanak-kanak tidak dapat mengawal rasa gembira sehinggakan boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada tuan rumah.


Ada pula yang menunjukkan perangai kurang manis seperti menumpahkan biskut raya di permaidani, memasuki bilik tetamu, menyepahkan barang dan memecahkannya. Semua tindakan ini tentunya di luar kawalan apabila ibu bapa membawa anak bersama. Justeru, apakah cara paling berkesan mendidik anak supaya mereka menunjukkan tingkah laku yang baik ketika beraya?


Ibu bapa berperanan penting mendidik anak mengenai adab ketika berziarah. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra sesama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar. Justeru, pesan kepada anak ketika di rumah lagi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jangan pula tidak makan, tidak minum dan berbual, semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah iaitu mengeratkan perhubungan.


Ada pula anak ingin mengumpul duit raya sanggup mengunjungi rumah sehingga dua tiga kali. Tuan rumah selalunya tidak menyedari kanak-kanak itu pernah singgah lantas memberikan duit raya sekali lagi. Jangan pula mengambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya. Dalam hal ini ibu bapa perlu menunjukkan tingkah laku yang baik sebelum menjadi ikutan anak-anak.


Berikut antara panduan yang boleh dijadikan rujukan ibu bapa dan anak ketika berhari raya:

Untuk anak:

1. Hormati tuan rumah

Apabila tiba di rumah yang dikunjungi, elakkan daripada terus ke meja hidangan. Sebaiknya, cari tuan rumah terlebih dulu atau jika tidak ada, mungkin mereka sibuk di dapur atau melayan tetamu lain. Ajar anak untuk bersalaman dengan tetamu berdekatan ketika itu. Kemudian duduk dengan sopan. Sementara menunggu tuan rumah keluar, ambil kesempatan berbual-bual mesra dengan tetamu yang ada.

2. Jaga adab ketika makan

Menunjukkan budi bahasa yang baik ketika makan sangat penting. Elakkan daripada berebut. Jika perlu, beratur mengikut giliran. Ambil makanan ketika dipelawa tuan rumah. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Mengelak daripada mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik. Habiskan makanan diambil dan elakkan pembaziran. Untuk ibu bapa, pastikan mereka menyuapkan anak makan dan minum bagi mengelak tertumpah. Jangan biarkan anak mengambil sendiri makanan dikhuatiri peralatan digunakan pecah. Ketika inilah ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya bersopan ketika makan.

3. Berdisiplin dan menjaga adab ketika beraya

Kehadiran anak bersama ibu bapa memang sukar dikawal, sehingga ada yang berlari-lari keluar masuk ke rumah, masuk ke bawah meja, naik ke atas meja makan, masuk ke bilik tuan rumah yang kebetulan mungkin tidak berkunci, masuk ke dapur, menangis atau tertumpah air di lantai dan pelbagai lagi kerenah semula jadi mereka. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengajar anak dengan sifat yang baik. Biasanya anak kecil akan mudah bosan jika terlalu lama beraya, justeru jangan terlalu lama beraya untuk kenalan biasa melainkan saudara terdekat atau kenalan rapat. Ini memastikan anda boleh menggunakan ruang rumahnya seperti menidurkan dan memandikan anak tanpa masalah.


4. Jangan mata duitan
Kanak-kanak juga perlu diingatkan jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya saja. Tujuan asal berziarah pada hari raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam. Oleh itu, jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan dengan membeza-bezakan pemberian duit raya. Selepas balik daripada beraya, sepatutnya anda mengajar anak supaya bersyukur dengan pemberian itu. Katakan kepada mereka, walau macam mana miskin dan daif sekalipun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan kanak-kanak pada hari raya.

Panduan untuk ibu bapa:

1. Duit raya sedekah
Duit raya yang dihulur mungkin suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang daripada segi keikhlasannya. Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk ketika memberi duit raya kepada kanak-kanak. Niat perlu diperbetulkan. Seeloknya duit dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat orang lain.

2. Kawal suara ketika berbual

Keseronokan berbual terutama bertemu rakan juga ada kalanya membuatkan kita tidak sedar mengeluarkan suara yang kuat. Kadang-kadang, ia boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai perbualan itu berkisar kepada umpatan atau perkara yang boleh menyakitkan hati tuan rumah atau orang lain. Keseronokan berbual mengenai perkembangan politik tanah air ada kalanya agak sensitif apabila terdapat orang politik pihak lawan yang hadir ketika itu. Sebaiknya sebagai tetamu, kita seharusnya mengawal suara dan berbual pada perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama tanpa menimbulkan sensitiviti.


3. Memelihara pandangan
Sebagai tetamu, sebaiknya elakkan memandang ke sana ke sini. Sekali sekala itu wajar. Cuma, pandanglah perkara perlu saja seperti memandang wajah tetamu yang datang dengan pandangan ikhlas bersama senyuman. Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik dengan rakan sebelah juga perlu dielakkan. Ini mungkin menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika membabitkan umpatan kepada orang lain.


4. Hadkan masa
Kadang-kadang keseronokan bertemu kawan lama membuatkan kita tidak sedar sudah lama berada di sana. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20 hingga 30 minit akhirnya sehingga tiga jam. Rasanya, tempoh itu terlalu lama. Ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang atau tidak selesa kepada tuan rumah. Lebih malang andai ruangan rumah atau kerusi tetamu yang disediakan begitu terhad. Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain duduk. Tuan rumah mungkin merasa tidak selesa apabila terpaksa berulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang sewajarnya diberikan kepada tetamu baru.


5. Bilangan kehadiran yang sederhana
Membawa ahli keluarga dan rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun, kedatangan rombongan yang ramai mungkin akan menjadi satu kesulitan kepada tuan rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis itu tidak diberitahu lebih awal. Manalah tahu jumlah makanan disediakan ala kadar saja. Hal sekecil ini wajar diambil perhatian untuk mengelak masalah kepada tuan rumah. Siapa tahu, disebabkan kehadiran yang ramai, tuan rumah boleh bergaduh suami isteri disebabkan suasana kelam kabut.


6. Layan kanak-kanak
Bagi ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk melayan kanak-kanak yang bertandang ke rumah. Tidak perlu menunggu 'rumah terbuka' baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang. Jika anda melayan anak orang lain dengan baik, pastinya anak anda juga akan dilayan dengan baik oleh orang lain.

Akhir kata ..Islam ini cantik dan indah terletak pada akhlak dan peri laku. Marilah sama2 kita perbetulkan diri kita lebih2 lagi diri saya sendiri ini ketika berziarah. Semoga Tuan Rumah dan tetamu2 dua2 belah pihak sama2 gembira..sama-sama ikhlas dan saling memudahkan antara satu sama lain bukan menyusahkan.

Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.

p/s _ lebih mengingatkan diri sendiri yang sering alpa

Baca Selanjutnya......

19 Ogos 2011

Berhenti Sebelum Kenyang;)



Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.a Dia berkata : 

Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian/wafat Nabi s.a.w ialah kekenyangan perut ! sebab apabila sesuatu kaum itu kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya, dan bermaharajalelah syahwatnya!..
(Rujukan At-Targhib wat Tarhib 3: 420)
 ______________________________________________

Assalamua'laikum semua..

Alhamdulillah...dah hampir nak masuk minggu keempat kita menjalani ibadah berpuasa...menahan segala yang dilarang...dalam tempoh madrasah Ramadhan ini .... hati ini ditarbiyah untuk mendekati Allah dengan amalan2 Ibadah dan lain...

Pagi tadi menonton sekejap rancangan siaran Tanyalah Ustaz TV9..Ustaz Panel membacakan hadith tersebut...( seperti yang diatas..)

Ustaz itu ada menerangkan lagi.. 3 perkara utama yang menjadi pusat/teras utama untuk melemahkan/ menjatuhkan orang-orang Islam masa kini : 


Pertama : Food ( Makanan)

Pepatah orang putih mengatakan " We are what we eat.." kita adalah apa yang kita makan...- mungkin kita boleh buat lawak mengenainya..

Tetapi disebaliknya, Ini menunjukkan betapa seriusnya pengaruh makanan dalam kehidupan kita...betapa orang Islam seharusnya perlu menitik beratkan makanan2 yang berkhasiat yang menyihatkan... bukan makan-makanan ringan yang merosakkan akal dan jasmani kita...yang menyebabkan kita jatuh sakit dan sebagainya
Bukan sahaja makan-makanan yang berkhasiat malah kita diwajibkan untuk memilih dan menentukan makanan yang Halal - halalan tayyiban- yang halal yang baik

Kita makan makanan bukan sekadar untuk menyambung hidup dan mengisi perut..tetapi paling utama kita makan bertujuan agar badan kita sihat dan cergas..pemilihan makanan penting untuk konsistensi kesihatan kita...kesihatan adalah nikmat yang paling bernilai...yg terulung..bila kita sihat..semua perkara kita boleh lakukan..kita jadi gembira bila sihat..tambahan lagi kita mudah dan larat nak  melaksanakan amal ibadat..boleh buat solat tarawih sampai 20 rakaat...larat dan mampu bangun tahajud solat2 malam berjam2 yang mana semua itu mampu dilakukan jika kita sihat...( isu malas atau tak mahu buat tak timbul disini yer;D) 

Cuba bayangkan kalau kita sakit terlantar..terbaring saja berhari2 kerana sakit?? apa boleh kita buat??? apa yg mampu boleh dilakukan??? kita terpaksa menyusahkan orang lagi adalah kan??? terpaksa harap orang angkat kita dukung kita papah kita pimpin kita suapkan makan sumer2 bersihkan najis2 ke...amat menyedihkan bukan??

Patutlah Ibu saya selalu bising2/ menasihati kat saya jika saya tak makan atau ambil makanan x berkhasiat seperti makan burger dan lain2...hahaha..kata ibu saya : Apa gunanya ijazah bergulung2 tinggi kalau badan sakit lembik terlantar?? Apa gunanya  pada harta melimpah ruah kalau badan kita menghidap penyakit??  biar tentu miskin tapi sihat tapi kita ada daya untuk berfikir..bekerja dan bergerak...bila badan kita sakit...hilang segala nikmat seisi dunia ini...( renung2kan...)

Oleh itu kita sebagai orang Islam dan Hamba Allah yang bersyukur.. spesifiknya lagi kalau kita mengaku kita umat nabi Muhammad..wajar dan wajiblah kita memakan makanan yang HALAL dan wajib memilih makanan yang BAIK UNTUK KESIHATAN...kita contohi sistem pemakanan Nabi s.a.w , Nabi Muhammad banyak makan makanan buah2, tamar, kurma dan minum minuman susu dan air kosong ..(boleh lah refer kat hadith2..)

Antara faktor rahsia kecerdasan / kebijaksanaan akal bangsa orang yahudi ialah melalui cara pemakanan mereka..sewaktu wanita-wanita yahudi hamil mereka banyak amalkan makanan ikan dan kacang badam untuk minda..

Oleh itu marilah kita bersama...memilih makan makanan yang halal yang baik untuk kesihatan..selepas makan perlu kita bekerja dan menggerakkan badan..ingat badan sihat otak cerdas asas kekuatan fizikal dan mental!! Demi Deen Islam!!



Kedua : Fashion 

Tak perlu disebutkan lah fashion macam mana kan?? rasa saya semua orang tahu apa itu fashion? Apa gaya baju terkini? dan lain-lain..fashion pakaian ..rambut....gaya beg..perhiasan...dan lain-lain..
Pada pandangan saya sendiri..fashion ini merupakan salah satu  kelekaan dunia..juga boleh membawa kepada kerugian jika terlalu taksub dengannya...kenapa saya katakan demikian??

Kerana fashion/ apa2 saja fashion/ trend fanatik dsbg  menyebabkan wang kita habis kerana terpaksa nak melaburkan byk duit berbelanja nak beli barang2 baju2 berfashion...beg2 yang trendy..apakah keuntungannya?? apakah faedahnya kalau difikirkan?? boleh mengundang pembaziran dan kerugian...

Bagi yang berduit dan mampu dan kaya raya mungkin tak jadi hal..bagi yang Tak berduit..tak mampu tak kaya..ia menjadi satu bebanan buat mereka..kerana terpengaruh..mengikutkan nafsu dan citarasa mata melihat barangan2 trendy...akibatnya boleh menimbulkan gejala sosial contohnya, mencuri duit atau barang orang...merompak..menengking dan menderhaka Ibu Bapa kerana ugut bapa nak duit banyak nak beli barang kesukaan..( Ini benar2 terjadi..) paling teruk ..ada orang sanggup menjebakkan diri ke dalam pekerjaan haram seperti judi dan pelacur untuk memperoleh wang banyak untuk memberi barang2 fashion yang diingini.

Kerana  gara-gara fashion juga menyebabkan kita mungkin takut kehilangan pandangan/penghormatan orang pada kita ....tiada pujian...tiada kawan  dan sebagainya ..menjadikan kita seorang cintakan dunia leka..lagha..begitulah hebat penangan fashion tanpa disedari..secara halusnya ia merosakkan fikiran kira kerana kita sibuk memikirkan fashion dan trend daripada memikirkan perkara-perkara yang besar dalam hidup kita seperti menabung dan masa depan..amal ibadat dan lain-lain.

Saya tak katakan tak boleh berfashion langsung...saya pon suka berfashion juga;p..kita boleh berhias diri kita....Allah suka kita kelihatan cantik dan bersih..tapi biarlah berpada-pada..mengikut kemampuan....yang sewajarnya... yang penting berlandaskan syariat..jangan kita terlalu nak mengikut arus trend masa kini..ikut stail orang2 sehingga menyusahkan atau mempapakan diri kita sendiri...
seperti contoh : jika kita hidup 10 tahun didunia selalu memakai baju kurung bila keluar..tak salah pon sebenarnya kita memakai pakaian tersebut walau mungkin dianggap old trendy/ old fashion bg sesetengah orang...yang penting ia kemas dan bersih tetap juga indah dipandang...mungkin kita boleh membaiki citarasa dengan pemilihan warna/corak yang terkini bersesuaian yg penting ia menutup aurat dan tepati syariat ...( sekadar contoh shj)

Taksub kepada fashion hanyalah menuruti nafsu semata2..maka berhatilah2 timbang2 citarasa menggunakan akal fikiran..



Ketiga : Hiburan


Antara agenda Zionis Yahudi untuk memusnahkan generasi muda umat Islam adalah melalui hiburan. Hiburan ini sebenarnya melekakan dan melalaikan..Jika alasan kita berhibur adalah untuk hilangkan penat atau nak berehat..sampai dihujung nyawa pon kita akan sentiasa penat dan penat takkan hilang2. Berehat yang sebenar adalah bila kita mati dan berada di alam kubur itulah kerehatan yang sebenar yang kekal..Hidup di dunia ini memang sentiasa busy dan penat. Banyak tugas dan amanah untuk kita laksanakan dan selesaikan. Jika diperhatikan dan ditelusuri, hiburan lah punca segala maksiat dan keruntuhan moral dan akhlak. Melalui hiburan, terdapat arak, pencampuran lelaki dan perempuan tiada batasan, banyak pendedahan aurat, gejala dadah dan lain-lain. Ini semuanya merosakkan ummah, generasi dan seluruh masyarakat malah negara!.

Islam tak pernah melarang untuk kita berhibur. Cara untuk saluran hiburan biarlah betul dan tidak menjerumus ke arah maksiat. Mungkin kita boleh buat agenda rehlah/ berkelah..itu juga suatu hiburan..boleh juga buat suatu program seperti sukan yang bermanfaat yang menyihatkan. Kalau nak sangat berkonsert..silakan.. tapi biarlah penganjuran konsert tersebut terdapat pengisian2 yang bermanfaat yang tidak menjauhkan kita dari Tuhan. Macam contoh konsert itu ada pengisian mengingati nasib umat Palestin..Mengenang Masjidil Al-Aqsa...atau terdapat program tadabbur yang boleh menginsafkan atau mengingati kebesaran Allah dan lain2. 

Janganlah kita turuti kata nafsu untuk berhibur...saya tertarik dengan kata2 ini yang boleh jadi renungan kita bersama...
"Nafsu itu mesti dilawan, jangan dilayan. Ubat kepada nafsu adalah berikan padanya perkara yang baik. Sebab nafsu bencikan kebaikan. Jangan berikannya apa yang dimahunya, seperti perbuatan haram. Nanti nafsu akan subur dan sukar dilentur."
"Nafsu pernah direjam selama seribu tahun di neraka. Tetapi tidak pernah serik. Dia hanya takut pada Allah dan Ujian. Sebab itu jika dihadirkan ujian, nafsu akan jadi lemah. Maka bersyukurlah saat itu. Antara ujian adalah berpuasa. "
Akhir kata..marilah sama-sama jadikan amalan puasa kita lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia untuk mentarbiyah nafsu dan jiwa kita untuk menuju ke arah kebaikan. Memang nak ke arah kebaikan itu susah dan mengambil masa. Jangan putus asa, Kita nak jadi baik dan ke arah kebaikan bukan kerana manusia dan sesiapa..tetapi untuk diri kita sendiri dan ingatlah akhirnya kepada Allah jua kita kembali. Mudah-mudahan kita kembali kepada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera - Qalbu Salim- Allahu Musta'an..

Baca Selanjutnya......

30 Julai 2011

Moga Ramadhan beri Kekuatan..

 
Bila dirimu letih dan hilang semangat

ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan
ALLAH telah mengira titisan air matamu

Bila dirimu terasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
ALLAH sentiasa disisimu

Bila dirimu telah mencuba
segalanya tetapi tidak tahu tujuan
ALLAH adalah jalan penyelesaianya

Bila tiada yang bererti buatmu
Keliru dan kecewa
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA

Hidup ini indah jika segalanya
kerana ALLAH

Wahai Tuhan hinanya diri yang
terus menerima rahmatMU
sedangkan hutang syukurku
semakin menggunung...
Maha Kaya KAU Ya ALLAH
________________________________________________
 
 
 
AHLAN WASAHLAN RAMADHAN KAREEM
MOGA TARBIYAH RAMADHAN INI DAPAT MENJADIKAN KITA SEMUA KUAT DAN KENTAL JIWA, FIZIKAL DAN SPRITUAL
SEMOGA RAMADHAN MEMBERI KEBERKATAN, KEBAIKAN, LIMPAHAN RAHMAT, SYAFAAT DAN KESEJAHTERAAN 
KEPADA DIRI SAYA DAN SEMUA UMAT MUSLIMEEN
AMEEN

p/s : X sabar2 nak bertemu 10 malam terakhir...Ya Allah moga aku dapat waktu2 yang indah itu..

Baca Selanjutnya......

19 Julai 2011

Syair Syed Qutb



Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu

Maka di atas tulangku yang hancur luluh

Nyalakanlah obor buat umat mulia ini

Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku

Taman-taman di syurga bangga menerimaku

Burung-burung berkicau riang menyambut ku

Berbahagialah hidupku di alam abadi


Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi

Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana ke alam abadi

Nun di sana fajar sedang memancar


Ini adalah bait2 syair terakhir sebelum Ash-Syahid Sayid Qutb meninggal dunia di tali gantung...Walaupun penergian beliau telah berzaman Moga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat dan semangatnya sentiasa diwarisi...

Baca Selanjutnya......

14 Julai 2011

Jangan Selalu Tidur Lambat ye...;D;D

Translated from the Original Article  "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !",

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat..

p/s :  Copy paste dr facebook..Nasihat untuk diri sendiri jua ;)
        kdg2 pening kan tidur lewat dan wajib bgn awal2 kerana nak study/ bergegas utk menuju ke tempat destinasi tepat pada waktunya disamping utk elak traffic jammed huhuhu ^-^

Baca Selanjutnya......

02 Julai 2011

Penjagaan hati ketika pergaulan

Dalam pergaulan seharian kita..adakalanya kita x sedar mungkin perbuatan kita atau percakapan kita ada menyinggung atau mengguris hati sahabat2 sekeliling kita..walau kadang2 kita cuba memuhasabah diri..adakalanya kita merasakan diri kita ini betul dan tiada apa2 silap yg kita buat..kita rasakan diri kita ini adalah ok..sedangkan mungkin kita x ketahui ada sebalik sudut2 tertentu kita masih kekurangan dan terdapat perbuatan menyakiti hati org tanpa disedari..ya memang manusia itu tiada yg sempurna..tapi kita boleh berusaha utk mencapai kesempurnaan itu..cuba utk berubah ke arah yg lebih baik lagi....
Disini ada sedikit tips utk menjaga hati ketika bergaul bersama sahabat2 x kira dimana saja kita berada dan apa jua situasi....

 1. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

2. Menutup keaiban sahabatnya.

3. Berdiam daripada menyampaikan perkata orang lain yang mencela sahabatnya.

4. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.

5. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabat ketika ia bercakap-cakap.

6. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.

7. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.

8. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.

9. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

10. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.

11. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.

12. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
Terakhir, saya ingin menambah pandangan saya sendiri disamping menashati diri sendiri yg sentiasa byk kelemahan diri ini...janganlah sesekali kita melihat perspektif yang buruk yg ada pada sahabat itu....jgn memandang sudut yg buruk dan yg aib seseorg itu..cuba kita tutup sebelah mata apa pada keburukannya/ kejelekannya..kita melihat pada kebaikan dan positifnya sahaja..kita mencontohi dan meneladani perkara2 yg baik dan positif shj bukan keburukan

Sebagai cth yg plg simple....jika kita rasa diri kita ini mengamalkan agama dan mematuhi agama misalnya kita seorg yg menutup aurat yg sempurna....kita jgnlah menjelek pada sahabat yg tidak menutup aurat..kita masih sentiasa bergaul baik, bersikap positif, berlemah lembut dgnnya dan tidak menyisihkan...mungkin dgn akhlak baik yg kita sendiri pamerkan mampu menyentuh hatinya utk mengubah dirinya menjadi lebih baik lagi..
Ya, tidak dinafikan penampilan yg zahir melambangkan samada ia best impression atau bad impression seseorg itu..x boleh menidakkan perasaan bila mana kita bertemu muka dgn mana2 org secara personal..dlm tempoh beberapa minit kita mmg mudah utk ' judge'/ menafsir org itu..tetapi kita cuba jaga hati kita jgn lah kita terlalu menafsirkan/ menghukum seseorg berdasarkan luaran dan zahiriah..berikan sedikit ruang pada hati kita utk fikirkan yg baik2/ husnu znn ttgnya walaupon sedikit..

Jika kita terlalu memikirkan atau melihat sudut keburukan jiwa pasti tidak menemui ketenangan..jika kita selalu merasakan diri kita sentiasa betul sepanjang masa..kita akan sukar menerima hakikat kelemahan dan kekurangan diri dan org lain..marilah sama2 merenung diri..mengambil iktibar apa yg berlaku sekeliling seterusnya mengubah diri ini kearah lebih baik dan cemerlang..InsyaAllah..
 

Baca Selanjutnya......

27 Jun 2011

Amalan yang Memurahkan Rezeki


Assalamua'laikum semua..apa khabar iman kita? apa khabar hati kita hari ini? hari ini sy ingin berkongsi ttg amalan -amalan yg InsyaAllah memurahkan rezeki kita. Perkataan rezeki mengikut kefahaman saya adalah amat luas dan subjektif..Bila sebut soal rezeki ia bukan hanya tertumpu pada subjek material seperti duit, kereta, rumah semata2..cth2 yg dikatakan rezeki adalah seperti ada anak2..ramai bilangan anak ..jodoh yg baik juga suatu rezeki..kepandaian dan kebolehan juga sesuatu rezeki..berjaya mencapai apa yg diimpikan..dipermudahkan segala urusan yg sukar juga suatu bentuk rezeki..nasib yg baik juga pon suatu rezeki apapon yg kita perolehi dalam hidup kita samada yg baik atau tidak baik....berjaya atau gagal..kita hendaklah bersyukur dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..yg penting usaha dan sentiasa usaha..kesungguhan dan usaha yg kuat itulah syarat utama..
______________________________________________

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi kita kaum muslim, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
 ____________________________________________________

Setiap apa yg kita inginkan..kita perlulah berusaha..perlu bersusah payah..perlu byk bersabar..bersabar dengan lamanya tempoh masa...sentiasa yakin dengan Allah itulah utama..ingat tiada jalan pintas utk kita meraih sesuatu seperti kemudahan..kejayaan..kecemerlangan ..kekayaan dan sebagainya..jadikan apa yg kita inginkan..apa yg hendak digapai dan dicapai sebagai suatu batu loncatan bagi kita untuk meraih kasih, rahmat dan redha Allah..Ameen...


p/s :  Sedang memotivasikan diri..moga diri ini sentiasa yakin dan bermotivasi sepanjang masa..

Baca Selanjutnya......

20 Jun 2011

Bacalah Kalamullah..



"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
 
  
GANJARAN MENGHAFAL/ Membaca AL QURAN :


GANJARAN DI DUNIA

1.Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.”
(Riwayat Muslim)


3.Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)



4.Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



GANJARAN DI AKHIRAT



1.Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini.(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)



2.Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)



Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)



3.Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.



Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)


--akhir kata..marilah sama2 kita meluangkan masa ..mengisi masa2 lapang2 kita..membanyakkan amalan hidup kita..menambahkan amalan dengan membaca , menghafal dan mentadabbur Al-Quran...x kira lah apa bulan sekalipon samada rejab, syaaban mahupon ramadhan yg bakal mendatang..~~beramal lah kita sungguh2 pada hari ini seolah2 kita khuatir bahawa hari esok kita mungkin bakal mati..wallahua'lam..


Baca Selanjutnya......