google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~ ~SILLHOUTTE~

20 Julai 2009

AKIBAT BURUK TERHADAP PENDENGKI


a. Terjerumus kepada melakukan kemaksiatan. Ini disebabkan pendengki biasanya tidak sepi dari mengumpat, mencela dan bergembira melihat kesusahan orang lain.


b. Rosak ketaatannya kepada Allah sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud:”Hindarilah olehmu sekelian dari rasa dengki, kerana dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.”


c. Tidak mendapat syafaat. Rasulullah bersabda bermaksud: Tidak tergolong sebagai umatku, pendengki, pengadu-domba danpenenun nasib.”


d. Masuk neraka.


Dalam hadis Rasulullah ada menyatakan :”Ada enam orang yang akan masuk ke neraka sebelum dihisab iaitu:

1. Pemimpin kerana kezaliman,

2.Orang arab kerana fanatik kesukuan,

3. Orang yang sombong.

4. Peniaga yang menipu.

5. orang-orng dusun kerana kebodohannya.

6. Orang Alim kerana dengki.


e. Mereka sanggup melakukan sesuatu yng merbahayakan orang lain.


f. Mereka akan keletihan dan sering dalam kesusahan.


g. Mereka akan buta hati sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah.


h. Mereka tidak akan menang, malah mereka akan kalah di sisi Allah



Semoga kita dijauhkan daripada ada perasaan hasad dengki dan jadi pendengki.

Dengki utk berlumba-lumba berjaya dlm menuntut ilmu dan menghasilkan sesuatu kerja yg terbaik tak pe..

Baca Selanjutnya......

17 Julai 2009

9 sebab hati-hati tidak bahagia




Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah

paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatitentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi

iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendamhatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atautempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudahkena sakit jantung.

3. Hasad dengki

- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana iamemiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil

- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalihmengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsibersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurahtetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkalarezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak

orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akanpuas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipunorg tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezekikita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunaiaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin adahak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapatkeberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar

andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabarapatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabarbila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak...tetap maintain voguewalau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego -

ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang palingtidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar darisudut zahir mahupun batin.
8. Riak

terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untukdipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, iaakan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkanamalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia

- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita keranabila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapatetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cumabawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan"neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barangburuan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itudi tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawamati.



Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnyadisebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialahMAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samadabermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetapmenderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah danakan bahagia jua akhirnya.


So..sama-samalah kite sentiasa ingatmengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan duniaburuklahh padahnya.Wallahualam"




sources - from my email

Baca Selanjutnya......

10 Julai 2009

Buruk Sangka ( Su'al Zhan)Part 1


Tanda-tanda penyakit buruk sangka

1) Berhenti memperjuangkan agama Allah

2) Melakukan kejahatan dan kemaksiatan

3)Mengharapkan kehancuran kaum mukmin

4) Berharap dan takut kepada makhluk

5) Mengurangi amal-amal yang makruf

6) Merasa Ikhlas ketika berbuat baik

7) Rakus ketika Mencari Rezeki

8) Melaksanakan Iadah Secara terbatas

9) Bersungguh-sungguh Beramal ketika terdesak


Faktor dan Penyebab

1) Niat dan tujuan yg buruk

2) Lingkungan pergaulan

3) Mengikuti hawa nafsu

4)Terjerumus dalam Perkara Syubhat

5)Mengabaikan etika berbisik-bisik
" Apabila kamu bertiga, janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa melibatkan yang lainnya hingga kamu semua terlibat perbicaraan( bersama) kerana yang demikian itu akan membuatnya sedih."
( Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, abu Daud)


6) Terjerumus dalam maksiat

7) Masa silam yang kelam

8)Lupa tentang Akibat Buruk Sangka.

Baca Selanjutnya......

08 Julai 2009

Influenza A H1N1 : Apa yang perlu diketahui??

Imej Elektron Virus Influenza A H1N1

1. Apakah Influenza A H1N1?

Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).



2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?

Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2.

Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa.

Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .

Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.



3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my/



4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?



Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.



5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

p/s : Babi tetap haram dimakan bagi mereka yang beragama Islam.
Mengikut sejarah perubatan cina dahulu kala, tabib-tabib cina telah mengkaji tentang babi dan tidak menggalakkan orang memakannya. Byk buruk dan kurang khasiatnya.



6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.



7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang. Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.



8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?

Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.



9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.



10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?


Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:• Jika anda batuk atau bersin: • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan • Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan. • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit. • Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda. • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.

Baca Selanjutnya......

24 Jun 2009

Sesaje bercerita

1) Keputusan Peperiksaan

"Bagaimana result Qidah?, Dean list x?? Pointer 3 poin bape?" Soalan2 sebegini paling sy x sukai. Sy x suka nk bg tahu result saya dan juga x suka nk share result kat org. Dan juga x suka nk ambil tahu pasal result org. huhu~~

Alasan saya--->untuk jaga semangat diri saya x nk rs down..dan sy x suka nk diperbandingkan2 ( org ni x pndi, dia tu lebih pandai)..pastu org pndg slek pulak kat kita..kalau dpt repon positif x p. Melalui result kita..hanya kita je yg tahu siapa diri kita n kelemahan kita..

Biarlah result saya menjadi rahsia, hanya saya, mak saya, Allah s.w.t dan pihak Akedemik USIM saja yg tahu. hehe~~
Okla..Alhamdulillah la result saya kini meningkat drpd yg dulu..tp pointer masih belum tip top lagi la..sebab sem lepas jatuh( 23 jm kredit)..sem ni naik sikit(25 jam kredit) sem akan dtg x tahu la mcmamana nasib. Mmg nk kena usaha keras lagi selepas ini.
Belajar di USIM ni agak unik krn belajar banyak jam kredit..dan waktu kelas sentiasa penuh..
seawal pukul 8 pg hingga 11 malam( rehat adalah 2 jam..utk nk makan dan solat)..
( stail sy tdo kol 12 malam bgn seawal 4 pagi..masa tu la terhegeh2 nk menaip assigmn, nk buat buat presentation, nk print nk prepare utk subjek nk belajar, buat nota ke kalo sempat, buat hafal2 ( kalo kot2 ade ujian tergempar ke..)
5.30 am- start mandi..solat2 sumer pastu terus bersiap2 ( keje iron2 baju telah dilakukan pada sabtu atau ahad..sekali iron 7 pasang beserta tudung2nya sekali.. so hari2 biasa dpt jimat masa dan tenaga)
6.30am terus buat sarapan pagi sendiri..( memang sy sgt mementingkan sarapan pagi dan wajib menyempatkan diri..plg2 pon mesti minum secawan air horlicks panas)
Pastu sambung keje2 blaja yg tergendala..
7.30am start enjin kereta..sambil2 tunggu kwn tgh bersiap tu buat la keje sidai kain ke..simbah kereta dgn air ke..baca nota ke..mkn roti atau biskut lg ke..
Seterusnya pecutlah ke kuliah hehe..
Setiap kali hadirnya exam dan hadirnya result..merupakan sesuatu yg saya paling x suka dan itulah suatu ketetapan dan ketentuan yg harus kita terima.

2) Persiapan sem baru( Tinggal lg 2 minggu)

Konon2nya nk study la subjek utk sem baru..haram langsung tak study..cuti mmg betul2 cuti..cuti kali ni sibuk buat program yg belum berkesudahan..tp adalah bukak2 buku sikit..buku jinayah je Topik satu je pun bab apa itu jenayah hehe ( sebab sem depan ada blajar criminal)
Antara senarai subjek2 yg bakal belajar

1) Fiqh Al Jinayah
1) Criminal Law I
3) Family Law
4) Equity and Trust I
5) Law of Banking & Security
6)Islamic Law of Banking and Takaful
7) Al-Siyasah Al Syariyyah
8) Halaqah

Tgk senarai subjek ni mcm rs amik PMR..kalau sebelum ni 10 Subjek mcm rs amik SPM~~ hehe Dan plg 'Best' skali kesemua ini adalah 3 jam kredit except Halaqah..- so total jam kredit adalah 22 jam kredit. Berkurang dari sebelum ni Harap2 lembaran sem akan dtg memberi impak yg bagus dan ada anjakan paradigma .

Kemungkinan rutin hidup sem depan bakal berubah dan penat sikit. Ini kerana saya ada handle satu program. X tahu la apa jadi nt..so hari2 terakhir ni sebelum buka sem..nk settle apa yg patut nt tinggal follow up saja bila buka sem..Yg plg penting x mahu tertinggal kelas..

Setakat itu..

p/s-->( Directly to say..) Saya harap sem akn datang ni sy berazam nk jd lebih berdisiplin dari sebelum ini samada dr segi attitude dan pengaturan masa dan kerja, selain belajar memandangkan sy juga ada mengarah 1 program yg cukup besar. Mmg takut sgt ni. Kelas pasti full dan keje semakin byk dan sgt sibuk( konon-kononnya..).
Dan sy sgt2 berharap agar kwn2 sy especially yg kerap menumpang kereta sy pada waktu pagi dan petang (pergi dan balik)ni agar dpt lebih berdisiplin dan dpt cepat bersiap2 lebih awal. Hari2 dan bulan2 sy dah penat dan sgt tertekan utk menunggu org lama2.
Dah tahu dan dah cakap siap2 waktu dan pukul berapa pon masih lambat lagi. Kalau ada emergency atau terlambat sekali dua..sy x kesah..
Itu kerjasama yg sgt2 sy harapkan. Sy x pernah minta atau ungkit walau sesen pon cuma mengharapkan anda dpt beri kerjasama dr segi attitude iaitu cepat dan pantas. Anda x perlu bayar sy, sy pon x penah minta untuk dibayar. Susah senang sumer ats sy sendiri.
Sy dilahirkan ke dunia bukan utk menjadi pemandu dan penunggu atau pengikut kehendak manusia. Jd tolonglah fahami perasaan saya walau anda x nk faham.
Apa perasaan anda jika berada ditempat sy,terpaksa membuang masa walau 20 minit, utk menunggu org lama2 dan tiap2 hari pula dlm keadaan panas, engin pula terpasang lama2 dan berpeluh2 pula tu??Secara percuma??. Kadangkala kita ingin rs nk cepat.Kalau anda komen dan punya rasa penat , panas, sempit, perit,terasa kecamuk byk keje. Sy pon merasakan perkara yg sama juga. Sy pon rasa penat, panas, sempit dan ad rs stress byk keje.
Sekiranya anda terbaca tulisan ini, anda berasa hati atau berkecil hati, sy memohon beribu kemaafan. Sekiranya sy pernah berbuat apa2 kesalahan dan byk kekurangan, sekali lg kemaafan dipinta dan teguran sgt2 dialu2kan..jgn malu dan rasa segan utk bercakap dgn saya...KETAHUILAH SESUNGGUHNYA PENANTIAN ITU SUATU PENYIKSAAN...
Rasa hati Aqeeda Mumtazah : Ikhlaskah aku selama ni??
Hanya Allah maha mengetahui..

Baca Selanjutnya......