google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Sup Ketam Penawar Demam Denggi Sup Ketam Penawar Demam Denggi

10 Jun 2009

Sup Ketam Penawar Demam Denggi


Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga penawarnya. Di dalam sebuah hadis juga, Rasulullah s.a.w. juga ada menyebut bahawa tiap-tiap penyakit itu ada penawarnyanya melainkan mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa penyakit demam denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini . Setakat ini, para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi.

Berdasarkan pengalaman saya baru-baru ini, saya dapati sup ketam sangat bagus dan mujarab untuk memulih demam denggi. Selepas saya mendapati tanda-tanda merah kemerahan pada badan saya, saya mengamalkan pemakanan sup ketam, tanda merah kemerahan pada badan saya cepat hilang pada keesokkan harinya. Sakit-sakit sendi dan tulang dialami selama 4 hari pon dah hilang. Ada kawan mak saya, anaknya dan abangnya menghidap demam denggi berdarah, mengamalkan sup ketam, Alhamdulillah kesannya menakjubkan!!

Berdasarkan fakta yang saya temui ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang mana ia dapat membantu membina semula platelet sel darah merah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes demam denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan pesakit dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Dengan mengamalkan menu sup ketam proses pemulihan pesakit berlaku begitu pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk mengembalikan tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Yang menariknya, apabila pesakit yang mengalami simptom awal demam denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.


sources

klinikummi.blogspot.com/.../sup-ketam-penawar-demam-denggi.html
-

Tiada ulasan: