google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Kembali mencoret.... Kembali mencoret....

24 Januari 2012

Kembali mencoret....



Assalamua'laikum....Sudah lama benar saya tidak mencoret apa-apa pengisian di taman  ini....selalu menjenguk tetapi ilham belum hadir untuk mencoret apa2 atau info2 yang berguna untuk dikongsi...adakalanya mood untuk berblogging semacam pudar....adakalanya menyala2..pernah berangan2 nak membuat gubahan...angan2 hanya tinggal angan2...waktu semakin pantas berlalu semakin menggigit semakin mencemburu...tugasan2 , amanah serta tanggungjawab semakin bercambah malah semakin bertambah...usia juga semakin meningkat banyak perkara harus diutama dan menjadi prioriti berbanding kerja2 yang remeh....


Cerita tentang diri....saya merupakan mahasiswa tahun akhir....baru sahaja selesai  menduduki peperiksaan..baru sahaja berlabuh setelah menghadapi suasana yang genting umpama ombak bergelora dilautan...peperiksaan bukan sekadar menguji minda bahkan menguji hati...menguji ketahanan diri..menguji iman...fizikal dan spritual..alhamdulillah bi..iznillah...Allah banyak memudahkan segalanya...selepas ini hanya meneruskan pengharapan tawakkal kepada-NYA..serta masih cuba untuk konsistensi dengan amal2 baik dan lain2...



Tahun 2011 telah selesai meninggalkan kita.....tahun 2012 ini sedang kita meniti hari2...Tidak terlewat untuk kita sentiasa bermuhasabah dan merenung diri.....kita kena tanya kepada diri kita ..apakah perubahan yang kita telah buat?? Apakah kelemahan kita?? Apakah kita sudah memperbaiki kelemahan kita?? Apakah sumbangan kita selama hayat kita?? Apakah matlamat kita? apa rancangan kita??Apakah tugasan serta tanggungjawab kita?? bagaimana hubungan kita dengan Allah?? Paling mulia ialah hari2 sebelum tidur kita maafkan semua orang dan maafkan diri juga..fikirkan apa yang kita nak buat pada hari esok...hari2 kita cuba buat perubahan...konsistensi dalam amalan serta tambahkan amalan....cuba kurangkan kesilapan2...cuba perbaiki kelemahan2...walaupun x mampu semua at least kita berjaya mendaki satu tahap pembaikan...hari2 ingat Allah...utamakan urusan Allah..insyaAllah Allah mudahkan hidup kita....hidup ini jangan dibayangi masa2 silam... masa2 yang lalu...masa2 lepas yang penuh kegagalan kekecewaan...masa2 lepas yang penuh kekurangan...kerana masa yang berlalu tak akan kembali....tak akan berputar.....yang datang akan pergi...yang wujud mungkin telah lenyap...yang akan datang harus dipersiapkan....marilah kita berfikir dan merancang dan jangan lupa memohon pertolongan dan pertunjuk daripada Allah...kita harus menuju masa depan..perlu memikirkan hari2 esok...


Tentang blog ini...saya kurang untuk bercerita tentang hal diri sendiri ....cerita2 diri orang..ia lebih baik jika kita berkongsi peringatan/tazkirah...info2 membina dan perkara2 yang positif...bila perkara2 berunsur positif lebih mendominasi  dari yang negatif akan menambah ketenangan hidup...kesihatan akal fikiran serta menambahkan pahala..tidak semestinya apabila kita ingin menulis perkara2 kebaikan kita perlu jadi baik atau nak tunjuk baik..bila kita tulis perkara2 ttg kebaikan..menyemarakkan suasana kebaikan dan positif..itulah suatu pendakian tahap untuk kita menuju ke arah kebaikan dan pembaikan..janganlah kita menjelik dan memandang enteng pada orang yang berkata2 tentang perkara2 kebaikan...tazkirah dan sebagainya...sepatutnya kita perlu bersama2 berganding bahu menyemarakkan suasana2 positif suasana2 kebaikan suasana2 soleh..kerana apa matlamat kita diakhir hayat kita?? iaitu Syurga ...inginkan Syurga Allah..perubahan dan usaha perlu dimulakan hari ini..bukan esok bukan lusa...jangan takut orang.....jangan takut tak ikhlas.....ikhlas akan hadir automatik kalau hati ni berkehendak..berkeinginan..dan tekad... ingat dan kasihani diri sendiri....kerana kita akan mati dan mati akan menjemput kita tanpa mengenal siapa kita dan tak tahu persediaan kita..wallhua'lam....


Pembebasan hidup yang sebenar bila kita bebas dari pujian dan pengiktarafan orang2 kepada kita...wassalamua'alaikum

Tiada ulasan: