google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~ ~SILLHOUTTE~

05 Mei 2009

Law of Attraction

Kali ini saya berkata lagi tentang Law OF Attraction dan cara menerapkan fikiran positif.

Lebih detail lagi, cara bagaimana mahu menerapkan pemikiran positif dan bagaimana untuk menerapkan perasaan bersangka baik pada semua orang dalam diri Anda.

Untuk mula menerapkan fikiran positif, Anda perlu memfokus pada nilai-nilai baik yang ada pada diri seseorang. Misalnya, Anda ada seorang kawan.Kawan Anda ni pula selalu menyindir-nyindir Anda dan selalu memandang rendah pada lalu membuat Anda sakit hati, geram dan maha "menyampah" pada diri kawan Anda tu.Bukan sekali tapi berkali-kali.Semakin hari semakin Anda geram pada dirinya. Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran Anda tanpa Anda sedari.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul. Cemana nak buang rasa geram tu? Tentu Anda tidak mahu situasi-situasi buruk yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup Anda hanya kerana Anda layan rasa geram tu berhari-hari.Tentu juga Anda tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi.Cemana nak buang? Saya akan terangkan step by step.Pertama sekali, maafkan kawan Anda tadi tu.

Maafkan apa yang dia dah buat pada Anda, terima diri dia dah camtu.Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun rasa tak puas hati yang tinggal. Lafazkan dengan nada berbisik. Kemudian, lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan Anda dulu dan sekarang hingga yang akan datang.Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit.

Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat.Selepas itu, lihat pada dirinya. Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya. Mungkin dia seorang yang kelakar, sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja, pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri.

Tumpukan fikiran Anda pada ciri-ciri ini.Secara perlahan-lahan, puji dia kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri Anda. Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri Anda?Selepas itu, terapkan niat Anda mahu bersaing dengannya. Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh biar Anda kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia.Kalau dia sakitkan hati Anda lagi, ulang semula teknik yang dah saya sebutkan di atas tadi.Lama-kelamaan Anda akan jadi "immune" sebab apa yang dia buat tak berkesan pada Anda bahkan Anda merupakan pesaing utamanya dalam diam!Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar Anda. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita.

Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi yang anda sakit hati sebelum ini, step by step.Kesan daripada ini, Anda akan menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda.Dengan ini,mudah untuk Anda menerapkan Law Of Attraction dalam hidup Anda.

Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada Anda.Semua yang Anda mahukan dan semua yang Anda inginkan, mudah untuk minda merealisasikannya.Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif.Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata Anda.

Lihat diri Anda sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat.Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri Anda seorang yang positif hari ini juga.

Baca Selanjutnya......

Selamat Malam Sayang..


Sayang…
Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.
Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.
Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.

Sayang…
Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat dari kelalaian kita sendiri.

Sayang…
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya.
Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Sayang…
Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.

Sayang…
Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.

Sayang…
Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela.

Ketahuilah
sayang…
Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan sekali-kali menyombong diri....

Baca Selanjutnya......

IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat celaDitakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…

Baca Selanjutnya......

20 Februari 2009

Mengapa yahudi bijak?



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


1) Persiapan awal melahirkan zuriat.


Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


3) Merokok
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian

5) Penguasaan Bahasa

Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


6) Pendidikan Anak-anak

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.


Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.


7) Fakulti Perniagaan


Satu lagi diberi beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?


Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali..


Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Baca Selanjutnya......

03 Januari 2009

Doa Khas Utk Umat Islam Palestin




Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

Baca Selanjutnya......