Assalamualaikum..Alhamdulillah kita masih lagi bersyukur kerana Allah masih mengurniakan nikmat hidup buat kita..Allah masih lagi sayang pada kita..masih mengurniakan masa pada kita agar kita berpeluang untuk menambah amalan dan memperbaiki kekurangan dan juga berpeluang untuk bertaubat...
Banyak ahli-ahli ilmu, sejarawan, penyair , ulama' dan lain-lain menekankan betapa pentingnya dan berharganya masa itu walau setiap minit...
Oleh itu marilah sama-sama hayati kata mereka tentang masa...
Al-Quran terlebih dahuku sudah memberi peringatan ttg masa iaitu disebut dlm surah Al-Asr :Al-’Asr 103: (1-3)
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.
Sesuatu tentang masa...
Sesuatu yang ditunggu pasti akan rasa lama...
Sesuatu yang ditahan dari terus berlalu seperti begerak dengan pantas meninggalkan...
Sempatkah merasa indahnya yang dinantikan
Masih bolehkah waktu diputarkan agar dapat berhenti di saat yang lalu...
Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)
Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa. (Charles Buxton)
Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)
Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe)
Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)
Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)
Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)
Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)
Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin)
Come what come may, Time and the hour runs through the
roughest day. ( Shakespeare)
Time is a great teacher, but unfortunately it kills all its pupils. ( Hector Berlioz)
“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,” demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir....
Bersedialah 5 perkara sebelum 5 perkara:-
1.Masa hidup sebelum mati
2.Masa sihat sebelum sakit
3.Masa muda sebelum tua
4.Masa kaya sebelum miskin
5.Masa senang sebelum susah
Semoga masa-masa yang kita lalui hari-hari..tiap2 ketika merupakan suatu yang bermanfat dan penuh kebaikan...ameen
p/s - repekan Aqeeda---> saya lebih merujuk kepada peringatan utk diri sendiri.
Dikala menitip usia kedewasaan..terasa masa begitu singkat..begitu cepat berlalu...hari-hari dirasakan begitu pantas..kita sukar nak katakan oh masa tunggulah aku..! huhu~~apakah ada perubahan? apakah ada peningkatan?
Meniti usia kini..rakan-rakan sebaya ramai telah bekerjaya..sibuk bekerja..ada telah menyambung ke tingkatan bidang pelajaran yg lebih tinggi...lebih maju ke fasa ke hadapan..di waktu -waktu sebegini ini mereka telah berjodoh telah pon sibuk mengurus rumah tangga...sibuk mendodoi anak-anak..menyiapkan keperluan suami..dan lain-lain
Sedangkan aku kini...di usia sebegini masih terkial-kial di meja study..masih tterkebil-kebil tekun menelaah dan menyiapkan amanah dan tugasan-tugasan di medan ilmu yang entah bila berkesudahan...
Oh Allah berkatilah daku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan