google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Ancaman Bahaya Fluorida! Ancaman Bahaya Fluorida!

26 Mei 2009

Ancaman Bahaya Fluorida!




Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai 'sodium monofluorophosphate' (smlp) atau 'sodium fluoride' dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan CAP ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik?

Pada tahun 1997 satu tinjauan telah dijalankan oleh syarikat pengeluar ubat gigi dan Persatuan Gigi Amerika Syarikat, telah mendapati, purata mereka yg memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida kira-kira 1 gram berdasarkan sukatan yang disarankan, seseorg itu telah didapati, telah menelan 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi

Apa itu fluorida?

Sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri racun serangga untuk hapuskan semut dan lipas. Ia seperti sianida iaitu racun yang tersembunyi bertoksid dan mampu berkumpul walau sedikit ditelan.


Kesan pengambilan Fluorida:

- Kematian- Kanser- Ruam Kulit - Luka Kanser- Kelunturan Warna Gigi- Masalah Gastrik- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang- Keracunan Saraf- Kanser Tulang- Keretakan Tulang- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak - Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit .

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

MENGAPA KITA TIDAK PERLU FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

Kes Mahkamah

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Ia merupakan kes pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

Sumber:





3 ulasan:

Zuhairi Zainuddin berkata...

Assalamua'laikum.

Artikel yg menarik. Saya tak tahu plak ada proses pengfluoridaan dalam air paip kita?

Saya pernah juge terbace pasal isu fluorida ni. Ada yg kata bagus, dan ada yg kata bahaya. So mmg khilaf la dikalangan saintis :)

Ada yg kata usaha pengfluoridaan ni ada agenda teori konspirasi yg tersorok. Tp ini hanyalah teori shj.

Wassalam.

Aqeedah Mumtazah berkata...

Wassalam..sy sebenarnya baru je tahu pasal ancaman bahaya fluorida ini.Tak tahu la pulak ada konspirasi ke propaganda ke

Selama ini tgk iklan ubat gigi kat TV
" Gunalah Ubat Gigi Berfluorida.."

rupa2nya bila terbaca kat mana2, fluorida ada kesan negatif pada kesihatan.. dulu2 masa kecik2 suka telan ubat gigi colgate..mujurlah umur masih pjg sekarang hehe..

Demi SiKici berkata...

Saya selalu baca/tengok video pasal flourida dlm konspirasi teori. Saya percaya 100%. Fluorida digunakan utk kurangkan tahap kesuburan, salah satu method population control la kiranya. Tp bukan tu sj, dia ada byk bahaya lain jugak antaranya turunkan tahap iq & buat org jadi liat/lembab/ x agresif. Awal2 dulu, fluorida mmg dimasukkan ke dlm air kat penjara US sbg cara utk control banduan2: flourida bagi kesan penenang & less agresif & xpandai/lembab berfikir utk escape/ memberontak dll. Ada org pernah share label paket fluorida yg dimasukkan ke air paip ni. Terang2 tulis bahaya & ada gambar tengkorak.