Seterusnya yang keempat
salah satu punca kelewatan dalam penyelesaian lambakan kes-kes adalah kerana kekurangan staff-staff dan kakitangan..ini kerana berdasarkan pengamatan saya..contohnya..ada dikalangan mereka yang bertaraf LS 17 terpaksa mengambil alih tugas/ melakukan tugas2 untuk jawatan LS 22, jawatan LS22 bagi department tersebut masih kosong..maknanya seorang staff terpaksa membuat 2 bidang tugas dalam satu masa...cabang dlm bidang tugas bukanlah sedikit malah begitu banyak. Setiap tugas yang diberikan dan dijalankan perlukan fokus, penelitian dan pengesahan. Ini menjadi satu kekangan dan cabaran kepada staff dan kakitangan untuk melangsaikan prosedur kerja dengan cepat dan tertib. Bagi staff2 yang baru sahaja bekerja dan hendak menyesuaikan diri dengan jawatan juga tidak terlepas dalam menempuh kekangan yang hebat dalam menguruskan kes-kes yang didaftarkan di mahkamah..client2 yang datang untuk membuat permohonan semakin bertambah bertali arus...sering merungut untuk dipercepatkan...sering melontarkan byk pertanyaan ..jadi perlu ada mekanisme supaya kedua - dua belah pihak iaitu pihak client/ pemohon dan staff2 yang bertugas memperoleh win2 situation..dan saling faham memahami seterusnya penyelesaian kes-kes dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Seperkara yang perlu diberi perhatian...kita lihat rata-rata kebanyakan masyarakat melayu suka mengutuk dan merungut tentang khidmat / servis yang diberikan oleh Mahkamah Syariah..ini seolah2 menggambarkan Mahkamah Syariah merupakan sebuah Institusi/ Jabatan yang paling lambat...ini memberi imej yang negatif dan buruk kepada orang-orang Islam dan agama Islam itu sendiri...sedangkan kes-kes di Mahkamah Sivil juga mengalami keadaan yang serupa malah lebih teruk lagi tapi kurang pula di war-warkan di media arus perdana...Kita melihat martabat Institusi kita ini direndah-rendahkan dan oleh kerana itu ada sesetengah pihak mencadangkan bahawa taraf jawatan bagi Ketua Hakim Mahkamah Syariah perlu dipertingkatkan seiring dengan level jawatan Hakim/ Ketua Hakim Mahkamah Sivil bagi meningkatkan imej dan maruahInstitusi Mahkamah Syariah seterusnya memartabatkan aspirasi keindahan Syariah itu sendiri iaitu "Syariah Asas Keadilan.." Setelah banyak kritikan yang diterima, pihak JAKESS ( Jabatan Kehakiman Syariah Selangor)mengambil inisiatif dan berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan dan menilai rungutan dan aduan yang diterima. Kakitangan dihantar berkursus untuk bagi memantapkan pemahaman tatacara dan prosedur kerja dan bidang tugas..dan saya percaya pihak Institusi Mahkamah sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dari masa ke masa dalam usaha untuk membantu pihak-pihak untuk mempercepatkan penyelesaian mereka.
boleh klik :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_34.htm
apapon masing-masing tidak kira baik mereka di Institusi Mahkamah, Pihak Peguam, dan juga orang-orang awam mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tidak semua mereka itu sempurna. Tuding menuding ke atas mana-mana pihak tidak menyelesaikan apa-apa masalah melainkan kita sama-sama berunding memikirkan solusi / mekanisme yang terbaik dalam menyelesaikan masalah dan kekurangan yang ada seterusnya mempraktiskan solusi itu bukan hanya ia tinggal di meja perundingan sahaja.
Setakat ini sahaja..sekian saja laporan saya - cik Aqeeda Mumtazah dari JAKESS hehe...
p/s : sebenarnya isu dah lama dibangkitkan sejak dahulu lagi....dari tahun ke tahun rungutan dan ketidak puashatian sentiasa ada sehingga lah hari ini...walauapapon sama-sama mencuba dan berusaha ke arah yang terbaik.. Berkaitan dengan isu sosial masyarakat hari ini yang mana budaya" kahwin cerai " yang semakin menular...hari2 ramai membina masjid dan hari2 juga byk masjid yang runtuh..saya belum mempunyai byk pengalaman dan juga masih kurang lagi ilmu maka tidak berani mengulas lanjut cuma kita boleh berpegang pada satu prinsip " Hidup ini umpama menyelesaikan masalah sehari-hari"...tidak kira apa cabaran , kesusahan dan masalah yang mendatang semuanya adalah terletak pada diri kita dan kebijaksanaan serta kebolehan kita dalam bagaimana kita untuk menanganinya dan mengatasinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan