google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~ ~SILLHOUTTE~

27 Mei 2009

Khasiat Kolagen( collagen)

KINI PROMOSI HEBAT : RM 259!!!

Untuk keterangan lanjut
HUBUNGI TALIAN : 03-33748948

"KINI TAWARAN HEBAT : RM 259"


Hari ini saya ingin membawakan tentang kebaikan dan faedah kolagen. Kini produk berkaitan dgn kolagen semakin meluas dan popular. Dikalangan wanita khususnya penggemar kecantikan, mereka mengamalkan produk kolagen utk kencantikan dan kehalusan kulit. Ada yg sanggup buat suntikan kolagen, minum air mengandungi kolagen dan lain2.
Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda.
Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit. Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai pemahaman terhad terhadap fungsi sebenar kolagen dan potensi terhadap kesihatan dan kecantikan.
Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan.Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen.
Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi. Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon.

Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa. Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.
Menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru.Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta. Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen (hyrolysed collagen protein, HCP). Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan. HCP merupakan kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi, menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan.
Sebenarnya sumber kollagen terbahagi pada dua iaitu kollagen dalam haiwan dan tumbuhan. Kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin (ikan jerung), burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan. HCP daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya. Kolagen tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk menyerap ke dalam sel badan manusia.
Kolagen bovin setakat ini mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah.
Oleh kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar penyerapan sebanyak 80 peratus, membolehkan sintesis kolagen yang efektif dalam badan.

Dengan bantuan kekuatan teknologi, kolagen kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik.

Kualiti kolagen sendiri turut mempengaruhi tahap penyerapannya. Ini diukur dalam tahap Bloom, ukuran bagi menentukan kualiti kolagen. Untuk menggambarkan proses ini, cuba bayangkan proses perahan tebu, yakni jus daripada perahan pertama merupakan hasil yang paling tulen, serta mengandungi rasa dan kualiti terbaik. Air boleh ditambah agar mendapat lebih banyak perahan, dan gula boleh dimasukkan untuk memperbaiki rasa.Ekstrak kolagen menuruti prinsip yang sama, dan kolagen pada tahap ekstrak pertama adalah yang paling tulen dan memiliki kadar Bloom tertinggi, iaitu Bloom 300. Kaedah yang digunakan bagi menyaring kolagen amat penting untuk memastikan kehadiran Bloom, atau kualitinya. Kolagen Bloom 300 dihasilkan menerusi proses yang mengambil masa selama tiga bulan, iaitu 12 bulan lebih lama berbanding proses asidik digunakan di pasaran.

Khasiat Kolagen
Kulit-Kuku dan rambut-Penguasaan berat badan-Sendi dan tulang-
Khasiatnya tidak tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga sgt memberi faedah utk kesihatan kita. kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan. Disebabkan kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.
Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.
Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.

Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

Hakikatnya
, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan.Pastikan anda memilih rangkaian produk sesuai yang mengandungi kolagen dengan kualiti yang tidak terhingga.


Rujukan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm&arc=hive

p/s : saya sendiri juga ada mengamalkan minum air kolagen. Alhamdulillah, sy merasakan kesan-kesan positifnya, antaranya, selera makan bertambah, meningkatkan tahap kecergasan dan lain-lain.


Baca Selanjutnya......

26 Mei 2009

Ancaman Bahaya Fluorida!




Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai 'sodium monofluorophosphate' (smlp) atau 'sodium fluoride' dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan CAP ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik?

Pada tahun 1997 satu tinjauan telah dijalankan oleh syarikat pengeluar ubat gigi dan Persatuan Gigi Amerika Syarikat, telah mendapati, purata mereka yg memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida kira-kira 1 gram berdasarkan sukatan yang disarankan, seseorg itu telah didapati, telah menelan 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi

Apa itu fluorida?

Sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri racun serangga untuk hapuskan semut dan lipas. Ia seperti sianida iaitu racun yang tersembunyi bertoksid dan mampu berkumpul walau sedikit ditelan.


Kesan pengambilan Fluorida:

- Kematian- Kanser- Ruam Kulit - Luka Kanser- Kelunturan Warna Gigi- Masalah Gastrik- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang- Keracunan Saraf- Kanser Tulang- Keretakan Tulang- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak - Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit .

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

MENGAPA KITA TIDAK PERLU FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

Kes Mahkamah

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Ia merupakan kes pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

Sumber:





Baca Selanjutnya......

24 Mei 2009

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,

Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...



Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...




p/s : Kalau hayati betul-betul rasa boleh nk nangis huhu~

Baca Selanjutnya......

23 Mei 2009

"Dating &Couple"


ADA KOMEN??

Baca Selanjutnya......

22 Mei 2009

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Baca Selanjutnya......