Pertamanya..masalah sosial masyarakat melayu 'Islam' kita hari ni...
Kenapa saya fokus kepada orang Melayu?? sebab suasana di sekeliling saya adalah kebanyakan orang melayu..dan tempat institusi yang saya jalankan praktikal pon adalah Institusi orang-orang melayu..dan lambakan fail-fail kes yang diuruskan pon semuanya nama-nama orang melayu tidak mengira apa-apa status..huhu
Kita melihat dalam apa-apa situasi pertelingkahan dalam rumah tangga sama ada masalah kecil mahupun kronik..banyak pihak-pihak mengambil jalan-jalan penyelsaian dengan cara penceraian. Bagi mereka, penceraian/ divorce is the best way to settle out all the problems..hmm mungkin bagi kes-kes yang boleh dianggap sebagai 'crucial case' ..yg sgt2 terdesak..mungkin keadaan pasangan itu sgt membahayakan, penceraian boleh dikatakan sebagai satu jalan penyelesaian yang terbaik. Bagi yang bukan crucial case..isu-isu yang boleh dikatakan kecil ( sebagai contoh isteri buat air teh x sedap, jarang berada di rumah, suami nak kahwin lain, suami x bagi duit.. dan bla..bla..)yang dibesar2kan sehingga menjadi satu pertelingkahan yang besar dan akhirnya mengambil kaedah penceraian sebagai satu penyelesaian. Sikit-sikit nak bercerai..maka x hairanlah kes-kes nak bercerai ni semakin berlambak..sampai jadual sebutan/bicara untuk kalender 2011 pon dah siap di rekodkan walaupon kes-kes 2010 pon x ter 'settle' lagi.tahun 2010 pon x habis lagi..hehe
Seperkara lagi berdasarkan pengamatan dan hasil temu bual saya dengan mana-mana orang..secara random, Dua isu utama yang menjadi penyebab utama penceraian..iaitu masalah SEKSUALITI dan KEWANGAN..masalah SEKSUALITI merupakan masalah NO 1 yang paling tinggi yg menjadi penyebab utama penceraian..
Kenapa yer boleh jadi begitu?? apakah perkahwinan ini sebenarnya hanyalah untuk seks semata-mata?? Kenapa yer kalau si Isteri tu dah mampu melahirkan anak atau mampu mengadakan bilangan anak yang ramai..kenapa Si suami masih rasa bermasalah lagi?? apakah lagi kekurangannya?? apakah yang sebenarnya yang dikehendaki?? apakah ??/ Kenapakah?? ada orang cakap pada saya ( hish suka sgt dgr ckp org..hehe) " nak jaga suami ni yang paling penting hubungan kelamin dan perutnya bermaksud keperluan makannya..kalau salah satu x complete mmg tak ok..tu sebab suami tu nak poligami..."..apakah hubungan kelamin dan keperluan perut suami itu adalah tunjang utama???huhu kadang-kadang kita perlu merenung sejenak dan kembali pada asal..apa sebenarnya niat kita nak kahwin mula-mula dulu?? apa tujuan perkahwinan ini sebenarnya?? Apakah tujuan perkahwinan dalam Islam sebenarnya..selain melaksanakan fitrah insani..apakah tuntutan agama Islam sebenarnya?? apakah yang hak dan siapa yang berhak?? sebab dah kahwin dah gaduh-gaduh nanti akan timbul isu hak sana sini..
untuk masalah kewangan pula....hmm memang tidak dinafikan zaman sekarang semua nya perlukan wang..melangkah keluar dari rumah maka wang juga turut keluar sekali..memang duit itu tidak dapat membeli kebahagiaan dan ketenangan hati..tapi duit itu penting untuk melaksanakan tuntutan hidup kita seperti nak beli makan..nak ada kereta..nak pergi sekolah.. dan lain-lain..jadi tak ada duit dan kurang duit memang satu masalah juga.. Betul atau tidak?? Setuju atau tak??
Kedua..masalah kefahaman masyarakat dalam prosedur undang-undang..
Hmm tidak dinafikan..ramai dikalangan kita masih kurang faham tentang undang-undang ..masih x faham tentang prosedur undang-undang, prosedur di mahkamah...ramai kebanyakan tidak tahu dan tidak faham..bila x faham..macam-macam komplen dibuat, amukan dan kemarahan...mahkamah ni lambat la..banyak sangat la skema nya..dan lain-lain ada dikalangan mereka yang educated ( khususnya bagi mereka yang bukan aliran undang-undang) pon mempersoalkan prosedur di mahkamah dan ayat-ayat peruntukan dalam enakmen..mereka mentafsirkan dan menginterpretasikan peruntukan enakmen dan undang- undang menurut kefahaman sendiri..mengalahkan peguam dan pengamal undang-undang lagi..
Jadi persoalannya..bagaimana nak bagi kesedaran dan kefahaman mereka tentang undang-undang dan prosedur undang-undang?? sebab itu lah orang-orang bermasalah ini perlu melantik peguam untuk memudahkan pengurusan mereka..kalau tidak mampu mengupah peguam boleh minta bantuan kepada Biro Bantuan Guaman/ Persatuan Bantuan Guaman yang dikelolakan oleh Bar Council di setiap negeri-negeri..ataupun kita cadangkan supaya boleh masukkan subjek khas undang-undang keluarga dalam silibus pelajaran x perlu di 'exam'kan..ini bertujuan untuk memberi kefahaman, kesedaran undang-undang dan prosedur kepada masyarakat awam..ataupun kita boleh jadikan sistem pendidikan negara Filipina sebagai contoh iaitu semua pelajar2 di pengajian tinggi wajib mengambil ijazah undang-undang as a second degree...hahaha ( pecah kepala otak sumer orang..hehe ;p)
Ketiga..dah guna khidmat peguam.. tapi masih lambat lagi kes nak selesai?? Apa masalahnya???
Tidak dinafikan..peguam-peguam yang beramal yang mempunyai firma guaman mempunyai agenda bisnesnya yang tersendiri..mungkin dari satu sudut ada juga kelemahan -kelemahan terbit dari pihak peguam dan guaman sendiri..mungkin ada segelintir peguam yang memang betul -betul bermasalah..ada juga peguam yang betul-betul bagus..semasa saya praktikal di firma guaman..saya pernah bertanya pada peguam?? apakah kehebatan peguam menjadi ukuran utama untuk kemenangan/ penyelesaian sesuatu kes??
Begini..menurut kefahaman saya sebagai pelajar undang-undang...dalam undang-undang...there is no right or wrong..tiada apa-apa salah/jelik dan benar dalam undang-undang....even dalam jawapan peperiksaan subjek undang-undang kami..tidak ada salah atau betul..penentuan markah yang tinggi adalah sebanyak mana beban pembuktian dan cara argument kita untuk kita approve kan yang pihak tersebut benar-benar berhak dalam tuntutan mereka...kita kena yakinkan bahawa pihak itu patut dan wajar mendapat tuntutan tersebut/ atau patut di tuduh/ patut di tolak tuntutannya dan lain-lain...konsep-konsep ini sebenarnya telah diaplikasikan dalam amalan perundangan sendiri..kehebatan seseorang peguam bukan tertakluk kepada kepandaian nya bercakap dan memutar belit tetapi berapa banyak beban bukti yang dikeluarkan dan ditunjukkan jelas di mahkamah sehingga boleh meyakinkan Hakim untuk memberi hak kepada anak guam tersebut..Teringat kata bos saya dulu " Pliding is 90%..advocacy is 10%..therefore documentation is the most important rather than advocacy skills..although u good in speaking or debating...if the documentation is not complete..it's useless.." Apapun peranan peguam adalah untuk membantu hakim untuk menentukan keadilan dan hak..Hakim adalah pemutus dan pemberi keputusan. Jadi, tiada istilah menang dan kalah dalam perbicaraan..semua bergantung kepada beban buki yang betul-betul kuat dan yakin untuk mendapatkan hak. Tiada sesiapa hebat disini..yang perlu diperhebatkan adalah beban bukti dan lengkapnya pliding..itu saja..Ingat Hakim sebenarnya tidak berminat dengan cerita-cerita seperti story tale..apapon Hakim melihat kepada beban bukti..
Lagi satu.. segala tindakan peguam juga tertakluk pada undang-undang..setiap proses yang hendak dilakukan perlu meminta kebenaran dari Hakim..seperti ingin membuat pernyataan pembelaan..membuat gulungan hujah...perlu mendapat perkenan daripada Yang Arif..mungkin kita boleh katakan prosedur yang rigid juga boleh menjadi asbab kepada lambatnya penyelesaian sesuatu kes kerana setiap kes perlu melalui tiap-tiap satu prosedur dan tahap-tahapnya..atas persetujuan Hakim..
....akan bersambung ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan