15 Jun 2009
Al Faatihah...
10 Jun 2009
Nasihat Dipetik Dari Seorang Teman...
p/s :- ini bg mereka yg masih solo dan single shj hehe..:)
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak!? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
"Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
Sup Ketam Penawar Demam Denggi

klinikummi.blogspot.com/.../sup-ketam-penawar-demam-denggi.html - Baca Selanjutnya......
08 Jun 2009
Cerita Sakit
-Demam yang tinggi - tidak kurang walaupun memakan paracetamol (panadol) selama 5-7 hari
-Sakit-sakit badan dan tulang (seperti patah tulang sakitnya)
-Sakit pada sendi
-Sakit belakang mata
-Kepenatan dan lemah badan
-Hilang selera makan
-Muka menjadi merah
-Keluar ruam-ruam merah halus seluruh badan
-Sakit perut (kerana salur darah perut mengecut)
-Muntah-muntah
-Cirit Birit
-Tangan dan hujung kaki terasa sejuk (tanda salur darah tangan dan kaki mengecut)
-Lebam secara tiba-tiba atau dengan sedikit hentakan (tanda pendarahan bawah kulit)
-Gusi berdarah
-Pendarahan lain
-Pengsan selepas demam tinggi
-Sawan selepas demam tinggi
-Sesak Nafas (tanda air di dalam paru-paru)
-Kencing berkurang (tanda salur darah di buah pinggang mengecut)
____________________________________________________
Baru-baru ni saya telah di'suspect' oleh doktor mengidap demam denggi . Tapi tak confirm lagi sepenuhnya masih dlm proses check darah. Dah 2-3 kali doktor masih ambil dan check darah. Tapi masih begitulah keadaannya.. simptom-simptom denggi masih ada. Apa yg saya mampu buat sekarang,(sebelum kena masuk wad huhu).. selain bertawakkal pada Allah..
"Berubatlah kerana tidak ada satu penyakit diturunkan Allah melainkan diturunkan juga penawarnya, melainkan satu penyakit iaitu penyakit tua" ( Riwayat Abu Dawud & Tirmizi)"
antara usaha-usaha yang dijalankan adalah:

1- Minum air kosong banyak-banyak

2- Minum Air 100 plus ( bagi anda pengidap Diabetes AWAS!! )
3- Makan Sup Ketam

4-Makan buah Dragonfruit

Kesannya... Alhamdulillah..selepas amalkan pemakanan diatas,sejak malam tadi, tanda-tanda merah-merah kat tubuh badan semakin berkurang, sakit-sakit tulang sikit dah hilang..badan dah larat sikit boleh la nak bergerak tak la asyik nk baring je. So harap-harap result darah ok la..sebab saya tak nk masuk wad huhu~~
Saya sebenarnya jarang-jarang mendapat sakit. Tapi sekali ditimpa sakit memang teruk la juga. Walauapapun, saya bersyukur atas apa yg dikurniakan Allah kepada saya. Mungkin berkat sakit ni dapat menghapuskan dosa-dosa saya ini.
"Apabila seorang beriman itu ditimpa sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah( penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekaligus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang"..( Riwayat Abu Dawud)
Ramai org kata macam2 pasal denggi, boleh mati la, tiada ubatla dan mcm-macam lagi. Apapun, yg penting kita berusaha dan bertawakkal pada Allah s.w.t.
"Bersihlah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan tolaklah oleh mu musibah-musibah dengan doa (yang ikhlas)" (Riwayat Tabrani)
02 Jun 2009
Sekilas Tentang Syura
-Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
-Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
-Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
-Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
-Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
-Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan
Dalam Islam, perjalanan Syura tidak boleh keluar daripada prinsip-prinsip sebagaimana yang telah digariskan dalam Quran dan Sunnah. Syura tidak boleh menyentuh sesuatu perkara yang mana ia sudah jelas terdapat nas dan dalil mengenainya. Contohnya hukuman zina sudah termaktub muktamad dalam nas Al-Quran. maka kita tidak boleh mempersoalkan, mempertikaikan dan berbincang mengenainya. Ruang lingkup syura atau musyawarah hanyalah boleh mencari penjelasan atau pentafsiran mengenainya. Jika berlaku pertentangan dengan nas maka syura sebegini adalah dilarang.
Ada satu pendapat mengatakan pemimpin wajib tunduk dengan keputusan dan pandangan ahli syura. Ada yang mengatakan pemimpin tidak wajib menerima keputusan tersebut tetapi terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin untuk menerima atau tidak.
Bagi memastikan perjalanan sistem syura itu lebih berkesan, ada sesetengah perkara-perkara perlu diambil kira:
1) Ahli majlis syura tidak boleh mendominasi dalam memberikan pandangan dan idea
2) Perasaan atau sentimen prejudis, pilih kasih,ego dan rasa marah perlu dibuang dan diketepikan.
3)Semangat ukhuwah dan kepercayaan perlu ada dalam diri setiap ahli majlis syura.
4)Perlu berakhlak dan mempunyai sifat rendah diri dalam mengutarakan kritikan dan pandangan dalam majlis syura.
Syura sebagai suatu kaedah dalam menangani masalah sosial masa kini.
Syura tidak hanya tertumpu kepada skop pentadbiran dan pemerintahan negara sahaja, bahkan ia lebih meluas lagi. Menurut pemahaman saya, syura boleh dibahagikan 4 peringkat iaitu individu, keluarga, badan organisasi dan pentadbiran kerajaan.Tapi saya ingin memfokuskan 2 peringkat iaitu:
1) Individu
Syura boleh diaplikasikan dalam membuat keputusan dalam hidup kita sehari-harian. Sebagai contohnya seorang pelajar mendapat banyak tawaran biasiswa. Atau dia mendapat pelbagai tawaran belajar IPT atau keliru dengan pengkhususan subjek dipilih. Disini pelajar itu perlu berbincang dengan ibu bapanya, bertanya kepada kawan-kawan, merujuk kepada kaunselor atau org2 berpengalaman bagi meminta pandangan untuk membuat keputusan dan untuk tahu tentang buruk baiknya.
2)Keluarga
Di peringkat ini, saya ingin menyarankan agar semua ibu bapa, suami isteri dan anak-anak perlu menerapkan sistem syura dalam institusi kekeluargaan mereka. Ibu bapa perlu mengadakan perbincangan dengan anak-anak bagi mengetahui permasalahan dan perasaan mereka. Begitu juga dengan masalah hubungan suami isteri, suami isteri sepatutnya kerap mengadakan perbincangan dari hati ke hati. Ini lebih baik daripada menceritakan masalah rumahtangga kepada orang-orang luar yang mana ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan dan banyak mengundang fitnah sebelum jalan penyelesaian dapat ditemui.
Kesimpulannya amalan syura atau perbincangan perlulah sentiasa diterapkan dalam nilai-nilai kita kehidupan sehari-hari sama ada dari sudut individu, keluarga masyarakat dan ummah keseluruhannya.
Baca Selanjutnya......





