google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Semua Orang Suka Cantik Semua Orang Suka Cantik

15 Februari 2010

Semua Orang Suka Cantik



Semua orang sukakan sesuatu yang cantik dan yang indah. Tidak kiralah manusia, barang atau lain-lain. Kita tidak boleh menafikan kerana ini suatu yang fitrah dan hakikat. Kalau kita beli barang di kedai misalnya, perkara yang pertama yang menarik pandangan mata adalah rupa zahir/luaran barangan itu. Samada elok ke tidak elok, cantik ke tidak hiasannya. Itu pada barangan.

Kalau berkaitan dengan manusia, kecantikan itu dilihat sesuatu yang subjektif. Lain mata memandang lain definisi kecantikan pada seseorang tersebut. Ada yang melihat kecantikan dari sudut wajah nya, ada yang melihat kecantikan dari sudut tatasusilanya, ada yang melihat kecantikan melalui cara dia berjalan atau bentuk badan dan lain-lain lagi. Kecantikan atau kejelitaan seseorang bergantung pada persepsi individu dan cara orang yang melihatnya.

Dalam konteks sekarang, tidak dinafikan orang lebih suka melihat sesuatu dari sudut luaran. Kerana luaran itu merupakan suatu 'first impression'. Wajah atau penampilan merupakan suatu aset utama. Ramai orang sanggup berhabis duit semata-mata untuk kelihatan cantik. Sesetengah orang yang obses tentang kecantikan juga sanggup buat apa sahaja untuk kelihatan cantik. Segala-galanya adalah kerana ingin cantik. Kerana apa nak cantik? sebab mungkin bagi sesetengah orang itu merupakan suatu kepuasan pada diri dan mungkin sebab ingin kelihatan cantik di mata orang atau supaya orang tengok dia nampak cantik, takut ditinggalkan kekasih/suami dan lain-lain lagi.

Dalam isu memilih pasangan, tidak dinafikan juga, rupa juga kadangkala memainkan peranan. Lain orang lain persepsi lain definisi tentang sesuatu kecantikan itu. Kadang-kadang kita tidak boleh nak menyalahkan seseorang itu, kalau seseorang itu memilih rupa sebagai asasnya. Bohonglah kalau dalam hati seseorang itu tidak menginginkan seseorang yang cantik ,yang kacak, yang begitu begini atau paling-paling pon yang sedap mata memandang. Masing-masing ada citarasa dan pilihan tersendiri. serta berhak menentukan pilihan mereka. Kita tidak berhak sebenarnya nak mengkritik, nak cakap orang ini' demand' lah, memilih lah ...banyak songellah , jual mahal la..dan lain-lain...

Bagi mereka yang telah dianugerahkan kecantikan semulajadi dan mempesonakan...bersyukurlah dan janganlah menyalahgunakan pada perkara yang tidak sepatutnya. Bagi yang merasakan diri mereka kurang cantik, janganlah rasa rendah diri dan berasa stress kerana diri kita masih banyak lagi kelebihan yang belum diterokai dan masih ada peluang untuk memperbaiki.

"Kecantikan adalah hak milik setiap insan"


Comment Aqeeda :


Aku, kalo bab pasal cantik-cantik nih sumtymes terasa gak... huhu.. terkenang la lg suatu ketika dulu.. adalah.. 5 tahun dahulu, pernah la seorg teman aku ni kritik muka aku..."Aqida muka ko sebijik la mcm rupa Betty..yang watak dlm cerita Betty La Fea tuh..." seharusnya ko kena tukar spect ko skit...cara pakaian ko patut tukar...kain-kain baju ko ni x best..cuba la tukar skit penampilan ko..ko ni x cantik sebenarnya( paham maksudnya itu adalah hodoh, muka aku ni x lawa kan..huhu)" masa tu aku maintain lagi menahan je..after kwn tu kuar je dr bilik aku..berembes la jugak air mata aku ni kuar..Tuhan ajelah yang tahu apa perasaan kalau wajah kita dikritik...rasa sedih..mcm rasa hina..yg mengkritik tu pon mmg seorang yang cantik dan rupawan...memiliki lelaki yang handsome dan berprestij...digilai dan diminati ramai.. nk compare ngan diri aku ni kan..mmg aku sentiasa sedar sape diri aku pon...x kisah la..
itu kisah 5 tahun dulu..kini aku dah semakin kuat..aku x kisahkan pape lagi dah ..yg penting kita jalani hidup dgn positif, mempunyai keyakinan diri, melangkah maju kehadapan, berubah ke arah lebih baik, menjadi seorang cemerlang,jaga diri dan jaga hati..kecantikan bermula dari dalam..hati yg bersih juga dpt melahirkan aura kecantikan semulajadi dan disenangi orang..apa gunanya muka cantik tapi hati busuk cam longkang/ memiliki akal kelas ke 10 kan..
hahahaha


1 ulasan:

Zuhairi Zainuddin berkata...

Salam aqeeda. :) Sila baca ulasan sy dlm blog ttg hal ini. Ada hadith ttg hal ini yg baik kite renungi. Wallahu a'lam.