google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~ ~SILLHOUTTE~

19 Januari 2013

Jaulah ila Sabah

Bot ke Pulau Manukan

Pulau Manukan

Pulau Mamatik

Pulau Sapi

Pulau Sapi

Pulau Mamatik

Bot ke Pulau2

Jesselton Point




Assalamualaikum..Sollatu 'alan Nabiyullah...selawat2 lah ke atas nabi kita..alang2 nak dekat maulidurrasul ni...seterusnya meraih syafaat junjungan nabi kita s.a.w...

Baiklah..pada 15/12/2012 yang lalu...saya dan adik melancong ke Sabah...alhamdulillah selamat tiba dan menetap di Sabah..seusai saja di KK , kami terus ke tempat penginapan murah selepas booking awal2 sebelum pergi...

Selama jaulah wa ziarah di KK , kami sempat round sekitar bandar KK sajelah..menikmati makanan ikan bakar disebelah malam..melawat pasar malam..gerai2 jual koleksi barang2 mutiara bagai...merasai minuman cendol/ABC yang sedap, pergi tgk matahari terbenam dekat2 dengan laut/jeti...pergi pulau2...pergi melawat Centre Point..AsiaCity...JesseltonPoint dengan menaiki bas hanya tambang RM 1... yang segalanya semua dengan berjalan kaki....mmg lah penat...tapi seronok walau tempohnya sgt  singkat...

Malangnya..saya x sempat nak  bawa Camera....so x dapatlah nak bergambar2 sakan...apapun komen saya tentang Sabah..ya tidak dinafikan sabah mmg kaya dengan alam semulajadi yang cantik, air lautnya sangat jernih sampai kita boleh lihat sendiri ikan2 berenang di dalamnya...kalau snorkelling lagilah tambah best ..tapi x sempat nak buat aktiviti2 semua tuh..mungkin lain kali insyaAllah....makanya saya upload lah pic2 dari Mr Google....dan sampai hari ini Sabah mmg cantik...air nya masih jernih masih crystal clear....Subahanallah!

Target dan impian seterusnya....harap2 diperkenankan....saya ingin sekali  melawat daerah Ranau, Kundasang ( nak pergi naik Gunung  Kinabalu hehe), dan Pulau Labuan...hahaha kalau diberi kesempatan masa, ada teman dan diizin Allah ya..teringin juga nak pergi lawat Taman Negara Sabah / Tempat Hutan Simpan Orang Utan di Sepilok Sabah..hahaha tak tahu la belah mana area Sepilok tuh ye....saya sbny sgt gemar nak membuat educational visit tapi tak ingin nak menetap dan tinggal lama2 ok! hehehe

Prince William dan Kate Middleton pon suka nak melawat Sabah .... datang2 Sabah terus menuju ke Hutan Simpan...jadi jelas lah disini bahawa Sabah ini suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi sebenarnya....


Ok ..sekian Wassalam...

p/s : Actually, the place of Sabah and Sabah is not under my wishlist..i never think about Sabah....i never wish to be there or to live there....i'm always think another else...untill now i'm still searching what is the hikmah...what is the reason..why Allah put me there, why Allah choose me....why i can decide like that..why, what, how and .......Allah is the most powerfill and mercifull..we can only  plan and Allah decide what is the best...i'm always pray and hope the best come from Allah...

Baca Selanjutnya......

12 Disember 2012

Sanah Helwah Ya Ukhti Soghir..




Bismillah....

Tanggal tarikh 11 Disember merupakan kelahiran saudara kandung darah daging saya hehehe
Semoga Allah memberkati usia dan hidupnya
Semoga Allah merahmati dan sentiasa tetap dirinya dalam iman dan islam
Semoga Allah memeliharanya dan melindunginya...
Semoga Allah memurahkan rezekinya dan menganugerahkan kejayaan buatnya


p/s : Kilat telah sabung menyabung...terhenti setakat ini...semoga hijrah saya akan tiba nanti dipermudahkan oleh Allah kelak ameen..

: Hijrah ini yg bakal membawa sekeping hati yg tabah, membawa harapan, memikul amanah, dan bakal sentiasa meletak pergantungan penuh kepada Tuhan...semoga Hijrah ini dapat meninggalkan semua kenangan, masa silam, duka nestapa, dosa dan noda2 dahulu dan membuka suatu kembara,  lembaran kitab , rencana, kisah dan memori yg baharu...

Baca Selanjutnya......

11 Disember 2012

Hijrah.....

Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
 _________________________________________________________


Bismillah....
Masih tak mengerti apakah hikmah yang Allah tuliskan untuk diari hidup ku....
Khabar yang diterima adalah secara mendadak dan detik2 yang dilalui adalah begitu pantas dan semakin pantas sekali......
Setiap penghijrahan itu adalah akan mendatangkan rezeki yang baru......
Penghijrahan merupakan tarbiyah sbgmn Sirah jujungan nabi kita....
Penghijrahan itu akan membawa kemajuan InsyaAllah...

Apapun ia bergantung kepada diri kita sendiri dan cara pemikiran dan pengendalian diri
Semoga Hijrah ini dapat mengubah diri ke arah yg terbaik
Semoga Hijrah ini dpt mengenalku tinggi rendahnya langit
Semoga Hijrah ini dpt memberi ketenangan hati
Semoga Hijrah ini Direstui
Semoga Hijrah ini Diredhai
Semoga Hijrah ini memperoleh Kebaikan dari-Nya


p/s : Perkara ini biasa dan normal...mana2 orang dah biasa lalui...

Baca Selanjutnya......

06 Disember 2012

Kisah Mimpi

http://ingaza.wordpress.com/page/5/


Bismillah

Syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat hidup, nikmat sihat..semoga hari2 saya ikhlas dlm menjalani kehidupan kerana-Nya

Secara saya pantas saya ingin sekali mencoretkan mimpi yg saya alami baru2 ini..saya sebenarnya sangatlah jarang bermimpi atau mendapat apa2 mimpi2..selalu tidur mati saje hahahaha dan terjaga dgn sendiri ( mungkin ada bermimpi tapi bila celik mata bangun tidur dah lupa terus hehehehe..kata orang2 siapa yg selalu mendapat2 mimpi2 nih umpama dia mendapat pertunjuk dan gambaran dari  Allah ..dan itu melambangkan org itu bersih hatinya...saya ni jarang mendapat apa2 pertunjuk mungkin hati saya ni masih kotor dan busuk lagi ni hehehe;D

Mimpi :

Selama 15 minit saje..pada jam 3.30 am..sebetulnya saya mmg dah set nak bgn sepertiga malam....sbb nak buat suatu kerja... dah terjaga tgk jam kat h/p.....rasa terlalu awal sgt nak bgn ..hehehe then rasa mengantuk sgt nak tangguh bangun dulu..nak tidur lagi sedikit hehe...then bermulalah mimpi saya...:

( Cerita Dalam Mimpi)

Saya join rombongan bersama2 batch SMSU 3rd Gen ke Gaza, Palestine....kami menginap di hotel kat Gaza, Palestine, suasana Gaza mmg umpama padang jarak padang terkukur....penuh pasir2 saje buminya...bangunan2 nya macam terkena kesan kebakaran..mmg sadis la keadaan Gaza..pada jam 10 am waktu Gaza, Saya bercakap dengan seorang kawan, " Jom, mari kita turun dari hotel jumpa dan salam2 dengan org2 Islam Gaza Palestine, nak sgt salam2 dengan mereka ...nak sgt  jumpa mereka lah..." kata kawan saya itu:" Tak boleh jalan2 sekarang sbb sekarang ada ahli kimia turun nak sebarkan bahan2 kimia( senjata kimia)" Kemudian, ada panggilan kecemasan menyuruh kami semua turun dari hotel Gaza, saya merupakan orang terakhir yg turun dari hotel, saya sempat melihat di cermin tingkap 2-3 bangunan di Gaza roboh dan ranap dengan sendirinya dan senyapnya, berasap2... mungkin akibat senjata kimia yg disebarkan agaknya...kemudian terdengar jeritan kawan saya suruh cepat2 turun dari hotel.....bila turun mmg nampak suasana sibuk ...ternampak juga ada rombongan2 lain lagi yg seperti kami melawat dan menziarahi Gaza...teet... terus terjaga dan bangun terus.....huhu

Ya Allah , saya tidak mampu sumbang apa2 kepada umat Islam Gaza, saya x ada punya duit ribu2 nak beri pada umat Islam Gaza..tapi saya hanya mampu kirim doa dan kenang mereka secara tulus dari dalam hati ini..sampai Allah sampaikan roh saya ke Gaza agaknya.... huhu

Mimpi ini berlaku secara pantas dan singkat dan juga tak disangka2...dan paling takjub saya boleh ingat mimpi ini...saya tak pasti apakah yg tersirat disebaliknya....

Walaupun cerita mimpi ini mungkin hanyalah biasa2 saja..dan tak gempak mana pon..tapi ia memberi kesan kepada jiwa saya..dan saya sentiasa yakin janji Allah itu pasti...Insyaallah semoga Allah kabulkan hasrat saya dan memberikan kemampuan untuk membantu mereka..

Isu Israel Palestine bukan isu sehari dua tapi berkurun lamanya... bukan sekadar isu pencerobohan hak asasi semata2 tapi membabitkan isu yg sgt besar iaitu isu Agama...

Baca Selanjutnya......

24 November 2012

Alhamdulillah..akhirnya...

Istiadat Konvokesyen Sedang Berlangsung:. Belajarnya bertahun-tahun .. naik pentas seminit je;) sebenarnya terkilan tempatnya di stadium..
Terima Kasih ayah dan adik atas sokongan yang tidak berbelah bagi
Terima Kasih Mak atas kasih mu dan doa mu yg sentiasa basah dibibir dan di hati..kerana rahmat Allah dan berkat Doa mak la akak sampai tahap ini..selagi ada hayat mak selagi tu Doa mak ini x pernah putus^ ^
Walaupun byk spekulasi , apapun Syukur kepada Allah kerana beri peluang utk menjejak kaki ke menara gading..;)
Bersama adik lelaki yang cemerlang gemilang....bakal Akauntan bertauliah dan PM Malaysia insyaAllah..;p yg selalu beri motivasi...tahun depan giliran dia pula;D
Terima Kasih Ayah atas belanja makan besar family di Holiday Villa Resort Hotel..nice;)

Alhamdulillah3x...dengan izin Allah saya telah melepasi kesemuanya pahit getir maung suka duka manis masam masin salah betul dengan jayanya...semoga fasa2 akan dtg yg dilalui dengan penuh semangat dan cemerlang  serta diberkati InsyaAllah!




Pertamanya, Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi anugerah rasa kegembiraan kepada saya..tak sangka akhirnya saya mampu merangkul segulung ijazah sepertimana yang pernah dirasai oleh semua orang-orang yang memperolehinya.

Keduanya, Al-Waktu Kas Saif...siang malam cepat berlalu..semalam baru rasa hari pertama masuk Universiti ketika Julai 2007, Hari ini November 2012 sudah naik pentas diberikan scroll Ijazah..pantas sekali kisah yang Allah rencanakan ini ...

---> *Saya tak akan lupa akan asal usul saya,  saya tak  akan lupa akan pengorbanan keluarga saya terutama mak saya..(mmg leleh nangis2 ini ) mak saya sanggup mengorbankan kerjaya besar demi pembesaran anak2..mak saya mmg sanggup bergolok bergadai demi anak2....sanggup hilang rasa malu dlm mendidik anak2..mendidik dgn penuh garang dan sgt tegas mmg kadang2 buat saya sbg anak tak dpt tahan huhu...mak ampunkan dosa akak ye...doakan akak selalu ye...ya  akak ni byk sgt derhakanya..... akak dpt scroll dapat lulus baik final exam tuh pon sbb hasil usaha dan doa mak..doa mak yg sgt bernilai, makbul dan diberkati..kalau tak de keluarga x de redha x de doa mak belum tentu akak jadi begini akak belum pasti dpt lulus dgn jayanya ...amal ibadat akak pon x seberapa utk capai tahap yg begini...terima kasih ayah adik, dan nurin kerana byk beri sokongan, nasihat, kritikan, suntikan motivasi, pelbagai bantuan sewaktu akak bertahun2 belajar...maafkan akak sbb terlalu mementingkan diri selama ini..terima kasih meraikan akak....terima kasih atas segala susah payah....terima kasih atas segala2nya mmg x dpt dihitung semua jasa2nya...susah senang kita sama2 keluarga harungi bersama..keluarga kita kecil sama2 kita tempuhi....syukur Allah beri aku nikmat berkeluarga tempat ku menimba kasih dan teduh..doakan akak jadi orang baik dan solehah ye..

Ketiganya, Terima Kasih Universiti, Terima Kasih Waktu dan Terima Kasih semua kawan2 dan orang2 yang pernah singgah dalam hidup saya dan mewarna warni hidup saya, memberikan saya pelbagai pelajaran dan pengajaran...

Keempatnya, Terima Kasih atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu oleh semua tenaga pengajar semua pensyarah part time ke full time hehehe paling best adalah berpeluang belajar dgn Ust Dr Zulkifli Al-Bakri dalam subjek Qawaid Fiqhiyyah... sangat kagum dgn personaliti beliau..Madam Dr Nik Salida Suhaila dalam subjek Tort walau hanya sebulan dua..Dr Kamaluddin Marjuni..Ust Subjek Aqidah ( x ingat nama..), Ust Hamadallah menjadikan bahasa Arab suatu subjek yg sgt best...Miss Fadhlina yang berdedikasi mengajar subjek Company sehingga memberikan momen2 indah dan juga Dr Muzaffar Syah  yang sgt bekerjasama baik ketika menyiapkan Tesis saya, Madam Dr Farah yg bagus menyampaikan subjek Medical Law membuatkan saya sentiasa melongo dan terpesona.. dan semua2 pensyarah Sir /Madam yang x dpt nak sebut satu2...

Kelimanya, Semoga saya dapat ingat apa yg pernah saya belajar...semoga dapat memanfaatkan ilmu..semoga saya menjadi pemikir yg bagus..

Keenam, Terima Kasih TLB 1 dan 2, Terima Kasih Housemates/Course Mates Ex PT 5854 Rumah Pink hehe, Terima Kasih kepada Gang Library dan Gang Study Group (Gang Syafira yang sudi menerima saya sbg ahli kumpulan belajar mereka), dan terima kasih la semua2...kerana memberikan warna warni pelajaran dan pengajaran;)

Ketujuh, Semoga masa akan datang memberikan yg terbaik dan cerah InsyaAllah..anugerah ini bukanlah penamat tetapi menjadi permulaan kepada kehidupan yg lebih meluas dan mencabar...

Ke lapan, Semoga saya sentiasa tetap di jalan-Nya, ameen...semoga hati ini sentiasa bersih dan ikhlas menjalani hidup sehari2..semoga dapat menyumbang manfaat kepada orang laindan kembali kepada-Nya dalam keadaan hati yang sejahtera..ameen

Note: Tidak berhenti mendoakan umat IslamGaza  Palestine, Syiria, Rohingya dan mana2 minoriti umat islam yang tertindas..
       : 10 Muharam merupakan hari sejarah dan manis untuk saya.....apapun perjalanan tidak akan berhenti disini... yang berlalu telah berlalu..kenangan tetap tinggal kenangan...yg ke hadapan perlu dituju...
Thanks Sohibati Nurul Jannah Abd Talib for the edit : suruh org snap dlm dewan hehe


Berpeluang ambil gambar di dataran iqra' secara pantas dan tuntas sebelum menuju ke Subang hehe;)
  Note : : -Sekali sekala meraikan diri sendiri...meraikan perasaan gembira sementara yang Allah bagi..sebab nikmat ini belum tentu berulang lagi...dan paling seronok ialah meraikan cinta dan gembira bersama keluarga yang dikasihi....sbb mmg Keluarga adalah segala2nya ..dorongan, bantuan kewangan, sokongan moral, motivasi dan spritual..bukan senang nak ambil gambar satu keluarga bersama..jadi scroll ijazah ini adalah utk keluarga juga sbg lambang terima kasih dan pencapaian kepada mereka..

             : : - Memang jangka selepas ini akan melalui kegetiran lagi....kerana focus utk masa depan dan survival diri...belajar tidak terhad utk scroll sahaja dan hanya pada nama dan institusi sahaja ..belajar dan menimba ilmu itu mencakupi konteks yang luas....

               : : Cita-cita dulu kononnya dahulu utk bergelar seorang peguam terpaksa dilupa dan dipendam jauh didasar hati dan terpaksa menghadapi realiti yg hakikat dan realistik..semoga Allah menetapkan hala tuju dan ketetapan masa depan yang indah dan terbaik buat saya ameenn..;D

Baca Selanjutnya......