google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Mac 2011 Mac 2011

26 Mac 2011

Kisah Hidup Penuntut Ilmu

Alamak..jadual final exam dah keluar!!!..huhu~~ooooohhhh tidak!!  saya terus kecut !!..haha saya belum bersedia untuk menghadapinya..tugasan sedia ada pon ada x siap -siap..dari belas-belas tugasan akhirnya tinggal 5..siap 1 maka kini tinggal lagi  4..sometimes rasa serabut...rasa stress...rasa nak rehat..rasa nak cuti...rasa sedih..mcm2 campuran  perasaan huhu~~x merungut..tapi...bila terkenang ulama' dulu..bagaimana gigihnya mereka menuntut ilmu..sungguhnya mereka setiap saat mengingati Tuhan menjadikan mereka ini sangat cekal, kuat dan hebat...

Disini saya ingin menampal secebis kisah amalan penuntut ilmu agar menjadi penawar,  inspirasi dan tauladan buat diri sendiri dan semua..


Catatan Nota ini telah dikongsikan oleh seorang sahabat :

"Saya bawakan beberapa cerita menarik berkaitan perihal amal para ulama salaf yang harus kita contohi. Sungguh, ilmu tanpa amal tiada gunanya. Mari kita bermuhasabah bersama-sama.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyebut: "Seorang hamba harus memiliki waktu yang khusus bagi dirinya untuk berdoa, berzikir, solat, merenung, bermuhasabah dan memperbaiki keadaan hatinya". (Majmu' Fatawa, 10/637)

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani selalu solat malam dan solat  Dhuha, banyak berpuasa dan di akhir kehidupannya berpuasa sehari dan berbuka sehari (i.e. puasa selang sehari) dan beliau banyak membantu orang miskin. (Muqaddimah kitab Taqliq Al-Ta'liq)

Al-Khatib Al-Baghdadi berpesan: "Seorang penuntut ilmu secara khusus, harus memiliki wirid (dilakukan terus menerus) berupa solat, membaca Al-Quran, berdoa, mengkhususkan sehari dalam seminggu untuk berpuasa, satu saat dia bermuhasabah dirinya sebelum dihisab, sesaat dia menjumpai temannya yang memberitahukan aib dirinya dan dia membenarkannya, semua ini termasuk ibadah ruhiyyah" (Al-Faqih wa Al-Mutafaqqih, Khatib Al-Baghdadi)

Ibnu Jauzi menyebut tentang Ibnu Qudamah Al-Maqdisi: "Sesiapa saja yang melihat beliau seperti dia bertemu seorang sahabat. Seakan-akan ada cahaya yang keluar daripada wajahnya. Beliau banyak beribadah, membaca Al-Quran sab'an (4,5 juz) setiap hari". Ibnu Badran yang menulis biografi Ibnu Qudamah pula menyebut: "Beliau banyak beribadah dan selalu sibuk dengan ilmu dan fiqh". (Muqaddimah Raudat Al-Nadzir)

Ibnul Qayyim menukilkan suatu kisah tentang Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah: "Satu hari aku pergi menemui Sheikhul Islam setelah selesai solat subuh, beliau duduk berzikir kepada Allah hingga hampir pertengahan hari, kemudian beliau menoleh kepadaku dan berkata: "Ini sarapanku. Seandainya aku tidak makan sarapan ini, nescaya kekuatanku akan hilang". (Al-Qabil Al-Shayyib)

Ibnu Abi Mathar berkata: "Satu malam aku menginap di rumah Imam Ahmad, beliau membawakan aku air untuk berwudhu' (untuk solat malam). Setelah terbit fajar beliau menemuiku dan mendapati air masih tidak berusik. (Beliau mengetahui aku tertidur dan tidak bangun solat malam). Beliau berkata: "SubhanAllah! Seorang pelajar hadith tidak bangun malam?" Aku berkata: "Wahai Abu Abdillah, aku bermusafir." Beliau membalas: "Masyruq bin Ajda' pergi haji (bermusafir), namun beliau tidak pernah tidur kecuali dalam keadaan sujud". (Manaqib Imam Ahmad).

Demikianlah beberapa pesanan dan cerita yang dapat saya petik daripada buku karangan Sheikh Abul Qa'qa' Muhammad bin Shalih (lihat rujukan) yang membicarakan tentang keutamaan dan adab seorang penuntut ilmu.

Sahabat sekalian, minta tolong nasihati diri saya dan seterusnya nasihatilah diri kalian untuk kita sering beramal soleh di samping gigih mencari ilmu. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dalam mentaatiNya. Amin ya Rabb!
_______________________________________________
Rujukan: Kaifa Tatahammas li Thalabil 'ilm As-Syar'i (Sheikh Abul Qa'qa' Muhammad bin Salih)"
Credit to : Zuhairi Zainuddin.

Baca Selanjutnya......

Bicara Tentang Masa

 

 

Assalamualaikum..Alhamdulillah kita masih lagi bersyukur kerana Allah masih mengurniakan nikmat hidup buat kita..Allah masih lagi sayang pada kita..masih mengurniakan masa pada kita agar kita berpeluang untuk menambah amalan dan memperbaiki kekurangan dan juga berpeluang untuk bertaubat...

Banyak ahli-ahli ilmu, sejarawan, penyair , ulama' dan lain-lain menekankan betapa pentingnya dan berharganya masa itu walau setiap minit...

Oleh itu marilah sama-sama hayati kata mereka tentang masa...

 

Al-Quran terlebih dahuku sudah memberi peringatan ttg masa iaitu disebut dlm surah Al-Asr :Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan. 


Sesuatu tentang masa...

Sesuatu yang ditunggu pasti akan rasa lama...

Sesuatu yang ditahan dari terus berlalu seperti begerak dengan pantas meninggalkan...


Sempatkah merasa indahnya yang dinantikan

Masih bolehkah waktu diputarkan agar dapat berhenti di saat yang lalu...
Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)

Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa. (Charles Buxton)

Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)

Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe)

Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)

Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)

Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)

Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)

Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin)

Come what come may, Time and the hour runs through the
roughest day. ( Shakespeare)

Time is a great teacher, but unfortunately it kills all its pupils. ( Hector Berlioz)

“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,” demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir....
Bersedialah 5 perkara sebelum 5 perkara:-

1.Masa hidup sebelum mati

2.Masa sihat sebelum sakit

3.Masa muda sebelum tua

4.Masa kaya sebelum miskin

5.Masa senang sebelum susah



 Semoga masa-masa yang kita lalui hari-hari..tiap2 ketika merupakan suatu yang bermanfat dan penuh kebaikan...ameen




p/s - repekan Aqeeda---> saya lebih merujuk kepada peringatan utk diri sendiri.

Dikala menitip usia kedewasaan..terasa masa begitu singkat..begitu cepat berlalu...hari-hari dirasakan begitu pantas..kita sukar nak katakan oh masa tunggulah aku..! huhu~~apakah ada perubahan? apakah ada peningkatan?

Meniti usia kini..rakan-rakan sebaya ramai telah bekerjaya..sibuk bekerja..ada telah menyambung ke tingkatan bidang pelajaran yg lebih tinggi...lebih maju ke fasa ke hadapan..di waktu -waktu sebegini ini mereka telah berjodoh telah pon sibuk mengurus rumah tangga...sibuk mendodoi anak-anak..menyiapkan keperluan suami..dan lain-lain

Sedangkan aku kini...di usia sebegini masih terkial-kial di meja study..masih tterkebil-kebil tekun menelaah dan menyiapkan amanah dan  tugasan-tugasan di medan ilmu yang entah bila berkesudahan...

Oh Allah berkatilah daku...
 

Baca Selanjutnya......