29 Oktober 2012
Berkaitan dengan Jemputan..
Hukum
menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis
yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)
Pendapat
yang menjelaskan wajibnya menghadiri undangan walimah juga turut
dijelaskan oleh Ibnu ‘Abdil Barr, imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Ibnu
Hazm, Imam an-Nawawi, dan pendapat inilah yang telah menjadi kesepakatan
para ulama.
-http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2009/05/walimatul-urus-di-antara-sunnah-dan.html-
____________________________________________________________
Alhamdulillah puji
dan puja selayaknya kepada Allah yang banyak mengurniakan nikmat kepada
kita, nikmat yang sebenarnya tidak terhitung oleh kita...mmg sebagai
manusia kita selalu kerap atau sentiasa merasakan tidak berpuas hati,
tidak cukup serba serbi, rasa kurang serba serbi..sering
banding-membandingkan dengan sesuatu yg lebih dari kita..tapi kalau kita
mengamalkan sikap bersyukur sebenarnya jiwa itu lebih tenang... apa yg
Allah susunkan aturan hidup kita ini adalah terbaik dan mengandungi
hikmah agar kita mengambil pelajaran membanyakkan usaha dan menggantung
pengharapan kepada-Nya...
Semenjak
kebelakangan ini saya akui saya sudah mulai kurang untuk berblogging,
bukan tidak ingin utk membuat perkongsian..tapi saya kini lebih tertumpu
dan memfokuskan kepada usaha untuk memperbanyakkan bacaan tentang hal
ehwal semasa dan lain2..bukan asbab nak dpt temuduga ke apa tapi lebih
dari itu, walaupun dah habis belajar tapi proses menuntut ilmu dan
mengamalkan ilmu serta menyebarkannya mmg tidak boleh
berhenti..seperkara lagi saya juga mahu mengisi masa lapang dengan lebih
berfaedah....
Saya mengakui dan
sedar diri melayari internet terlalu lama jika tiada matlamat hala tuju
betul2, adakalanya membuang masa dan tenaga...tak kena gaya boleh
mendatangkan dosa, dari sudut lain,iaitu kesihatan mata terjejas, tahap kerabunan saya semakin
bertambah..saya akui ditambah lagi approval oleh pakar mata bahawa
puncanya ialah mengadap screen lama2..mmg masa2 sebelum ni terutama masa
belajar buat assigmn dan lain2 tugasan/masa2 senggang sy byk kali
mengadap laptop screen, pada masa sekarang ini, saya berusaha
kurangkannya, saya masih melayari internet lebih tertumpu proses
pembacaan perkara2 penting, melihat email dan berkaitan dgn urusan2 spt
konvokesyen, pembayaran dan lain2..kalau layari fb pon hanya seketika
saja hanya krn melihat update info2 diruangan batch coursemates..dan di
waktu kebanyakan hal ehwal org2/kwn2 di fb saya jarang ambil tahu..mmg
saya x ada rasa / kurang berminat nak klik nama org2 satu persatu untuk
mengintai apa yg mrk buat, apa perkembangan, dah berapa org anak cucu
ke, dah kahwin ke tak kahwin, melainkan ada sesetengah kawan yg masih
ingat chat/pm msg saya masa tu barulah tahu apa khabar dan perkembangan
kawan itu..atau jika saya berhajat akan sesuatu maklumat barulah saya
search kawan tersebut...
Jadi begitulah
perihalnya....jadi apakah kaitan dengan ayat para pertama yg awal2
diatas?.....disini saya nak meluahkan dan merangkap sejuta penghargaan
dan ucapan ribuan terima kasih kepada teman2 yg masih mengingati saya
terutama teman2 yg menjemput saya utk menghadiri walimah / kenduri/
majlis/apa2 aktiviti/program yg dianjurkan mereka...terima kasih
byk2...saya sebenarnya berusaha untuk menghadirinya jika tiada aral
melintang....dan saya tak berani utk memberi janji yg pasti tapi apa yg
mampu saya ucapkan adalah InsyaAllah saja....dan sentiasa utk mendoakan
yg baik2 utk semua....
Pernah saya menemui
dan mendengar cerita2 ada segelintir kalangan kita sgt bagus sikapnya,
asal dpt jemputan tak kira jauh ke dekat, utara ke selatan, timur ke
barat, kawan baik ke kawan x baik, kawan rapat ke tak rapat, sedara jauh
ke sedara dekat, segelintir mereka ini tegar dan sgt berusaha
menghadirinya dan berjaya menghadirinya....MasyaAllah sangat bagus
sekali, mulia betul akhlaknya, betul2 menepati saranan sunnah,saya yg
begitu naifnya sgt kagum, ini suatu tanggungjawab sosial yg positif dan
elok...mengeratkan ukhuwah, memupuk persaudaraan dan perpaduan serta
memberikan sokongan padu..hidup suasana dalam jama'ah seharusnya
begitu...saya sendiri akui yg saya sbny sgt lemah dlm perkara ini..
Pernah saya
dikhabarkan kisah, ada seorg hamba Allah ini begitu aktif menjalankan
tanggungjawab sosialnya iaitu menghadiri jemputan kemana2 saja (jemputan yg syarie bukan yg maksiat) asal dia
dijemput pasti dihadirinya tak kira masa...mmg bagus..dan yg begitu
takjubnya sewaktu diakhir hayatnya yakni diwaktu kematiannya, jenazahnya
disembahyangkan oleh ramai sgt org, ramai org berpusu2 menziarahinya dan
menyembahyangkannya bersilih ganti.....MasyaAllah itulah hikmah dan balasan baik disebalik amalan yg baik
dan istiqamah itu tadi....
Saya sebenarnya
berasa cemburu bila melihat org2 beramal baik ini...tapi saya akur dgn
kemampuan saya ....saya mmg agak susah nak memenuhi jemputan...kadang2 ada
saja aral nya.....adakalanya diuji dan teruji...bukan tak pernah menghadiri
langsung..tapi byknya begitulah......pernah sy dpt undangan jemputan teman
dari Selayang, boleh dikatakan jemputan teman rapat tu, malangnya saya x dpt
menghadirinya, waktu itu mmg cuaca kawasan rumah saya sgt gelap, kilat
sabung menyabung, hujan sgt lebat, ayah saya melarang keluar rumah krn
bahaya katanya maklumlah hujan sgt lebat boleh mengganggu proses
perjalanan pemanduan...dan juga hal2 lain.....semuanya bukanlah rasa
kesengajaan...kadang2 kita ada tanggungjawab lain, kdg2 terpaksa
mengutamakan hal lain yg lbh afdhal drpd jemputan dan sebagainya..mmg
saya x nafikan ada kalangan kawan2 yg berkecil hati dgn saya.....sy mohon
byk2 kemaafan...terima kasih atas ingatan..
Sekiranya diwaktu
saya nanti ada rezeki saya mengadakan majlis ke walimah ke..saya
insyaAllah tak akan berkecil hati kalau ada teman2 x dpt
menghadirinya....yg penting bila kita jemput org kita rasa ikhlas, kita
dtg jemputan org pun kita rasa ikhlas dan mendoakan kebaikan org
itu..insyaAllah...mudah2mudahan Allah s.w.t memurahkan rezeki kita
semua..memudahkan urusan kita semua ameen...
Wassalam....
Catatan
Aqeedah Mumtazah
Menu
Dari Hati Aqeeda,
Penghargaan,
Perhubungan/Pertalian
dinukil pada hari
Isnin, Oktober 29, 2012
0
Komentar
Langgan:
Catatan (Atom)