google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Apakah Sah Mandi Wajib Anda Selama ini? Apakah Sah Mandi Wajib Anda Selama ini?

25 November 2010

Apakah Sah Mandi Wajib Anda Selama ini?

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

3 ulasan:

Zuhairi Zainuddin berkata...

Assalamua'laikum.

Terima kasih atas peringatan ini.

Cuma, tidak ada dalil yang mengatakan jika niat mandi dilafazkan sebelum air sampai ke badan, mandi tidak sah.

Konsep niat ialah jika dalam fikiran ada keinginan untuk mandi wajib, walaupun hanya ketika sedang melangkah ke bilik air pun, maka dia sudah dikira berniat dan mandinya selepas itu adalah mandi wajib. Mandi wajibnya sah dan tidak perlu diulangi pun.

Niat mandi itu letaknya pada hati, bukannya pada lafaz. Sama juga untuk solat. Kalau hati ingin melakukan sesuatu ibadah, maka kehendak hati itulah niatnya. bukan lafaznya. Ini pendapat jumhur ulama'.

Hanya dalam mazhab syafi'e ada istilah lafaz niat, dan ini hikmahnya adalah untuk mereka yang ada was-was berniat agar dapat kukuhkan niat. Bagi yang sihat tanpa was-was, mengikuti pendapat jumhur adalah lebih utama sebab cara niat tanpa lafaz ini selaras dengan contoh daripada Nabi s.a.w sendiri. Tidak ada satu riwayat sahih pun yang sebut baginda ajar lafaz niat.

Fiqh Islami mudah, jelas, ringan dan praktik. Oleh itu hendaklah kita berhati-hati apabila belajar fikah. Kita perlu menilai dan memilih pendapat yang paling kuat menurut dalil dan hujahnya menurut para ulama'.

Allahu a'lam.

Aqeedah Mumtazah berkata...

Wa'alaikumussalam..

Terima Kasih juga atas ulasan dan perkongsian yang bermanfaat..

Ya..tidak dinafikan niat itu adalah di hati dan penting bagi menentukan sesuatu amalan tersebut..

Apa yang saudara Zuhairi ulaskan tadi adalah berkaitan isu lafaz niat.Isu talaffuz/lafaz niat mmg dah lama dibahaskan oleh ulama'.

Menurut Syeikh al - Islam Ibn Taimiyyah mengatakan:"Menzahirkan niat tidak wajib dan tidak pula sunnah menurut kesepakatan muslimin. "Sedangkan melafazkan niat dengan suara yang perlahan pun tidak diwajibkan menurut para imam yang empat dan sekalian imam muslimin.
Tidak seorang pun imam mengatakan bahawa melafazkan niat adalah wajib, tidak pada bersuci, tidak pada solat dan tidak pula pada haji.
Dan tidak wajib ke atas orang yang bersolat berkata dengan lidahnya: Sahaja aku solat Subuh, sahaja aku solat Zohor, sahaja aku solat‘Asar, sebagai imam atau makmum.
Juga tidak berkata dengan lidahnya: Fardhu mahupun sunat, dan tidak juga selainnya bahkan cukup berniat dalam hatinya dan hanya ALLAH mengetahui apa yang ada dalam hatinya "

Syeikh Muhammad bin Soleh al – ‘Uthaimin at - Tamimi menyatakan:”Niat solat yang ingin didirikan dalam hati, tidak perlu diucapkan dengan lisan” .

Benar,Islam merupakan Agama yang mudah.

Selama ni mmg bila kita belajar dan menghafal isi pelajaran subjek2 Fiqh (terutama kitab fiqh Ibadat mazhab Syafie)terutama bila sampai bab rukun/syarat sah dan lain-lain..mesti ada perkataan niat so dah jadi satu mind setting / general rule bila kita belajar dan menghafal..

Wallaua'lam..wassalam

mohdrusli berkata...

Elok juga bincang perbahasan tentang
الغسل الكامل والغسل المجزئ