Pada akhir zaman ini, ramai orang keliru apa yang patut, tak patut, sepatutnya dan tak sepatutnya.. ..seringkali masyarakat menilai perkara ini pada apa yang masyarakat lain biasa buat, bukan pada apa yang Rasulullah saw dan generasi sahabat buat.Banyak contohnya yang berlaku dalam realiti masyarakat. sama2 kita renungkan.
Misalnya, masyarakat biasanya pelik melihat suami isteri yang dah beranak pinak berjalan berpimpinan tangan kerana hal itu semakin asing dalam realiti masyarakat. Jika seseorang itu intim ketika sebelum walimah atau ketika hari walimah, fenomena tu biasa dalam masyarakat. Tapi jika keintiman dan kemesraan tu berlanjutan selepas bertahun-tahun walimah, fenomena tu agak luar biasa dalam realiti masyarakat. Bagaimana sepatutnya?
Rasulullah saw menunjukkan ‘qudwah’ dalam semua aspek kehidupan. Baginda merupakan seorang suami yang sangat romantik dan tak segan silu menunjukkan ‘qudwah’ romantik itu di hadapan sahabatnya dengan tidak berlebih-lebihan. Pernah suatu ketika, salah seorang isterinya ingin menaiki pelana unta. Baginda saw menyiapkan dulu pelana itu agar berada dalam keadaan baik kemudian merebahkan pahanya yang mulia untuk dipijak oleh isterinya itu kemudian Baginda menolak punggung isterinya dengan penuh lembut dan kasih sayang.
Aisyah ra pula menceritakan bagaimana indahnya hidup bersama Rasulullah. Beliau diberi panggilan manja iaitu ‘Humaira’. Tiapkali Rasulullah saw ingin minum air di rumah Aisyah ra, Baginda akan menyuruh Aisyah ra minum terlebih dahulu kemudian Baginda akan bertanya di mana tempat Aisyah meletakkan bibirnya supaya Baginda dapat minum dari tempat itu juga. Alangkah bahagianya Aisyah ra dimuliakan suami sebegitu rupa. Pernah mereka mengigit seketul daging bersama-sama hingga membuatkan bibir mereka bertemu.
Sebagai wanita, persiapkanlah diri untuk menjadi RATU HARI2 bagi seorang suami, bukannya RATU SEHARI pada hari walimah sahaja. Ratu yang dimaksudkan bukan tertumpu pada soal menjaga kecantikan untuk suami sahaja tetapi merangkumi semua aspek terutamanya akhlak dan keperibadian agar terpandang indah BAK RATU di mata suami. Pengantin 4-eva.
Orang yang melalui proses seperti kita perlu memberi ‘mesej’ pada masyarakat bahawa kita bukan generasi yang bercinta sebelum kahwin kerana ia tidak syara’. Malah, kita takut dan gentar untuk mendekati cinta sebelum kahwin itu. Mesej itu perlu disampaikan dengan ‘keperibadian’ bukan lisan dan tulisan semata-mata. Mudah-mudahan, akan terbentuk nanti sebuah generasi yang berkat.
Orang yang bercinta sebelum kahwin takkan merasai keberkatan rumhtangga kerana Allah akan membalasnya di dunia lagi dengan kejemuan, buruk sangka, banyak perselisihan dsb.Lebih buruk lagi balasan menanti di akhirat. Namun, andai ada di kalangan kita yang sudah terlajak dalam bab ini, ingatlah kasih sayang dan keampunan Allah sentiasa terbuka luas untuk kita. Kita tak pernah terlambat untuk mulakan hidup baru biarpun sudah walimah dengan si dia melalui jalan2 yang tak syaro’.
Kita juga perlu memberi ‘mesej’ kepada masyarakat bahawa orang yang baru mengenal keperibadian pasangan selepas walimah juga ‘mampu’ hidup lebih harmoni daripada orang yang dah bertahun2 bercinta, mencontohi keluarga Rasullah saw. Inilah indahnya ‘keberkatan’ .
Kemesraan pasangan baitul dakwah (dengan tidak berlebih-lebihan) adalah contoh dan qudwah buat masyarakat. Buktikanlah walaupun tak pernah bercinta sebelum kahwin, mereka tetap dapat memiliki ‘cinta’ itu dengan jalan yang lebih mulia dan kekal. Mesej penting itu perlu kita buktikan dengan keperibadian dengan tidak berlebih-lebihan.
Bagi sahibah yang belum walimah, persiapan ke arah itu perlu bermula dari sekarang. Dari mana? daripada perlaksanaan syiar keramat itu, aslih nafsaka wad’u ghoiroka. Sama-sama usaha menjadi baik, insyallah akan dapat yang ‘baik dan terbaik untuk kita’ dengan pengetahuan Allah swt, walau bagaimana buruk sekalipun keadaan insan yang dijanjikan tu. Yakinlah, itulah yang TERBAIK untuk kita. Kalau kita dah jaga syariat, usah risau dapat siapa sahaja kerana Allah pasti takkan menganiya kita. sebaLiknya DIA tahu, dengan memberi ‘insan ini’, kita mungkin akan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dengan limpahan pahala sabar dsb. Allah maha mengetahui. siqohlah pada-Nya, pada taqdir-Nya. Itulah yang TERBAIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan