google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Bacalah Kalamullah.. Bacalah Kalamullah..

20 Jun 2011

Bacalah Kalamullah..



"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
 
  
GANJARAN MENGHAFAL/ Membaca AL QURAN :


GANJARAN DI DUNIA

1.Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.”
(Riwayat Muslim)


3.Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)



4.Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



GANJARAN DI AKHIRAT



1.Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini.(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)



2.Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)



Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)



3.Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.



Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)


--akhir kata..marilah sama2 kita meluangkan masa ..mengisi masa2 lapang2 kita..membanyakkan amalan hidup kita..menambahkan amalan dengan membaca , menghafal dan mentadabbur Al-Quran...x kira lah apa bulan sekalipon samada rejab, syaaban mahupon ramadhan yg bakal mendatang..~~beramal lah kita sungguh2 pada hari ini seolah2 kita khuatir bahawa hari esok kita mungkin bakal mati..wallahua'lam..


6 ulasan:

NURisme Khalid berkata...

alQuran itu penawar segalanya......

mnhisyam berkata...

salam...
maaf ya...saya sangat teringin untuk meneruskan bacaan...tetapi...sakit mata kerana warna yang agak....maaf kerana menegur...just nk membaca bahan ilmiah...

Aqeedah Mumtazah berkata...

kepada mnhisyam :

Waa'alaikumussalam..terima kasih atas teguran dan kritikan..terima kasih kerana sudi ziarah dan baca blog ini..

memang saya ada perancangan ada nak ubah design blog ini tapi belum berkesempatan..

ada sesetengah artikel yg color tulisannya mmg ada sukar yg nak diubah..bhgn mana dan artikel yg menyakitkan mata tu sila inform nanti ada masa sy try ubah..

Apapon terima kasih kerana sudi singgah blog yg x seberapa ini..

sesiapa diluar sana yg membaca blog..didapati mana2 fakta dlm artikel2 blog ini yg bercanggah ke terdapat komen2..respon anda sgt dialu2kan terima kasih..

Hasdin berkata...

Page yang baik...info yang midah difahami....http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/keputusan-penuh-malaysia-vs-lubnan.html

teme abdullah berkata...

thanks saudari (btol kan?)
sy suka sngt baca post ni, at last jumpe post yg lengkap pasal ganjaran menghafal quran... semoga berjaya berdakwah :)

sy blogger baru :P
http://temetemerity.blogspot.com/2011/06/tukang-gunting.html

Aqeedah Mumtazah berkata...

terima kasih..sebnarnya ada lagi bebrapa hadith yg memberitahu tentang ganjaran bg sesiapa yg menghafaz dan membaca Al-Quran..apa yg sy taip nih sikit saje..