google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Euthanasia.. Euthanasia..

29 Mei 2010

Euthanasia..


Baru-baru ini seorang sahabat telah ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan dia koma. Doktor membuat keputusan jika dalam masa sehari dia tidak sedarkan diri, doktor akan tanggal alat pernafasannya. Mungkin bagi doktor itu..kematian adalah lebih baik baginya..maka seluruh kawan2 shabat handainya berdoa agar nyawa dia dapat diselamatkan dan dpt sedar dari koma..Maka Alhamdulillah..berkat doa ibu bapanya dan seluruh taulan dan rakan-rakan..beliau akhirnya dapat membuka mata dan masih boleh bernafas lagi... Baiklah, sekarang isu yg ingin dikupas..apakah hukum bg seorang doktor bertindak menanggalkan alat pernafasan seorang pesakit itu dalam keadaan pesakit itu belum diyakini/ disahkan sama ada dia telah betul-betul meninggal atau tidak? Kes ini boleh dikategorikan sebagai euthanasia atau mercy killing. didalam bahasa arab..istilahnya adalah qatlurrahmah..


Haram membunuh tanpa hak.

Berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan adalah seumpama dengan membunuh diri. Membunuh. diri bermakna telah melawan kehendak dan takdir Allah dan merampas hak hidup seseorang..kerana tiap2 org berhak menikmati hidup..

" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil harta orang lain dengan cara tidak benar. Kalian diperbolehkan melakukan perniagaan yang berlaku secara suka sama suka. Jangan menjerumuskan diri kalian dengan melanggar perintah-perintah Allah. Jangan pula kalian membunuh orang lain, sebab kalian semua berasal dari satu nafs. Allah selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian. " (QS. Al Baqarah : 195)

Tugas seorang doktor adalah membantu pesakit dalam perkara kebaikan. Membantu mempercepatkan kematian tidak mendatangkan kematian. Penyembuhan bagi sesuatu penyakit adalah tertakluk kepada kuasa dan kehendak Allah s.w.t. Walaubagaimanapun, doktor dan pesakit adalah digalakkan berusaha dalam mendapatkan rawatan terbaik bagi menyembuhkan sakit. Seseorg itu tidak boleh berputus asa dengan rahmat Allah.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Hal ini telah disepakati oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 18 yang bersidang pada 10-11 Jun 1997...dan juga Mesyuarat Fiqhul islami Ke 7 yang diadakan di Jeddah...

Tiada ulasan: