google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Cerita Tentang Stress Cerita Tentang Stress

21 Oktober 2010

Cerita Tentang Stress



Memetik kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah dalam ceramah motivasinya..stress adalah suatu yang normal dalam kehidupan..orang yang tak pernah stress dalam hidupnya adalah abnormal..orang gila je kot tak stress hehehe..


Kalau kita merasakan hidup di dunia ni suatu yang sangat stress..belajar stress..tak ada duit stress..cari duit stress..orang buat hal stress..kereta rosak stress..barang hilang stress..segalanya stress..huhuhu
Kita kena ingat jugak hidup di alam kubur nanti lagila bertambah-tambah stress. Stress sebab apa? stress nak melayan dan nak menjawab soalan mungkar nangkir tuh.. tak termasuk kena dera lagi..tak kena gaya lagi ada penyiksaan2nya lagi ( kalau kena la..)..boleh rasa aman hormani ke?? nauzubillah minzalik..tambah-tambah lagi di Hari Pembalasan kelak..semua orang dok sibuk mundar mandir..mengigil2 dan berpeluh2 tubuh kita nak tunggu giliran untuk kita dihisab dan dihitung amalannya..penentuan ke syurga atau neraka..stress jugak tau kalo difikirkan atau dibayangkan..mudah-mudahan Allah menetapkan iman kita dan memberikan kekuatan dan pertunjuk dari-Nya untuk meneruskan hidup di atas landasanNya...

Cerita bab stress ni..saya juga tidak ketinggalan turut mengalaminya..bila kita stress ia memberikan kesan kepada mood kiter..dari mood gembira bertukar menjadi muram durja..dari byk cakap terus jadi pendiam..dari rasa cool terus rasa nak marah-marah je..itu kesan emosi..Selain itu, ia turut menjejaskan tahap kesihatan kita..adakalanya kita boleh sampai tahap jadi terlalu kurus sebab stress..tekanan perasaan kan..abyk memendam..dakalanya membawa kepada sakitnya dan peningnya kepala..lebih teruk lagi adalah migrain..dan lain-lain lagi boleh tanya kepada doktor..hehe

Bagi kita ..sebagai seorang muslim..pertama2nya apa yang kita perlu ingat dan buat? Iaitu kembali kepada Allah..ingat lah Allah..Percaya bahawa Allah lah sebaik2 penolong kita..Allah itu tempat kita bergantung dan tempat pengharapan kita. Hanya Allah lah sebaik-baik tempat pergantungan kita bukan Manusia.. Hanya Allah lah sebaik-baik Penolong kita bukan Manusia..mana-mana manusia tidak mampu merubah diri kita , memberikan yang terbaik dan memulihkan diri kita melainkan usaha dari diri sendiri dan kuasa Allah s.w.t. Maka, cuba lah rapati diri kita padaNya..bagaimana caranya?? melakukan amalan-amalan solat.( khususnya solat-solat sunat dan qiyamullail)...membaca Al-Quran..berdoa..bertaubat dan berzikir..beramallah dengan khusyuk dan sesungguh hati. InsyaAllah, ketenangan dan kedamaian pasti menjelma..

Seterusnya..proses luahan..luahlah perasaan anda...pelbagai methode yg boleh dilakukan utk proses luahan..carilah teman yang baik dan sesuai untuk menjadi pendengar setia dan boleh menyimpan rahsia anda..jika anda tiada teman baik...mungkin boleh luah melalui tulisan...tulis kat blog ke.. kat kertas2 ke..luahkan apa yg anda rasa ke dlmnya..dan lain-lain..mungkin anda boleh menyanyi.-nyanyi..sebagai suatu metode proses luahan ataupun bersajak..bersyair ke..mungkin dengan cara menangis ...ya menangis..itu mugkin boleh jadi pengubat ketika stresss..

Selain pada itu..bila kita rasa stress dan sgt2 tertekan..cuba ambil peluang untuk relaks dan tenangkan diri untuk seketika..keluar kan diri kita dari tempat yang kita dibelengu stress itu..adakalanya..kita perlu bersendirian seketika..perlu memencilkan diri seketika..membuat hal sendiri seketika...perlu menjauhi suasana 2 yang sibuk dan meriah bagi meredakan tekanan yang dialami..perlu mencari tempat-tempat atau suasana yang tenang utk menghilangkan tekanan

Seperkara utama..adalah hati. Hati umpama akar dan tapak utama dalam tubuh kita. Hati ini sangat penting. Cuba bersihkan dan sucikan hati itu. Jauhi segala prasangka-prasangka buruk dan prejudis. Cuba amalkan sikap untuk berlapang dada dan redha. Kalau rasa susah sgt2..mohon lah doa kepada Allah..doa agar hati kita ni bersih..bersihkanlah hati ku ni ya Allah...Hindarilah rasa resah gelisah..duka dan rawan...

Utama lagi..cara kita berfikir/ mind setting. Cara berfikir itu sangat penting. Cuba kita berfikir yang baik-baik sahaja. Fikirkan yang positif. Bayangkan yang indah-indah. Ubahlah cara pemikiran anda...akal cari jalan / idea bagaimana untuk motivasikan diri ketika sedang stress...

Akhir sekali adalah Sikap. Sikap itu yang membentuk tabiat, cara dan budaya hidup kita. Sikap itu sangat penting. sikap yang buruk perlu diubah dan ditinggalkan. Penghijrahan ke arah kemajuan dan kebaikan perlu ada dan disematkan dalam diri... Bagaimana kita mendisiplinkan diri kita?? bagaimana kita mengurus masa?? bagaimana kita mahu mengurus diri dan kerja?? bagaimana waktu rehat dan kerja kita?? Apa yang prioriti dalam kehidupan kita?? kadang2 kehidupan kita ini perlu ada rancangan dan jadual agar perjalanan hidup kita teratur dan menjadikan kita sentiasa berwaspada serta berhati-hati..

Itulah dia secebis onak dalam kehidupan ...Stress itu normal. dan natural..cuma terpulang pada kita bagaimana untuk tanganinya..bukan hanya berserah sahaja seterusnya menjebakkan dan membiarkan diri kita ke kancah yang tidak sihat..ke amalan yang merugikan seterusnya boleh menggelapkan masa depan kita..

Adakalanya kata hati boleh kita turutkan tapi tak semua ..berfikirlah sebelum bertindak..sayangilah diri anda..ingatlah orang tersayang..( sempena kempen jagalah kesihatan mental anda.. jgn stress-stress ok..hehe)

Saya menulis berdasarkan pengalaman..atas apa yang dialami..atas apa yang dibaca dan pernah didengar..saya bukan seorang Psychologist..Pakar Jiwa..Kaunselor dan lain-lain..menulis tanpa rujukan dan fakta..

Terima Kasih dan Sayang semua!!! hehe ;)..

2 ulasan:

Areyoudys berkata...

salam,
berminat membaca isi-isi entri yang berbentuk pengisian jiwa.sebut tentang stress, rata2nya kerana perihal niat. kerana disebabkan stress juga, saya secara tidak langsung berada dalam blog ini. syukran.barakAllah.. :)

Aqeeda Mumtazah berkata...

Syukran..semoga sama2 dapat manfaat serta Rahmat dari-Nya