google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Iklan Raya kontroversi 2010 Iklan Raya kontroversi 2010

08 September 2010

Iklan Raya kontroversi 2010


( copy paste melalui e-mail)

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

taken from Yusrizan Usop

boleh lihat video ini




KUALA LUMPUR 6 Sept - Desakan kuat dan tegas daripada banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat akhirnya memaksa, stesen televisyen swasta berkaitan Umno, TV3 menarik balik iklan kontroversi Aidilfitri itu semalam yang yang telah disiarkan sejak beberapa hari lalu.

TV3 melalui Buletin Utama pukul 8 malam tadi juga memohon maaf berhubung iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam negara ini.

Iklan kontroversi itu didakwa membawa unsur keagamaan Kristian, Hindu dan Buddha dalam perayaan Aidilfitri dengan memasukkan elemen seperti menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Iklan itu juga dikritik hebat kerana didakwa boleh mengeliru dan menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Selain itu iklan terbitan TV3 itu mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mendakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Kesimpulannya..

1) x salah dan bagus nak berkreativiti tapi perlu jaga sensitiviti kaum dan agama di negara ini..jgn terlalu fikir nak kaut untung je sampai ketepikan soal agama, sentimen kaum, prejudis dan lain2...akibatnya berisiko tinggi..sesama kaum boleh bergaduh sbb berlainan fahaman dan pegangan..

2)kebanyakan yg menonton adalah org2 muda dan kanak2 melayu..ini boleh menyesatkan pegangan iktiqad mereka..dah la jumlah umat islam murtad semakin bertambah dan byk..org muslim yg masih x faham agama pon mmg ramai.. maka siapa harus dipersalahkan? bagaimana nak dikekang?

3)Konsep 1 malaysia, kerajaan kena jelaskan apakah sebenarnya 1 malaysia itu..dikhuatiri menjadi salah faham dikalangan rakyat.. apakah satu malaysia itu satu agama? satu bangsa? jgn sampai besok org islam boleh solat kat gereja boleh duduk sujud kat kuil buddha..org kristian pulak bole beribadat kat masjid pula ke? haru biru lagi negara kita..

4) Tetapi kita lihat sejak kerajaan mewar2kan Satu Malaysia..byk kontroversi yg timbul..antaranya isu kalimah Allah sampai mengakibat kekecohan..baling najis kat surau la, cubaan bakar gereja..kalau lain2 isu seperti hak sama rata antara kaum...mempersoalkan Perkara 153 perlembagaan persekutuan...

5) Apakah tindakan pihak berkuasa? Apakah peranan kementerian penerangan malaysia?apakah peranan JAKIM?

6) Seharusnya Media Malaysia perlu mematuhi garis panduan dalam penyebaran iklan di seluruh stesen tv malaysia..tindakan undang-undang wajar dikenakan kerana melibatkan sensitiviti kaum..

*nak baca tambahan lagi sila klik...

1 ulasan:

MU'ALLIMAH berkata...

assalamu'alaikum aqeeda :)

camat ari raye..datang ni nak beraye..nak kueh raye :D

entry yg baguss !! ~