google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~: Januari 2014 Januari 2014

16 Januari 2014

Ceritera 2014




Salammualaik

Syukur ke hadrat Allah Al-Aziz kerana masih mengurniakan nikmat, rezeki kepada kita..selawat dan salam  terhadap junjungan besar nabi Muhammad S.A.W....


Sejak masuk 2013 sehingga 2014 dan bakal masuk tahun-tahun akan datang...Masya Allah sangat amazing apa yang Allah aturkan perjalanan hidup ku...Allah tak beri apa yang aku nak...tapi Allah beri apa yang sesuai..apa yang terbaik dan apa yang perlu untuk aku...jika atas asbab ni akan membawa ku ke syurga..sesungguhnya Aku redha....

Sudah lama tidak menaip dalam laman sesawang ni yang semakin bersawang-sawang..kerana banyak lagi tugas hakiki yang lebih awla..Sesungguhnya hari-hari aku belajar menimba ilmu dari pengalaman ..pemerhatian dan rasa...

Jika kita membanding hidup kita dan diri kita dengan hidup dan orang lain ..kita takkan pernah rasa puas malah mudah dihinggapi penyakit hati yang akhirnya makan hati serta menjerumuskan kepada dosa..lebih baik kita lebih berusaha lebih memajukan diri kita serta membanyakkan amal ibadah..sebagai persediaan untuk akhirat..


Sesungguhnya meniti hidup sehari-hari ini merupakan tarbiyyah..diri kita dna hidup kita x sama dengan orang lain dan itulah keunikan dan variasi

Mudahan Allah permudahkan urusan hidup tahun ini...ameen...Mudahan Allah memberkati setiap bakti dan keringat yang dicurahkan dan diusahakan..

Ya Allah sesungguhya aku bersyukur atas apa yang telah aku jalani..yang byk memberikan variasi dan inspirasi...eh..eh sepatutnya aku kena karang pernyataan profesional aku..bukan mengarang banyak2 disini hehehe..

Terpaksa berhenti kerana byk lagi tugas penting yang perlu disiapkan...Ma'as Ssalamah ilal Liqa'




Baca Selanjutnya......