google8dfb9fd65978adab.html ~SILLHOUTTE~ ~SILLHOUTTE~

17 Mei 2009

Dedikasi Utk Guru, Cikgu, Muallim wa Muallimah, Ustaz wal Ustazah Dan Teacher..




"Guru..

Kau Umpama Lilin Yg Menerangi Alam.."


Begitulah kalimat-kalimat sebegini sering dilaungkan didedikasikan khas utk guru-guru tidak kira dimana jua mereka berkhidmat.


Sy dedikasikan Ucapan Khas Terima Kasih PenghargaBuat Guru-guru saya :


1) Tadika Kids World Kindergarden


Mrs Leong, Mrs Mariam & Mrs Manjeet ( Teacher2 ni suka hiburkan sy dan pujuk2 sy bila nangis)


2) SK Klang, Jln Dato' Hamzah


Puan Siti Rogayah, Puan Noraini, Miss Saraswathi dan lain-lain
-Sek Ren Agama Hishamuddin, Klang
Semua Ustaz dan Ustazah di sana


3) SRI Hira' Batu Belah, Klang.


Muallim Mustafa Kamal Asri, Muallimah Noraini Husin, Muallimah Zaroni Desa, Muallimah Salmah Ibak dan semua2nya.


4) Sekolah Menengah Ibn Khaldun


Ust Abdullah Thaidi Hassan, Ust Darus Sanawi Ali,Ust Danial Solihin, Ust Mazlan, Ust Aziz, Teacher Muz, Teacher Rohayah, Teacher Nailah dan lain2


5) SMKA Simpang Lima Sg. Besar, Selangor


Cikgu Jamie( Cikgu Kimia yg BEst), Ust Rahim, Cikgu Latifah, Teacher Eng,Cikgu Add Math Teacher.....dan semua2 yg penah mengajar saya.


6) KUIS

Semua Lecturer Fakulti Syariah dan Islamic Jurisprudence dr sem 1-6, Ust Khairatul Akmar, Ust Rofian, Ust Fauzi, Ustzh Zanariah Demon -( Terima kasih Ustzh bg Gred A utk Tesis sy) dan semua2 yg penah mengajar saya.


7) USIM terus Maju



Semua2 Guru yg penah mengajar sy dan memberikan ilmu. Terima Kasih Cikgu

Baca Selanjutnya......

06 Mei 2009

Polemik tukar agama anak

RENCANA UTUSAN MALAYSIA 6 MEI 2009

Polemik tukar agama anak

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my


Polemik yang melanda antara agama Islam dan agama lain bukan satu perkara baru. Setiap kali isu tersebut timbul, semua pihak dilihat mengambil langkah drastik dalam menyelesaikan pertikaian dan pergeseran yang berlaku demi menjamin kerukunan dan kelangsungan keharmonian bersama.

Menilai dan mempertimbangkan semua aspek semasak-masaknya sebelum menjurus kepada suatu keputusan akhir demi menangani isu yang timbul memang sangat dialu-alukan. Lebih-lebih lagi jika keputusan yang dibuat bakal merubah struktur asal yang menjadi nadi atau teras undang-undang serta kesucian Perlembagaan.

Sebagai contoh, Kabinet pada 23 April lalu telah menetapkan bahawa kanak-kanak bawah umur akan kekal menganut agama asal ketika ibu bapa berkahwin, sungguhpun selepas salah seorang pasangan itu bertindak menukar agama.

Itu antara intipati keputusan Kabinet yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada tarikh tersebut.

Sebenarnya dalam membuat sesuatu ketetapan lebih-lebih lagi jika melibatkan undang-undang, implikasi daripada keputusan tersebut perlu dikaji dari segenap sudut, sejak awal lagi.

Selama ini, kita menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan yang merupakan teras undang-undang tertinggi Malaysia.

Jika begitu interpretasinya maka ia juga mestilah dijunjung dan dijadikan rujukan atau kayu ukur oleh menteri-menteri Kabinet agar keputusan yang dibuat mereka tidak tersasar daripada landasan yang telah ditetapkan.

Membicarakan lebih lanjut topik tersebut, nasihat dan pendapat pakar undang-undang terutamanya para peguam tidak harus dipandang sepi. Ini kerana, berdasarkan pandangan dan pendapat mereka, barangkali segala kelemahan mampu diperbaiki.

Malah, mungkin boleh mengetengahkan syor baru yang lebih bernas demi kepentingan semua pihak.

Melihatkan pergeseran tersebut, Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berusaha mengupas keputusan tersebut dari aspek undang-undang.

”Saya tidak nampak keputusan yang dibuat Jemaah Menteri sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

“Malah, ia akan mencetuskan kontroversi yang lebih hebat dan pertikaian semasa dan agama masyarakat di negara ini.

”Keputusan tersebut perlu ditangguhkan dan dikaji semula dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan ahli akademik,” kata Musa.

Beliau menambah kata, banyak implikasi ketidakadilan yang akan berlaku jika keputusan tersebut diteruskan. Sama ada berkaitan pembubaran perkahwinan, agama anak mahupun hak penjagaan anak.

Andainya kes berkaitan pertikaian ini didengar di Mahkamah Sivil maka undang-undang yang akan diterima pakai adalah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Seksyen 51 akta tersebut, menurut Musa, jika salah seorang pasangan terbabit memeluk agama Islam, hanya pasangan yang kekal dengan agama asal yang boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan. Iaitu selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.

Ini bermakna selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut di Mahkamah Sivil bererti perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Sehubungan itu, pada pandangan Musa, adalah jelas berlaku ketidakadilan kepada pasangan yang telah memeluk Islam kerana langsung tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen perceraian seperti yang dihuraikan di bawah seksyen itu.

Kepada suami atau isteri yang telah memeluk Islam pula, hak mereka hanya diperuntukkan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam.

Musa berkata, Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan asal bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan sehingga disahkan oleh Mahkamah (Syariah).

Namun timbul satu persoalan, adakah pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh disaman untuk hadir ke Mahkamah Syariah?

Walhal Seksyen 4 akta tersebut telah memperuntukkan bahawa ia terpakai untuk orang Islam semata-mata. Katakanlah Mahkamah Syariah memutuskan permohonan untuk membubarkan perkahwinan menurut Seksyen 46(2) akta tersebut dilakukan.

Namun, adakah ia diiktiraf sebagai perintah membubarkan perkahwinan asal dalam agama mereka yang dahulunya telah di daftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976?

Di sinilah timbul tanda tanya adakah benar keputusan Kabinet itu boleh menyelesaikan krisis tersebut?

”Pada pandangan saya, ia bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya mengundang pelbagai persoalan dan merumitkan lagi keadaan. Saya berpendapat, bentuk penyelesaian terbaik adalah dengan meminda Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 tersebut dengan memasukkan peruntukan mana-mana pihak (sama ada yang memeluk Islam atau yang masih kekal dalam agama asal) boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan, sebaik-baik sahaja salah seorang pasangan memeluk Islam. Barulah ia adil kepada kedua-dua pihak,” kata Musa.

Dalam perkara yang melibatkan agama anak pula, menurut Musa, keputusan Kabinet tersebut nyata sekali bertentangan dengan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan serta kes Subashini melawan Saravanan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah tertinggi negara itu telah memutuskan bahawa salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan keislaman anak tersebut.

Pada hemat Musa, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut juga telah menjawab percanggahan keputusan beberapa mahkamah bawahan seperti kes Chang Ah Mee dan Gengga Devi Chelliah yang memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun. Serta kes Nenduchelian di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang memutuskan hanya kebenaran salah seorang ibu atau bapa diperlukan.

”Secara tidak langsung keputusan kes ini seolah-olah telah mengambil roh tersirat dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya (parent or guardian),” ujar beliau.

Bagi Musa sejajar dengan kehormatan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara, ia seharusnya dijunjung oleh semua menteri Kabinet.

Sekiranya kita menjunjung Perlembagaan tersebut sudah tentu kita mengakui hakikat keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah selari dengan kehendak Perlembagaan, katanya lagi.

”Saya tidak mahu berhujah mengenai hukum syarak dalam perkara ini kerana kalangan bukan Islam tidak mahu mengambil tahu atau memahami hukum syarak dan Islam.

”Sedar atau tidak, ia menyebabkan orang yang berniat masuk Islam akan berfikir banyak kali. Orang yang berniat memeluk Islam akan berada dalam keadaan serba salah kerana mereka seolah-olah diberi dua pilihan. Iaitu, masuk Islam tinggalkan anak-anak dalam agama asal.

“Atau kekal dalam agama asal bersama anak-anak. Tetapi saya melihat keputusan Kabinet tersebut memberi gambaran seolah-olah ‘masuk Islam, tinggal anak’,” tegas beliau.

Beliau menyatakan sebelum ini sentimen persaudaraan dilihat boleh menjejaskan niat seseorang untuk memeluk agama Islam (sebagai contoh hubungan dengan keluarga agama asal akan terjejas jika memeluk Islam).

Tetapi dengan keputusan terbaru ini jemaah menteri seakan-akan menimbulkan sentimen yang baru, iaitu membabitkan hubungan ayah atau ibu dengan anak.

Justeru, Musa amat berharap agar jemaah menteri mengkaji semula keputusan tersebut supaya tidak mencacat asas yang telah dibina sebelum ini.

Baca Selanjutnya......

05 Mei 2009

Law of Attraction

Kali ini saya berkata lagi tentang Law OF Attraction dan cara menerapkan fikiran positif.

Lebih detail lagi, cara bagaimana mahu menerapkan pemikiran positif dan bagaimana untuk menerapkan perasaan bersangka baik pada semua orang dalam diri Anda.

Untuk mula menerapkan fikiran positif, Anda perlu memfokus pada nilai-nilai baik yang ada pada diri seseorang. Misalnya, Anda ada seorang kawan.Kawan Anda ni pula selalu menyindir-nyindir Anda dan selalu memandang rendah pada lalu membuat Anda sakit hati, geram dan maha "menyampah" pada diri kawan Anda tu.Bukan sekali tapi berkali-kali.Semakin hari semakin Anda geram pada dirinya. Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran Anda tanpa Anda sedari.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul. Cemana nak buang rasa geram tu? Tentu Anda tidak mahu situasi-situasi buruk yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup Anda hanya kerana Anda layan rasa geram tu berhari-hari.Tentu juga Anda tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi.Cemana nak buang? Saya akan terangkan step by step.Pertama sekali, maafkan kawan Anda tadi tu.

Maafkan apa yang dia dah buat pada Anda, terima diri dia dah camtu.Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun rasa tak puas hati yang tinggal. Lafazkan dengan nada berbisik. Kemudian, lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan Anda dulu dan sekarang hingga yang akan datang.Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit.

Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat.Selepas itu, lihat pada dirinya. Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya. Mungkin dia seorang yang kelakar, sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja, pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri.

Tumpukan fikiran Anda pada ciri-ciri ini.Secara perlahan-lahan, puji dia kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri Anda. Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri Anda?Selepas itu, terapkan niat Anda mahu bersaing dengannya. Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh biar Anda kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia.Kalau dia sakitkan hati Anda lagi, ulang semula teknik yang dah saya sebutkan di atas tadi.Lama-kelamaan Anda akan jadi "immune" sebab apa yang dia buat tak berkesan pada Anda bahkan Anda merupakan pesaing utamanya dalam diam!Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar Anda. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita.

Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi yang anda sakit hati sebelum ini, step by step.Kesan daripada ini, Anda akan menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda.Dengan ini,mudah untuk Anda menerapkan Law Of Attraction dalam hidup Anda.

Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada Anda.Semua yang Anda mahukan dan semua yang Anda inginkan, mudah untuk minda merealisasikannya.Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif.Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata Anda.

Lihat diri Anda sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat.Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri Anda seorang yang positif hari ini juga.

Baca Selanjutnya......

Selamat Malam Sayang..


Sayang…
Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.
Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.
Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.

Sayang…
Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat dari kelalaian kita sendiri.

Sayang…
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya.
Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Sayang…
Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.

Sayang…
Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.

Sayang…
Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela.

Ketahuilah
sayang…
Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan sekali-kali menyombong diri....

Baca Selanjutnya......

IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat celaDitakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…

Baca Selanjutnya......